Helloooo!
Entry kali ni adalah sambungan dari entry London yang sebelum ni ---> SINI
Lepas dah selesai mencekek makanan Malaysia kat Malaysia Hall London dan menunaikan kewajipan. Maka, aku dah get ready nak bergerak untuk menuju ke lokasi seterusnya iaitu Camden Town. Kawan aku yang penah jejak kaki ke London kata, kalo nak tengok sisi lain London, silalah ke Camden Town. Katanya macam tu kat aku...
Jadik moh ler kita... walaupun hari tu hujan agak lebat daripada biasa. Terpaksa meredah hujan dari Malaysia Hall menuju ke stesen underground yang berdekatan. Aku pun dah lupa nama stesen apa tu yang dekat dengan Malaysia Hall. Follow orang punya pasal, camnila jadiknya. Hiks.
Nak sampai ke sini tak susah sebab banyak line tube stations yang akan lalu Camden ni. So, tak payah risau. Tapi time aritu aku naik tube Northern Line menuju ke Camden Town Station.
Alhamdulillah.. by the time keluar je exit station. Cuaca dah tak hujan dan mula nampak matahari! Yeayyy!
|
keluar je dari tube station terus nampak Aldo Sale Shop. How? Hahahah |
Suasana kat kawasan Camden Town time tu lebih kurang jam 2 petang agak meriah dengan pengunjung tak kira pelbagai bangsa yang datang jejalan. Tapi of coz la paling ramai orang putih kat sini.
Tak terlalu semak compare dengan Oxford Street. Pfffttt semak giler aku rasa kat area tu. Tapi tak seperti di Camden Town ni. Agak tenang dan layback aku rasa. Aku laaa rasa... maybe yang penah datang sini berpendapat sama dengan aku. Mungkin laaa..
Lebih dari setengah abad, Camden Town ni menjadi pusat pelbagai budaya di London seperti gothic, punk, hippie ataupun emo. Honestly aku pun tak tau budaya emo tu camne. Yang lain-lain tu aku tau gakla. Boleh dikatakan kat sini memang meriahlah dengan budaya tersebut sebab boleh nampak dengan dekorasi dinding kedai-kedai yang ada. The fun is there orang kata bagi mereka yang suka benda-benda camni.
Kawasan Camden Town ni terdapat wide range of products yang aku rasa agak pelik la nak ade jual kat tempat lain. Tapi tidak kat sini. Nak baju design pelik-pelik hingga glowing tshirts pun ada. Baju ala-ala Halloween pun ada gak. Pilihan makanan pun ada. Jangan risau sebab ada yang halal untuk kita try.
Boleh dikatakan Camden ni most vibrant and interesting of all London Districts. Haaa sampai macam tu skali la orang kata... aku pun kata macam tu gak.
Jom layan gambar skit...
Walaupun Camden Town ni kedengaran macam kawasan gelap ataupun dark area tapi aku rasa ok je. Takdelah rasa macam terancam ke ape. Tapi dalam pada tu still la mengambil langkah berjaga-jaga. Orang kata bahaya ni kita takleh bau bila nak datang. Overall, it's a safe area.
Aku actually takde mood nak cite panjang maybe boleh baca sendiri kat ---> SINI
Kita layan gambar okeh...
|
jom masuk tengok ape ada kat market ni |
|
makan atas skuter? interesting |
|
orang lain pun sama, makan sambil mengadap sungai kat depan tu |
|
syiokk gak kalo dapat makan tapi perut still kenyang lagi. tengok jela. btw, ada dijual makanan halal jugak kat kalo nak merasa |
|
papan tanda yang menarik |
|
fridge magnets anyone? murah murah |
|
red buses! |
|
caption macam ni agak popular kat sini keep calm bla bla bla |
|
skuter lagi |
|
casing kayu ukir untuk iphone... berkenan sangat tapi harga dia pun agak meletop gakla bagi aku |
|
ni pulak pintu masuk Stables Market, banyak arca kuda besar-besar kat sini |
|
cheers mate! |
|
robot pun ada kat sini kalo nak |
|
maybe kedai cenderahati untuk mereka yang minat black metal? |
|
hurm.... |
|
nenaga pun ada! |
|
boots berantai |
|
sape yang mengidam kfc, sini halal punya |
|
hayohhh dia ni, tak rasa sakit kepala ke darah turun tu... |
|
ok...let's balik.. kaki nak tercabut dah ni |
So, jangan lupa singgahh tau... warga perempuan skalian jangan duk buat saie kat Oxford Street tu. Meh datang sini jugak... you aint rich mana pun kan. Hiks.
Till then.. bye!
CANTIKNYA VIEW
ReplyDeleteDapat firsttttt tak?!?
ReplyDeletemacam-macam ada kat situ rupanya..
ReplyDeletemakan mengadap sungai tu sambil mengopi macam cool jer..berangan sekejap :P
wohaaa bestnyer..teringin nk pergi....
ReplyDeleteBanyaknya skuter Bang John. Sepintas suasana bandar macam seram je..
ReplyDeleteseriously KFC halal!..huhu..zaman2 aku dulu amik bau jer la...the closest we could have - SFC..tu pun england area jer..sampai scotland..tade dah tanda halal..hehe
ReplyDeleteJadinya Camden Town ni tempat Emo dan Gothic le ye? Sebab nampak macam design baju, bangunannya banyak warna hitam.
ReplyDelete79Penny!! Untuk fridge magnet tu.. hahah
ReplyDeletebudaya emo tu bukan yg pakai celak tebal ala2 movie The Crow tu ke? (merujuk kepada vlog Ryan Niga)
ReplyDeletesuka la tempat cmni..tapi kan, nmpk macam wet and dirty town sikit kan? eh, ye ke
mmg nak layan gambar jer ni masuk sini hehe... nk lagi gmbr..
ReplyDeleteJohn,
ReplyDeleteOxford st tersangat ramai la manusia. Tak sukerr...tapi x boleh nak buat compare kan ngan camden town. Sbb tak pernah jejak pun.
Aku memborong fridge magnet & tshirt London kat sinilah. Murah berbaloi2. Sibaik pegi sini, minah kat hostel tempat aku stay tu yang suggest.
ReplyDeleteTengok gambar ko dah terimbas2 kenangan aritu. Haha.
Oh London...sambil belek2 buku akaun bank
ReplyDeleteomg your photos are perfect! looks like an amazing trip :))
ReplyDeletex, Farah
Cis Fridge magnet tu murah bangat.. kenapa aku tak jumpa pulak.. tapi nampak dia potong harga tu hahahaa.. :P
ReplyDeleteBanyak restoran orang malaysia kat sana.. kalau rindu makanan malaysia boleh singgah sini untuk makan :D
kak, cantek sgt gmba kat blog akak. guna dslr ke? talented ^_^. suke sgt plan akak yang eropah tu.. memg sy bookmark la kn...tengokla bile duit dh ckup nti..bersyukur sgt jumpe blog ni. at least adela harapan nk g oversea dgn kos rendah. thanks a lot!
ReplyDeleteNice photos! Thank you for sharing, keep blogging!
ReplyDeletenice place..i'll be there on the next trip..^_^
ReplyDeletetak pernah sampai sini
ReplyDeletehuhu