Good morning!
Nak share la dengan orang Malaysia, ape yang berlaku siang tadi (waktu tempatang skang adalah 11.38 pm). Aku pun dah nak masuk tido dah ni.
Anyway, tadi berlakunya hujan batu. Kalo kat Malaysia ni jarang-jarang berlaku sama macam kat sini gak. Tapi first time aku tengok dengan mata kepala aku sendiri benda ni berlaku. Yela, kedengaran agak jakun atau kampong skit kat situ. Ahhh what the hell la kan. Hahah villagepeople sangat! Hahah.
Fenomena ni, fenomena la sangatkan.. berlaku kejap je. Tak sampai 15 minit pun, tapi agak lebat. Sempatlah aku tadah dengan mangkuk nak tunjuk bukti kat korang nih! Sangat cantik formasi hujan batu ni. Yela, aku selalu dengar bentuk dia tak tetap. Tapi hari ni, bentuk dia sangat sempurna dan hampir sama saiz antara satu sama lain. SubhanaALLAH.
Bak kata housemate aku, kalo nak tau salah satu symptom hujan batu nak jadik adalah malam sebelomnya terasa sangat sejukkkkkkk... dan ya, memang betol semalam agak sejuk dari kebiasaan walhal winter season dah nak sampai penghujung dah.
Snow? White winter wonderland... hurm.. kirim salam jela. Tahun yang aku datang ni la snow malu-malu kucing nak turun. Kalo last year, bukan main lebat lagi bak kata kawan aku! Haishh... terpaksa tak nak balik kan semata-mata nak tunggu snow lebat depan rumah. Ahaks!
Untuk bacaan lanjut pasal hujan batu ni, boleh la refer ---> SINI
|
time ni hujan batu tengah turun dengan lebatttttnyaaaa! somehow aku berharap ianya takkan berhenti |
|
tadah pakai mangkuk plastik |
|
bentuk hujan batu secara dekat |
|
last skali papan tanda depan rumah |
|
kejadian snow turun dalam 2-3 minggu lebat, ni jela yang paling lebat penah aku tengok |
|
view dari tingkap bilik aku |
Ok dah tu je nak bagitau korang...
Kalo ada update terbaru, jenguk la instagram aku. Hiks.
Bye!
klu kena kepala harus bocor ....hahaha. Dpt John merasai hujan
ReplyDeletebatu d negeri org kn, new experience.
selamat pagi
ReplyDeletesinggah pagi jumaat
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri
ReplyDeleteTapi aku selalu rasakan peribahasa ni terbalik.. hahah.. :P
Cantik pulak ketulan ais hujan batu tu macam kristal
ReplyDeleterindunya i kat midlands
ReplyDeleteRINDUNYA KAT HUJAN BATU....BAWA BALIK BERKETUL2 BUAT DAKU...HIHIHI
ReplyDeleteBertuah...kerana ini pengalaman yang hebat.
ReplyDelete@Badar,
ReplyDeletehaha takdelah bocor, tapi kalo kene laju2 agak sakit jugaklah. mmg betol2 new experience akak! ;)
@Nurzakiah Hanum,
helllooo!!!! good afternoon!
@Nina Hamdan,
hahaha aku pun rasa macam terbalik. tapi maybe ade maksud tersirat yang perlu difahami lagi.
@Notie,
aahhhh aku pun suka tengok sbb nampak cantikkk and bentuk sempurna.
@Ummisara,
heheheh penah stay sini rupanya.
@Khairuddin Lim,
hahahaha by the time sampai msia, dah cair. hiks.
@Kak Mahh,
alhamdulillah.. sempat tengok. ;)
Waaaa.. best tu hujan batu ais.. ada buat milo panas pastu tadah ais kat luar? heheheee :D
ReplyDeleteNasib kecik2. Kalau besar2 mcm dalam citer 2012 (kan?) tu? Haha. Pengsan!
ReplyDeleteMengingatkan saya sewaktu hail storm yg ais batu yg jatuh sebesar bola besbal.
ReplyDeleteHabis ranap bisnes kereta terpakai yg tak berbumbung