Wednesday, December 5, 2012

Jogjakarta : Never Ending Asia - Telaga Warna & Kawah Sikidang, Dieng Plateau

Assalamualaikum!!!

Lama sungguh aku tak update blog. Ni paling lama kot seingat aku la. Sorila ye, aku sangat-sangat busy dengan keje. Ni pun aku curi-curi tulang kat client's office sebab dah petangkan. Jap lagi nak balik dah. Bila takde mood tu, takyah la paksa-paksa diri untuk buat keje. Confirm duk tenung je skrin laptop tu. Bukannya dapat siap pun! Hahaha. 

Ok jom aku sambung kita aku dan Janggel di Jogjakarta : Never Ending Asia!

Lepas dah dah puas berada di kawasan Gunung Merapi, kami bergerak menuju daerah Jawa Tengah yakni kita akan menuju ke Dieng Plateu yang terletak kira-kira 3 jam perjalanan dari Kota Jogjakarta. Kalo macet, lagi lama la kot journey nanti. Yang bestnya kat Dieng Plateu sebabnya berada di tanah tinggi. So, expect sejuk macam ala-ala Cameron Highland skit. Hehehe. 

Sepanjang perjalanan, alhamdulillah tak brape nak jem. Agak tenang perjalanan kami. Sebelum itu, kami akan melalui jalan masuk ke Candi Borobudur, tapi lalu jela. Tak masuk pun sebabnya itu plan kami pada esok harinya. Duk dalam kete tu agak bosan jugakla, sesekali berborak dengan pak supir yang aku pun dah tak ingat apa namanya. Pak supir tu bawak lalu jalan shortcut, katanyalah! Sebabnya kalo lalu jalan persekutuan yakni jalan utama kebarangkalian lagi lambat sampai. Wallahualam. 


Mengikut kata pak supir tu, ni jambatan baru penah rosak akibat terkena lava panas gunung berapi. Perghh, jauh sungguh lava tu mengalir. 

Tengok signboard ni terus teringat Biqque. *tersenyum tersipu-sipu*



Ternampak budak-budak yang bawak basikal kat LCCT tempoh hari. Jauh benor dorang datang berlatih. Terus hangus muka masing-masing macam kene bakar....

Lebih kurang jam 12 tengah hari, biasalakan, perut pun dah lapar. Aku bagitau pak supir tu bawak kami makan kedai biasa-biasa je macam ummah lokal makan. First thing must be cheap! Hahah barulah sedap ke tak. Nasik lauk campur pun ok. Tak perlu berhidang bak raja-raja. Hamba rakyat marhaen je. Hahaha. Ok, pak supir tu mengerti katanya. Kami singgah di Pekan Wonosobo di sebuah Rumah Makan Selera Hj. Latifah. Amek kau Latifah dah bergelar Haji dah! So far, okla makanan dia not bad jugak. Untuk 3 orang makan hanya kene bayar 44,000 rupiah. Murah ke dok weh? 




Ni jela lauk aku amek. Pastu siram kicap atas nasik tu. Manis giler kicap dia! Ibarat siram gula melaka atas nasik woiii! Lauk-lauk lain aku tak amek sebab tak kene dengan selera aku. Tapi Janggel dan pak supir tu berselera betol makan!

Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke Dieng Plateu. Bak kata pak supir tu dah tak jauh dah kira-kira lagi 30minit lagi nak sampai. Untuk sampai kat situ, kene lalu shortcut jugak. Jalan tepi gaung uols! Kalo mati kat sini taktau la. Jalan dia kecik je, pastu takde menghadang yang kat lereng bukit tu. Keadaan jalan raya elok! Maybe sebab baru je ditar semula. Nampak masih lagi hitam pekat muka jalan raya tu. Pak supir ni bawak takdela laju mana kira agak berhemah jugaklah. Kiranya Dieng Plateu ibarat Cameron Highland di Indonesia. Sebabnya kat sini pun ada ditanam pelbagai jenis sayur-sayuran untuk pasaran tempatan. Hasil utama ialah ubi kentang! Yang korang makan whipped potato tu datang dari sini la! *tipu*

Kat sini berkabus dah. Ada nampak macam nak hujan tapi aku berharap agar tak hujan. Nanti leceh ler nak jalan-jalan. Dah la datang dari jauh kan. Satu yang aku perasan kat sini, banyak sungguh surau-surau dibina kat sini. Aku rasa setiap 1 kilometer atau kurang dari tu akan ada 1 surau. Tak besar mana pun tapi still ada kubah yang menunjukkan tu adalah surau. Lupa lak nak amek gambar. Jalan-jalan memang agak berliku, so sape-sape yang memang kaki mudah mabuk tu memang kene tahan atau telan ubat. 



Destinasi kami yang pertama kat Dieng Plateu is Telaga Warna. Haaa...ape yang best kat sini? Kaler telaga kat sini ade kaler macam air sirap ke? Tidak uols! Kat situ lepas pak supir letakkan kereta kat parking yang kene bayar 3,000 rupiah. Owh ya, sebelum terlupa sebelum masuk ke kawasan Dieng, kami kene bayar 5,000 rupiah setiap seorang untuk tiket masuk. Bila dah bukak pintu kereta tu, angin sejuk mula menerpa. Ok tapi takdelah sejuk giler. Tapi nyaman-nyaman gitew. Best! Since di Indonesia jugak ada minggu yang panjang so keadaaan kebanyakkan tempat wisata memang ramai dengan pelancong. Time kami sampai ni tidak terkecuali. Redah sahajalah labu. 

Bayaran masuk untuk Telaga Warna ialah 6,000 rupiah setiap seorang. Ape yang best kat Telaga Warna? Kalo sape-sape yang penah sampai ke Lake Tekapo, New Zealand. Haaa Telaga Warna ni lebih kurang macam tu lah sebab airnya berwarna biru turqoise. Tasiknya agak luas. Tapi yang kurang best skit, masuk je kawasan Telaga Warna tu, bau busuk datang menerpa! Ada pelancong berak bersepah ke kat sini? Tapi bukan ye kawan-kawan sekalian. Ni bau sulfur. Tasik ni terhasil dari kawah gunung berapi. Katanyalah... 

Ada mitos mengenai Telaga Warna ni, aku cilok dari Janggel punye. Hehehe. 

Katanya dulu tersebutlah al-kisahnya, katanya dulu ada seorang bangsawan yang memiliki sebentuk cincin yang bertuah. Akan tetapi, cincin tersebut telah terjatuh ke dalam tasik tersebut maka terjadiklah tasik tu berwarna-warni. Tapi kalo secara logiknya, tak mungkinlah. Semua terjadik sudah mesti mempunyai alasan yang logik dan kalo mengikut saintifiknya disebabkan oleh kandungan sulfur yang terhasil dari gunung berapi yang berdekatan. 





Kat kawasan Telaga Warna, ade beberapa buah gua yang dijadikan kuil bagi penganut agama Hindu, sebabnya terdapat beberapa buah patung Berhala milik mereka. Suasana dalam kawasan hutan situ macam dalam cerita Harry Potter skit. Kalo malam-malam mesti rasa macam seram sejuk skit. Gua yang ada ialah Gua Pengantin, Gua Semar dan Gua Sumur. Tak besar pun... kecik je.









Ni la kereta yang digunakan oleh kami. Rupanya supir kami tengah tido dalam kete dengan nyenyaknya. Aku dan Janggel siap pegi carik keliling kawasan tapi tak jumpa! Cis! Hahaha

Aku spent kira-kira sejam camtu kat situ. Nothing much to see also. Let's proceed to another destinastion. Kali ni pulak ialah Kawah Sikidang. Terletak tak jauh dah. Hari semakin petang. Kang takut hujan pulak yang turun sebab nampak awan mendung berarak ke hulu dan ke hilir. Nak masuk kawasan Kawah Sikidang pun kene bayar ye, yakni sebanyak 10,000 rupiah untuk sebijik kereta, dan 2,000 rupiah untuk parking. 

Kawah Sikidang merupakan kawah yang mengeluarkan asap dan wap panas dari perut bumi. Air kat dalam tu memang menggelegak ler jawabnya. Tapi kawasan sekeliling agak sejuk dan nyaman. Tapi skali lagi memang busuk sungguh la haih macam telur busuk tu. Keluar je dari pintu kereta, ramai peniaga duk jual topeng muka. Katanya bau busukkkkk!~ Tapi kami macam cool dan tak berniat tak beli pun sebab rasa macam boleh tahan je bau nya. Tak seteruk mana sangat pun. Nak membazir buat ape ye dak. Alah kalo beli pun bukan mahal mana pun hanya 1,000 rupiah sahaja! Hahaha. 

Kat sini ada banyak props yang boleh kita gunakan untuk bergambar. Sebagai contoh macam monyet-monyet manusia yang berkeliaran, moto scramble dan tak lupa kuda-kuda untuk amek gambar. Bukan free ye tapi berbayar! Tapi sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai banyak wang. Aku rasa tidak menjadik masalah untuk mencuba kalo nak try. Tapi aku tak try ler. Hehehe. 

Ayuh layan gambar!













Ok... aku rasa sampai di sini sahajalah kot. Nanti aku sambung lagi kalo tak busy... now nak pegi mandi! 

Another version from Janggeltrekker ---> Over Here

Till then..wasalam. 


8 comments:

  1. macam jauh jugak nak menapak dari parking pergi kawah tu yer...janggel nyer version takde gambo kuda, haha...sian kuda tu,tak pasal-pasal kena pakai topeng.

    ReplyDelete
  2. @Orga,
    actually tak jauh pun... dalam 500 meter je kot? ke kurang dari tu lagi. tiba2 rase menyesal tak pose2 naik kuda kat situ. murah je kot byrnye. hehehe kedekut punya pasal.

    ReplyDelete
  3. #untungla aku tinggalkan jejak kat sana utk korang senyum sipu2 hahahaha!

    cantik2 gambar ko, mmg bleh buat orang pi sana :) tapi lake tu cam agak scary kan? mcm cite hantu indon tu...

    ReplyDelete
  4. cantiknya tasik warna tu..adehhhh kesabaran je laaaaa.. gua pengantin tu ada org kawin ke? hahahha..esok2 ko nk kawin lari leh kawin dlm gua tu kot kan?? *wink

    ReplyDelete
  5. aaaaaaaaaa.....
    dah updet blog dlm sesibuk dgn tugas hakiki!!!
    amat tabah.

    nak lagi?
    hehe

    ReplyDelete
  6. Dieng Plateau, tempat yang masih terpelihara naturalnya..sangat best pada saya.

    sy pernah stay kat sana 2 hari 1 malam.. waktu malam dan awal pagi, serius sejuk! memang siap pakai stokin dan sweater huhuu. siang sewa motor dan pusing keliling dieng. ada jumpa local people, tapi tak faham bahasa depa, mujur ada kawan local sana yang boleh tolong translate..hehehe

    kalau ada peluang insyaAllah nak pergi sana lagi =)

    ReplyDelete
  7. Insyaallah nak juga ke sini,sebab akak belum sampai lagi.

    ReplyDelete
  8. Salam Danny,
    Gua-gua tu tentu keras kan? dengar nama saja dah seram...akak takut masuk tempat-tempat macam tu...

    ReplyDelete