Sunday, April 13, 2014

Keukenhof Garden in Spring 2014!

Spring!

Satu musim yang aku rasa kebanyakkan mereka yang tinggal kat negara yang ada 4 musim ni akan suka. Yela, boleh simpan semua baju-baju tebal tu dalam kotak. Hanya perlu pakai light sweater or jacket untuk keluar. Kalo mereka yang berkulit tenggiling, maybe hanya perlu pakai t-shirt acah-acah pagoda je bila keluar rumah. Hahah.

Tapi takpe. Let them... 

Bila masuk musim bunga di bumi Eropah ni, maybe kebanyakkan mereka akan tertumpu untuk terjah Amsterdam! 

Kat mana lagi sebab kat sini kebanyakkan orang datang adalah nak tengok T.U.L.I.P.S! Specifically Keukenhof. Terletak di sebuah pekan kecik yang bernama Lisse. Tak jauh dari Amsterdam, ibukota bagi Holland yang berada di dalam negara The Netherlands. 


Alhamdulillah... dengan ada waktu senggang skit dari kelas semua, sempat aku fly ke Amsterdam untuk 4h3m. Tiket flight aku beli takdela terlalu last minute but still agak mahal berbanding waktu biasa. Maybe disebabkan sekarang ni waktu Easter Break. Semua orang nak berjalan gamaknya. Kiranya ni agak peak season untuk melawat Amsterdam. 

Tapi takpe, kita jalan jela ye... 

Hari pertama aku jejak kaki kat Schipol International Airport.. (hands down, one of the best airport that I've ever been! Macam shopping mall rasanya haiii...)

Lepas simpan beg kat storage room hotel aku (Citizen M Hotel) luar daripada bangunan airport tu sendiri, terus amek bas dari dari airport menuju ke Keukenhof Garden yang terletak kira-kira 30 minit je. 

Harga tiket bas return journey dan tiket masuk taman berharga EUR23/pax

Untuk makluman lanjut pasal Keukenhof Garden, boleh rujuk website mereka ---> http://www.keukenhof.nl/en/ 

Cakap banyak pun tak guna. 

Jom layan gambar bunga! 

bunga Hyacint dan Tulips yang mendominasi kat taman Keukenhof ni yang aku perasan

bunga Hyacint ni bau dia takdelah wangi sangat, bau ala-ala bunga taik ayam skit, tapi bermacam warna yang ada kat sini, boleh katakan cukuplah sepapan warna Luna!

tulip yang baru nak berputik

bunga-bungaan yang menjadi tarikan photographers nak amek gambar menarik

Mengikut website Keukenhof, kira-kira 7 juta bulbs yang ditanam setiap tahun di sini yang meliputi kawasan seluas 32 hektar. Haaaaa luas tak tak luas tu kan? jenuh nak tawaf setiap sudut kawasan nanti. 

Orang kata, the best time untuk visit Keukenhof Garden ni adalah mid-april. Tapi aku punya personal opinion, datang ketika awal May ke. Sebab kalo datang April ni masih lagi early spring. Cuaca pun asyik tak menentu. Hujan. Ni pun.. kebetulan hari yang aku sampai sini. SubhanaALLAH... cuaca amat cantik. Tak terlalu sejuk dan tak terlalu panas. Everyone is really happy and enjoying the flowers. 

Time aku sampai ni, aku perhatikan... ada bunga yang dah berputik, ada yang dah mekar, ada jugak yang dah layu di tasik madu. Ada jugak yang nak tanam! Hahahah 

keadaan dalam Keukenhof Garden

taktau bunga apa, tapi aku macam tertarik

warning signage is everywhere but everyone seems don't bother. hiks

tulips berwarna campur yang mengadap tasik

ni tulips jenis lain skit, kelopak terbukak ke luar nampak gayanya

pucuk muda?

tulips berwarna pink pastel

macam-macam gaya nak posing yang boleh kita lihat... janji ada gambarkan. Hiks. lelaki dan perempuan sama je

suasana tenang dan nyaman walaupun agak ramai orang, nama pun weekend

zoom in skit...

disebalik tulips, aku mencari sesuatu... 

heyyyy awak! hiks

Aku rasa, kebanyakkan daripada kita yang tak pernah jejak Keukenhof dengan mata sendiri maybe akan ingat tulips tu ditanam di kawasan lapang yang panjangggg ibarat atas batas-batas tu. Tapi ladang yang penuh tulips tu wujud tapi bukan dalam kawasan garden ni, tapi di luar kawasan garden. Ianya dimiliki oleh syarikat persendirian dan takleh masuk sebab ada pagar berduri. Tapi setakat nak amek gambar dari luar bolehla..

bunga-bunga ditanam ikut petak kawasan yang disediakan

bila pandang dari atas nampak macam bintang

ramai orang tua melawat Keukenhof ni, seriously ramai! 

cherry blossom pun ada... ni warna putih lawa!

zoom-in skit... 

zoom-out pulakkk, ramai orang kat belakang tu tengah rehat sambil lunch

berkayak? kat belakang tu adalah ladang tulips yang luas!

windmill.. ikon Netherlands

ladang tulips! Woahhhhhh, yang line berwarna hijau tu bunga belum tumbuh lagi, taktaula warna apa keluar

clogs untuk kenangan boleh ukir nama sendiri siap

gadis Dutch

nenek Dutch

hari yang indah, ramai orang amek peluang untuk menikmati cahaya matahari sambil berkelah

mari merasa cheese percuma! sedap dan berlemak betol rasanya... 

caramel candy? macam gula melaka kat malaysia je rasanya. tapi still... sedap!

bunga pulak kita sambung

taktau bunga apa

bunga Hyacint berwarna biru dan kuning. bila tengok camni terbayang bendera negeri Perlis

bunga Hyacint lagi

kelopak berduri

cherry blossom warna pink!

warga Dutch senyum untuk group photography

family bergembira

Lepas dah rasa puas pusing kat dalam Keukenhof Garden tu, aku kuar dari taman tu untuk pegi ke ladang tulips tu untuk tengok dari dekat. Ingatkan dekat je, rupanya ada la jugak kene jalan kira-kira 1km untuk sampai betol-betol depan ladang ni. 

Jom tengok!

merahhhhhnyaaaaaaaa!

kuningnyaaaaaa!!!

campur-campur pun bolehhh~

pinkkkkkkk! 

dah puas tu, masuk balik untuk tengok buat last time.. nak balik dah ni untuk menuju ke tempat lain pulak

pakcik berbasikal tayar besar

Ok dah... kira-kira 4 jam jugaklah aku spent kat dalam taman ni. Maybe orang lain maybe sekejap or lagi lama dari aku kot. Overall, aku puas hati dah bila dapat sampai sini, dengan pulak cuaca menyebelahi aku. Alhamdulillah...

Sape-sape yang nak datang... enjoy yourself okeh! 

Till then. Bye!

30 comments:

  1. Kat sini memang best sangat...panjat tak windmills dekat ngan ladang tu?

    ReplyDelete
  2. Adoiiiii gembira x terkata kalo dpt jejak sini. Berapa lama bertahan tulips tu?

    ReplyDelete
  3. Subhanallah...hebatnya ciptaan Allah. Macam-macam warna dan rupa bunga tu. Inilah tempat yang akak nak pergi, tapi belum tercapai hasrat lagi.

    ReplyDelete
  4. Wow cantiknya... Harap dapat menjejak kaki ke sini satu hari nanti...

    ReplyDelete
  5. tulip hitam takde ke John??

    apa pun memang saujana mata memandang..cantik giler!!!entah bila nak sampai sini pun tak tau lah huhuhu

    ReplyDelete
  6. Taman luas penuh bunga... Subhanalloh.. banyak banget variasi bunga tulipnya.. warna warni

    ReplyDelete
  7. Subhanallah, cantiknya..seronoknya dapat jejak ke keukenhof ,holland ..ciku kat Huis Tenm Bosch ,jepun ajela tengok tulips..hihi.:)..sakura kat keukenhof ni pun cantik ek..

    ReplyDelete
  8. cantiknyaaaaaaaaaaa...!!!
    Bila la akak nak sampai ke sini..

    ReplyDelete
  9. syoknyer ... bestnyer tengok manyak colourful flowers ...cantik sesangat ;)

    ReplyDelete
  10. Cantiknyaaaaa!!!
    Bertuah sangat dapat pi.. cheq tak mampu lagi.. huhu. tapi seyes cheese tu percuma?

    ReplyDelete
  11. Ada yang lom kembang dan ada yang baru tanam ke?? sempat kut saya tgk..hehehe..rasanya dlm 3 weeks lagi bunga2 tu sempat tak tunggu saya :)

    ReplyDelete
  12. Ini memang buat orang jealous tahap gaban. hahah

    Tapi kalau sapa-sapa nak merasa juga lebih kurang macam ni kat Araluen, Perth musim spring pun lebih kurang cam nie. hehehe

    *Utk kami yang tak mampu g jauh2. wahhaha

    ReplyDelete
  13. spring time. hehe. kalau kat UK..ko prasan x bunga2 dafodil tu tumbuh meliar jer secara tetiba2 hampir dimana2.

    drive thru country side bole cari area lavender + buttercup fields..pun cantek
    :)

    ReplyDelete
  14. fuuu fuu fuuu..cecantiknnya semua..vervunga-vunga hati hakak tgk...mostly yg pergi time spring confem akan kesini kan...ala2 must visit location gitu..ada rejeki nak kesini jg nnt...^__^

    ReplyDelete
  15. Subhanallah.... Begitu indahnya cipta Allah... Mudah-mudahan satu masa nanti dapat jejak kat tempat yang penuh dengan bunga-bungaan ini. Amin...

    ReplyDelete
  16. waktu penemuduga tanya aku kenapa belanda, aku jawab sbb kaukenhoff. gambar di sini sudah cukup buat aku mimpi siang dgn kaukenhoff

    ReplyDelete
  17. huhuhu, cantiknya... macam lukisan.. Subhanallah.. kalau pos ke Malaysia aci x hehe..

    ReplyDelete
  18. @Saerah80,
    ade panjat tu yg dpt amek gmbr dari atas yg nampak ladang tulips kat luar taman tu. seronok. nasib baik free je. ;)



    @Syieda,
    kalo ikutkan dari tarikh kt website sehingga 18 mei je nanti. yg kat luar tu kurang pasti lak.



    @Dede Ruslan,
    iya.. mmg sangat cantik! ;)



    @Naramas Aman,
    mmg amat SubhanaALLAH akak. seronok saya tengok bunga-bunga tu. jari ni non-stop nk amek gambar. wlpn kadang kala warna sama je. insyaALLAH, one day akak sampai jugak. ;)



    @Mie,
    insyaALLAH one day pak lang mie.



    @Zilla,
    takde pulak kelihatan. even tulips warna biru pun takde. mostly kaler yg biasa kita lihat mcm merah, kuning, pink dan oren. tp bunga jenis hyacint tu ade kaler yg pelik2 skit.

    insyaALLAH one day akan sampai jugak. amin...



    @Gunadi Firdaus,
    iya, sebuah taman yang penuh dengan bunga tulipsnya. ;)



    @Ciku,
    alhamdulillah dpt jejak kaki jugak. sebelum ni asyik tengok je jejak kaki sini. ;) kalo kat jepun, memang sakura la memenuhi taman kan.



    @Sally Rashid,
    insyaALLAH one day akak sampai jugak.



    @Azra,
    thank you! ;)



    @Nayfatimah,
    mmg seronokkk! ;)



    @Phoenix,
    alhamdulillah dpt sampai jugak. yup.. dia potong kecik2 kasik orang rasa skit sorang.



    @NiL,
    hahahah comel ke? kedut seribu alam katanya. hiks.



    @Zila,
    yuppp betol tu zila. insyaALLAH by the time sampai dah penuh dah bunga. ;)



    @Nina Hamdan,
    uishhh jgn la mcm tu skali. segan aku dibuatnya. hiks.



    @Agip Roslan,
    aah kat birm ni pun dah byk bunga dafodils ni tumbuh. tepi2 jalan pun bersepah. hiks. haaa.. kene la drive pulak nnt. tp skang penuh dengan class skit. easter break pun xde mcm student lain bro. hurm...



    @Cenetos,
    yupp.. ala-ala must visit gitueww akak. ;)



    @Notie,
    insyaALLAH sampai jugak dia. amin..



    @Hamidahamdan,
    hiks... nnt sampai jugak dia. insyaALLAH...



    @Azura Aziz,
    hahah kalo pos ke malaysia dh abes layu ler...

    ReplyDelete
  19. subhanallah cantiknya...sejuk mata memandang bunga-bunga cinta mekar di taman!

    kalau lah ada teko aladin dah lama pakai :)

    ReplyDelete
  20. perghhh seriusly lawar giler bro...utnung bro leh lepak kat sana...

    ReplyDelete
  21. Cantiknya..tapi sebab aku dah pegi..jadi aku tak heran hahahah, cumanya aku heran kenapa tak byk muka ko dlm entry ni?? ada masalah peribadi ke nk tayang muka?..ko tak heran ke kami pegi Royal Belum? ko takde ke menangis dlm duvet subway london ko tu bila tgk video kitorg berjimba kat royal belum? tak ke? tak ke? tak keeeeeeeeeeee???

    kbai!

    ReplyDelete
  22. @Mrs. Smile,
    mmg cantikkk akak. nape kaitan dgn teko aladdin ni? 3 wishes ke?



    @Faizal Zaman,
    thanks bro. alhamdulillah dpt jejak kaki org kata.



    @Chawanna,
    untungla dia smpai awal dari aku lagi. hiks... alaaaa malas aku letak muka aku. kang org jemu lak kan.

    ReplyDelete
  23. Lawanya! Berwarna - warni. 4H 3M cukup eh nak berjalan- jalan? trip seorang je nih eh?

    ReplyDelete
  24. amazing..superb sumer arr bestnya lahai lepak2 mnum kopi O ihiksss

    ReplyDelete
  25. huk!!!cantiknye keukenhof T___T

    ReplyDelete