Thursday, April 3, 2014

London's calling? #2 - Buckingham Palace

2nd day in London!

Hurm... what should I do?

And I thought I should pay a visit my dear Her Majesty The Queen at Buckingham Palace. Alahh.. aku bukannya orang lain pun. Cucu jauh dia je. Hahahah ;p 

So, here we go to Buckingham Palace untuk tengok changing guard ceremony. Kalo orang datang London, istana ni adalah must place to visit. Katanya.. untuk memenuhi itinerary. Tak silap changing guard ni bermula pada jam 11 pagi. Kalo nak dapatkan view yang terbaik, nampaknya kene datang awal. Sebab, ramaiiii orang lain yang datang tengok jugak! Unless, nak datang tengok istana je, maybe boleh elakkan time ceremony tu. 




By the way, kalo korang pakai smartphone dan ada pakai simkad UK, maybe boleh download apps Citymapper (icon berwarna hijau) untuk mencari any direction yang korang nak terjah. Seperti nama jalan, ataupun any tourist attractions. InsyaALLAH boleh sampai dengan direction yang diberikan samada bas, tube ataupun jalan kaki! hiks. 

Ni muka depan dia... and user friendly jugak. 


  
Honestly, aku taktau nak pegi macam mana ke sini. Tapi sebab kawan aku tau, maka aku ikut jela. Tapi pada masa aku tengah menaip entry ni, aku sempat google skit how to get to Buckingham Palace nih. 

Actually terdapat 3 cara yakni tube (ada 3 stations yang paling dekat - duh~ jauh jugak jalannya), naik bas dan turun di Buckingham Palace Road dan cara paling senang dan mahal adalah naik je teksi. Confirm sampai! Hiks. 

Untuk direction boleh refer ---> HERE 

Aku naik tube turun kat Green Park Station. Dari stesen tersebut kene lalu Green Park untuk sampai ke palace ni. Besar taman ni.. tapi masih lagi dalam musim sejuk. Maka pokok-pokokk sume dah togel. Maybe kalo datang time spring or summer mesti lagi cun! Maybe on my next visit? Hurm... 



Pagi tu... takde la pagi actually dah lebih pukul 11 pagi dah. Macam biasalah, malas nak rushing-rushing. Take it easy. By the time aku sampai kat kawasan istana tu. Pffttt, ramai betol ummah pelancong yang datang nak tengok changing guard ceremony nih. Dari jauh aku dah nampak dah askar-askar duk berbaris, polis dah tutup beberapa jalan utama di kawasan istana dan jugak nampak polis yang duk atas kuda yang bagi aku besar daripada biasa dan tinggi! Owh ya... muzik pancaragam pun dah kedengaran... 

Ayuhhh! Carik tempat menarik nak amek gambar! 


jalan utama yang dah tutup, tapi ada 1 jalan yang dibuka


kene merentasi Green Park untuk sampai ke Buckingham Palace

Tapi sebelom aku meneruskan dengan gambar-gambar aku kat sini. Aku nak educate skit diri aku sendiri dan jugak pembaca mengenai "Changing Guard Ceremony". Taknak baca pun takpe, tapi aku nak memanjangkan entry aku ni. 

  • antara upacara yang tertua dan terkenal yang berhubungkait dengan Buckingham Palace.
  • nama sebenar untuk changing guard ceremony ni adalah "Guard Mounting". Upacara dimana pertukaran shift antara pengawal-pengawal istana. Pengawal istana ni diambil dari unit regimen Foot Guards (aku taktau nama dalam bahasa melayu).
  • pegawal yang menjaga Buckingham Palace dipanggil sebagai The Queen's Guard. Mereka terbahagi pula kepada 2 bahagian. Pertama, untuk Buckingham Palace dan kedua untuk St. James Palace. 
  • Antara regiment yang terlibat dalam pertukaran guard adalah seperti 1st Batalion of Irish Guards, 2nd Batalion of The PWRR, Nijmegen Coy Grenadier Guards dan jugak F Company Scots Guards. 
  • Upacara ni tak berlaku setiap hari tau. Hanya berlaku pada sekian-sekian tarikh. Untuk mengetahui tarikh tersebut boleh refer ---> SINI 

Jom layan kejap faces of spectators at changing guard ceremony at Buckingham Palace.












Sebelom sambung layan gambar lagi ketika berlangsung changing guard ceremony ni. Aku nak kongsikan beberapa fakta yang menarik dengan the Palace Guards. Baca tau! Penat aku type nih. Hiks. 

  • kan kita selalu tengok askar dorang pakai topi berbulu hitam yang tinggi tu kan? topi tu actually setinggi 18 inci, seberat kira-kira 700 gram dan diperbuat daripada bulu beruang daripada Kanada. Bulu betol rupanya.. mesti mahal tu. 
  • kalo sempat singgah The Guard Museum, ada topi berbulu beruang yang kita boleh try. Ada jugak uniforms dan pingat-pingat kat dada tu yang dipamerkan yang memaparkan sejarah The Foot Guards ni. 
  • Kalo kita berminat untuk amek gambar dengan askar bertopi tinggi ni, ianya boleh dilakukan di St. James Palace. Hanya perlu berjalan di kawasan courtyard istana and turn around the corner. Korang akan berada di Pall Mall. Kat spot ni, akan ada sorang guard sedang berjaga and on his own. Just go and ask your friend or a stranger to take the picture both of you. Me? Definitely gonna do that on my next visit! 

Aku dan kawan aku tu try squeeze untuk tengok dengan lebih dekat senang aku nak talakan kamera aku ni. Tapi nampaknya aku ni tak brape nak tinggi nak compare pulak dengan mat salleh. Kenit jela aku kelihatan *sigh*. Tapi boleh la amek beberapa gambar untuk kenangan. Seingat aku, lama gak ceremony ni berlangsung. More than 1 hour kalo tak silap aku. 

Jom layan gambar lain....












Selain daripada tu, kalo berminat nak masuk dalam istana ni boleh join Buckingham Palace Tour yang dibuka pada bulan Ogos - September, tiket boleh dibeli secara online. Aku memang nak masuk dalam istana ni. Senibina, rekabentuk dalaman dia amat menarik minat aku untuk tengok dengan lebih dekat. Maybe summer nanti boleh terjah. InsyaALLAH... kalo ada rezeki dan masa. 

Untuk info lebih lanjut tentang masa, harga tiket dan lain-lain, boleh rujuk ---> SINI 









Kami tunggu sampai abes, dan kemudian blah tak silap menuju ke Malaysia Hall London untuk shalat dan lunch terus. Then, kemudian menuju ke tempat lain pulak.. 

Bersambung okeh! 

Till then. Bye!

14 comments:

  1. bestnya...bila ler agaknya saya nak sampai sini....

    ReplyDelete
  2. green park tu rasanya time autumn mesti lagi cantik dgn daun kuning merah bagai

    mamat pakai topi bulu tu sampai terpejam pejam mata dia..syok sangat atau mengantuk ke hape

    okey next!

    ReplyDelete
  3. todiaaaaa.....topi pakai sampai tak nampak mata! Haha~

    ....anyway, thanks for sharing with us a.k.a. ur readers ^^

    ReplyDelete
  4. wow....
    merasa la tengok 'changing guard'

    topi yg bulu beruang kanada tu macam nak terjatuh ..tutup mata mamat tu...kesian plak..hehe

    cantik - ambik gambo public dan suasana nyer..so British!!

    hahah

    jom masuk sesama tengok istana tu nanti..nak?

    1 pound sterling = RmXXX???

    *terus demam*

    ReplyDelete
  5. salam John

    lama Queen tak call bapak suruh datang london hahaha

    sister in law bapak lps grade dari Lincon's Inn keja dan menetap kat london dan dah jadi pr britain , dah bunyi pasal kami lama tak dtg sana jenguk mrk krn dulu tetiap tahun kami pi ziarah dia. Kalau hujung tahun ni jadi kami ke sana, boleh ziarah John sekali kat sana .

    ReplyDelete
  6. Menarik...Memang wajib pergi ke tempat ini kalau pertama kali ke London. Taman-taman di situ tentu cantik dengan bunga kerana sekarang musim bunga. Saya pernah ke sana zaman dolu2: 1985. Melalui gambar yang John ambil tak nampak perbezaan yang ketara pada bangunan dan changing guard. Tapi pasti ada yang baru yang tak dapat dilihat melalui gambar di sini. Apa yang baru?

    ReplyDelete
  7. Tak amik gambar dengan askar tu ker? huhuuu.. ramai benor nak tengok changing guard nie.. tapi untung la..( ni tgh break ker berjalan sampai London ) huhuu :D

    ReplyDelete
  8. Wow Buckingham Palace!
    Sempat tak jumpa Nenda aku kat sana?

    ReplyDelete
  9. Oo gitu rupanya changing guard ceremony. ..

    ReplyDelete
  10. ramai sungguh orang...orang tempatan ke tourist yang ramai tu, mesti sonok je layan sebab tak panas...

    ReplyDelete
  11. Gitewwww mainstream sgt hahaha..huihh lega org tu takde kt sini! mcm nk kenduri kesyukuran je hiks..

    ReplyDelete
  12. dik, didn't know u r already in England :) Good, sambung study lagi n lagi. I will have my balik kampung trip to UK also insyaallah in 2 weeks time.. will start in Canterbury (where my former university was) before heading to London on 19th. Will be in Birm insyaallah visiting a friend either 20/21 April.. want anything from Malaysia considering I'll make a trip up to Birm? :)

    ReplyDelete
  13. bestnyaa.. queen elizabeth tak ada ke.. http://iluvtour.com

    ReplyDelete
  14. gate lawa.... london gloomy memanjang kan kan kan.

    i nak hadiah topi bulu bulu masa bird day. harap maklum

    ReplyDelete