Thursday, June 20, 2013

Memohon penginapan di Malaysia Hall Sydney & Melbourne, Australia

Assalamualaikum!!! 

***Berita terkini: kadar penginapan untuk Malaysia Hall Melbourne @ Sydney telah meningkat kepada AUD20/night (2 malam pertama) dan AUD30/night (malam ke-3 dan ke atas). Harap maklum. 

*** Update as at 10 Ogos 2014: alamat emel Malaysia Hall Sydney tidak boleh digunakan buat masa sekarang. Harap maklum sebab aku pun taktau kenapa. 

Since ramai di antara kita yakni rakyat Malaysia yang ingin melancong ke luar negara seperti Sydney dan jugak Melbourne, Australia ni. Aku terdetik untuk buat entry khusus untuk macam mana nak apply untuk menginap di Malaysia Hall Sydney mahupun Melbourne. Sebabnya... ramai diantara pembaca yang aku rasa masih lagi tidak tahu macam mana nak guna Google. Plus, mereka tertanya-tanya macam mana ye nak apply. Padahal, soalan sesimple macam ni boleh terus direct tanya Google and walla! Terus dapat jawapan. 

Actually, dulu aku pun macam pembaca yang lain jugak yang tak brape mahir nak guna enjin carian seperti Google mahupun Yahoo. Kebanyakkan sumber informasi yang aku nak tahu semuanya aku korek-korek dari enjin carian nih. Tak susah mana pun, nak dan taknak je lebih. Kalo jenis pemalas skit, memang terus nak orang suapkan. Kalo yang rajin, mesti tau. Baca baca dan baca... kemudian fahamkan. Tak susah bukan? I believed that 90% of us are educated citizen. Kalo tidak, takkan nak travel sampai overseas ye dok? Kalo idok, mesti duk pakai cawat sambil menyumpit je keje. 

Ok... tanpa membebel panjang menyebabkan pembaca yang dikasihi kata aku poyo atau berlagak. Meh aku ceritakan macam mana nak apply untuk menginap di Malaysia Hall nih. Tak susah pun wahai pembaca yang dikasihi... *sarcasm*

  • Kenalpasti tarikh keramat anda travel. Kalo ada exact date lagi bagus. Meaning you already have your own itinenary ketika berada di Sydney mahupun Melbourne. 
  • Kenalpasti samada tarikh anda travel ke sana bertindih atau tidak ketika cuti sekolah students kat sana. Gambar bawah ni jadual waktu persekolahan untuk tahun 2013 yang aku dapat di website          ----> Australian School Holidays



  • Bila masa yang sesuai untuk apply nih? Jawapan aku... kalo korang dah ade exact date bila untuk menginap kat Malaysia Hall ni, better book awal-awal. Walaupun tarikh korang nak travel tu sejauh 6 bulan dari tarikh travel anda. No harm right kalo prepare awal-awal? Kerana Malaysia Hall ni mengamalkan polisi first come, first serve basis. TETAPI, priority tetap diberikan kepada student yang akan melanjutkan pelajaran kat sana untuk transit sementara sebelum mendapat kediaman tetap. 
  • Sebagai contoh, katakan bulan September adalah bulan student Malaysia mendaftar masuk ke universiti masing-masing DAN bulan itu jugaklah anda (traveler) akan travel ke Melbourne misalnya. Maka, kebarangkalian permohonan anda untuk dirijek adalah tinggi kerana keutamaan akan diberikan kepada student tersebut. Ok faham ke idok nih kawan-kawan? 
  • Kalo korang tanya aku, bila dan bulan brape selalunya student akan start semesta baru? Kalo ikutkan informasi yang diberikan oleh kawan aku yang penah belajar kat Melbourne, normally kemasukkan pelajar adalah pada bulan Febuari dan Ogos setiap tahun. Kiranya ni time peak. Maybe takde availability kat Malaysia Hall tu. Tapi sekali lagi, no harm in trying to apply right? Just apply...~ 
  • Bila dah masuk website tu... boleh refer kat gambar di bawah dan perhatikan informasi dalam kotak biru tu. 


  • Kemudian, apa lagi kawan-kawan, isi ler borang tersebut. Bila dah siap, scan dan emailkan borang tersebut kepada alamat email address Malaysia Hall Sydney / Melbourne seperti yang tertera di atas. 
  • Kasik jangkamasa kira-kira 1 hingga 2 minggu untuk menerima jawapan balik dari pihak Malaysia Hall. Kalo ikut pengalaman aku, pihak MH Sydney sedikit lambat dari MH Melbourne. 
  • Kadar bayaran penginapan untuk bukan pelajar (tetamu) adalah sebanyak AUD12/night. Refundable deposit AUD50 + AUD50 (access card + cagaran sewaan) dan service charge AUD15/pax. 
  • So, sifirnya macam ni. Let's say korang stay selama 2 malam (2 orang bersama dalam 1 bilik). Meaning, korang kene bayar macam ni. 
                       Sewa bilik 2 orang untuk 2 malam = AUD12 x 2 malam x 2 orang = AUD48
                       Refundable deposit untuk access card = AUD50
                       Cagaran sewaan = AUD50
                       Service charge (AUD15/pax) = AUD15 x 2 = AUD 30 
                       GRAND TOTAL TO BE PAID = AUD178 

Fakta umum yang patut kita ketahui pada Malaysia Hall Sydney & Melbourne mengikut hasil pembacaan (copypaste) dan pengalaman aku sendiri:
  1. Hanya rakyat Malaysia sahaja yang dibenarkan untuk memohon
  2. Keutamaan hanya akan diberikan kepada pelajar yang tiba bersama suami/isteri dan anak-anak. Permohonan hendaklah dihantar selewat-lewatnya 2 minggu sebelum ketibaan.
  3. Pelawat hanya dibenarkan menetap tidak melebihi 5 hari. (kalo ikut pengalaman aku, dapat 6 hari, lebih 1 hari. Semuanya ini ikut kekosongan Malaysia Hall pada ketika itu) 
  4. Pelajar transit yang membawa keluarga boleh menetap di Dewan Malaysia tidak melebihi 3 minggu.(Jika ada kekosongan).
  5. Pihak MSDA berhak untuk menolak mana-mana permohonan jika semua bilik telah ditempah.
  6. Pelajar dibenarkan untuk membuat permohonan bagi pihak keluarga terdekat (Ibubapa, keluarga).
  7. Dewan Malaysia tidak beroperasi seperti Hotel dan tidak menyediakan tuala atau toiletries. (para pemohon kene ingat ni tau!!! takde tuala, sabun, berus gigi, shampoo disediakan.. sila bawak sendiri ye!)
  8. Pantry ada disediakan yang lengkap bersama air panas, microwave, dan peti sejuk. TIDAK DIBENARKAN MEMASAK! Hanya microwave sahaja dibenarkan untuk memanaskan makanan. Sebabnya dorang punye smoke detector giler kentang bagus. Ada bau asap je terus memberikan amaran kepada pihak bomba untuk datang. Jika berlaku false alarm boleh dikenakan denda kalo tak salah aku AUD1,500 jika sabit kesalahan. 
  9. Internet wifi disediakan di living hall yang dikenakan bayaran hanya AUD5/stay. 
  10. Parking space adalah limited lebih kurang 7 tempat letak parking di belakang bangunan. Tak silap, first come first serve basis bagi mereka yang ada sewa kereta. (hanya di MH Melbourne sahaja)
  11. Terdapat kantin untuk mengorder makanan. Kene bagitau awal-awal kepada chef yang bertugas. 
Ok dah tu je kot yang aku rasa nak kongsi bersama korang. Untuk mengetahui macam mana nak pegi ke Malaysia Hall Sydney ataupun Melbourne, korang boleh rujuk kat entry aku yang sebelum ni... 



Kalo ikutkan rasa aku sendiri, penjelasan di atas memang agak detail dan mudah difahami. Oleh itu, saya amat amat amat (3 kali aku ulang "amat" tuh) berharap anda semua para pembaca dapat memahami dengan lebih mendalam dalam bagaimana nak apply untuk menginap di Malaysia Hall Sydney atau Melbourne. 

Pengalaman aku duk kat MH Melbourne untuk 6 malam, aku sangat puas hati dan seronok. Memang aku rekomen sape-sape yang on tight budget untuk melancong ke Melbourne mahupun Sydney. Tidak ada Malaysia Hall ye kat Gold Coast mahupun Perth (dalam perancangan dengarnya). 

Till then... goodluck applying! God Bless~ 

56 comments:

  1. Saya pernah menginap di Malaysia Hall di Sydney dengan keluarga pada tahun 2004. Pengalamannya menarik. Best!. Tak ada masalah langsung masa apply tu. Terus dapat!

    Di Malaysia Hall Melbourne pula tak pernah menginap tetapi selalu pergi sebab hadiri event yang mereka buat seperti sambut hari merdeka, majlis makan, jualan makanan Malaysia,etc. Sebab saya student di Melbourne dulu.

    ReplyDelete
  2. @Naramas Aman,
    yaa betolll...sy pn agak bernasib baik aritu sbb dpt semua hari time dtg melbourne. kalo ikut keadaan, sy lebih suka MH melbourne. maybe sbb dorang baru je renovated bahagian belakang bangunan. kira dia punye mcm hostel sebilik utk 2 orang. twin beds. yg MH Sydney, hanya sempat check in je, tp tdo umah org lain. hiks.

    ReplyDelete
  3. info dah ada, tapi nak perginya tak tau la bila... huhu.

    btw, thanks for sharing the info :)

    ReplyDelete
  4. thanks for the info!

    *isi borang*

    ReplyDelete
  5. good post john! aku pun tak paham nape org tak reti nak google cari info tapi nak pi travel mcm semua dia tau/nak terjah. haih...

    ReplyDelete
  6. Hoyee..nak pegi Sydney on Ogos..mmg tgh cari penginapan yg murah dan dh google pun carik info :-) sib baik tak buat IT hiks..

    Rajinlah..keluarkan entri ni utk sesiapa yg malas tau atau tak nk guna searching engine tu..mesti dorang suka termasuklah JM..suka jgk tp bukan kategori pemalas tp terlebih rajin dari kerja hakiki..matilah masuk bakul angkat sendiri

    ReplyDelete
  7. info sgt berguna.. Thanks :)

    mayb kalo ada rezeki akan dtg dpt g melbourne/sydney agi skali... bley r try duk kat Msia Hall kan..sekali je saje jejak Msia Hall tu pun kat London utk lunch saje.. skali skale nak gak tgk rupe Msia Hall tu cane kan.. :)

    ReplyDelete
  8. (baca...tulis apa perlu buat)..
    ok...
    (sambung baca..)
    ok.....
    (pastu tutup pc)
    ok...
    kompom tak pegi ostolia..mcm susah je?
    (letak tangan atas dahi tengok siling)

    ReplyDelete
  9. Info yang baik. Bagi yang tiba di ingin tumpang mandi atau ingin bilik rehat (tanpa bermalam) juga boleh memohon. (kami pernah buat di Melbourne). Singgah tengahari - 7 malam gerak ke Airport.

    Alternatif - cari backpakers lodge (harga sekitar AUD 26 -32).

    ReplyDelete
  10. Permohonan akak utk MH Melbourne baru je diluluskan. Tapi harga dia dah naik tau !! AUD 20 utk 1 mlm selama 3 malam je, malam ke4, kalau tak salah AUD 30. Deposit-deposit tu dah naik ke AUD100 (kalau tak salah akak). So sesiapa yg plan nak mohon tu kena tengok balik rega dia.

    ReplyDelete
  11. details sungguh...untunglah para pembaca macam ni, hehe...

    ReplyDelete
  12. sapa yg belajar sambil bekerja buleh dapat harga student dengan syarat bawak kad matrik..

    ReplyDelete
  13. Nak tanya kalau bawak anak2 5 dan 2 tahun boleh dapat sebilik ke kami berempat?

    ReplyDelete
  14. @Abudzar,
    rasanya akan diletakkan dalam bilik yg sama. mcm kat MH Melbourne, dia akan kasik xtra bed nnt. ;)

    ReplyDelete
  15. As salam, hi.
    3 questions.
    DMM benarkan tak untuk 3 orang sebilik?
    Berapa percent possibility untuk permohonan selama 8 malam?
    Last check-in pukul berapa?
    Thanks!

    ReplyDelete
  16. @Izzati Jamaludin,
    1) boleh, sbb penah tgk org dpt bilik mcm tu.
    2) tak pasti. bergantung kepada budi bicara pihak MH.
    3) takde masalah utk late check in sbb ade student residents yg akan tolong kita check in nnt kalo tiba waktu malam.

    ReplyDelete
  17. Thanks for the info yg sangat berguna. Nak tanya kena buat visa dulu ke b4 apply MH ni..nak pegi lambat lg bln may nnt tp nk try la apply awal2 sikit...

    ReplyDelete
  18. @Azzah,
    tak perlu buat visa dulu. yang penting apply utk MH dulu. ;)

    ReplyDelete
  19. Salam..kalau bawa anak umur setahun ok x sydney ni..

    ReplyDelete
  20. Salam...kalau bawa anak umur setahun lebih ok ke g sydney n dari segi cuaca dan kemudahan..

    ReplyDelete
  21. @Najib Dayana,
    wasalam.. depends nak pegi musim ape. kalo winter, agak sejukla takut baby tu tak tahan nanti. kemudahan shud b ok.

    ReplyDelete
  22. salam.

    nak tanye lau nak pegi melbourn..kurang2 pon kene bawak berape duit ye...

    ReplyDelete

  23. Salam, myb akn mlwt sydney bln april'14 ni. Blh suggest studnt mlysia kt sana x utk jd travel agen... =)

    ReplyDelete
  24. @Adriana Qaliesha,
    bergantung kepada nak pegi mana nak buat ape dan nak tinggal kat mana. rasanya dalam rm1.7k cukup la kot utk trip 6h5m tak termasuk flight. tp kene tengokla nk buat ape dan jugak nak beli ape.



    @Ili Munirah,
    maaf, saya takde kenalan student kat sydney.

    ReplyDelete
  25. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  26. Berapa lama tempoh maxima yg boleh tinggal di sana?

    ReplyDelete
  27. Teringin nak pegi travel ovrsea..tp mcm biasa laa...takut x berjalan lancar...best nya kalau ada 0rg buat travel group harga x mahal sgt...blh follow je..kalau ikut agensi mahal sgt..dah bayar semua bagai, trip cancel sbb cmpany ada mslh..emm...takut, serik pun ada.nak ikut 0rg pun takut sbb byk dah kes 0rg jd keldai dadah..
    #bilalah kek0l0tan ni nak ilang..huhuuu...s0ri..just nak share apa yg terlintas kat kpla ni..=)

    ReplyDelete
  28. Pernah tido 3m di mh melbourne dan 3m di mh sydney in 2009... memandangkan ada adik student di ANU canberra,dia yg uruskan booking semua...semuanya ok berjalan lancar tp mmg xde housekeeping sampai cek out day...sbb mh bukan mcm servis hotel ya... tp all in all...worth every penny and worth the experiance... masa tu adult 12/nite,kids 4/nite and undergraduate 4/nite... cheappp sesangattt...kalau pergi lg skali pun nk stay mh kalau ada availability...

    ReplyDelete
  29. Salam. About MH tu kan.. Harga pelajar tu maksudnya those yg belajar kat australia je ke or yg belajar kat uni malaysia pun boleh dapat harga pelajar?

    And boleh ke kakak or kawan yg belajar sana booking-kan dgn harga pelajar?

    Thank you (:

    ReplyDelete
  30. Terima kasih kongsi info ini, btw saya nak tanya, dalam borang permohonan ada ruangan tarikh luput visa, kalau saya tak isi dulu, ok kan ? sebab lagi 5 bulan baru saya nak ke sydney.

    ReplyDelete
  31. maximum berapa orang ya? saya bawak student 15 orang untuk trip ke Melbourne

    ReplyDelete
  32. salam, terima kasih kongsi info berguna ni, myhallsydney@msda.org.au ni email sydney malaysia hall kan, byk kali saya cuba email tapi asik tendang jer naper ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. email telah bertukar kepada myhallsydney@ema.org.au

      Delete
  33. terima kasih atas info, booking saya telah diluluskan :)

    ReplyDelete
  34. Assalamu'alaikum Jim,

    Saya nak kesana hari Khamis 28 Aug '14, In Sya Allah tiba MEL 0935 lt.
    Ada sesiapa/student boleh assist saya & anak2 untuk ke Philips Island & Great Ocean Road?

    ReplyDelete
  35. Jim,

    One more question, saya belum dapat maklum balas lagi dari Malaysia Hall, SYD/MEL.
    Dah called MH but nobody pick-up the line.

    Worried juga, masih belum ada tempat tinggal.... boleh suggest tak nak rent area mana yang agak2 reasonable (3 person).

    Thanks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam. Jika pengguna android, boleh cari aplikasi tripview (aplikasi berbayar tapi tak mahal), aplikasi syncronize dgn jadual perjalanan bagi train, ferry, bus dan info di bandar nsw. Lokasi penginapan tidak pasti yg mana sesuai dan harga berpatutan bagi keluarga, kena searching via aps trivia atau agoda.

      Delete
  36. Salam,

    dlm form MH yg terbaru ada isi tempat kosong utk tarikh luput visa. Wajib isi ke? sbb saya punya flight ke sydney lambat lagi. saya plan nk apply visa 3 bln sblm tarikh. boleh ke kalau saya kosongkan tarikh luput visa australia? sbb saya dh booked flight tix. can i just send the form without filling up tarikh luput visa?

    ReplyDelete
  37. harga bilik per night kan? means bukan per person?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Per person utk per night. Bukan per room.

      Delete
    2. Tu lah ingat aud20 /room. Kena tambah budget...ni.

      Delete
  38. As salam nk tya..booking MH perlu card kredit x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perlu. Kene isi borang and payment hanyalah secara tunai

      Delete
  39. Salam hai sorry nak tanya. Iron ada tak or bawak sendiri ye?

    ReplyDelete
  40. Salam.

    Link URL MH kt atas x leh buka.

    ReplyDelete
  41. Saya rencana nak bercuti dg anak2 ke sydney..buln berapa musim salji anak2 nak tengok salji..jauh kah MH dg airport..ada ka sapa student part time jemput kat airport

    ReplyDelete
  42. Assalam.
    Insyallah saya akan bercuti bersama isteri ke melbourne bulan sept..blh share x sesiapa yg ada pengalaman..dari MH senang x utk ke tempat2 melancung dan tempat mkn..

    ReplyDelete
  43. Assalamualaikum dan salam sejahtera kpd admin dan hadirin hadirat. Sy ada 1 persoalan moga diberi jawapan. Sperti yg dimaklumkan, konsep Malaysia Hall menggunapakai konsep hostel. Sy ingin tahu kedudukan bilik air penginapan. Adakah disediakan bilik air per bilik atau hostel concept di hujung koridor? Kerjasama dan sebarang respons didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

    ReplyDelete