Showing posts with label Belgium - Brussels. Show all posts
Showing posts with label Belgium - Brussels. Show all posts

Sunday, August 16, 2015

Belgium | The Grand Place, Brussels Day&Night

Quick update!

Kalo ade singgah Brussels yang merupakan ibu negara Belgium, rasanya tak sah untuk tak pegi ke Grand Place ni. Kiranya salah satu tempat must see kalau datang ke Brussels nih. Actually, untuk cover kat area Brussels ni cukup sekadar 1 hari je. Kalau nak bermalam pun boleh. Nothing much to see pun... dan semuanya boleh cover dengan menapak je. Kalau penat, boleh la naik metro dorang. 

Unless, korang suka nak explore kawasan yang terletak luar dari Brussels. Contohnya Bruges ataupun Leuven. Not bad gak orang kata, lebih kurang 30 minit perjalanan kalau naik train. 

Okeh untuk entry kali ni, saje je nak share gambar sekitar The Grand Place, Brussels ni yang mana suasana siang dan malam. Aku lebih suka waktu malam sebab cahaya lampu dia nampak sangat dia punya grandnya. Ahaks. 

Anyway, bagi sesiapa yang penah ke Muchen, Jerman. Kawasan Grand Place ni lebih kurang sama dengan di Marienplatz, Muchen. Kiranya kawasan square yang dikelilingi dengan bangunan-bangunan bersejarah.


Aku sampai kat Brussels dah petang. Jadik malam tu, memang aku sesaja nak usha kat kawasan Grand Place ni yang mana tak jauh pun dari kawasan hostel aku. Walhallll kene naik metro gak weh. Kah kah kah tapi tak susah la sebabnya banyak papan tanda penunjuk arah untuk sampai ke Grand Place ni. Confirm ah korang takkan sesat punya. 
Sedikit info tentang "The Grand Place"
  • merupakan central square of Brussels
  • dikelilingi oleh bangunan seperti Museum of Brussels City dan jugak The Breadhouse
  • berukuran 68 by 110 metres (223 by 361 ft)
  • merupakan warisan UNESCO.
  • jangan lupa, setiap 2 tahun pada bulan Ogos, akan ada "Flower Carpet" di tengah dataran kat sini hanya untuk beberapa hari. Boleh google gambar untuk ini okeh.
Okeh jom layan gambar waktu malam sekitar the Grand Place nih.

dataran yang dipenuhi dengan cobbled stones

Hard Rock Cafe Brussels yang terletak di salah satu sudut The Grand Place, takde gitar besar sebagai ikon

salah satu lorong di sekitar The Grand Place, amat bersih lorong-lorong kat sini

amat bersepah kedai-kedai Belgian Waffles yang boleh korang pilih serendah EUR1/keping tapi tu yang kosong la. ahaks
Ade satu benda yang aku rasa amatlah kelakar dan agak frust bagi aku. Kan aku datang sini waktu malam. Dan memang plan nak carik dinner lah untuk isi perut. Takdelah nak makan beria sangat pun. Kalau dapat macam fries pun dah ok. 

Dalam maps yang ade kat tangan aku tu, salah satu benda yang macam attraction di Brussels ni adalah "Manneken Pis". Okeh dalam kepala aku ni, bila je baca word "Manneken Pis" tu terus teringat fries yang sedap ketika berada di Amsterdam dulu. Kiranya fries Manneken Pis ni memang femes ah kat sana. Must try katanya. Jadik, bila aku dah nampak word tu dalam map, terus la aku carik kat mana letaknya Manneken Pis ni. Yela, perut lapar kan... haruslah gigih. Plus tak jauh pun dari kawasan Grand Place nih. 

Jalan punya jalan, aku tak jumpa. Yela, duk intai-intai kat mana signboarnya. Bau fries pun tarak nih! 

Rupanya.... Manneken Pis tu adalah patung budak yang tengah kencing! Kah kah kah bangang betul rasanya! 

Actually, patung ade kisah lagendanya tersendiri. Pada mana dikatakan waktu zaman perang dulu telah kencing ke atas bala tentera, menyebabkan pihak musuh telah kalah dalam perjuangan tersebut.  Ada kisah lain. Tapi boleh la korang baca ---> SINI 




Ada pada masa, patung ni akan dipakaikan dengan pelbagai jenis kostum. Tapi bukanlah tiap-tiap hari. Kene check jadual yang ade kat pagar fountain ni. cekidaut!

Tips: Kat kawasan Grand Place ni ade banyak kedai-kedai makanan halal. Cuma kene rajin je explore kawasan dan lorong kat sini. Jadik jangan risau. My Favourite "Durum Kebab" dalam EUR4-5/satu dan memang kenyang!

*********************************
Siangnya, aku datang sini lagi. Saje nak tengok view waktu siang pulak. Tapi kalau datang siang memang ramai ah orang. Warga local dan jugak tourist tu usah cakaplah. Memang ramai. Tapi sebab kawasan ni luas, jadik takdelah rasa sesak sangat. 

Jadik jom layan gambar jela eh. 

berborak ataupun memandang telefon

seniukir yang ada pada city hall. sangat teliti dan berlainan

bukan emas tu... ahaks

bergambar ke tu... 

salah satu lorong di sekitar The Grand Place

The Grand Place, Brussels

leka aku duk tengok dorang ni duk buat pastry, salah satu kedai pastry yang boleh nampak dorang buat keje

vandalism ataupun grafiti? 

salah satu kedai waffle yang ada, aku beli kat sini then makan kat tengah-tengah The Grand Place lepas tu

Belgian Chocolates untuk dibawa pulak dalam EU10 untuk satu ikat camtu ada dalam 5-6 kotak berlainan

jom makan Belgian Waffles! Yummeh!

Ok dah tu je...

Till then..

Bye!

Friday, August 7, 2015

Belgium | Atomium, Brussels

Quick update pasal trip aku ke Atomium yang terletak di Brussels, Belgium. 


Aku hanya ada 3 hari 2 malam sahaja di Brussels. Jadik aku takde spesifik itinerary whatsoever pun kat sini. Kiranya just datang nak renew visa aku untuk masuk semula ke UK  je. Nak tak nak kene keluar UK dulu pun then masuk balik. Jadik Belgium merupakan pilihan aku yang paling senang dan murah. 

Antara benda yang aku sepanjang di Brussels ni tak lain dan tak bukan nak kene datang ke tapak Atomium ni. Kiranya landmark yang paling femes la kalau datang ke Belgium ni. Binaan yang berbentuk atom ni memang semua orang suka bergambar. Aku pun tak terkecuali buat benda yang sama. 

Tapi sebelum tu, nak datang sini tak susah pun. Boleh naik metro Line 6 dan turun di stesen  Heysel / Heizel. Pastu dari situ memang akan nampak Atomium ni daripada jauh. Plus, bagi mereka yang teringin nak masuk Mini Europe pun disinilah tempatnya. 

Tapi aku tak masuklah. Cukuplah sekali penah merasa di Windows of the World di Shenzen dulu. 

view dari metro station
Time aku datang dulu waktu pagi tak silap around 10 pagi. Time tu memang tak ramai orang lagi kat situ. Belum sampai rombongan-rombongan cik kiah atau ahsoo dari pelbagai negara. Jadik proses aku nak beli tiket sampailah naik ke atas tu takde sebarang kesesakkan langsung. Smooth je. Plus, aku boleh guna student price. Jimatlah skit. 

Entrance fee untuk student adalah EUR8/pax. Untuk harga sebenar ---> Prices 


Tapi sebelum aku share gambar dengan lebih banyak. Aku nak share sedikit trivia berkenaan Atomium ni. 
  • pada asalnya dibina sempena World's Fair 1958 yang berlangsung di Brussels.
  • rekaan oleh seorang jurutera "André Waterkeyn" dan arkitek "André and Jean Polak".
  • tinggi 102 meter dan sebanyak 9 bijik sfera yang berdiameter 9 meter setiap satu yang dihubungkan dengan sel yang membentuk rupabentuk satu sel yang telah dibesarkan sebanyak 165 billion kali. Giler ah!
  • CNN menamakan ia bangunan yang paling "bizzare" di Eropah
Nak senang, ianya sekarang adalah sebuah muzium. 

Jom naik atas dan tengok ape yang ada kat setiap bebola besi ni. Ada bahagian boleh masuk dan ada bahagian ditutup kepada orang awam. Di bebola paling atas skali ada restoran dan jugak observation deck. Setiap bebola ni dihubungkan dengan eskalator yang ada dalam tiub besi tu. 

Ape pameran dan sejarah berkaitan Atomium ni yang bagi aku agak menarik untuk dibaca. 

Ayuh!


pemandangan lif menuju ke atas

ruang pameran

ruang pameran

eskalator menuju masa depan

ruang pameran barangan prototype masa hadapan yang konsepnya unik!

meliputi seluruh barang isi rumah

sampai ke baju pun kaler oren. huhuhu

skrin besar untuk video yang dipaparkan

view dari salah sebuah tingkap yang ada memandang ke luar
Dah abes ruang pameran aku jelajah, aku naik la lif untuk ke tingkat paling atas yakni observation deck! Rupanya lif tu kat ground floor! Nasib aku sampai awal lagi, jadik nak beratur masuk ke lif takdelah lama. Sebabnya lif ade satu je ok dan kecik je. Maybe muat dalam 10 orang je camtu. Haaa kene kongsi lak dengan pekerja restaurant kat atas tu kalau dorang nak bawak stok makanan naik ke atas. Ahaks. 

Jom tengok view dari observation deck pulak okeh! 









Ok dah tu je. 

So, camne? Berminat nak masuk? Bagi aku biasa-biasa je kot. Aku jarang nampak orang datang sini masuk ke dalam atomium ni. That's why aku nak masuk nak tengok sendiri apa yang ada. Ada yang menarik, ada yang macam biase-biase jela. Tak masuk pun takpe kot. Cuma aku sendiri nak tau camne ruang kat dalam tu. Ahaks. 

Till then. 

Bye!

Wednesday, March 11, 2015

Seketika di Brussels, Belgium

Selingan! 

Actually, aku tengah takde mood lagi nak sambung entry pasal winter trip aritu. Tengah takde idea macam mana nak mulakan cerita dan sebagainya. (Read: Malas!) Hiks. 

Anyway, nak bagitau aritu aku ada misi penting yang perlu aku laksanakan demi kelangsungan kehidupan di UK ni. Kalau tidak, kene balik la Tanah Malaya la jawabnya. Hati ni masih tak sanggup nak berpisah dengan  Tanah Ratu. Puihhhhhh! Hahahah. Overkan. Dasar lupa daratan dah ni. 

Jadik demi melaksanakan misi tu, aku terpaksa pegi sekejap ke Brussels, Belgium. Negara yang paling dekat dengan UK ni la. Pegi ke sana selama 2 malam je. Tak yah pegi lama-lama, takde benda sangat pun nak tengok kat Brussels ni selain dari makan coklat, makan waffles yang femes tu, tengok atom? dan beberapa benda lain jugaklah. 

Dan untuk buat pertama kalinya, aku try "Couchsurfing". Bagi mereka yang suka travel, mesti tau apakebendanyani. For me, it was kinda a new experience and wanna do it again in the future. InsyaALLAH. 

Tapi untuk entry ni, kita layan gambar jela eh. 

night view di Grand Place, Brussels

Grand Place, Brussels

Guildhalls yang under renovation

anak gadis tengah posing di tengah dataran yang luas

tak datang Belgium orang kata kalau tak pekena the famous belgian waffles kat sini

Hard Rock Cafe Brussels yang terletak di Grand Place

Patung Manneken Pis yang terkenal kat sini, tak jauh dari Grand Place jugak

pelbagai variasi waffles yang boleh dipilih. semuanya yum yum!

Atomium

menuju ke masa depan. ayuh! 
bebola besi

Mini Europa yang kelihatan di bawah dari atas lookout point Atomium

penduduk Brussels menunggu metro

bercouchsurfing di rumah Ehsan, seorang warganegara Iran yang belajar di Belgium

Leuven, Belgium | Another city apart from Brussels

main square in front of Leuven Train Station
Bila agaknya aku nak menaip entry pasal Belgium ni? Nothing bad things happened. Lagipun, ni bukan trip yang aku look forward nak pegi pun tapi disebabkan terpaksa, aku jalan jela. Tapi overall, Belgium aku dah jejak. Alhamdulillah. 

Tapi seriously tak susah nak jejalan kat sini. Semuanya senang untuk navigate. 

Okeh. Tu je. 

Bye!