Showing posts with label Penang. Show all posts
Showing posts with label Penang. Show all posts

Tuesday, January 24, 2012

Everything starts from here - Part 5

Helllo.....

Jom sambung percutian aku ke Penang selepas turun dari Superstar Libra untuk 1-nite cruise. Tempat persinggahan kami yang pertama ialah Rumah Kelahiran P.Ramlee. Aritu rombongan Kak Ro ade singgah kat sini time family day dorang. We all pun nak singgah ok. Sume orang kenal sape dia P.Ramlee kan....kalo tak kenal tu rasanya memang bukan Malaysian la kot. Hehehehe..... Untuk mengetahui lebih lanjut pasal P.Ramlee, korang boleh la datang melawat ke galeri P.Ramlee yang terletak bersebelahan dengan rumah dia ni. Banyak info yang akan anda dapati. Menarikk!










Since dah tengah hari, ape lagi kan..perut mesti lapar. Perut ni duk bunyik kruk-krik, kruk-krik…hahah. Lepas amek kete kat tempat letak kete, terus plan nak makan mana. Plan asal nak makan nasik kandar beratur. Tapi hanya dibuka pada waktu malam sahaja. Terus tuka nak makan nasik kandar line clear tapi line tak brape nak clear lah, so makan kat Persiaran Gurney jela. Restoran Khaleel 24jam. Hurm..oklah, ade jugak orang beratur untuk makan nasik kandar. Lebih kurang la tuh! Hahaha. 

Cuaca agak mendung dan tak brape panas sangat. Nasib baik ade parking tak jauh dari restoran mamak tu. Yela, weekend plus public holiday. We have to expect huge crowd going around. Bayar parking 60sen untuk sejam lebih. Murahnyaaaaaa! Kat Key-Ell maunya dah RM3-RM4 dah ni untuk sejam. Bila bayar 60sen tu pun pejam mata je..kata anak hartawan~ alalalala. 





Mula-mula nak makan pasembor. Hurm..aku ni dah 2 3 kali jugak datang Penang, tapi asyik kempunan jek nak pekene pasemboq! Hampeh sungguh! Kesian kat kakak Coco duk pegi tanya 2 3 kali ade pasemboq ke tak. Jawabnya…belom siap lagi! Ape kes dah tengah hari buta tak siap2 lagi masak??? Hurm…setel down with nasik kandar jela. Nasik kandar ke yang aku amek ni? Belasah jela..janji kenyang. To tell you guys the truth, aku tak suka sangat kari-mari ni…tapi kalo nak makan sekali sekala okla. Takde masalah pun. *jelling-jeling kepada bakal isteri* hahaha. Makan sambil angin bertiup sepoi-sepoi bahasa…wahhhh bestnya. Ketika makan tu, duk plan nak buat ape lagi kan. Macam-macam tempat yang best untuk dilawati. Tapi bukan kat Penang tau! Kat Perakkk pulak kali ni. Sebagai contoh, Kuala Gula (tak penah dengar pun), kilang arang (motif sangat), Taman Tasik Taiping (penah dengar, katanya cantik bangat!) dan tak lupa jugak makanan feverit kami sume yakni sate! Hahaha. 

Lebih kurang pukul 1.15 tengah hari, kami beransur dari Restoran Khaleel tu untuk ke destinasi seterusnya…  yakni Pasar Chowrasta sebab nak carik jeruk. Kalo datang Penang memang tak sah kalo tak datang beli jeruk ok! Gigih call Biqque tanya macam mana nak pegi pasar Chowrasta. Nampaknya, Biqque pun ingat-ingat lupa. Katanya sejalan dengan Nasik Kandar Line Clear. Ok, jom kita! Teringat jugak si Chawanna mengidam buah salak jeruk. Hehehe. Tapi kacang ape ntah yang kakak cantek pesan boleh lupa! Sori kak ely, lain kali we all belikan ok...hehehe ;)

Wahhhh, bila sampai tu we all parked kete kat kawasan berdepan dengan nasik kandar line clear tu! Perghhh, punyela mahal parking rate die! Tang tang tu jugak nampak orang duk beratur tengah panas semata-mata nak makan nasik kandar tu! Ntah ape yang spesel pun aku taktau sebab aku tak penah rasa. Hahaha.... Masuk lak Pasar Chowrasta tu, perghhhh! Punyela banyak jeruk-jeruk yang dijual! Kalo boleh nak beli sume, tapi tak elok untuk seseorang yang sedang belajar. Hehehe. Tak elok katanya. Plus, ternampak pulak dodol kegemaraan Chawanna. Teringat entry si Icam! Motif? Jeruk tu kami tak beli kat dalam Pasar tu sebab semua peniaga tu cina. Was-was la pulak kan. Ended up, we all beli kat luar dari Pasar Chowrasta tu. Sebelah je namanya Jeruk Buah Pala Aishah. Mailah ye, mamu tu sibuk duk suruh amek gambar die masuk dalam fesbuk. Motif sangat nak glamer kekdahnya. Hehehe. Mamu, masuk blog jela ek. ;p










Next.... Disebabkan sebelom kami bergerak ke Pulau Pinang lagi aku duk cakap nak makan sate jugak waima kat mana-mana pun! Hahah. So, MasMZ pun gigih laaa nak pegi makan sate femes kat Bayan Baru. Katanya penah masuk Jalan-Jalan Cari Makan. Hehehe. Jom kita terjah! Sempat jugak calling-calling owner kedai sate tu samada bukak ke tak arini. Yela, hari cuti tahun baru kot. Banyak kedai yang tutup pintu. Nasib baik bukak….heheh 

Setelah selesai makan buah langsat beramai-ramai dalam kete, akhirnya sampai juga kami di kedai sate Ah-Basri! Hahaha..motif nama depan Ah, adakah owner die berketurunan cina? Motif sangat. Xinnian Kuaile everyone! Masuk-masuk terus ke kaunter untuk order. Ada macam-macam jenis rupanya sate yang ada dari yang basic seperti sate ayam dan daging hinggalah kepada sate daging ostrich, ayam tandoori, udang dan jugak sate sotong! Tak jugak ketinggalan ayam black pepper. Wahhh…meriah! Harganya jugak boleh tahan. Boleh tengok kat gambar dibawah. Overall, bagi aku sedap lagi sate willy kat Bangi (janggel, jom pi lagi!) hahah…sate willy sangat juicy ok! Hurm…baru je makan tadi! Hahaha. 







Lepas dah makan, haruslah singgah sebentar di masjid untuk menunaikan kewajipan. Ketika ni jam menunjukkan 4 petang. Langit pun mendung je..takde kaler biru langsung! Tunggu masa je awan nak meruntukkan airnya yang bertakung. Then, later terus pecut ke Taman Tasik Taiping! Kekdahnya…plan nak ke Kuala Gula terpaksa dibatalkan dek kerana kesuntukkan masa. Ok, yang ni akan ku tuntut dengan korang ok! Hahaha. 

To be continued. Till then, bye~

Sunday, January 22, 2012

Superstar Cruise Libra 2D1N - Part 4

Assalamualaikum..... Happy Weekend everybody! 

Jom sambung trip aku ke Penang ketika New Year aritu. Hari ni kapal akan berlabuh lebih kurang jam 10 pagi. So, pagi tu sume dah bangun awal. Breakfast bermula jam 7 pagi kalo tak silap aku. Kak Anash, Janggel and MasMZ bangun awal sebabnya nak catch-up sunrise katanya...early bird dorang ni. Kagum aku. Aku lak pi bantai sambung tido dulu lebih kurang pukul 8 lebih baru bangun....hehehe. 

Time ni bersiap-siap nak pegi breakfast. Takut dorang makan tak tunggu aku. Mati kutu dibuatnya makan sorang-sorang, walaupun dah selalu makan sorang-sorang. Hehehe. Rupanya, dorang pun tengah ber'breakfast' jugak. Join dorang.... Pagi tu kelihatan sungguh mendung! Awan memang tebal toksah cakap lak. Macam nak masuk waktu maghrib gitu. Tak best langsung! Mesti dorang kecewa sebab takde sunrise. Nasib baik aku sambung tido. Hehehe. Sebelom masuk dewan makan @ cafe kene swipe dulu kad akses tu. Orang tak brape ramai lagi, maybe sebab awal lagi kot. Pilihan makan pun just nice. Tak banyak tak sikit. Yang penting ape yang aku nak makan tetap ada! Hahaha....





Sebagai seorang melayu, aku sangat suka english breakfast! Hahaha..nasik lemak memang jarang-jarang sekali makan sebabnya potensi untuk dapatkan sakit perut di pagi hari adala tinggi. So, aku opt for pancakes, cornflakes, bread and other western breakfast! Wahhh...kate lahir kat New Castle @ Kota Bharu. Korang kat makan pulak? ;p

Then, lepas dah setel breakfast, just pusing-pusing sekitar kapal je amek angin pagi. Kak Anash dan MasMZ balik cabin, katanya belom mandi pagi lagi. Hurm...no wonder la aku terbau busuk je ketika breakfast tadi. Hahaha..jangan marah naaaaa... ;) Singgah jap kat giftshop tengok-tengok ape yang boleh dibeli untuk bawak balik. Yelakan, bila dah naik kapal kenela beli something untuk bawak balik. Kenangan katanya...ntah bila nak naik lagi gamaknya. So, ade la fridge magnet yang simple punye yang harga reasonable. Beli laaa untuk diri sendiri dan untuk kawan-kawan yang lain. 






Lebih kurang jam 11 pagi, kalo tak salah aku laaa, kami dah bergerak untuk check-out. Tapi sebelom tu kene collect balik IC yang kita tinggalkan sebelom ni. Kutip kat Stardust Lounge tu. Then, terus proceed ke exit, kad akses tu boleh simpan untuk kenangan abadi....maka tamatlah percutian 1-nite Penang Cruise kami. Harap kalo ada rezeki nak naik yang 4h3m pulak yang menuju ke phuket dan Krabi. Hehehe...insyaALLAH. 



Untuk pengetahuan anda semua, jikalau anda ingin menikmati promosi cruise ni boleh la godek-godek website http://cutideals.com/ untuk mengetahui promosi yang ada..

http://www.mydeal.com.my/deals/kuala-lumpur/RM299-for-3D2N-Penang-Leisure-Escape-from-PYO-travel

Tamat sudah....nantikan perjalanan kami ketika di Pulau Pinang di entry seterusnya. 

Till then, wasalam... 


Friday, January 20, 2012

Superstar Cruise Libra 2D1N - Part 3

Assalamualaikum...

Arini aku balik awal, larik dari bos katanya. Sorry bos, esok saya mai ofis k.... ;) 

Nampaknya aku kene abeskan cepat-cepat entry pasal cruise dan jugak tempat persinggahan ketika sambutan tahun baru aritu. Janggel, MasMZ dan Kak Coco dah abes lama dah....dek kerna kebusy'ian aku yang agak kritikal, so aku tak sempat nak type. Aku dah jauh ketinggalan nih! 

Kisah ape yang berlaku boleh baca kat entry blog dorang ni...kalo nak tunggu aku punya ntah bila nak abes daaaa.... 

Janggel : Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5, 

MasMZ : Part 1, Part 2, Part 3, Part 4 & dah abes ke Mas cite ko nih? ;p 

Kak Coco : Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5 


Ok jom aku sambung untuk bahagian ke-3 pulak.....~

Lepas dah setel makan malam kat Deck 9 tu, perut pun dah penuh mintak dibaringkan...heheh. Ade persembahan dari artis dalam kapal duk dendangkan beberapa lagu popular dari tanah oberseas. Takde lagu melayu ok! Hahaha. Bila tak larat dah, rasa macam nak tido je. Tapi takleh! Sebabnyaaa rugi laaa nanti. Lagipun malam masih muda ok! Terus balik ke kabin untuk solat dan boleh pulak terlelap barang sejam dua. Ngantokkk ok! Gerak dari KL since pagi lagi... 



 
Lebih kurang jam 9.45 malam, bersiap-siap untuk jejalan kat atas sekitar kapal tu. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa kat atas kapal tu. Abes rosak rambut kat atas tu yela dek kene terbangkan oleh angin. Hurm...i wish my hair look like Jay Chou. Hahahah. ;p Time ni orang tak brape ramai lagi duk berhimpun. Katanya akan ada countdown new year 2012 kat sini. Since tak brape ramai, duk tengok kerusi dipenuhi oleh orang ramai duk baring-baring. Best woooo baring sambil tengok langit. Janji takde burung berak dalam mulut lah! Hahaha...kang tertelan. Ermmmm sungguh berkhasiat! Hahaha 

Takde nak buat ape sangat...agak bosan disitu. Pastu akira bagitau malam ni ade free show kat Stardust Lounge. Katanya sempena krismas. So, jom la pegi tengok kan, dari duk melangut tak buat pape. Show tu start dalam 10.15 malam kalo tak silap. Better masuk awal, tak dapat tengok dari jauh jela. 


Show ni boleh tahan...dalam sejam jugak kalo tak silap aku. Tema penceritaan berkaitan dengan krimas. Pemakaian penari-penari agak seksi disitu...kanak-kanak tak cukup umur tidak digalakkan untuk menonton. Takut-takut terghairah pulak! Hahaha...oppppsss! Lepas dah abes show tu dorang kasik setiap seorang kelengkapan untuk menyambut new year. Takde pape sangat pun, topi kon, wisel, dan lain-lain alat macam untuk sambut hari jadi tu. Hehehe..owh ya topeng skali! I loike~ Time ni sume pakat pegi ke Deck 9 untuk berkumpul. Muzik mula berkumandang di ruang udara laut Pulau Pinang. hehehe..mari kita berjoget sume~ 



Orang mula ramai...tapi sebab rimas dengan ramai orang, aku dan yang lain-lain duk kat tingkat atas sambil tengok gelagat orang ramai yang mula khayal dalam sambutan tahun baru. Syukur aku masih sedar.... Boleh tengok macam-macam gelagat. Pakcik makcik nak lepas gian menari sakan pun ada. Hehehe... Layan jela. Sebelom mula detik countdown, dorang mula agihkan wine dan jus. Tapi we all tengok jela......kang mabuk lak terhuyung-hayang. Takut woooo...kang karam tengah laut saje je. Semua staff termasuk kapten dan anak-anak kapal juga berkumpul di Deck 9 untuk menyambut tahun baru.

5.....4.......3.....2......1! HAPPY NEW YEAR 2012!!!! 



Wahhhh.....meriahh ok sambutan atas kapal nih! Hehehe..jeles x? LOL. Tapi sayangnya takde bunga api, yang ade letupan bunga kertas je yang ade. Okla kan..dari takde. Muzik rancak masih lagi berkumandang. Sesekali, aku duk bergoyang badan. Yela, aku bukan kaki clubbing so joget ala-ala pak salleh jela yang reti. Hehehe. 

Then, after that macam dah bosan. Ade lagi tayangan movie Super 8 kat Stardust Lounge tu. So, pegi jela tengok walaupun mata ni dah agak kuyu dah...ngantok lagi katanya... Tapi lepas setengah jam, terus terlelap sebab kerusi dalam tu terlalu empukkk dan selesa!



Esok dah nak berlabuh dah....kejap je rasa. Hurm.....

Till then, Happy Chinese New Year! Gong Xi Fa Chai~