Wednesday, April 30, 2014

[Part2] Train Ride (Geneva - Montreux - Interlaken - Lauterbrunnen)

Bonjour!

Hari ke-2 di Switzerland. 

Hari ni memang akan check-out dari hostel untuk menuju ke Lauterbrunnen yang mana aku akan stay sana selama 2 malam. Kiranya, kat sini adalah aku punya main highlight of the trip. Hopefully. 

Pagi tu, memang aku dan kawan aku dah diskas awal-awal sebelum tu, nak gerak awal kalo boleh amek 1st train ride in the morning. Yela, subuh pun awal skang ni. Since tido pun awal, i don't think it would be such a problem to wake early in the morning. Thank God, dia pun jenis tak kisah. 

By the time, pukul 7 pagi camtu memang kitaorang dah get ready nak check-out dah. Awal gilerkan? Yela, sepanjang trip kat Switzerland ni memang our main transportation adalah naik train. Kalo boleh taknak mulakan hari bila dah siang terang benderang sebab nanti sampai destinasi dah macam nak senja bla bla bla rugi dok rasa? I don't know about others, but time is important during travelling. Maybe sebab bujang ni, everything jadik cepat dan tangkas. 


keadaan luar time keluar menuju ke train station, dah mula ada cahaya

Pagi tu memang cuaca agak kurang memberangsangkan. Aku tengok weather forecast pun maybe akan hujan sepanjang hari dan berkabus. Ko rasa? Layan jelakan... dah sampai pun. Pape jadik, kita boleh ubah kemudian. 

Time ni memang tak breakfast lagi, sebab hostel ni pun takde sediakan. Haihh, nak jalan jauh ni memang atleast makan pagi. Nasib baik McCafe dah bukak. Teruslah melantak croissant dengan hot chocolate walaupun harganya. Dua kali ganda apa yang boleh dapat kat UK. Nasib croissant dia sedap sungguh!

Harga satu set breakfast macam kat bawah ni CHF6.50/set.



Dah setel mencekek, teruslah pegi ke train station yang tak brape jauh dari situ pun. Sunyi je keadaan sekeliling. Masih tido lagi gamaknya. 

Sampai je kat dalam terus tengok skrin nak carik platform mana yang patut pegi. 

Untuk perjalanan kali ni, memang aku dah aim untuk naik salah satu panoramic scenic route train yang ada kat Switzerland ni. Ada banyak jenis yang boleh kita pilih. Nak yang sekejap, ataupun nak yang lama macam balik Kelantan tu. Ahaks. 

Antara Top 5 Scenic Routes in Switzerland:-

  • Bernina Express (3 hours journey from Chur or St. Moritz to Tirano)
  • Wilhem Tell Express (3 hours++ from Lugano or Locarno to Lucerne)
  • Golden Pass Line (4 hours++ from Montreux to Interlaken via Zweisimmen)
  • Glacier Express (7 hours++ from Zermatt to St. Moritz)
  • The Chocolate Train (Time? From Montreux to Gyuyere Castle)

Untuk keterangan lanjut berkaitan routes kat atas, boleh la baca ---> 
HERE 


Kalo tengok kat routes yang cantik-cantik kat atas tu, memang kalo boleh nak naik semua. Yela, dah alang-alang dah beli Swiss Pass haruslah lenjan cukup-cukup kasik berbaloi. Tapi harus ingat tak semua scenic routes ni bermula dari starting points yang sama. Ada yang belah utara ke selatan, timur ke barat bla bla. So, know your starting points or vice versa. 

Dalam kes aku, since aku bermula dari Geneva maka the nearest starting point would be from Montreux untuk naik Golden Pass Line. Scenic route yang sama dinaiki oleh Chawanna suatu ketika dahulu. Time dia pegi langit biru. Aku? Awan berkepul-kepul. Huk huk huk. 

Jom pegi ke Platform 6! Sebab train dijangka tiba di platform tu. 


Nampak tak kat papan tanda tu, ade A,B,C,D (kat bawah ade 1 dan 2). Nombor tersebut merujuk kepada kelas train. Aku punya Swiss Pass hanyalah 2nd class, maka tahu darjat sendiri di mana

kepala keretapi, ada yang penyek macam ni, ada yang panjang macam platipus

kerusi yang selesa untuk perjalanan jauh

Satu kejadian yang maybe aku pun tak expect. Takde drama mana pun. Tapi saje nak cerita kalo korang pun maybe pernah mengalaminya. 

Bila aku naik train dari Geneva ke Montreux tu, okla macam biasa naik 2nd class coach. Tengok seat kosong, haruslah kita duduk. Tanpa nak expect rupanya seats tu dah ade orang reserved. Ook what the hek kan? Sorang-sorang yang naik kata "excuse me, this is my seat". Ok muka dah jadik blur, teruslah bangun dah blah, try pegi ke coach lain lak kot-kot ada kosong. 

Kebetulan maybe peak hour kot pagi tu, semua seats adalah penuh! Nak tak nak kenela berdiri sampai ke Montreux. Nasib tak jauh mana perjalanan, dalam less than 20 minit macam tu. 


kalo takde Swiss Pass, boleh la beli tiket kat mesin ni, terletak di platform, sediakan duitnya aja


view nak sampai ke Montreux, diambil dari pintu train

Tak lama lepas tu, selamat sampai ke Montreux, terus carik kaunter Golden Pass Line ni, saje nak tanya beberapa soalan seperti: 

1) pukul brape next train? Jawapan: kekerapan setiap 1 jam, aku baru je terlepas satu train, kene tunggu lagi sejam pada 9.45 pagi. Okla takdehal. 

2) kene reserve seats tak? takut jadik macam tadi. Jawapan: tak perlu pun. Free seating kat 2nd class coach kalo pegang Swiss Pass untuk 2nd class. 

3) macam mana route Golden Pass Line ni? Kene tukar train tak? Jawapan: ya perlu, sebab dari Montreux --> Zweisimmen then tukar train lain untuk menuju ke Interlaken  Ost (last station untuk route tu). 


Kiranya macam ni aku ringkaskan ikut pemahaman aku:

Golden Pass Line ni adalah panoramic scenic train yang meliputi kawasan dari Montreux hinggalah Luzern yang jumlah jarak perjalanan adalah 210 km. Tetapi, untuk sampai dari Montreux ke Luzern, kita perlu menukar 2 kali train yakni di stesen Zweisimmen dan jugak Interlaken. 

Train bukan lalu dikawasan tanah rendah tetapi mendaki gunung yang paling tinggi pada ketinggian 1274 meter dari paras laut. Fuhh~ tinggi wooo. Tu yang menjadikan ianya lebih syiokkkk.

Untuk info lanjut pasal Golden Pass Line ni ---> http://www.goldenpass.ch/ 

Since ade masa sejam lagi, rehat la kejap kat cafe dia untuk amek free wifi. Haishh, payah ni hidup mesti ade internet je. Kalo takde ni, confirm boleh buat benda lain. Badan dah terlalu terikat dengan teknologi. Tak elokkk.. tak elokkk...

Tak lama lepas tu, dalam 20 minit sebelum train berlepas, train Golden Pass Line ni memang dah sampai kat Platform. Terus la naik cepat-cepat untuk chop seat sebelah tingkap. Kiasu punya pasalkan. Hiks. 

Untuk gambar rupa macam mana Golden Scenic train ni, boleh refer kat entry --> SINI 

Alhamdulillah... tak ramai orang dalam train. Mostly adalah tourist macam aku gak. Tapi still rasa selesa yang amat walaupun 2nd class coach je. Tingkap pun bukan main besar lagi. 

Tanpa lewat walau seminit, train Golden Pass meninggalkan platform menuju ke Interlaken. View sepanjang perjalanan tu toksah cakaplah. Samada kiri atau kanan, dua dua menakjubkan! Tangan tak lepas dari duk snap-snap gambar walaupun ade biasan cermin. Haishh tu je yang aku kurang gemar. Pantulan lampu ke cermin tingkap nampak agak obvious. Kene try angle lain baru dapat yang elok skit. But still, the views are superb! 

Makin lama, train tu makin naik ke atas, jadik memang boleh nampakla view dari atas gunung. 

Ayuh layan gambar...










Bila dah naik train lama-lama ni, nak amek gambar pun dah takde posisi yang sesuai. Maka, simpan kamera kita seatback and relax. Enjoy the view of His Creation. SubhanaALLAH. Memang lawa sangat! The pictures won't do the justice I tell you. 

Rupanya, ada orang duk kat celah-celah antara gunung-ganang ni ye. Dalam benak aku berkata. Ewahhh! 

Dalam perjalanan ni, memang aku kawal mata aku dari terlelap. Rugilah... jalan jauh-jauh, naik pulak scenic train tapi pegi tido? Haishh... rugi dowh. Kalo boleh bukak bijik mata sepanjang perjalanan. Takdelah rugi atau ralat nanti. Memang view akan sedikit-sedikit berubah dari satu tempat ke satu tempat. Walaupun ianya hanyalah gunug-ganang, but still it will give you different environment. Kat Malaysia takde macam ni woooo... 


view nak sampai ke Interlaken West Station dah ni

Selamat sampai di Interlaken Ost Station. Kene amek lagi satu train untuk menuju ke Lauterbrunnen kira-kira 20 minit camtu. Seperti biasa, all trains are on schedule. Tak perlu tunggu lama. 

Turun train, naik train lagi satu. Macam tu la keadaan sepanjang kat Switzerland. 


view dari Interlaken Ost station menuju ke Lauterbrunnen

tadaaaaaa dah selamat sampai Lauterbrunnen, nampak tak air terjun dari celah gunung tu lawa giler!

bus yang aku naik untuk menuju ke Stechelberg cable car station sebelum sampai hostel, free dengan Swiss Pass

Tak silap aku dalam tengah hari camtu dah selamat sampai kat Lauterbrunnen. Terus amek bas yang bernombor 141 kat depan train station ni. Kecik je pekan Lauterbrunnen ni, tapi segala kemudahan memang cukup lengkap. Aman damai je rasanya. 

Ada kedai groceries, ada bank, ada pos office, ada stesen minyak kira cukup lengkaplah. Tambah pulak dengan panorama yang mencengkam jiwa. Ewahh! Hahaha. Ada orang maybe akan carik accommodation kat sekitar sini je, which yang aku nampak macam bersepah ada hostel dan jugak hotel. Hanya perlu sediakan duit je. 

Ntah macam mana, rupanya hostel yang aku book tu terletak atas gunung terletak di Gimmelwald. Tu yang kene naik cable car bagai. Takpe, bila lagikan... so, kene naik bas kat atas dalam 10 minit camtu sebelum sampai ke cable car station. 


stesen kereta kabel, free lagi dengan Swiss Pass

dalam kereta kabel, luas dan besar, skali angkut ade la kot 30 orang?

Dari stesen ni untuk menuju ke Gimmelwald pulak dalam 5 minit. Actually, dari Lauterbrunnen train station tadi pun ada stesen cable car, tapi ianya menuju terus ke Murren. Tapi yang aku nak pegi ni adalah perkampungan sebelum Murren. Kene la naik kat tempat lain. Tapi takpe. 

Keluar je dari cable car, terus la carik hostel. Keluar-keluar je terus nampak Mountain Hostel Gimmelwald! Hahahah memang tak jauh pun. Dekat gilerrrrr!!! Aman damai giler berlatarbelakang pulak dengan gunung ganang yang snow pun dah mula takde. 


view dari exit cable car station

tempat duduk rehat-rehat depan hostel, sejukk weh nak lepak sesuka

view betol-betol depan entrance hostel, pemandangan hijau ni akan berubah pada esok harinya

Ok dah. Tu je untuk entry kali ni. Nanti aku sambung berkaitan dengan hostel ni pulak which is yang aku rasa paling best sepanjang trip ke Switzerland ni. 

Till then, bye!

23 comments:

  1. Wah tak terkata John... cantiknya pemandangan di sana...

    ReplyDelete
  2. Kluar2 hostel je nampak gunung ganang... best best

    ReplyDelete
  3. first ker?
    apa? bukan?
    kbai..
    (nanti baca...bole?hahaha)

    ReplyDelete
  4. kalau view depan mata cun camtu, duk situ setahun pun sanggup. hahaha. over pulak

    ReplyDelete
  5. ahhh hakak DJ rasa nak pitam tengok gambar-gambar hadik John ni....hahaha jeles la aku wei!kalo aku ada rumah kat sana kan best...nyaman damai giler!fuhh....

    ReplyDelete
  6. Hehehe mula2 mcm tak menang tangan nk amik gambar kan, lawanya ya Ampun tak tau la nk ckp cemana. Orang selalu tanya compare NZ & Swiss mana lagi lawa? Memang tak leh nk kasi jawapan, sebab dua2 memang lawa kekeke..

    Next trip aku ke Swiss, aku nk berkampung di Zweisimmen tu, tak mainstream sgt katanya.. hiks

    ReplyDelete
  7. Salam John

    Bumi Swiss mmg mempersonakan, long-long time ago bapak sampai Swiss tapi masa tu bapak boleh tertinggal compact camera pulak hehehe

    masa tu zaman dslr belum negetop lagi

    sib baik camcoder tak lupa, pengabis semua gambar kat sana ambik je pakai camcorder tu , semua tak memuaskan , jadi adalah alasan nak pegi sana lagi entah bila kalanya hahaha

    ReplyDelete
  8. wahh..semua info ada kat sini..mudah le nanti :-)

    ReplyDelete
  9. Subhanallah.. cantiknya view.. mcm dlm lukisan... bilalah berkesempatan nk kesini huhu..

    ReplyDelete
  10. Suka melihat2 di perkampungan tu.. Rumah dia cute2 jer.. bersih nyaman lak tu :D

    Besar jugak cable car tu huhuu.. air terjun tu memang lawa sempoi habis :D

    ReplyDelete
  11. Will go there someday .. hope so
    Tapi kena kumpul duit byk2 dulu, baru boleh lenjan Swis .. :p
    Kalau x, dapat sampai Jungfrau pon jadi laaa .. :)

    ReplyDelete
  12. semuanya indah, semuanya mudah, semuanya cantik.... sempurnanya negeri Swiss.

    ReplyDelete
  13. Time is gold when u travel. Kan! Ada Swiss Pass ni rasa macam vvip. Kena study lagi nampaknye. Banyak info ceduk sana sini, kepala biul sat. Tapi! Tempat lepak kat hostel tu memang best. Boleh feeling2 tengok view.

    ReplyDelete
  14. awesome...dan bersih...keretapi pun best...sedap mata memandang

    ReplyDelete
  15. Sumpah menggamit memori bulan madu kami di situ...yes Swiss Pass sgt2 berbaloi.

    ReplyDelete
  16. Wow... subhanallah... cantik sangat2... hurmm... mmg la kita patut duduk over coffee... nak sangat dengar sendiri dari blogger hebat kita ni :)

    ReplyDelete
  17. tenang rasahati ni bila tengok gambar2 nih...

    ReplyDelete
  18. bes gile hostel ko ni john..
    one day kalau ada rezeki ke swiss aku nak duk hostel tu...sbb view dia sebijik macam aku penah tengok dalam mimpi..exactly like that ! tu pasal aku ternganga skang nihhh *nampak tak?hee

    ReplyDelete
  19. @Mie,
    yuppp memang cantik. kalo cuaca terang memang lagi tak terkata cantiknya.



    @Azra,
    hahahah kannnn... celik2 bijik mata nampak gunung. heaven!



    @Kak Anash,
    aisehhh akak lambat. cuba lagi ye. hiks.



    @PM,
    hahahahah kalo hidup stress dgn keje ke ape, dtg sini insyaALLAH tenang je rasa.



    @Nurzakian hanum,
    cantik2. ;)



    @DJ,
    hahaha boleh la aku numpang umah ko je nanti. takyah duk hostel dah. jimat duit. kuikuikui.



    @Chawanna,
    hahahah NZ and Swiss adalah berbeza lanskap wlpn bendanya adalah sama. NZ pn stil lawa bagi aku. gitu, ayuhhh ke arah kurang mainstream. ;)



    @Bapak Rezeki,
    waalaikumussalam bapak. Dah lama sampai dari saya dah, kene datang lagi ni untuk imbas kembali kata orang. insyaALLAH ade tu rezekinya. ;)



    @Jari Manis,
    gituewww~ tak lengkap pun lagi.



    @Azura Aziz,
    insyaALLAH one day.



    @Time Traveller,
    betol tu.. mmg kecik2 rumah dorang tapi nampak sangat selesa.



    @Eddie Aziz,
    nak naik jungfrau lagi mahal wooo... aku nak pegi next time. kene kumpul duit dlu.



    @Nornazuha,
    terima kasih. ;)



    @Gunadi Firdaus,
    semuanya Indah! betul tu. ciptaan Ilahi.



    @Bibie Karim,
    hahahah agaklah semua bnda lepas bila ade swiss pass. takyah pikir byk benda kecuali certain things yang still manageable katanya.



    @Khairudin Lim,
    alhamdulillah semua best!



    @Ninie Hanis,
    wow! untungla dia dpt honeymoon kat sanakan. ;)))



    @Hafiz Azmi,
    ahaks ye ke nak dgr dr mulut aku sendiri. takde hebat mana pun. bese2 je.



    @Faizal Fredley,
    ye betol bro. tenang.



    @Nana Tron,
    bestttt gilakkkk weyyy! insyaALLAH one day ko pn akan jejak kaki kat sini. wow siap mimpi lagi tu. ade rezeki sampai gak ko. amin..

    ReplyDelete