Tuesday, July 16, 2013

Guilin, China : Part 6 - Impression Light Show (Sanjie Liu), Yangshuo


Bersambung selepas balik dari berakit di Yulong River.

Jikalau berkesempatan datang ke Yangshuo dan ada lebihan wang, antara benda yang agak wajib tengok adalah Impression Light Show ataupun dikenali dengan nama Sanjie Liu. Ia merupakan persembahan teater yang agak lain dari yang lain. Kalo kita biasa tengok teater di kawasan tertutup contohnya di Istana Budaya yang lengkap dengan pelbagai alatan yang canggih-manggih. Why not, kita tengok teater ditempat yang terbuka yang mana alam semulajadi menjadi latar belakang dan pentasnya adalah air dan merupakan teater terbuka yang paling besar di dunia! Menarik bukan? 

Untuk menonton persembahan ni, kitaorang dah arrangekan siap-siap dengan pihak hotel kami untuk belikan tiket. Harga untuk tempat duduk kitaorang kiranya bahagian tengah-tengah, bukan depan mahupun belakang skali adalah berharga 180 yuan/pax. Pfffttt! Mahalkan... tapi takpelah. Bukan selalu pun. Ntah bila nak datang baliknya. 

Show akan bermula pada jam 9.30 malam. Lepas dah setel shalat maghrib, ada sebuah van datang pick-up kitaorang untuk dibawa ke tempat persembahan. Adala dalam 15-20 minit perjalanan. Bergantung kepada trafik. Time ni memang orang ramai! 

Untuk keterangan lanjut berkaitan dengan Impression Show ni, boleh rujuk ---> Sanjie Liu

Pemandu van tu bagitau, nanti ingat nombor van ni, dia hanya akan tunggu kat depan pintu masuk tu je. Lepas turun dari van tu, ada sorang agent yang bawak kitaorang ke tempat berkumpul. Makkk aihhh!!! Ramai sungguh ummah yang datang nak tengok show nih! Kebanyakkannya memang datang bersama travel agent masing-masing. Aku suspect, kalo datang sendiri, atau gamble memang payah nak beli tiket masuk nih. Ntah-ntah setiap travel agent dah pre-booked siap-siap. 



pintu masuk

ni lah mamat yang arrange tiket-tiket kami



Sebelum masuk tu, kitaorang kene tunggu dulu sementara agent lain datang berikan kami tiket masuk. Since orang terlalu ramai, setiap group diberikan nombor masing-masing. Just follow setiap group lebih kurang macam tu lah. Then, masuklah kami ke melalui pintu masuk selepas tiket masing-masing dah discan oleh pegawai yang bertugas. Uihhh... time ni lah boleh tengok macam-macam perangai rakyat dari negara China ni sendiri. Ntah dari ceruk mana la dorang datang bertravel nih.  Hiks. 

Dari pintu masuk menuju ke teater tu, bukan terus sampai. Macam kene pulak berjalan lebih kurang 500 meter barulah sampai. Tepi tepi! Ke kiri dan ke kanan menyelit di celah-celah lautan manusia. Pastu kene pulak make sure, tak tercicir ahli group kitaorang nih. Orang lain, lantakler... 

Dah boleh masuk ke tempat teater, nasib baik tempat duduk kitaorang senang carik. Just nice orang kata. Tapi malam tu show ni memang full house! 




Tepat jam 9.30 malam, lampu dikawasan sekeliling dipadamkan... gelap gelita jadik. Maka menjelmalah pentas air yang tersergam indah macam gambar dibawah. Semua orang berkata "whoaaa!!!!" 



Time ni memang kagum ler, sebab latar belakang yang memang awesome cantik! Gunung-ganang semulajadik yang begitu menarik pada waktu malam tatkala lampu limpah memancar ke arah sana. Impression show ni terbahagi kepada 7 bahagian tertentu yakni: 

  • The Prelude
  • Golden Impression
  • The Epilogue
  • Red Impression
  • Blue Impression
  • Green Impression
  • Silvery Impression (Performance Grand Ceremony)

Tapi sepanjang show tu faham ke apa yang dorang duk cakapkan? Memang tidak ler! Semuanya dituturkan dalam bahasa ibunda dorang. Tapi dapatlah tangkap sedikit sebanyak jalan cerita yang dipersembahkan... tapi yang hebat, teater ni menghimpunkan bukan puluhan tapi ratusan pelakon pada setiap show. Macam manalah dorang ni berlatih ye dak. 

Jomlah layan gambar!


























Jom pulak layan video yang sempat dirakamkan oleh Janggeltrekker:













Show ni berlansung lebih kurang 1 jam lebih macam tu. Aku pun dah ingat-ingat lupa. Keluar je dari show, terus carik van kitaorang. Since masing-masing masih lagi lapar, kitaorang suruh pemandu van tu dropkan kami kat West Street. Tengok ler ape yang ada kat sini yang best-best. Berjalan dari hujung West Street sampailah ke hotel kami. Hotel kami terus bersambung ke West Street ye. Best tak? Hiks. 

Malam tu tido lena plus hujan uols! 

Oklah esok sambung kalo rajin. 

Bye! 

11 comments:

  1. Wah menarik sangat persembahan teater tu. Dia orang buat atas air ke? Cerita pasal apa? Nampak macam ada petani, nelayan, sampan, bulan, ombak.

    Tentu susah ambil gambar ni kan, sebab jauh dan lampu pula malap.

    ReplyDelete
  2. Wow macam pergi nonton kat IB pulak hehehe

    ReplyDelete
  3. tiket mahal pun tak pe janji show tu puas hati...

    Rugi JM tak sempat nk pegi tgk show ni coz satu hari je kat Yangshou..adakah ada misi repeat :-)

    ReplyDelete
  4. HF, show ni kat atas sungai atau memang ada kawasan berair yang di buat khas... Nampak memang sangat awesome...

    ReplyDelete
  5. wahhhh, sangat kagum dgn persembahan macam tu..

    ReplyDelete
  6. besttnyer..teringin akak nak ke sana!

    ReplyDelete
  7. aku mmg amaze la dgn show2 negara luar sbb cun cantik dan menarik walaupun kita tak paham bahasanya. mcm water puppet kat vietnam pun best. so aku rasa show yg korang tgk ni mesti gempak gile sbb tgk gambar pun dah best.

    seat mcm byk ek? bagus tul, at least ramai bleh masuk terus kan.

    ReplyDelete
  8. @Naramas Aman,
    sangat menarikkk! sbb pentas dia mmg atas air sungai yang original. bukan yang dibuat2. cerita pasal kehidupan masyarakat kat sana (gadis dan jejaka) dalam mencari kehidupan.

    agak susah gakla plus jauh dari pentas tu gak.



    @Janggel,
    gitewww!!! hahahaha



    @Jari Manis,
    tu la pasal...walaupun mahal tp not bad gakla. bertabahlah. kene repeat la nih!



    @Mie,
    yes. mmg pentas dia atas sungai Li tak silap. betol2 atas air. memang awesome!



    @Azura Aziz,
    hahahah kannn! kagum2!



    @Mama_Sal,
    sila beli tiket akak!!!!



    @Biqque,
    haaa betol, dorang memang buat duit betol2 dengan setiap show. begitu gigih! mmg besar ruang tempat duduk dia. ala2 macam pentas IB tu. mmg ramai skali masuk.

    ReplyDelete
  9. untungla...
    nengok wayang atas sungai

    ehheeh
    jom repeat!!!

    ReplyDelete
  10. #untunglaa dapat tengok pompuan seksi berlari2 atas bulan sabittt..hehehee

    tp performance memang dahsyat malam tuh!

    ReplyDelete