Showing posts with label Photobooks. Show all posts
Showing posts with label Photobooks. Show all posts

Saturday, July 13, 2013

Photobook : Krabi has arrived!

Hellooo!!! 

Ni photobook yang terakhir aku buat dan yang dah siap. Tinggal lagi 2 photobooks yang perlu aku siapkan. Maybe 1 untuk Surabaya dan lagi 1 untuk Singapore (maybe). Tapi tu la... kekangan masa nih menyebabkan aku malas nak buat. Dah la expiry date bulan Mei nih. Harap-harap boleh extend je... 

Actually, ni photobook Krabi yang kedua yang aku buat. Yang pertama dulu... biarkan ianya menjadi sejarah sebabnya antara yang paling buruk yang penah aku buat. Malu nak tunjuk sebab memang huduh! Tapi disebabkan aku beli voucher dari Groupon Malaysia dalam 10 photobooks semuanya. Why not aku buat balik photobook Krabi ni. Same case with photobook New Zealand. Kiranya kali ni buat sehabis baik punyelah! Gigih punye pasal... yang lama dan huduh tu ape aku buat? Buat bungkus nasik lemak 50sen ke? Hahaha... tidak ye kawan-kawan.. aku masih simpan. Buat dengan duit tuh.. takkan nak buang macam tu je? Membazir amalan shaitonnnnn... 

Hasil untuk photobook kali kedua untuk Krabi? Mari kita saksikan... 











Till then... happy photobook-ing! 

Thursday, May 2, 2013

Photobook : Seoul has arrived!

Hello!!! 

Mari sini tengok dekat-dekat koleksi terbaru photobook aku yang dibuat khas untuk trip aku pada tahun 2011 iaitu Seoul, Korea Selatan! Lama betol baru aku buat... actually dah lama siap. Aku simpan dulu entry ni sebab kang nanti takde modal lak nak buat entry untuk korang semua. 

Untuk trip Seoul ni, agak lama masa yang aku amek untuk pilih gambar untuk letak sebagai cover kali ni. Taktau nak pilih yang untuk jadikan cover tu nampak stunning! Akhirnya cover yang dibawah ni aku pilih. Cukup puas hati dengan hasil printing dan warna dari Photobook Malaysia . Photobook ni memang menjadi kesayangan aku sebab hasil kerja dan idea kreatif (kalo ada laa.. ) aku ni sendiri banggakan. (perasan sendiri...). Korang sendiri takmo try buat ke? 

Takmo cakap lebih-lebih... ayuh layan~ 














Till then... goodluckkk! 

Sunday, April 28, 2013

Photobook : New Zealand is back!

Hellloooo!!! 

Excited nih nak tunjuk photobook baru untuk New Zealand aku. Kalo dulu aku penah kongsikan photobook New Zealand aku yang pertama dari PhotobookMart . Untuk tengok balik macam mana rupanya hasil photobook aku time zaman aku tak reti mana nak buat cantik-cantik boleh klik -----> Photobook NZ 

Disebabkan aku sangat tidak berpuas hati dari hasil dari segi kertas, printing, warna dan jugak customer service dari PhotobookMart ni, maka aku dengan gigihnya buat lagi sekali photobook ni kali ni guna Photobook Malaysia . Macam biasa, voucher murah-murahan tentulah beli kat Groupon Malaysia ataupun dari I Love Discounts . Kene rajin check these websites kalo nak tau promo photobook dari Photobook Malaysia ke tak. This time jugak aku try buat sehabis baik, make sure muka aku takde enterframe lebih-lebih. Fair and square katanya! Plus, cuba buat sehabis baik... and the result was wayyyyyy better than my 1st attempt to do photobook for New Zealand. Less is more ye kawan-kawan. Aku puas hati sebab cantikkkk!!! Hahaha matilah puji diri sendiri. Duh~ 

So, let's check it out~ 





















Till then... goodluck! 

Friday, April 26, 2013

Photobook : Jogjakarta has arrived!

Helllooooooooo!!! 

Bersua kita lagi sekali dalam entry berkisar mengenai koleksi photobook aku yang terbaru nih. Actually, photobook untuk Jogjakarta ni dah lama siap aku rasa dah berbulan-bulan lamanya dah siap. Cuma aku sekarang baru ada masa nak update atau nak share gambar-gambar yang aku letak dalam photobook kesayangan aku nih. Maybe sebagai panduan untuk korang kalo terasa teringin nak buat jugak. 

Bila kita dah selalu buat photobook ni, kita akan mula mahir atau tahu macam mana nak improve bakat dan kreativiti kita dalam memilih gambar, menyusun gambar, atau dalam mengarang ayat-ayat puitis untuk dimasukkan dalam photobook ni. Maybe ada sesetengah orang termasuk aku suka letak muka kita sendiri dalam photobook tu. Lantaklah pi la kan sebab ni photobook aku, bukannya makcik ko yang punya. So, kita ada kebebasan sendiri untuk mencorakkan photobook kita. 

Macam aku... dulu pun macam korang jugak. Aku punye photobook tu, kalo boleh semua gambar yang ada muka aku nak letak. Giler gampang nak bolot sorangkan. Lama kelamaan.. aku rasa segan. Sebabnya nanti kalo orang datang rumah, belek-belek photobook kita ni akan terdetik dalam hati, asyik muka ko je enterframe kan. Hahaha. Plus, dalam hati aku sendiri pun naik menyampah jugak bila tengokkan photobook lepas-lepas tu yang penuh dengan muka aku sendiri. Giler poyo ko~ Then, i've decided to be fair and square. Meaning let's say aku pegi berempat contohnya bersama Janggel, Masmz dan Kak Coco. Aku akan make sure semua orang akan ada page sendiri takpun kemunculan dalam photobook aku tu adalah sama rata. Takde pilih kasih ke apa (tapi portion aku lebih skit, mana leh lawan tokey~). Plus, aku tak suka kalo photobook tu penuh dengan muka-muka manusia je. Sesekali nak ada gambar lanscape atau pemandangan sahaja. Barulah sejuk je tengok. Maybe kalo kreatif skit, boleh buat photobook ni sebagai storybook. 

Anyway, at the end of the day, it's your own photobook not mine. 

Jom layan gambar~ 














Till then...selamat mencuba!