Tuesday, March 4, 2014

Kansai, Japan 2013 : #14 - Osaka Castle

Ohayōgozaimasu!!! 

Hari terakhir, hari ke-7... esok pepagi kene pegi ke airport dah untuk balik ke tanahair yang tercinta. Rindu katil dan bau-bau kat Malaysia... hahaha 

Iye ke ni? Propa much? Kalo tak kerana takde duit banyak, nak je aku stay lama skit lagi kat Jepun ni. Tak puas! 

Since ni last day, maka nak gunakan semaksimum boleh Osaka Day Pass yang kitaorang beli tu. Jadik, bila belek-belek buku panduan attractions yang boleh pegi secara percuma, ada beberapa tempat yang kitaorang dah highlightkan untuk terjah sebelum hari ke-7 ni berakhir. 

Tempat pertama yang kitaorang nak terjah adalah Osaka Castle! Landmark ataupun ikon penting kalo datang ke Osaka... btw, anggaplah aturcara arini sekadar snap and go. Takde nak tilik-tilik secara teliti ape yang terkandung. Biasalah... nama pun pelancong. Hiks. 


berjalan dari kejauhan nak sampai ke pintu masuk nih!

How to get here: 
- walk about 15-20 minutes from subway Tanimachi 4-chome station (Exit #1B or #9) OR;
- from Morinomiya station

Direction lepas tu? Totally lupa dan aku pun malas nak google. Boleh camtu? 

Tapi jangan risau, kalo korang ada tourist maps tu memang takde masalah. Macam makan kacang cap ibu jari je. Okeh? ^__^

Tapi yang pasti yang aku ingat, memang kene menapak agak jauh dari exit subway menuju ke Osaka Castle ni, adalah dalam 15-20 minit. Bergantung kepada kelajuan kaki masing-masing melangkah. Tu tak termasuk lagi yang pakai heels bagai. Rasain lorh! 

Aku juga ingin menasihatkan, kalo datang berjalan ke mana-manan lokasi di Jepun ni, try untuk tidak cramp attractions yang korang nak terjah dalam satu hari. Aku berani potong jari, takkan tercapai dek kaki yang melangkah. Unless korang ada karpet terbang nak bawak korang straight to the locations. 

Honestly, aku penah tengok orang buat itinerary satu hari tu semua nak cramp. Adoyaii... jangan gitu. Sesungguhnya, sesuatu tempat tu, walaupun kata dekat dalam kertas, tapi hakikatnya memang jauh kaki nak melangkah tu. Pilih the best okeh! 

Jom layan gambar....

tasik buatan yang mengelilingi kawasan kubu Osaka Castle

menuju ke pintu masuk, depan tu hanya salah satu daripada pintu masuk kota je baru, kene jalan masuk lagi ke dalam

nak trim pokok pun pakai 5 orang pekerja. macam gunting rambut manusia kekdahnya

salah satu pintu masuk kawasan Osaka Castle

bongkah batu yang besar!

dedaunan autumn yang keguguran

kumbang?

Akhirnyaaaa sampai jugakkk kat kawasan castle ni, ramai betol dengan ummah pelancong tak kira dari rombongan sekolah tadika, rendah, menengah hinggalah ke cik kiah punya rombongan... tapi takpe. Sebabkan cuaca hari terakhirnya ni amatlah indahnya. Maka kene gunakan segala masa yang tinggal ni untuk merakamkan detik-detik indah nih. 

Kawasan menara utama ni memang bersih. Kalo ikut pembacaan aku, struktur bangunan asal dah pun musnah dek kebakaran. Apa yang kita lihat harini adalah replika dari struktur asal. Papepun, still aku rasa indah! Walaupun plus minus lebih kurang sama je design dari negara China, Korea ataupun Jepun. Namapun lebih kurang serumpunkan... Hiks. 






Sedang leka duk amek-amek gambar tu.. ternampak pulak macam bayangan samurai. Tapi samurai tu nampak tua je, sedang duk jalan tengah kutip sampah. What the? 

Makin lama, makin ramai yang menegur untuk amek gambar dengan dia.. dia dengan senang hati pulak untuk bergambar. Untungla beliau~ 

apemacam? kacak tak saya? haiipp! 



Since aritu sangat indah dan cantik... mood semua orang gembira! Termasuklah seorang diva baru tercipta di tanah Jepun... 

budak sekolah bertopi kuning

pasangan bercinta

berpimpingan tangan sesama mereka sambil tersenyum

wahhhhh!!!! kaki sapekah yang begitu seksi skali nih! 

nantikan kemunculan album terbaru beliau! comeback ala-ala Kak Yah uols! 
Kami semua sepakat untuk tak masuk dalam muzium tu sebab kekangan masa. Nak pegi tempat lain pulak nih. 

Ayuh menapak ke subway station yang terdekat lebih kurang 1 km jugaklah jalan kaki. *sigh*





To be continued...

Bye!

11 comments:

  1. Memang kena sediakan bekalan stamina ni. Hahaha wah sungguh vogue retis itu ye.

    ReplyDelete
  2. ohoi akhirnya berhupdate...tak sempat la nak baca habes, aku nak pegi dah ni...hehuuuu

    ReplyDelete
  3. Wah merah sangat lah pak ngah samurai... glemer sekejap.

    Erk John, gambar sungai yang berwarna kecoklatan tu napa ye? Ada apa diatasnya?

    wah diva malaysia posing memang terbaik bebs. Kasut tumit tinggi 5 inci ke? Wow... tabik spring2 le kalau boleh jalan berkilometriko di osaka. Tapi posing coveralbum tu memang cantik sesangat.

    ReplyDelete
  4. wah ,,,cantiknyer castle dia kan ... '-'

    ReplyDelete
  5. Ingat dah habis entri ini..wah..trim pokok dah 5 orang..cantik pokok tu.

    ReplyDelete
  6. @Nurzakiah Hanum,
    mmg seronokkk! ;)



    @Bibie Karim,
    hahahah tau takpe. kene mcm semangat kene kuat abeslah. mmg vogue! gigih yg amat! ;)



    @DJ,
    hahahah yela, takmau tinggal terbengkalai nnt. ade a few entries je lagi. jgn nebes. relax2 aje.



    @Notie,
    hahahah glamer abes pak samurai tu. hiks. tak silap aku sungai warna coklat tu mcm ade lumut kat atas permukaan sungai tu.



    @Nayfatimah Rasyid,
    mmg cantekkk! ;)



    @Khairuddin Lim,
    hahah belom lagi. ade beberapa je lagi. nak abeskan cepat2. ;)

    ReplyDelete
  7. Castle yang cantik, samurai yang kacak, kaki yang seksi dan gambar yang sharp :)

    ReplyDelete
  8. sapa si dia tu yang pakai baju hijau ?
    gedik sungguh perlakuan beliau?

    nyampah nengok dia!!!


    (kikiki).....


    *lambai dari jauh!! hi John..akak ok!!!*

    ReplyDelete
  9. Adoi macam banyak je nak kena jalan kaki ni nak ke osaka castle..hihi..:)kena ada bekalan stamina ni..huhu

    lagi satu..gamabar air color oren tu apa ek??

    ReplyDelete
  10. Seronok nyer pergi waktu spring nie.. kita pi winter pokok semua kering kontang.. sejuk.. tapi yang best orang tak ramai sangat hahahahaa :D

    ReplyDelete