Bonjour!
Mesti ingat pegi Perancis kan? Hiks.
Tapi takde pun, ni ada mood nak menaip petang-petang sambil makan sira ubi buatan sendiri. Bila duk kat perantauan ni, semua benda craving kenela masak sendiri. Kalo tidak, telan jela air liur menahan craving tu.
Okeh, bermulalah entry pertama trip aku ke Switzerland ni. Entry London, Amsterdam ataupun ski trip di Poland, aku tinggalkan dulu. Kalo ada masa, aku try buat.
Anyway, trip ke Swiss ni actually takdelah ada dalam plan aku dalam masa terdekat. Dalam hati memang nak pegi, tapi tak sangkala jugak cepat sebegini pulak. Maybe pegi bersama yang tersayang yang taktau sapekan. *harap takde sesiapa komen yang menggedik akan statement ini*
Since, aku ada 7 days break kejap dari class maybe nak ke mana-mana lah. Kalo boleh yang dekat-dekat je. Kalo jauh-jauh ni kang balik penat nak mengadap kelas pulakan. Malas dalam diri ni tetap ada, walaupun dah try cuba buang jauh-jauh.
Cut the story, kawan ni terasa nak naik kapal terbang katanya. Dia kata tiket pegi Swiss boleh dapat murah walaupun bagi aku nak beli skang dah agak last minute, plus ni kan time easter break. Memang akan expect mahal. Aku pun balik terus la bukak http://www.skyscanner.net/ sebab nak check harga tiket kapal terbang nak fly masuk ke negara Swizterland. I think most of us know how to use skyscanner kan? No need me to explain more as I believe my readers are very intelligent travelers and no need to be spoonfed all the time.
Am I right? ^___^
Godek punya godek, jumpalah tiket paling murah yang aku rasa yang boleh aku dapat. Yakni, dari Birmingham - Geneva via Easyjet (GBP23/way) dan jugak Basel - London Stansted via Ryanair (GBP55/way). Okla aku rasa dengan harga tu. Teruslah proceed dengan booking tiket. Fuhhh~ lega satu perkara dah lepas, meaning sebelah kaki insyaALLAH dah jejak Swiss. Yang lain-lain tu aku dah boleh start riki-riki la dari segi route nak amek, nak tengok ape, nak stay kat mana, nak buat ape, brape nak keje spend.
Bila dah limited budget ni, semua benda nak kene amek kira. Aku tak kata semua benda kene masuk dalam plan tapi atleast i think it is good to have rough idea in terms of itinerary and budget. Unless, if i do have unlimited budget, definitely i will splurge like crazy. Hahahah. Tapi sedar diri bukan seorang yang berduit mana pun. *kuis beras*
Mula start baca blog kawan sendiri yakni Chawanna untuk mendapatkan rough idea macam mana bentuk muka bumi Swiss ni nak start dari mana dan berakhir kat mana. Kat mana patut diberikan perhatian yang lebih.
Aku bermula dari Geneva dan berakhir di Basel selama 6 hari. Aku kene isi tempat kosong tengah-tengah tu. Jadik, selepas dah berfikir panjang tengok Google Maps untuk tau sesuatu jarak dari city ke city, aku dah dapat simpulkan arah perjalanan aku. Boleh rujuk entry ---> SINI untuk mendapatkan itinerary aku.
Okeh okeh.. aku macam dah melalut ke arah benda lain dah ni. Niat asal nak cite pasal Geneva je. Alih-alih, pengenalan pun dah berjelakan. Haruslah nak memceceh je kejenya. Hahaha.
Tu dia matawang kertas Swiss Franc. Duit keras lagi rasanya. Baru lagi. Terasa sayang nak guna tapi kene pakai guna gak.
Flight aku menuju ke Geneva dari Birmingham airport dijadualkan berlepas pada jam 11.50 pagi. Actually dah flight tu yang paling murah. Aku tak suka sangat flight macam ni, sebab nanti bila dah sampai sesuatu destinasi tu macam dah petang. Rugi masa, tapi okla menerima dengan hati yang redha. Flight hanya memakan masa 1 jam 25 minit je untuk sampai dan tetapi kat sana kene adjust jam la sebab +1, cepat satu jam dari waktu UK. Tapi nasib baik gakla sebab sekarang ni siang panjang, maka takdelah ralat sangat. Maghrib masuk jam 8.30 pm dan isyak pukul 10.30 pm. Penat wooo nak tunggu.
Untuk fly ke Swiss ni, memang aku harap sangat dapat duk window seat. Nak tengok view kat luar samada nampak tak snow-capped mountains bila nak tiba nanti. Alhamdulillah, memang nampak dengan jelas as the weather that day was really good!
menyeberangi Selat Inggeris |
dah nak sampai Geneva, nampak tak snow-capped mountain dari kejauahan? |
Selamat mendarat di Geneva Airport tak besar mana pun tapi ianya merupakan low-cost carrier punya hubs dari beberapa buah city di Europe ni. Plus, airport dia ni tak jauh pun dari city centre yang terletak hanya 4 km je! Hahaha kentut tak abes pruttt dah sampaikan. Hahaha, imigresen dia pun cepat je tak banyak songeh. Terus chop! Zaaassss!
Lepas dah amek free transport tiket untuk 80 minit untuk menuju ke Geneva City via train, terus la cari train station. Tak jauh pun dari arrival hall, terus belok ke kiri. Bangunan train station terletak kat bangunan sebelah. Kat mana nak amek free ticket 80 minutes tu boleh la refer ---> SINI
Dari Geneva Central station, terus la carik SBB Office sebab nak beli Swiss Pass. Ada banyak kaunter, takdelah lama sangat nak tunggu giliran. Dah setel beli, teruslah carik hostel pulak. Actually aku dah book 1 malam kat Geneva. Nama hostel tu Geneva Housing, refer here --> http://www.genevahousing.ch/ . Aku booked hostel ni thru Booking.com sebab takde deposit yang perlu letak. Just nak secure debit card/credit card number je. Oklakan.
Aku tanak cerita lebih pasal hostel ni, sebab aku rasa aku tak suka sangat despite of memang terletak kat strategic location, senang makanan halal dan nak pegi Lake Geneva. Environment dia memang tak best. Tu je boleh cakap. Harga untuk 6 beds dorm adalah CHF29/pax.
Lepas check-in semua, teruslah rehat kejap lepas tu shalat sebelum keluar mencarik makanan. Perut ni dah mintak diisi. Walaupun aku dah prepare untuk masak je kalo boleh sepanjang travel kat Swiss ni, tapi sesekali senang makan kat luar je. Plus, memang aku ada masukkan bajet makan untuk setiap hari tapi takdelah banyak dalam GBP10/day.
Nak makan senang sebabnya kiri kanan turun kat bawah hostel ni ada restoran halal. Tapi ala-ala macam proper restaurant la. Macam kiosk kebab tu takde pulak nampak. Maybe kene jalan skit. By the way, hostel aku ni memang sangat dekat dengan train station ni. Jalan dalam 4 minit or less nak sampai.
opposite kedai indian kat bawah ni |
ni kedai indian tapi Halal bawah hostel aku tu je |
view dari meja makan aku kat kedai indian ni, feeling nak makan kat luar nasib tak brape sejuk |
Since malas nak carik yang lain, aku decided untuk melantak makanan kat kedai halal bawah hostel ni je. Tapi sebelum tu, kene la tengok menu yang ada kat dinding pintu masuk. Tengok mampu ke tak nak kuarkan duit nak makan ni.
Gulp! Telan air liur agak mahal la actually, untuk sepinggan nasik briyani ayam pun dah CHF30. Haaa kalo convert ke pound dah dalam GBP20 dan kalo convert ke ringgit dah jadik RM111/plate. Nanges dengarkan. Walaupun aku tau, bila travel ni takyah la nak convert-convert ke RM ke GBP ape. Anggap jela bayar macam biasa. Nasik briyani paling mahal penah aku makan. Nasib baik sedapppp.. plus portion dia tu besar aku share dengan kawan aku berdua. Memang kenyang sungguh la. Kalo perut kecik, memang boleh share 3 orang.
CHF5/bottle, pertama kali minum air ade ais sejak datang ke Tanah Ratu |
tadaaa~ nasik briyani ayam CHF30/plate, sedappppp walaupun sedikit basah |
Dah setel makan, teruslah jejalan menuju ke Lake Geneva. Tak sampai 5 minit jalan terus sampai. Senang nak locate tempat ni.
Sedikit info pasal Geneva ni dari segi pembacaan aku dan pemerhatian aku.
- salah sebuah pintu masuk ke Switzerland selain dari Zurich dan jugak Basel.
- sebuah bandar agak besar yang dihuni oleh penduduk seramai 200,000. Maybe lebih
- bahasa utama yang digunakan adalah French. English is widely used as well. Bila bercakap tu memang kedengaran keteranan dorang. Bonjour, merci adalah ucapan yang selalu didengari.
- semua tanda jalan, signboard, advertisement dalam bahasa perancis.
- kedai jam mewah dari jenama Philip Patek, Tag Hauer, Tissot, Victorinox dan macam-macam lagi memang boleh nampak di merata-rata. Price wise of cos la murah sebab swiss made kan.
Ok dah tu je.
Honestly, aku tak explore sangat Geneva city ni walaupun ada beberapa tempat yang maybe menarik minat korang untuk pegi sana. Sempat la tengok dari jauh dan dekat Jet d'Eau yang merupakan simbol atau landmark yang femes di Geneva. Air pancut setinggi 140 meter tu.
Cakap banyak kan? Jom tengok gambar lak. Sepanjang kat Geneva, memang aku jalan kaki je sambil layan view dan tengok gelagat orang kat sini. Terasa tenang je.
papan tanda dalam French, tak silap Rue bermaksud jalan |
jambatan utama yang menghubungkan new town dengan Old town |
the symbol of Geneva | Jet d'Eau |
masyarakat setempat beriadah |
makan ais-krim |
jejalan disekitar jeti kapal layar |
penduduk tempatan amek peluang menikmati cahaya matahari yang best sambil lepak-lepak dengan kawan-kawan |
tengok dari dekat Jet d'Eau, terasa percikan air yang tekanan begitu kuat! |
cuaca yang damai |
swan memang banyak kat Lake Geneva ni, boleh kasik makanan tak silap, bersih sungguh bulu dia |
pokok togel |
jam cap Omega |
hiburan dari budak sekolah |
bicycle-taxi, macam futuristik lak tengok |
Honestly, aku malas nak explore lebih sebab macam bosan je rasanya Geneva ni. Takde pape benda yang menarik minat aku. Maybe sebab dia more kepada city life. Jadik just pusing-pusing jela kawasan sekeliling sebelum beralih ke kawasan Jet d'Eau balik untuk layan sunset.
Bukan main lama lagi nak tunggu sunset ni. Yela, maghrib pun masuk pukul 8.30 malam. Haaaa.. camne tu? Tunggu jela. Sejuk dah time ni. Angin petang bertiup. Terpaksa sarung balik light jacket.
Dah tunggu abes matahari terbenam, mulalah mengatur langkah balik semula ke hostel. Dalam pada tu, try balik ikut jalan lain saje nak tengok keadaan malam. Satu benda yang aku kurang gemar sebab most cities kat Europe ni jenis tutup kedai awal. Average jam 6 petang semua dah balik rumah untuk bersama keluarga. Jadik, kita pun kene la ibarat itik pulang petang jugak ke hostel.
Kebetulan terjumpa pulak satu kedai kebab halal. Pikir punya pikir, jomlah melantak CHF9 untuk 1 kebab. Share dua orang. Nak jimat punya pasal. Sob sob sob...
Malam tu, decided untuk tido awal dari kebiasaan. Tapi agak bising jugaklah hostel ni sebab orang duk makan kat kedai bawah tu. Tak silap aku jam 4 pagi still duk dengar orang duk bergelak ketawa. Hurm...
Overall, aku tak fancy sangat dengan Geneva. Maybe patut stay kat Montreux sebab kat situ ada satu Chillon Castle yang memang cantik. Tak jauh dari Geneva.
Tu je. Bye!
enjoy sangat2
ReplyDeletenyaman banget lihat orang Geneva beriadah dan lepak-lepak bang Jhon.
ReplyDeleteHahaha anda kebosanan di Geneva? takpe! pengalaman katanya, aku dulu memang skip Geneva, rakus katanya nk ke tempat lain.
ReplyDeleteAku maafkan gambar sayap kapal terbang tu, sb kite kan bff tilljannah? hahaha..kena lahar pn steady kan bro?
Intelligent readers? me likey!!
p/s: yang tak reti guna skyscanner tu mohon ke blog sebelah..to the left..to left please..
Aku penat dh puji gambar ko cantik2 so aku puji utk stock serahun blh x? I am no kiss ass-er. HAHAHAHA!
ReplyDeleteSila cari yg tersayang bila dh abis blajar n keja bagus jadi kaya dulu ye..demi nk tanggung sahabat till jannah ko yg ramai ni. (Bff je ckp cmni..org lain xkan ckp benda cmni kat ko..sekian)
Terasa sungguh intelligent baca post ko slama ni..sila jgn terasa dan perasan sbb i no talk bout u, u, n u...hahaha!
Kuis beras tu gerenti ada duit ko sorok dalam tong kan.
ReplyDeleteHazab ok menunggu Maghrib 830pm. Aku nunggu Isyak masa summer, sampai tersengguk2. Best sebab masa panjang untuk jalan2 tapi kenapa perlu kedai tutup awal. Sob.
Akan ku tunggu entries Swiss dengan sabar.
HUNTONGLA BUAT SIRA UBI BAGAI KAT BIRM TU!
ReplyDeleteCantiknya la duit kertas tu, rasa macam nak sekeping plsss hahahahaha.
OK AWAS SIAPA YG MENGGEDIK AKAN DICELA hahaha.
adoiii..bestnya.. another dream place yg nak pegi. tapi tak sure boleh sampai ke idok.. maybe takat kashmir tu je lahh.. Switzerrland of the East kan.. ok lah tu..
ReplyDeleteSwitzerland...tempat percutian idaman semua orang...
ReplyDelete1. style sungguh matawang kertas swiss france
ReplyDelete2. terjojol mata tengok harga rm111 untuk nasi biryani tu!
3. hiburan budak skola..hahaha student master cam ko ke John ! berkumis bagai dahh tu..!
4. erkk bosannya suma tutup awal...meriah lagi negara sendiri ye tak..
Seronok John jalan2... Aku nmpak oren tu aku dah tau dah easyjet... he..he.. penah delay naik easyjet almost 2 hrs...sighhh..he.he...
ReplyDeletetumpang lalu
ReplyDeletedi bukit sengeh
sambil baca laju-laju
sambil sengeh
swiss? haiii...ntah boleh sampai ke tidak akak nak jejak kaki di sana...sudikah John terima akak seadanya? *wink wink*
(somewhere...over the rainbow...)
bila akak kata gambar John cantik...it means CANTIK!!!
Omaiii cantik betul gambar2!! Saya x explore langsung pun geneva walaupun stay 3 hari kat sana. Dah kenapa khennn???
ReplyDeletePasal castle kat montreux tu..naik kejung menunggu ferry x sampai2. Ntah hape2 ntah.terpaksa berlalu dgn keciwa jer..
Menarik temapt yang hang lawat tu...semoga sihat di sana..
ReplyDelete@Nurzakiah Hanum,
ReplyDeleteheheheh enjoy!
@Gunadi Firdaus,
yup, memang nyaman sekali udara kat sana. ;)
@Chawanna,
kannnn! agak bosan la kot. boleh skip lain kali. kekeke #tilljannah
to the left to the left! awas, beyonce is my cousin ya'll. hahaha
@Biqque,
takyah puji dah la biq. aku pun penat nak ckp terima kasih. hahaha matilaaaaaaa
@Bibie Karim,
hahahah how i wish ade duit dlm tong beras! hahahah tau xpe, hazab nak tggu masuk waktu shalat. bila dah setel semua baru mcm lega nak tido awal ke ape.
@Ren,
kannnnn! nasib ade sweet potato kat sini. boleh lepaskan keinginan. ewahhhh! AWAS REN! AWAS!
@Azian Elias,
hehehe takpe, kashmir pun cantek ape akak. saya sampai sini dlu, akak dah sampai kashmir dulu. ;)
@Mie,
iya betul tu.
@Nana Tron,
1) iya style! cara pose stylekan? hiks.
2) kannnn! mahal wehhhh, makan sambil lap air mata.
3) tak silap high school. hahaha maybe dah senior year.
4) tau xpe, meriah lagi kat kawasan rmah aku kt msia. huhuhu bosan2 lepak mamak.
@Farikica,
alhamdulillah... seronokkkk! tuu kalo beli tix promo murah camni, mmg kene jangkakan sesuatu yg unexpected la kan. huhuhu
@Kak Anash,
sila lalu akak, takde tol yg kene bayar pun. ahaks. jgn lupa dtg ziarah saya tau akak. hiks.
@Syieda,
huh??? 3 hari... lama gilerrr wehhh! huhuhu aku mcm half day pun dah rengsa nak pegi tempat lain lak.
@Khairudin Lim,
insyaALLAH semoga sihat senantiasa. ;)
Hahahah....gelak besar baca part sira ubi tu...
ReplyDeleteSwiss best kan? Hemmmm.....gambar mcm biasa cantekkk...
kira hebatlah dah boleh masak sira ubi sendiri. lepas ni kalau aku singgah Birmingham bolehlah rasa sira ubi ko john. hehe. tapi bila tu x tau la...
ReplyDeleteTicket tu kira murah la.. aduhaii jealous jugak nie hahaha :D
ReplyDeleteOh aah baru perasaan swiss tak pakai euro macam negara jiran dia.. tapi kenapa ek? :p boleh jawpa tak hahahaa..
Cantik tempat kat sana2.. lagi bila ko yang amik gambar.. bertambah la cantik aku tgk hahaha :D
pegi sana dengan si dia kan? mana gambo?
ReplyDeleteHahahha
ReplyDeleteApasal aku rasa duit dia mcm duit mainan?
Dah tu, budak sekolah mcm bapak budak!!