Friday, December 28, 2012

Jogjakarta : Never Ending Asia - Hotel 1001 Malam (Accommodation)

Assalamualaikum!!!

Sempat ke nak abes nih??? Haishhh... bertabah jela. 

Kali ni aku nak ceritakan berkenaan penginapan aku dan Janggel sewaktu di Jogjakarta pulak. Actually, aku boleh katakan memang aku tak brape nak involved sangat dalam planning. Itinerary sume Chawanna uruskan pastu aku review. Haaaa boleh gitew? Hahaha. Supir aku uruskan dengan duk kontek sana, kontek sini. Akhirnya dapat jugak. Untuk accommodation pada asalnya Chawanna uruskan sebab beliau berkata ingin duk tempat yang selesa skit. Aku dan Janggel takde pape halanganlah. Alah... Indonesia je pun. Tutup mata pun boleh. Hahaha. matilah riak melampau. 

Tetapi! Bila Chawanna tarik diri, flight AirAsia berubah jadual, maka sedikit sebanyak merombak planning asal kami. Janggel amek alih untuk carik acommodation terbaru tapi sebab agak last minute kebanyakan acommodation seperti hostel, hotel ataupun guesthouse telahpun fully booked! Waduuhhh kenapa ya kok? Memang Chawanna pada asalnya telah booked untuk kami semua 3 malam di Hotel 1001 Malam. Aku okkan aje since within my budget. Why not to try. Tapi aku dengan gatalnya nak ubah tarikh booking tu. Yelah since itinerary kami pun dah berubah. Cuakkk beb. Dah yang hotel dan hostel yang kat tempat kami nak tu yakni berhampiran Jalan Malioboro sumenye dah full house. 

Pendekkan cerita, Janggel berjaya jugak booked balik Hotel 1001 Malam ni jugak menggunakan agent website seperti http://www.hostelsclub.com/. Walaupun agak mahal skit, takpelah takdir.... 

Nape kami pilih Hotel 1001 Malam? Ayuhhh... 

1. Lokasi : Dalam memilih sesuatu tempat penginapan, kita mestila nak tempat yang strategik yakni dekat dengan tempat-tempat liburan, tempat makan, tempat shopping. Kalo pegi menginap kat tempat yang jauh dari kawasan bandar, agak leceh dan makan masa. So, di Jogjakarta, tempat penginapan yang paling strategik sekali kalo nak stay adalah yang dekat dengan Jalan Malioboro. Hotel 1001 Malam hanya mengambil masa kira-kira less than 6 minit berjalan kaki menuju ke Jalan Malioboro. Strategik tak? Kiranya kawasan Hotel 1001 Malam ni terdapat beberapa lagi hostel yang menawarkan harga berpatutan. 

Alamat: 

Sosrowijayan Wetan, Gt I/57, Yogyakarta, Indonesia ‎
No. Tel: 1-800-814648 (Bebas tol)‎

http://1001malamhotel.com/

Pintu masuk lorong


Entrance Hotel 1001 Malam. Klasik!


2. Kelengkapan atau free stuff yang ditawarkan: Bila nak booked bilik, kita kene amek kira samada hotel tu kasik tuala, breakfast, linen, free wifi, air-con ada ke tak. Bla bla bla... untuk Hotel 1001 Malam, sume benda yang aku nak sume ada! Yeayyy! 

Bila time kitaorang sampai ni, hujan memang lebat menggila abeslah! Nasib baik supir tu ada payung dalam kereta, hanya kami sampai ke reception. Memang receptionist tu menunggu ketibaan. Cuma takde karpet merah bagai je. Hahahah Dah setel check-in sume. By the way, harga untuk sebuah bilik 2 dua adalah berharga USD44/night termasuk breakfast. Actually, agak mahal. Tapi kami tak bayar time check-in tu sebab bukak wallet macam tak cukup duit. Matilahhhh.... hahaha bayar nanti nak check-out. Ada lagi 2 hari lagi nih kat Jogjakarta. Kalo duit sume abes bayar hotel, mintak sedekah kejap nanti kat tepi jalan. 

Bila dah setel bab hotel, kami jumpa balik supir tu bayar harga untuk 2 hari tour kami amek tu yang berharga 900,000 rupiah. Dah ucap bye bye, kami masuk bilik ler. Penat okehhhh! Kalo tido kejap ni memang layan dengan hujan lagi kat luar tu. 



Reception. 

Antara pencapaian Hotel 1001 Malam. 

Antara tour-tour pakej yang disediakan oleh pihak Hotel


Cicak sebagai maskot rasmi

Ruang legar: Ada free pc disediakan. 


3. Bilik : Alhamdulillah... bilik kami agak menarik. By the way, rekabentuk Hotel 1001 Malam ni mengingatkan aku tentang Tourist Rest House, Agra. Sebab design lebih kurang sama dengan garden berada di bahagian tengah bangunan. Cuma, Hotel 1001 Malam sedikit kecik skit saiznya. Maskot Hotel 1001 Malam ni adalah Cicak! Lukisan cicak memang merata kat dinding. Termasuk dinding dalam bilik! Abeslah mulut kene katup time tido kang masuk taik cicak dalam mulut! Hahaha. Dalam bilik memang basic abes, ade aircon, kipas, lampu kuning, almari rotan kecik, ada safety box, hot shower. Bersih dan kemas. Tak crowded. Katil dia memang empuk abes! Free wifi memang sampai dalam bilik. Kalo tak sampai coverage, boleh lepak luar bilik sebab ada disediakan kerusi dan meja. 




Bila dah masuk bilik tu, mandi dan solat sume, rehat2 jela sambil main internet. Kang malam nanti baru keluar ke Jalan Malioboro sebab nak makan malam sambil cuci-cuci mata. Memang plan takmo shopping lagi malam ni. Kita tunggu malam esok pulak ye. Biasalah, bila sejuk camni nak minum air panas. Janggel dengan happynya pegi buat air kopi ke tak silap aku kat luar sebab ada disediakan free flow coffee and tea. Tapi kene buat sendiri ler... Jangan malu-malu atau segan. Amek je. 



Kawasan taman di bahagian ground floor

Kawasan luar bilik

Malam tu lebih kurang lepas maghrib, kami keluar ke Jalan Malioboro untuk makan malam. Ya ALLAH! Ramai okeh orang malam tu yela, tak silap malam minggu. Ramai orang keluar untuk berlibur. Jalan kat kaki lima tu, memang penuh dengan penjual pelbagai baju-bajan, souvenirs, dan jugak kraftangan. Kami jalan sampai hujung jalan yakni Jalan Ahmad Yani. Sepanjang kaki lima tu, memang ramai orang jual pelbagai jenis t-shirts pelbagai corak. Murah-murah aje dalam lingkungan 30,000 rupiah untuk sehelai. Kualiti kain memang puas hati. Tebal! 

Sebab aku craving gila nak makan KFC, maka kami masuk shopping mall Matahari kat Jalan Malioboro tu untuk makan KFC. Lepas tu terus balik hotel. Penat dan nak main internet! Hahahaha.... 

Ok tu je yang berlaku untuk hari tu. Berakhir dengan tido lena. 

Till then, wasalam....


9 comments:

  1. HAHAHAHHA

    Hehehe gigih kan?
    Cicak comel... kalau Aqilah ada mesti dia duduk senyap je ... (teringat kisah cicak dalam bekas yg cawan tangkap dulu)

    ReplyDelete
  2. ha a laaa...
    cicak dalam cawan
    hehehee
    (apa citer cicak tuh? akhirnya idup ke mati?)
    komen tak kena mengena dengan entry Henry...
    (pesal rasa pelik nak nyebut henry?)

    ReplyDelete
  3. kretif giler hotel ni, guna cicak sbg maskot...bolehlah join kumpulan shiro raja lawak tu, "memang betul kata cicak..." :)

    ReplyDelete
  4. gonna be my referral before going there next year.tp hotel bercicak ni sure my sis tak suka.. aduii..

    ReplyDelete
  5. salam...

    boleh citer pasal tempat shopping yg menarik kat sana?

    tq!

    ReplyDelete
  6. omaiiiii geli weiii cicak cicak nihhhh hahahahaa

    ReplyDelete
  7. hehe..aku stay sini gak dulu. vespa cicak tu still ade eh.

    yg lawak..time tu nk check-in foursquare kat iphone..kuar 1001 malam = strip club. mamat manela register hotel neh jd strip club dlm foursquare tuh. LOL

    ReplyDelete
  8. Kenapa cicak jadi maskot. Tuan punya hotel ni orang Batak ke? Batak kan ke suka cicak?

    ReplyDelete