Tuesday, April 1, 2014

London's calling? #1 - Permulaan

London! 

"London is calling me baby!"

Tu ungkapan yang aku sering dengar orang duk kata, duk tulis kat facebook bila dorang dapat pegi travel ke London. Maybe korang punn familiar dengan ungkapan tu. Aku sendiri pun mempunyai cita-cita nak jejakkan kaki ke London. Kalo orang yang baru nak up atau baru nak travel, mesti kata nak terjah Europe atau lebih kurang UK secara spesifiknya. 

Tapi tak semua orang nak datang London. Maybe nak terjah tempat lain dulu yang lain dari kebiasaannya. Contohnya, Yugoslavia? Sekadar memberi contoh. London.. bagi mereka yang penah datang, teringin nak datang tapi tak berminat untuk datang maybe akan berkata London adalah too mainstream. Yela, semua orang nak pegi London. 

Aku pun nak datang London. Kalo sebelom ni asyik tengok orang je pegi, kalo ni aku sendiri yang akan sampai. Nak tengok, nak rasa ape yang tourist ni datang ke London ape yang dorang akan buat. Or maybe blend as local? Who knows right? 

London ni kalo tengok dalam peta dunia ni, atau secara kasarnya United Kingdom takdelah besar mana, tapi pengaruhnya dalam dunia travel untuk mereka yang suka travel. London is a must place to visit! Ni yang aku tengok dan perhatikanlah.. Orang lain maybe berbeda dari ape yang aku tulis. 


bayangan Big Ben muncul dalam mimpi ^_^


Jadik! 


Jadiknya... peluang aku amek sementara class tak start lagi akhir bulan Febuari aritu untuk jejalan ke London selama 5 hari. Dapatlah menumpang rumah kawan aku kat sana. Alhamdulillah.. dapat jimat kos penginapan. Thanks mate! Nanti aku datang lagi tau! Hiks. 

Tiket perjalanan aku beli agak lewat. Actually, kalo beli lagi awal lagi murah. Jarak dari Birmingham ke London takdelah jauh mana pun. Kalo naik train tak lama mana pun lebih kurang 1jam 30 minit camtu. Ataupun kalo naik bas less than 3 hours. As a student, choose whatever is cheaper la kan. 


Untuk bas, aku suka gunakan website --> http://uk.megabus.com/ untuk beli tiket bas murah. Kadang-kala ade jugak tiket train boleh beli melalui website ni. Agak user friendly, maka explore sendiri la ye. Dengan menggunakan website ni, dapatlah aku beli tiket train (Virgin Train) yang berharga GBP9/sehala. Patutnya dapat lagi murah yakni GBP7/sehala. Tapi disebabkan aku terlambat, dah naik harga. Cis! Untuk tiket balik pulak, takde pulak train, terpaksa naik bas. Okla what to do... harga terlalu murah yakni GBP3/sehala. Travel pun sorang jadik takde masalah sangat. Janji jalan~ 

Honestly, sebelom datang London lagi memang aku bagitau housemate aku. Tujuan asal nak datang London adalah untuk jadik tourist! Agak cliche tapi lantaklah. Peluang dah ade depan mata, haruslah rembatkan. Takkan aku nak datang London sebagai rakyat British. Hahah aku tak layak. Cheewaaah! 

So, dalam kepala otak aku ni memang dah duk berkira-kira nak pegi tempat tu, nak pegi tempat ni. Macam-macam lagilah! Tapi pegi winter ni, kurang la syiokk skit sebab siang pendek. Tapi lantaklah... bukannya takleh datang lagi. Cheewahhh lagi. 

I decided just to relax and enjoy London while I can. 

Hari yang dinantikan telah pun tiba. Train aku menuju ke London bertolak jam 11.35 pagi. Dalam 30 minit sebelom tu aku dah tersedia tiba di Birmingham New Street Station (ala-ala KL Sentral) tapi lagi banyak platforms. Aku rasa more than 10 platforms kot. Tiket train memang aku tak print la. Sebagai pengguna smartphones, cheewaahh! Tunjuk jela email yang aku dapat tu time naik train nanti. Dah jimat kertas. Save the enviroment people! 

Smooth train ride... lebih kurang sejam setengah selepas tu aku selepas tiba di London Euston Station. Dengan berbekalkan beg troli aku yang bersaiz kabin. Aku mengheret beg troli aku acah-acah tourist menuju ke arrival hall. Ramai betol manusia kat situ. Menunggu untuk naik train masing-masing. 

Aku? Setia menanti ketibaan kawan aku  datang kutip aku kat sini. Aku memang takde buat research sangat pasal transport ke nak ke mana whatsoever. Memang aku rely kat kawan aku tu je. Tapi aku dapatlah beberapa keping nasihat dari kawan-kawan yang penah sampai ke London. Takde la terlalu village people sangat. Ye dok? Ahaks! 

akhirnya sampai jugak aku! 

bentuk Virgin Train yang aku naik

Tunggu punya tunggu, akhirnya kawan aku tu sampai jugak. First thing first, topup Oyster Card. Aku dah siap-siap pinjam Oyster Card kawan aku yang dah linked dengan RailCard. Maka penggunaan setiap hari akan lagi jimat berbanding Oyster Card yang biasa. 

Oyster Card ni macam Touch & Go punya kad. Kene topup untuk guna. Manakala, RailCard pulak adalah untuk mereka yang berumur antara 15026 tahun ataupun full time students. Boleh dapat diskaun la kiranya untuk train rides. Camtu haaa... Aku sebagai forever 23 seharusnya layaklah untuk guna. Tapi disebabkan tak sempat apply RailCard tu lagi. Maka aku pakai yang kawan aku punya dulu. Thank God!

Sepanjang aku kat London ni, memang aku akan gunakan sepenuhnya public transport seperti the famous red buses dan jugak the tubes. Femes katanya. Nak blend sebati dengan local katanya. Kalo aku pakai Oyster Card yang dah linked dengan RailCard ni, aku perlu bayar lebih kurang GBP5.99/day untuk Zone 1-2 unlimited rides untuk bas dan jugak tube. Jimat la tu kan? Normal punya dalam GBP7/day tak silap. More info --> Oyster Card 

Dari London Euston Station, kami terus menuju ke rumah kawan aku tu untuk letak beg dan makan tengah hari. Rumah dia terletak kat White City Station. 

Arini walaupun cuaca agak mendung, aku tetap nak jejalan. Lepas dah setel benda wajib. Kitaorang keluar menuju ke tempat menarik. Jadik, kawan aku ni bagitau la tempat yang dia rasa boleh pegi dulu. Bla bla bla... dia lebih mengetahui. Aku follow jela. Kata touristkan. Hiks. 

Dari rumah dia, just naik double-decker bas je untuk menuju ke Oxford Street. Apekah? Takpe.. janji jalan je. 

Nak cite panjang pun tak guna. Aku gunakan caption gambar sebagai cerita jela ek? 

Esok ade kelas ni... 

view dari atas bas double-decker menuju ke Paddington tak silap, ni view kawasan kejiranan kawan aku

ni dah sampai Oxford Street! Allahurabbi... ramai betol ummah kat sini! Too crowded for me, tapi Primark dia giler besar dari Birmingham punya

depan Selfridges... femes tempat ni dan besar pulak tuh!

wajah Londoner maybe

berjalan lagi, ni tak silap menuju ke Regent Street, jauh okeh aku berjalan aritu, terasa nak tercabut kaki nih

senibina bangunan kat sini, aku suka sebab ada warisan tersendiri

kedai toys yang besarrrr di Regent Street

view lain di Regent Street

ni pulak masuk dalam M&Ms World... my favorite chocolate! 

ni gambar zoom-out! eeeiiii sedapnyaaaaaa nak ameklah satu. acah-acah village people

ade bas merah dalam bangunan M&Ms ni. aku tak pusing abes sebab terlalu padat dalam tu, terus keluar. Maybe next time aku akan masuk dan tengok satu-satu ape ada dalam ni

taktau nama ape tapi kat sini banyak giler teater yang boleh kita tengok, nanti one day aku nak datang tengok The Lion King! Or maybe The Phantom of the Opera? Just to name a few. Kawasan ni namanya Leicester Square. 

dahhh sampai Trafalgar Square, depan dia ada National Museum Gallery

street performers. aku wonder camne dorang buat tu. maybe ade hukum fizik yang bukan dalam bidang aku. mohon pencerahan bagi mereka yang tau

dari kejauhan dah nampak the Big Ben. aku harus ke sana! Maka, menapakla aku ke sana pulak... 

Ni la.. the National Museum Gallery, all museums in London are free. sape yang minat boleh la masuk 

penduduk tempatan melepak di Trafalgar Square, nanti nak buat camni lah.. barulah local. ahaks!

tadaaa.... Menara jam Big Ben yang femes tuh! Dah depan mata aku dah. 

nampak tak my former employee punya bangunan kat blakang tu? sebelah Thames River je mengadap The Big Ben ni. adoyaii bestnya view! 

view dari atas jambatan.. time ni dah nak gelap giler dah. masa amat mencemburui aku aritu, takleh nak lama-lama ayuh blah! 

naik tube la menuju ke The Tower Bridge! 

akhirnyaaaa aku sampaiiii! dulu berangan je nak sampai sini

bangunan berdekatan The Tower Bridge

menuju dengan lebih dekat

angle dari belah lain lak.. sebelom tu sempat menghirup starbucks yang berada betol-betol depan The Tower Bridge. Nikmat tak terkata dengan berlatarbelakang ikon London! 

naik pulak atas the Tower Bridge ni, untuk merasa berjalan atas jambatan

malam di London

tak brape busy... 

amek la signboard the Tower Bridge

naik lagi skali nadi penggerak London, the Underground Tube

sampai sini pulakkkkk! The Eye of London! time ni dah start hujan rintik-rintik. Rahmat Allah. 

warna-warni lampu di The Eye of London

nampak pulak The Parliament House dari sini

penat dah kan? Jom balikkk! 
Overall... hari yang penattttt bagi aku. Banyak betol berjalan. Nasib cuaca sejuk, takdela berpeluh sangat cuma urat kaki ni bagai nak tercabut dah. Agak puas hati, walaupun takde la travel secara detail. Cukup sekadar untuk been done.. see that. 

Next time maybe aku akan jejalan sendiri untuk tengok one by one. Who knows? Just wanted to get the overall view of London itself. 

Malam tu dinner? Kari ayam laaaaa pulak kawan aku masak. Sedappp betol! 

Malam tu.. sebelum tido menampak pipi sendiri kuat-kuat sambil berkata "heyyy! u aint dreaming anymore. You are in London!" Tido sambil tersenyum..

Ok tu semua tipu! But that's what I would say to myself though. 

Esok? Ke mana pulak? 

Tunggu~ 

Till then... bye! 

33 comments:

  1. OK la nak komen dulu baru baca.. WOW london!!!!!!

    ReplyDelete
  2. See u in london baby! Hahahah.

    Gambar cun!

    ReplyDelete
  3. akak no 3???
    ala


    best kan kankankankannnn
    dah jejak kaki di tanah Landen

    *tampar laju2 muka gebu itu*

    hahaahah


    ReplyDelete
  4. wah sekarang dah jadi mat london lah ye
    takpe nekcik tumpang nengpk gambar londong jerlah...tak mampu nak sampai ke sana rasanya

    ReplyDelete
  5. tak sabarnya nak visit London lagi..impian saya nak snap photo waktu malam kat area big ben dan tower bridge tu.

    ReplyDelete
  6. Rindu London...

    Kena ke Buckingham Palace John, menarik... boleh tengok acara pertukaran pengawal...

    ReplyDelete
  7. tahniah... entry yg akak tunggu2 setelah lama membaca blog anda. bagi akak yg susah ni jln2 x sah klu x ke london. cantik photo2 yg kamu upload,sampai akak rasa nostalgia lalu berjln2 d sana. semoga kamu akn ke paris n venice juga ya. akak doakan sbb nak baca catatan perjalanan kamu. all the best

    ReplyDelete
  8. tahniah... sekian lama akak baca blog kamu, hati tertanya2 jugak bila adik nak ke london dan akhirnya tercapai. photo2 tu cantik membuatkan akak teringat jln2 yg dilalui.. noltalgia...bagi jln budget mcm akak. akak doakan kamu akn ke paris, swiss n venice. In sya Allah sambil belajar sambil jln2. suka baca entry kamu. terus menulis walau hanya jln2 kg/pekan2 kecil d sana ya. Thanks

    ReplyDelete
  9. Wow jugak!!! Tengok gambar aje pun rase mcm dah sampai sane :)

    ReplyDelete
  10. wow ....rindu nye LONDON. Bila la dpt return lg. Dulu pi ikut tour xpuas , klu jln sendiri lg best kn.
    John .....tungguuuu akak datang.

    ReplyDelete
  11. Tuan.. cantik nyer gambar2 yang di ambil huhuuu.. tetiba terasa nak beli tiket terbang ke sana huhuu :D

    ReplyDelete
  12. hehe..eventhough cliche..london ni adalah phrase favourite nk tunjuk jauhnye sesuatu tempat tu kalau nk pegi kann.

    all the best john. :)

    ReplyDelete
  13. pelik juga macam mana street performer terapung macam tu.
    dan yoda ialah tinggi !! hahaks!

    ReplyDelete
  14. Oh london kota cinta tu, esok mesti nk ke eifill tower kan tul tak?
    Haruslah ripit ngan buah hsti nanti opssssss

    ReplyDelete
  15. Tetiba rindu London. Sesat nak mencari Tower Bridge di waktu malam. Betul tu John, dah ada kat bumi Ratu...maka amik lah peluang menjelajah. Xsemua orang ada peluang yang sama. Keep updating.

    ReplyDelete
  16. rasa mcm nak hulur kaki masuk dalam pc ni nak ke london tower bridge dgn TEOL...cantik sungguh view waktu malam!

    tapi tetap paling suka dengan gambar first sekali! nak ddk kejiranan mcm tu mcm best ja :)

    ReplyDelete
  17. arghhh bila aku nak smbung blaja kat UK gak nih!hahaha jeles aku tengok nih!hahaha

    ReplyDelete
  18. nama2 public transport dorg sangat seksi.....

    ReplyDelete
  19. Nice photos! Memang suka tengok gambar2 London. Tak pernah puas dgn London. Oxford St dgn Regent St tu memang tempat tawaf pelancong Malaysia, heheh! Yg depan Trafalgar Sq tu sebenarnya National Gallery, bukan National Museum. Dan gambar yg ada Burger King tu kat Leicester Square, by the way. And yes, you should go and watch one of those West End shows. Tiket jauh murah daripada kat Malaysia.

    ReplyDelete
  20. @Ren,
    hahah nasib aku bagitau awal2kan! hew hew hew



    @Chawanna,
    see you soon! cheewaaahhhh! ;)



    @Nurzakiah Hanum,
    alhamdulillah... seronok campur penat time tu. ;)



    @Kak Anash,
    aisehhh akak no.4 kali ni. terlambat skit je. hiks. best best! ;)



    @Nekcik,
    takdela mat london, mat luar london je. ahaks. terima kasih nekcik. insyaALLAH nekcik akan sampai sini jugak. ;)



    @Zila,
    insyaALLAH, nanti dapat jejak kaki lagi. ;)



    @Rara!
    hahahaha what to do~ hiks



    @Mie,
    insyaALLAH, akan kesampaian jugak nanti. ;)



    @Foziah,
    terima kasih akak. insyaALLAH kalo ada rezeki akan saya sampai jugak ke paris dan venice tu. amin... ;)



    @Azra,
    hiks biasa2 je. share yang mana boleh. ;)



    @Badar,
    akakkk cepat datang okeh. saya tunggu akak nnt. ;)



    @Time Traveller,
    terima kasih. takyah nak tuan2 la. sebaya je kita ni. hiks. meh datang sini lagi. ;)



    @Agip Roslan,
    tau xpe. couldnt agree more. jauhhnyaa london nak sampai dari KL nih. thanks bro! ;)



    @Nana Tron,
    hahahah aku masih mencarik konklusi yang terbaik utk fahamkan. ;)



    @Jari Manis,
    jauh ler JM nak pegi paris pulak tu. kalo ade rezeki sampai la jugak nnt. amin...



    @Bibie Karim,
    aku pun tetibe rindu london. byk lagi x jejak kaki nih. hiks. insyaALLAH! Thanks for your support ;)



    @Mrs. Smile,
    aisehhh akak camne nk masuk dalam pc yg tak brape nak besar ni? hiks. kawasan kejiranan kat london cntikkk! tp harga pun amatlah cantik jugak. huhuhu



    @DJ,
    arrrghhhh jom jom! ;)



    @Takky,
    hiks seksi tang mana tu?



    @RaW,
    tau xpe.. Dua jalan utama mmg ramai rakyat malaysia yg suka shopping. tp not for me la kot yang tak berduit ni. kalo berduit pun takde larat nak masuk semua kedai sbb panjang sangat! hiks.

    owh ya.. thanks for the correction! baru teringat National Gallery. nanti buat correction. ;) insyaALLAH one day nak pegi tengok.

    ReplyDelete
  21. John sorry yeah.. aku tak faham statement ni :"Manakala, RailCard pulak adalah untuk mereka yang berumur antara 15026 tahun ataupun full time students"

    Umur 15-26 tahun ke?

    ReplyDelete
  22. ok ini sgt memerindukan aku ngn london.. haha..

    ReplyDelete
  23. @Nina Hamdan,
    sorry maybe tersalah tulis. tapi memang betol utk mereka yang berumur 15-26 tahun tinggal kat UK. bukan tourist. ;)



    @Hazwan,
    wann! kene datang lagi jenguk aku ni haaa. ahaks.



    @Khairuddin Lim,
    alhamdulillah.. ;)



    @Syieda,
    yeayyy jugakk!

    ReplyDelete
  24. semangatlah adanya aku nak menjawab interview scholarship berbekalkan gambar glamor glamor di sini. boleh aku bonding balik dgn adik aku yang dah 2 tahun di scotland

    ReplyDelete
  25. Hahaaa..

    Serius caption gambar first tak boleh belah.

    "RailCard pulak adalah untuk mereka yang berumur antara 15026 tahun"... huish tua tua, 15026 tahun. Hahaha

    Nampak crowded giler gak eh London ni bro.

    Lastly, lepas habis study, apa kata ko jumpa former employee kau, kau cakap kt diorang "I wanna work with u back, but please assign me to the London office". Lol!

    ReplyDelete
  26. Suka London sbb tak ada maslah bahasa..hehe

    ReplyDelete
  27. Baca post ni terus rindu london.
    Masa jejak london hari kedua, terus buat maraton jalan kaki dari paddington ke tower bridge. 6 jam baru sampai. Ni gara2 bercuti masa 25hb xmas day. Hahaha...
    Jeles betul tengok gambar2 ni...

    ReplyDelete
  28. bru nak survey2 psl london ni..klu nk travel dengan family including mak abah dan infant, agak2 sesuai tak nk travel by train..jauh tak nak jalan kaki klu area bridge and oxford street tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ade tube station yg dekat dgn attraction ni. ade la keje jalan skit tp takdelah jauh sgt. cuma kene tau betul2 station mana kene turun nnt. insyaALLAH tak byk jalan. ;)

      Delete