Jom Klik!

Monday, December 31, 2012

The Best of 2012!

Assalamualaikum!!!

Hari ini adalah hari terakhir sebelum kita melangkah ke tahun 2013. Jom kita singkap segala travel trips aku yang aku rasa terbaek untuk tahun 2012. Banyak suka, duka yang dikongsi bersama. Riuh gelak-ketawa, bergurau-senda, tangis dan sebak. Semoganya momentum yang terbaek terus berada dalam diri kita semua untuk menikmati keindahan bumi ciptaan ALLAH Taala. InsyaALLAH....

Trip pertama bersama Janggel, Masmz dan Kak Coco. Alhamdulillah.... memang 1 kepala abes setiap seorang. Time ni memang gamble abes ajak dorang naik cruise sama-sama. Percutian ala-ala orang kaya walaupun tido atas lantai. Hahah. 

Trip pertama secara besar-besaran bersama Travelholicawesome ke USS. Alhamdulillah...everything went very very well despite nak carik hostel yang kene menapak beribu langkah jauhnya! Banyak benda-benda manis. Thank you all for this trip. 

Trip yang paling tak sangka aku nak buat yakni India very the Incredible!. Paling adventure, paling drama, paling best, paling menyayat hati dan semua yang ada paling paling lah! Betol-betol menguji diri mental dan fizikal. Hahah ok drama lagi. Memang takkan lupa sampai bila-bila. Thank you Janggel dan Masmz. 

Trip Travelholicawesome yang kedua menerjah Taiping, Perak demi nak makan satey Pak Ein. Kegigihan sungguh bermakna. Memang best tambah-tambah siap borak sampai pukul 4.30 pagi! Hahaha makanan yang sungguh sedap. Gelak ketawa memanjang. Thank you geng! 

Percutian yang aku anggap antara yang berdrama jugaklah. Plan since January 2012 akhirnya terlaksana walaupun Kak Coco banyak sungguh dramanya. kekek Tapi sumenye berjalan lancar menerjah Hatyai dan Krabi. 4H3M yang bestttt! 

Trip paling mega sepanjang tahun 2012. Lebih setahun plan dan 2 minggu bercuti yang amat bermakna sebabnya aku nak migrate pegi sana terus. Hahah Boley? Thank you Haz dan Yan. 

Trip Travelholicawesome yang ke-3, paling lama yakni 3h2m. Plan yang agak lama alhamdulillah tercapai jua akhirnya. First time pegi Pulau Redang weh aku ni. Memang cantek sungguh air laut kat sana. Jom kawan-kawan kita plan trip lagi! Hoyehhhhh!

Trip ke Ipoh yang tak dijangka. Terus beli tiket ETS menuju ke Ipoh bertemu Masmz, MasZuber dan Byya dalam misi mencari tempat mistik di Negara Eeypoh bak kata Neelopak. Thankkkks! Bestttt!

Trip company yang diadakan di Club Med, Cherating. First group trip aku join walaupun dah 2.5 tahun bekerja. Anti-social la katakan. Hehehe. Overall, percutian yang agak mewah dan seronok! Betol relax abes! 

Trip penutup untuk tahun 2012. Patutnya ber5 tapi akhirnya berdua. Alhamdulillah...everything also went well and we had a really great time in Jogjakarta. Tak puas! Sebab takde sunrise dan Ratu Boko! Hahaha. Tak plan untuk budget ended up overbudget terus. Boleh gitew? 

Apa resolusi tahun 2013? Jom kita travel dengan lebih kencang lagi! InsyaALLAH! Tak lupa kepada semua-semua pembaca Kaki Berangan semua! Diharap anda mengecapi impian masing-masing tak kira ape yang diingini.

Till then, wasalam...


28 comments:

Zilla said...

Happy new year, John..Moga makin jauh melangkah di tahun 2013 :)

ahsfantasy Ryu said...

Selamat tahun baharu :)
Harap kita pun dapat travel juga nanti :D

New: Contest: Top Referer Get RM100 Topup!

ceklala said...

best!! itu je mampu cakap hihi

Chawanna Na said...

Arghhh. Trip ke negara Eeypoh yg aku paling jeles skali nih! Hihihihi

muhamadakmalwahab said...

cool weih...jeles abis...terutama gi sydney itu...happy new year and happy more travels...

Anash said...

seriusly
i am happy to be part of some of your journeys year 2012
and
believe me..
you guys and gals are awesome!!!
.
.
...
.
.(kesat air mata tanda terharu).
.
.
(drama plak?)
TQ Mr President!!!!

Orga said...

memang aku kagum abis lah...yang bstnyer, semua orang dalam pic tu happy. nampak betapa seronoknya 2012, hehe...happy new year henry!

NEKCIK said...

waa..seronoknya tengok pengembaraan John..semuga terus mengembara di bumi Allah ini!!

masMZ said...

Ya Allah, terpaksa baca style retis jumpa peminat.... Dekat semua perenggan nak kena jawab sama-sama.. Hahahhahaahaaha... Autograf aku nak dak?? HEhehehe...

Naramas Aman said...

Terima kasih kat Janggel & MasMZ je?...ehem ehem kat follower tak ke?

Nak migrate ke Aus...auch..kena fikir 10x ni

Mungkin 2013 John travel sampai ke Negara Pelamin kot.

Janggel / Rain said...

Malunyaaaaaaaa

Wa terover exposed kat sini!
(Pekup muka)


Terima kasih peminat semua! #tetiberetis

Hazwan Samian said...

Happy New Year Henry! Hehehe.. Happy 2013! =)

Cik-Anne @ Arjuna said...

Happy New Year and good luck for 2013 yer John..



Fatt said...

selamat tahun baru 2013 habang HENRY FOX katanyaaaaa....sejak bila hang tukaq nama ni????? pitammmmm...

Lavender said...

Tahniah untuk 2012. and best wishes for 2013.. =))

Rozita said...

Happy new year john...Nampak semua orang gembira je dalam gambar gambar tu. Tahun ni mesti banyak jugak plan ye john. Setia menunggu entry jalan jalan john and the gang...

Biqque said...

awwwwwwwwwwwwwww... *lap2 air mata skit2 mcm princess kate*

MasZuber said...

Mr presidenttt

Yg suka berangan!!

Very Nice knowing u in person :)

Gieyana said...

bestnyer....mmg awesome..this year sure g jauh ag nih...:-)

norh said...

just love all the pics..

cantiknya dan bermakna..

semoga terus berangan dan berangan :)

jeri said...

meriahnya... travel kamu. PAtut r dinobatkan blog travel terbaik oleh tourism. hehe

Lavender said...

wish u all the best in 2013 =))

Azizan Zolkipli said...

Teruskan drama kembara samada solo atau dengan kengkawan pada 2013 ini. Pastikan drama itu diterbitkan di blog ini hehehe ...

Farikica said...

well John, what can i say....? A very colorful life u have...(aku pon rasa sngt2 colorful when reading this post)...:)
hope everything will go according to plan in 2013...Insyaallah!

rahul said...
This comment has been removed by the author.
rahul said...

I really liked the post here.
Limo Service

Ely Hasrul said...

haii kakak santek nih...


semoga 2013 membawa keberkatan buat kite sume..

trip jgn di lupa keluarga bahagia...

Ali Dhow said...

I love Musandam Dibba, it is great.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...