Thursday, July 11, 2013

Guilin, China : Part 3 - Halal Food & The Sun and Moon Pagodas

Alhamdulillah....

Dah 1 hari kita berjaya menunaikan ibadah puasa yang merupakan salah satu daripada Rukun Islam kita. Semoga kita semua dapat berpuasa penuh hendaklah. Kalo lelaki memang wajib penuh la ye, kalo perempuan tu, faham-faham sendirila. 

Okeh, jom aku sambung bahagian seterusnya ketika berada kat Guilin, China beberapa bulan yang lalu. Haishh... bila la nak abes gamaknya. Harap aku tak lupa jalan cerita dan insiden menarik kot-kot ada la kan. 

Dari Reed Flute Cave, kitaorang balik semula ke Guilin City sebab masing-masing macam dah kebulur dek kerana tak makan makanan berat lagi haritu. Naga-naga dah mengamuk dalam perut masing-masing. Tunggu masa nak meletus je. 





Kedai Mee Tarik Halal 

Kedai halal ni secara kebetulan kitaorang nampak dari tingkap bas semasa menuju ke Reed Flute Cave. Takpun Dan Arif yang nampak sebenarnya. Whatever it is. Kedai halal beb. Ada harapan yang kami takkan kelaparan malam ni. Kedai ni terletak diantara stesen ketapi dan jugak stesen bas yang terletak di Zhongshan Road. Another landmark adalah berdekatan dengan pasar malam yang femes kat Zhongshan Road dan jugak Bangunan Bank of China yang besar tu. Kiranya tak susah la nak cari. 

Ni first time kitaorang takpun aku sendiri nak tengok cara pembuatan mee tarik dan nak try sedap ke tak mee tarik ni. Kitaorang memang original mee tarik ler katakan.... 



ruang pembuatan mee tarik

menu makanan di dinding restoran

teringat entry kak senduk pasal pemakaian tudung macam nih! orang kampucia katanya! hahaha 



Time dorang duk buat mee tarik ni, agak ternganga jugaklah mulut aku tengok betapa kagum dengan kemahiran dorang buat mee tarik ni. Time nak order ni, hanya gambar makanan di dinding menjadi panduan kami. Main tunjuk-tunjuk je nak makan yang mana. Portion untuk satu pinggan pun agak banyak. Kalo jenis yang makan skit, eloklah kalo share-share. Barulah tak membazir katanya. Harga untuk 1 pinggan makanan adalah dalam range 15 yuan hingga 18 yuan. 

Jom tengok antara juadah kami. 

mee tarik berjenis sup. lembut mee tariknya kuahnya pun agak lazat. portion dia memang banyaklah! 







posing dari tukang tarik mee

Usai (nak usai gak macam Janggeltrekker kan) Hahaha... usai makan tu. Lebih kurang waktu masuk maghrib dah time tu. Since masih lagi awal, kitaorang bergerak menuju ke destinasi yang agak wajib singgah kalo datang ke Guilin. 

The Sun and Mood Pagodas adalah our next destinastion. Since jarak dari kedai mee tarik tu tak jauh ke pagoda tersebut, kitaorang just jalan kaki je menuju ke sana. Lebih kurang 1km jugaklah. Tapi boleh amek angin malam orang kata. Pagoda ni merupakan dua buah pagoda yang berdiri megah di tengah-tengah Banyan Lake. The Sun pagoda diperbuat daripada bahan logam seperti kuprum dan emas. Manakala, The Mood pagoda lak diperbuat daripada kaca. 

Info berkenaan the two pagodas ni aku copy paste dari Janggel jela ek:

The Sun and Moon Pagodas are located on Banyan Lake in Guilin. The moon pagoda stands seven storeys high which is a glass tower. Implication of the carved doors and windows on each floor painted a different theme, rich in traditional Chinese flavor. The taller of the two, at nine storeys high, the Sun pagoda is copper decoration, consumed 350 tons of copper, gold and glitter, and a lift for visitors sightseeing ride. All components entirely by copper mural decoration, the whole tower of copper hit a three highest in the world - the world’s the highest copper tower, the world’s tallest buildings in bronze, the world’s tallest water tower. There is a 18 meters-long underwater aquarium link the Sun and Moon Pagodas. There is a wonderful walk along the lake’s edge which at night is just magic and is popular with locals and tourists alike.

Nasib baik kitaorang datang sini waktu malam, pemandangan memang betol-betol menarik dan berwarna-warni dengan lampu-lampu dikawasan sekeliling. Malam-malam tu, kawasan disekeliling tasik ni memang ramai dengan rakyat China sendiri samada orang tempatan mahupun pelancong. Layan jela labu... masing-masing terpegun dengan kecantikkan pagoda ni. Tak lupa duk amek gambar buat kenang-kenangan. Actually, aku sendiri tercari kat mana letaknya jambatan kristal tu. Tapi langsung tak nampak kat mana letaknya. Takpelah... 

Layan jela gambar kat bawah ni. 











Kitaorang berjalan mengelilingi tasik tu sampai penat kaki ni duk seret. Last-last masing-masing dah jelepek penatnya.  So, tahanla bas nak balik semula ke Wada Hostel. Tambang masih lagi 1 yuan sorang. Kene make sure tau waktu bas tamat pukul brape tau. Macam kat Guilin ni, perkhidmatan bas tamat pada jam 10 malam. Giler awal kan? 

Untuk menambahkan badan masing-masing, rupanya bas yang kitaorang naik tu ikut laluan yang lain. Makanya, terpaksala kitaorang turun, dan jalan kaki menuju ke hostel. Pasrah jela... malam tu terus pack siap-siap sebabnya esok kami akan menuju ke Yashuo. Makanya kenela check-out siap-siap. 

Ok dah penat... terpaksa tido. 

Selamat berpuasa semua! 

13 comments:

  1. hahaha kak senduk dah lama tak kuar entry kan?

    canteknyer pagoda tu weh malam2...aku suka tgk!

    ReplyDelete
  2. pagi2 tgk entry ni...gulp! terliur...

    ReplyDelete
  3. @Janggel,
    hahahah nak buat camne. pemalas katanya! kekekek



    @Biqque,
    hahah ade ade. ko dh baca belom entry terbaru dia? hahah dia dh tukar layout semua dah. kekeke



    @Maya Dhira,
    haippp! puasa puasa!

    ReplyDelete
  4. Alamak ada entry makanan....arghhh..dugaan nih...

    Naper tangan tukang tarik mee tu nampak hitam..ke teknik pencahayaan heeee

    ReplyDelete
  5. @jari manis,
    ahaks... tahan dugaan ler nampaknya. maybe sbb dalam kedai tu tak cukup cahaya tak silap. tu nampak sedikit hitam. ;)

    ReplyDelete
  6. Aduh! Puasa puasa ni...tengok mee kegemaran saya, rasa macam nak terbang sekarang juga ke China :P

    ReplyDelete
  7. usai jugak katanya.....

    seusai membaca entri tuan..... gue rasa macam nak mengamuk jerrrr..... sedap siottttt makan kat situ...... haissssss posa ni tawwww.... posaaa......... tapi nasik ngan daging goreng, mee tarik tu, sup.... eeeeeeeeeeeee oiiiiiiiiiiiiii memang nalarekek.... aku posa......... mencik ko! mencik! mencik~! hahahaha #drama

    ReplyDelete
  8. @Naramas Aman,
    waduh akak. yelakan... 9 bulan akak kat china last year. mesti menggamit memory berpuasa dan beraya kat sana. ;) maybe akak boleh buat sendiri mee tarik tu.



    @MasMZ,
    hai dato' ape kabar? kekeke. nasik dengan daging goreng tu sedap yg amattt! makan panas2. yummeh!. nalarekek tu ape?

    ReplyDelete
  9. amboiii
    laju balas komen dari para peminat nampak?
    duit...duit...duit...


    hahaahah

    mee tarik tu sedap..ok

    ReplyDelete
  10. bulan-bulan puasa nie boleh pulak ko post gambar mee tarik sedap tu.. haihhh..

    ReplyDelete
  11. aku dah baca blog kak senduk! kelakarrrrrrrrrrrr hahahahaha! abih la sume penjual mekap meroyan pasni.

    ReplyDelete
  12. cantik betul shot2 awak amek time malam ni.. :) kalau rajin nnt share lah cara setting kamera sama..hhehe..

    eh btw, saya kawan Nazura.. :P bestnya tgk korang travel backpackers style reramai..

    ReplyDelete