Wednesday, February 12, 2014

If I can dream and You can dream!

Assalamualaikum!!! 

Lama betol aku tinggalkan blog aku ni, aku rasa antara jangkamasa yang paling lama yang aku tak amek endah akan blog yang tak seberapa ni. 

Well~ Need to mention more? 

Hiks.. thanks to all new readers or existing reader yang terus menyokong blog aku ni. Tak kira anda likers or haters, aku doakan semuanya berjaya dalam kehidupan. InsyaALLAH. 

Dalam kehidupan setiap manusia, mesti ada matlamat, impian, cita-cita yang kita hendak capai. Tak kira samada impian tu adalah kecik kuman mahupun sebesar gunung everest. Ianya tetap kita panggil impian. Semestinya kita akan berharap/berdoa ataupun berusaha untuk mencapai impian tersebut. 

Aku pulak? Ada banyakkkkk impian yang bermain dalam fikiran aku ni. Ada yang kecik, ada yang besar. Matlamat hidup? Honestly... masih tiada penghujungnya,  Kecuali, mereka yang berada diatas menariknya daripada kehidupan aku. 

Salah satu impian aku adalah nak sambung belajar kat overseas. Walaupun untuk jangkamasa yang singkat, I'll make sure i will treasure every moment of it. InsyaALLAH. 

Dulu lepas SPM, memang ada target nak sambung belajar terus ke overseas tapi bila tengah isi borang scholarship tu macam tak lepas nak pegi sebab course yang aku nak amek tu macam mustahil nak dapat. Okla, the dream stopped at that moment. 

Teruskan belajar kat Shah Alam untuk 4.5 tahun, sebulan selepas tamat SPM kat sebuah sekolah di utara tanahair. Nak cramp semua diploma dan ijazah dalam masa 4.5 tahun tu agak hectic jugaklah. Dengan kelas dari pagi sampai petang... orang lain syiokk cuti semester kene pulak attend intersession. Boleh aku katakan takde masa break yang betol-betol puas hati. Tapi time degree, agak slow down skit. Tapi still macam-macam yang kene buat. 

Time tu, memang ramai batch aku lebih kurang 75% dari batch SPM, terbang ke serata pelusuk dunia demi menyambung pelajaran masing-masing. Ada ke USA, ada ke Russia, ada ke Jepun dan macam-macam lagilah. Tapi.. aku redha dengan kedudukan di Shah Alam untuk 4.5 tahun yang akan datang. 

Perasaan asyik duk hantar kawan-kawan kat airport tu, amatlah mengundang perasaaan yang amat cemburu. Hati ni asyik duk kata... bila lah pulak kawan-kawan aku nak hantar aku pulak. Ada ke orang nak hantar aku ke airport nanti. Hmmm...

I guess ALLAH has better plans for me. 

After 4.5 years struggling in university, I graduated with 2nd class upper. Okla, not that bright though. Alhamdulillah...

By the age of 21 (reluctant to say i'm 22 coz my birthday falls in August ;p), dah masuk ke alam pekerjaan... wahhh dunia kerjaya yang aku rasa macam mustahil nak capai. But, here I am working in one of the big 4 company in the world. Rasa bangga okeh. Who doesn't? Those who are in the same industry as I am will know what are the Big 4 Companies in the world. 

Maka, bekerjalah aku secara bersungguh-sungguh selama berada di company tu. Naik turun kehidupan di pejabat mahupun di tempat client memang ada cabarannya. Bukanlah bekerja 9-5, tapi around the clock. Ada yang balik 3-4 pagi setiap hari, weekend kene keje. Tapi bukanlah sepanjang tahun. Tapi demi pengalaman yang mahal, aku kuatkan semangat. Teman-teman seperjuangan pun ada yang tewas ada yang masih tabah. Friends at work/outside work do help me to survive. 

Dulu ingat tahan 1-2 tahun je kat company ni tapi atlast almost 4 tahun jugaklah. Ada selangkah je lagi nak jadik assistant manager. Tapi i guess, my time is up. 

I was lucky during my time in that company, assigned to this manager who was really understanding. Boleh la negotiate pasal nak cuti tu. Jadiknya dapatlah aku travel selama bekerja... alhamdulillah. Memang time tu, kalo dapat OT convert jadik cuti. Tu yang bestnya. Selama tahun 2013, aku ada lebih sebulan cuti yang mana aku gunakan puas-puas untuk travel dan jugak cuti hari raya etc. Walaupun annual leave cuma 16 hari. Hiks. Thanks Boss! 

Impian untuk sambung belajar tak penah padam, dan akhirnya aku berjaya. Berita ni memang ramai yang taktau. Hanya keluarga dan sahabat rapat je yang aku bagitau sebab aku takmau jinx kan benda ni. Mintak maaf buat semua yang taktau akan berita ini. I have my own reason. 

Pada tarikh keramat 23 Januari 2014, adalah hari terakhir aku di company tersebut. Cukuplah pengalaman selamat hampir 4 tahun yang kutip untuk bekalan masa depan. Walaupun aku sendiri rasa macam banyak lagi yang kene belajar. Tapi aku dah takde mood nak kerja. 

I think i need a break in my career! Ewahhh~ macam tu sekali. Lemah sangat~ 

Dan tarikh 26 Januari 2014, aku selamat tiba di bumi Ratu yakni United Kingdom. Meneruskan matlamat aku untuk sambung pengajian di luar negara yang mana akhirnya menjadi kenyataan. Syukur Alhamdulillah.. walaupun target aku adalah 2015, tapi Allah izinkan ianya berlaku dengan lebih awal. Walaupun hanya untuk setahun, tapi aku tak kisah. Ianya more than enough. I couldn't ask for more. 

Gonna living my dreams. InsyaALLAH. 

Terima kasih ucapan yang mampu aku ungkapkan kepada kedua ibu bapa aku yang amat menyokong keputusan aku ni. Adik-beradik yang amat memberi sokongan padu (btw, ni abang long tau ;p). Sahabat dunia akhirat yang banyak memberikan galakkan yang tak berbelah bagi demi impian ini terlaksana. I see my life before my eyes. Alhamdulillah... i will never forget it. 

Untuk semua pembaca blog Kaki Berangan, samada yang  baru mahupun yang lama, samada yang suka ataupun yang tak suka. Aku mohon seribu kemaafan andai kata terguris perasaan samada di dalam penulisan aku secara sedar mahupun tak sedar. Aku hanya menjadi diri aku sendiri tanpa menjadi hipokrit. Dan jugak, aku mohon doa agar aku berjaya disini. InsyaALLAH.. amin... 

If I can dream and you can dream! 

Till then... wasalam.  

hari terbang di KLIA, terima kasih buat TravelholicAwesome dan jugak BrotherSisters yang datang kat airport. Terharu sangat! Ada jugak yang datang hantar aku. Really appreciated it. 

lompatan pertama di Aston Park, Birmingham

71 comments:

  1. All the best John! Keep on writing no matter where u are :)

    ReplyDelete
  2. Salam. Ini peminat big fan Henry. Kadang kala ada perasaan geram juga apabila membaca blog Henry. Pengakuan jujur ok. Namun tetap kagum dengan Henry, pasal penulisan blog lengkap.

    Apa pun sekali selamat belajar dan selamat berjaya. Jangan lupa travel dan terus menulis tentang UK.

    ReplyDelete
  3. Salam dari Makteh diIpoh..tahniah dah dapat sambung belajar seperti yang dicita2kan..SEMUGA TERUS BERJAYA..Makteh silent reader.

    ReplyDelete
  4. Tahniah.

    Semuga berjaya mengejar segala impian, dan semuga Allah mempermudahkan dalam apa jua yang dihajati. Amin.

    Patutlah tak nampak dalam misi mencari gajah rupanya dah pergi UK.

    Apa pun akak doakan semuga berjaya

    ReplyDelete
  5. g.luck in your study!amik master by coursework ek?...

    ReplyDelete
  6. congratulation ! semoga berjaya dan dpt menimba ilmu di sana.
    everything happen for a reason.hanya DIA yg tahu ... Aminnnn

    ReplyDelete
  7. you still my small brother ...
    unbiologically way...
    go get your dreams to be reality...

    *hug from far*


    ReplyDelete
  8. Nasib baik sempat jumpa sebelum terbang ke UK.. apa pun all the best.. Europe is waiting for u to be conquer :D Semoga berjaya :D..!!!

    ReplyDelete
  9. tahniah john tahniah. waa lepas ni boleh lah blog about bumi UK untuk budget traveller. cant wait..

    All the best in your future dude. :)

    ReplyDelete
  10. Semoga berjaya mengejar apa yang dicitakan...

    ReplyDelete
  11. patut senyap jer..neways good luck bro.

    ReplyDelete
  12. Wahh..tahniah..dah lupa dah..nak pgl danny ke henry ntah..hehe. pasni kalo ada cuti sem ke apa ke..sure jelajah europe kan?? ohh bestnya..memulakan kehidupan di uk ketika spring..ohh..lagi best..all the best!!!

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum. Semoga berjaya dalam mengejar impian saudara.

    ReplyDelete
  14. Wah muka miss B dan Chawanna diblurkan dibelakang!! Ko amik course baking kat sana kan? mohon buat kek utk kami yg sweet tooth sokmo bak kata miss B..

    xoxo gitew,
    Chawanna hiks

    ReplyDelete
  15. Congratz.. Allah tak penah menghampakan hamba2nya.. Teruskan perjuangn!!! Study pun ada travelognya yg tersendiri.. ^^

    All the best
    Diyanahani

    ReplyDelete
  16. Good Luck KB!belajar rajin-rajin sambil teroka negara Ratu itu sehabis baik okeh!

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah...rezeki kaki berangan
    ^^_

    Sy pon menunggu & mencari peluang utk further studies. Dulu benti sampai diploma je pastu terus cari keje. Atas sebab2 tertentu~

    Teruskan perjuangan saudara sebab menuntut ilmu ni pun salah satu ibadah juga~~ ^_^

    Semoga berjaya atas cita-cita saudara.

    And one more thing, teruskan menulis di blog saudara. Blog kaki berangan memang SANGAT MEMBANTU sy dlm info2 nk travel ni~~

    Wassalam...

    ReplyDelete
  18. wah, congratz bro...
    hope dpt rase jugak pengalaman mcm nie...
    dulu pun penah gak ada impian nk sambung blaja kat oversea...
    but disebabkan ada dua subjek yg x capai target masa SPM (lulus, cuma x kredit je)....
    terpaksa lupakan impian 2....
    but insyaAllah, Dia ada perancangan yg lebih baik...
    pape pun blaja lek lok....
    n jgn lupa spot mane2 tempat yg menarik....
    nty boleh bwk geng travelawesome p jln2 kat sane....
    huhuhuhuhu >_<

    ReplyDelete
  19. wahhhh keja kat big 4 rupanya! steady laaa bro!

    and good luck :)

    ReplyDelete
  20. 1.Alhamdulillah akhirnya impian terlaksana!
    2. good luck
    3. rajin-rajin study
    4. oh boleh jenjalan sambil study! ok ini sangat jeles...
    5. first time baca entry dalam blog ni yang mampu buat airmata akak mengalir..huuh hati tisu lagi
    6. jangan lupa balik malaysia nanti!
    7. Oke bye

    ReplyDelete
  21. wah. John tahniah! bole la panjangkan langkah sket pegi europe jln2. :)

    ReplyDelete
  22. Congrats and All the best!
    It's my dream too nak sambung study overseas. Asyik procrastinate je.. haihh

    Will be waiting for ur travelling stories in Europe. hehe.

    ReplyDelete
  23. wahhh ... kite pon have a dream like that btw, still here hhahahah.. congrat.. walaupon lambat and good luck for your study;)
    mesti seronok giler dok negara orang ;)

    ReplyDelete
  24. Good luck john. Nanti jumpa kat london yer..
    Eh?

    ReplyDelete
  25. bestnya dapat sambung belajar di UK :)
    good luccckk in your studies

    ReplyDelete
  26. bestnya dapat sambung belajar di UK :)
    good luck in your studies!

    ReplyDelete
  27. Tahniah John KB!! Tahniah. Seronok saya dengar :)

    Study smart and travel smart ok!

    ReplyDelete
  28. ahhh envyyyyy...cemana nak pursue study kat sana mcm u jugak ni???

    ReplyDelete
  29. wahh congrate...finally..best2.

    ReplyDelete
  30. Good luck!. Semoga dipermudahkan dalam urusan menuntut ilmu.

    ;)

    ReplyDelete
  31. boleh share tak macam mana nak apply...aku pon dok berangan nk sambung study obersea ni...

    ReplyDelete
  32. Fulamak..dah jadik orang londong lah ni ye
    anyway nekcik ucapkan tahniah dan wishing you all the best in whatever you do..insyallah..keep on writing keep on travelling

    ReplyDelete
  33. patutla lama benor menghilang, sambung belajar rupanya...birmingham aku datang, memang seronok abisla belaja sana, hehe...gud luck bro!

    ReplyDelete
  34. Alhamdulillah. Allah indeed has better plan for us. Cuma perlu sabar & redha, kan. All the best kat bumi Ratu!

    ReplyDelete
  35. Oh, sambung belajar dekat UK ker??? Bagus!!! Selagi ada kemahuan, pegila menuntut ilmu lagi2 ke luar negara. Boleh luaskan pandangan and tambah experince. Nak jeles boleh ???hahahaha.....

    ReplyDelete
  36. congratulation and have a blast out there~
    bcoz im too busy rescently and tercampak jauh out from kl.. dah lama tak jumpa and hang out~
    Insyaallah lain kali dapat jumpa lagi~

    ReplyDelete
  37. All the best bang ! Kita jumpa kat uk tau ! Saya tengah buat A-level nak fly uk. Goodluck !

    ReplyDelete
  38. salam tahniah dari geng MRSM Beseri,Perlis.

    ReplyDelete
  39. ingat bonda selalu...bak kata chawanna, ko blk mesia ko tak bake something utk kitorg, ko SIAP!

    kalo ayahnda nak pi US nanti, kita berdua menyusul ye?!

    i lebiu!

    ReplyDelete
  40. Good luck john. Kenang kami dlm UK & europe exploration ko nanti. Waaaa

    ReplyDelete
  41. Have fun in UK...the world is in front of u now...! enjoy n cherish every moment..UK memang best...best...best...blajar memang blajar, jln kena jugak tau..:) kill 2 birds with a stone gitu...

    Best of luck in yr future undertaking!

    ReplyDelete
  42. tahniah dapat sambung belajar ke obersea.

    Awal bulan tiga ni akak bercuti ke UK...mgkin singgah birmingham gak. Kalau sempat....bolehlah jumpa hehehe.

    ReplyDelete
  43. Gud luck henry..tetiba iolls sebak bc entri nih hurmmm maybe sbb cita2 nk study obersi tak termakbul..result spm pon nyawa2 ikan jer then dpt kje gov terus rasa selesa..padahal dlm hati teringin Allah jer yg tahu maybe bukan rezeki iolls lagi..hukhuk

    ReplyDelete
  44. Semoga dipermudahkan segala urusan. Tahniah dan selamat berjaya :)

    ReplyDelete
  45. Tahniah...semoga melangkah lebih jauhhhhhhh....

    x sabar nak baca n3 pasal europe lepas ni utk dijadikan panduan hehehehe....

    ReplyDelete
  46. Masa nampak kat IG Lily, macam dah agak. Haha.

    Congrats bro! Di umur suku abad [kannn? aku kira bila ko tulis umur2 ko tu.. hahaha], ko dah berjaya ke sana untuk lanjutkan pelajaran sementara aku gugur di pertengahan. Salah perhitungan. :)

    Apapun, good luck and lepas ni, semester break, tak payah amek intersession ke short course ke... k? Gi jalan2 Eropah, aku tunggu entri ko! :)

    ReplyDelete
  47. No wonder lah lama menyepi..rupanya ada berita gembira yang mengejutkan semua org...good luck and all the best..jgn lupa terus update blog tau

    ReplyDelete
  48. salam,
    selama ni jd silent readers je. sambung blaja kt birmingham uni ke? kakak I sambung kt birm uni. april ni gonna visit her. have fun studying, and don't forget to travel. bestnya dpt travel around europe.

    dalila

    ReplyDelete
  49. my life stories are similar to yours..we graduated in the same course,same place,same industry,same work line,same unfinished plan to study abroad after SPM but lack of qualification then,same burning desire to still go abroad to do a short course study and definitely same passion to travel on budget..i wonder if we ever meet we gonna be rocking on fire!!!it's just my time to go abroad is to come true while u are finally living it.i hope u'll do well and be great as always. keep on writing for all of use here.hopefully someday we'll meet and when that time comes it'll be nothing short of magical.

    ReplyDelete
  50. Tahniah -nordinabilah-

    ReplyDelete
  51. whatever need to say have been said. cuma, i sokong comment Na! ehhehehheheheheh

    ReplyDelete
  52. Salam John

    jumpa nanti kat masjid Birmingham jumaat nanti hehehe

    makan senang kat sana , majoriti pakistan

    ReplyDelete
  53. Worked in a big 4 co makes me wonder how do u hv so much annual leave...but lucky u hv a great boss :) Good luck bro. Keep on jot down yur journey

    ReplyDelete
  54. congrats and good luck. Bila nak habiskan entry Japan, tak sabar nak kira budget ni

    ReplyDelete
  55. fast track ke dulu. all the best dik..

    ReplyDelete
  56. All the best John! Jgn lupe solat dan hupdate blog walau di mana berada... hehehe...

    ReplyDelete
  57. tak berkarya lagi ke...suka baca pengalaman bercuti anda & rakan2..

    ReplyDelete
  58. Tahniah! lama dah tak jengah blog ni tup2 tuan Tanah dpt sambung blaja overseas.. once again tahniah..

    Regards

    Kak Muna

    ReplyDelete
  59. Alhamdulillah..semoga dpt belajar dan mengembara di bumi UK dgn jayanya..

    ReplyDelete
  60. Patut ah cm kenal.. dak akaun uitm upenye.. btw tahniah bro

    ReplyDelete
  61. john/danny..

    tahniah yer dh smbg bljr kt oversea..sorry sbb lmbt wish..

    ReplyDelete
  62. ACCA or masters? I was from a big 4 as well... did my ACCA in London

    ReplyDelete