Friday, March 28, 2014

Blackpool "Britain's No.1 Holiday Resort!"

Assalamualaikum!!!

Lama jugak aku tinggalkan blog aku ni. Malas weyyy nak update semua ni. Busy dengan class yang agak packed. Kehidupan sebagai perantau ni perlulah dipenuhi dengan sesi ilmiah dan socialising dengan teman-teman di sekitar Birmingham ni. 

Cuaca kat sini patutnya dah masuk spring. Tapi sejak minggu ni, cuaca sepanjang hari agak lebih sejuk dari sebelom ni. Aku memang duk berharap jugaklah turun salji depan rumah walaupun dah nak masuk April dah. *sigh* matilah kene maki dengan housemate aku sebab dia takmau dah winter-winter nih! Hahahah 

Pakat-pakat tadah tangan semua aku mohon agak salji turun depan rumah! Amin.... 

Orait! 

Aku sambung balik trip aku yang terbengkalai nak sambung dari Lake District. Cerita Lake District pun dah abes, tak panjang kan sesuai ler dengan trip yang singkat nih! Tak reti aku nak elaborate panjang-panjang kang korang pun takde baca gak. Tengok gambar je kan? Hew hew hew~ 

Anyway, untuk komen yang diberikan pada entry yang lepas pasal Lake District dan lain-lain. Terima kasih atas suggestion yang diberikan berkenaan tempat-tempat menarik kat UK yang wajib aku terjah ni sepanjang kat sini. InsyaALLAH, kalo ada masa aku memang nak terjah. Nanti kasik ler lagi idea-idea yang best best ek! ;) 

kawasan parking yang terus nampak Blackpool Tower


Perjalanan dari Lake District ke Blackpool tak lama pun lebih kuran sejam lebih cmtu. Kalo ikutkan plan asal kitaorang memang tak jadik nak masuk kawasan Blackpool ni disebabkan ada berita mengatakan kawasan sini dilanda banjir dek gara-gara hujan lebat beberapa hari ni. Tapi, nasib menyebelahi kitaorang. Cuaca aritu amatlah baekkk! I really tell you tau. Hahaha. 

Before datang sini jugak, kawan aku bagitau sini femes la katanya dengan fish & chips. Katanya orang Blackpool sini claimed that fish & chips ni memang asal dari tempat dorang. Katanya! Hahahaha plus, orang kat sini tak lawa. Katanya lagi... hahahah We will see how. 

Time tengah aku menaip entry ni, baru aku baca balik wikipedia mengenai Blackpool ni. Sebelom ni hanya tengok gambar je kat Pinterest ape yang best kat sini. Since ada dalam less than 1 day je kat sini. Just jejalan secara leisure jela. Janji sampai. 

Since arini weekend, kawasan parking agak penuh ramai yang datang untuk bersiar-siar kat kawasan Blackpool ni. 

Kalo aku tengok gambar kat Blackpool ni, lebih kurang mirip kawasan Santa Monica Piers kat US sana nun. Ada theme park kat tepi laut. Lebih kurang camtu la rupanya. 

Walaupun tengok dalam gambar macam panas terik langit biru ni, adoyaiii angin dia sejukkk jugaklah. Nama pun tepi lautkan... takkan takde angin. 

Lepas park kete, kitaorang jejalan. Memang agak meriahlah suasana sekeliling ni. Sesuai untuk weekend getaway bersama keluarga yang ada anak-anak untuk jejalan. 

Tempat yang aku rasa boleh terjah kat sini tak banyak mana pun. Antaranya Blackpool Tower, The Piers dan jugak Pleasure Beach Blackpool (theme park). Selain daripada tu jugak, adala beberapa buah macam rumah hantu whatsoever. Boleh tau dari dekorasi luar bangunan dia. 

Ayuh layan gambar dulu. 

rumah hantu kot tak salah

antara bentuk hiasan diluar bangunan

persimpangan jalan utama di Blackpool, sebelah laut

sistem tram digunapakai kat sini

The Piers, ganas betol ombak kat sini. nak berdiri kat tebing pun rasa gerun

berminat nak masuk akuarium? 


muzium wax Madame Tussauds pun ada kalo rasa tak penah masuk

pasangan tourist? 

Kitaorang just jejalan je kat kawasan situ hinggalah ke The Piers. Taman tema atas jeti katanya. Semuanya permainan budak-budak. Maka, renungkanlah... dan tua-tua ni takde rasa nak main sangat benda-benda camni. I had enough. Cheewwaaaaah! Matilah nanti makan dirikan kata-kata ni. Hahah. Tak besar mana pun, aku boleh kata macam funfair kat Malaysia je rides yang ada. 

Sempat la singgah beli fridge magnets untuk kenangan. Average dalam GBP1/each. Lawa-lawa bentuk dan design. Since, hidup sebagai student ni, aku try jimat sebanyak mungkin. Matilahhh... ayat poyo je ni. T____T 

bayangan ferris wheel

fridge magnets anyone? hiks

antara rides yang ada

pengunjung... banyak warga british. I like.. takde orang pakistan sini. hahahah 

arcade, tempat anak-anak suka menghabiskan duit ibu bapa. ewaaaaah! 

Sempat tanya orang kat situ, kat mana nak makan the best fish & chips kat sini. Ditunjuknya tak jauh dari The Piers tu. Lebih kurang seberang jalan je... 

Ayuhhh pegi makan.. dan lapar perut nih. 

kat dalam nih kitaorang makan

Masuklah kitaorang makan fish and chips tu lebih kurang GBP6/meal. Dapatlah fish and chips together with coffee... makan time sejuk-sejuk ni sodapp! 

Lepas makan? Carik tempat nak shalat lepas tu sambung jalan-jalan. 

Actually, kitaorang tak boleh lama kat sini. Sebabnya kene hantar balik kereta before jam 8 malam, dan journey nak sampai balik ke Birmingham pun kurang-kurang amek masa 3 jam. Nak drop by kt Chester lagi hantar kawan kitaorang. Maka, we do our best nak tengok ape lagi. 

Tapi... okla been there done that. But i do wish to come back to see the night life around here, I bet must be really beautiful with all those colorful lights. 

Untuk yang maybe nak carik makanan halal. Actually, aku terjumpa secara tak sengaja time dalam kete untuk last round kat sini. Tak jauh dari kedai gambar atas ni. Lebih kurang 100 meter camtu. Memang ada tulis halal. Arah kiri dari pintu masuk kedai atas nih. 




apekah namanya... tak berani nak makan sebab ada gelatin. 

Last wish aku sebelom berangkat pulang ke Birmingham, nak tengok Blackpool Tower dari dekat. Hiks. 

Tapi tak naik atas pun sebab under keje construction kat situ. 

Sedikit info pasal Blackpool Tower:

a Victorian alike of the Eiffel Tower, the view from the top is worth seeing, but gets busy at the peak of the tourist season. Blackpool Tower is one of the famous towers in the UK. Once inside, you climb through seven levels of attractions, including a circus, bug zone, Out of This World, aquarium, and ballroom (for you film buffs, this is the lavish ballroom seen in the 1996 Japanese film Shall We Dance?), before going up in a glass elevator to the observation deck.


Then, pegi amek kereta untuk buat last round kat sini... 

vintage car!

senja di Blackpool

kawasan rumah dan tempat penginapan

rumah warna-warni depan Blackpool Football club stadium

Pleasure Beach Blackpool theme park, tapi macam tutup je.

sini pun ada jalan jam okehh! duh~ 

Teruslah kitaorang balik semula ke Birmingham. Singgah makan desert yang amat sedappp kat Chester. Nama kedai tu The Architect! Sumpahhh sedappp! 



Alhamdulillah... selamat sampai balik kat tempat hantar kete dalam jam 8 malam. The end of our trip. 

Next? Ahaks... 

Till then. Bye!

16 comments:

  1. Statement "takde orang pakistan sini" yg tak boleh tahan tu... Maklumla org dari Birm... hahaha! ;)

    ReplyDelete
  2. Tak baca?..ahaha..ada ker yg mcm tu..rugi aaa kalau tak baca tp just tengok gambar je..penat org tulis tau...JM baca tau hikss..

    Tak lawa?..rupa yg mcm mana lah ek di katakan x lawa tu..nak tgk sikit

    Dah tua katanya...atoi lah..msih muda remaja you ouls..

    Tak dpt pegi leh tgk gambar pun jadilah...hamboi..panjang komen nyer

    ReplyDelete
  3. :)selamat pagi
    singgah pagi & salam jumaat

    ReplyDelete
  4. bestnyer hidup student ...;)
    teringat zaman student dulu yang indah dan menghuru-harakan hidup..tp tue lah manis bila kenang kembali ;)

    ReplyDelete
  5. kacang Pol...
    tak pernah makan

    Black Pool..
    tak pernah sampai

    Liver Pool...
    tak pernah tgk EPL..(sgt)

    car Pool...
    tak pernah cuba

    ok
    akak suka pergi tengok Swimming Pool

    kbai

    ReplyDelete
  6. Kalau fish & Chips berasal dari sini, tentu sedap sebab ia ori.

    Mana dia yang dikatakan orang sana tak lawa?

    Eloklah Danny tak makan lolly/candy tu. Lainlah kalau ia gelatin sayur..

    FM tu cutelah.

    ReplyDelete
  7. Ah, Blackpool. Bestnyer. Dari dulu berangan nak sampai ke sini.

    ReplyDelete
  8. macam semua benda pula ada kat city dia.. hahaha

    ok whatever pool it is (bak kata kak anash) terus masuk dalam wishlist.. haha

    ReplyDelete
  9. tram kaler pepel..cantik!
    sila kongsikan lagi yer cuti-cuti study di sini..
    nak pegi tak tahu bila boleh..kumpul info aje lah dulu

    ReplyDelete
  10. wow mcm best jer...x tau pulak bro ni student lagi...

    ReplyDelete
  11. Wow cantiknya langit biru..
    Cantiknya ombak yg mengganas tu!
    Dan pastinya FM tu kompom ada untuk aku kan hahaha . betul tak Kak Coco?

    ReplyDelete
  12. mcm tau2 ajer tak payah elobrate pnjg2 sbb mmg suka tgk gmbr... yg pnjang2 tu tulis bila ada agenda nk ke sesuatu tmpat tu.. mcm travelog ke korea mmg Alycia bc smpai habis sebelum Alycia ke korea hehe..

    gud job bro ;)

    ReplyDelete
  13. @RaW,
    hahaha nak buat camnekan. hiks.



    @Jari Manis,
    hahahah terima kasih atas sokongan tersebut.



    @Nurzakiah Hanum,
    selamat tengah hari dah kat sini. ;)



    @Nayfatimah Rasyid,
    alhamdulillah... takdela best mana pun. kadang2 pun bosan xtau nak buat ape. tp kenangan manis tu tetap ada.



    @Kak Anash,
    amboihhh akak berpantun pulak kat sini dia. ;p



    @Kak Naramas Aman,
    ntah la akak. kata dorang la original dr situ. tapi saya rasa takde beza pun. sama je.. sedap lagi yg kat fremantle, perth dlu. ;)



    @Owen,
    insyaALLAH nnt giliran ko pulak. ;)



    @Shah_rule,
    sort of. entertainment city lebih kurang cmtu.



    @Mrs. Smile,
    tu tram yang baru tak silap. insyaALLAH, one day akak sampai jugak. amin...



    @Faizal Fredley,
    hahahah ni baru je jadik student balik.



    @Ren,
    hahahah amboihhhhh demand! insyaALLAH kalo ade rezeki lebih. ;)



    @Azura Aziz,
    hahahah memahami katanya. skali skala sbb kdg2 tu takde benda nak tulis pun. so share gmbr jela.

    ReplyDelete
  14. oh my cantiknye blackpool.. dulu tak terfikir pn nak pegi.. lol

    ReplyDelete
  15. Sirosliiii pict mmg cantik... Ayat pun sempoi2...x jemu bc deh

    ReplyDelete
  16. jatuh cinta dengan gegambaq ni. edit pakai apa :D

    ReplyDelete