Monday, December 10, 2012

Jogjakarta : Never Ending Asia - Candi Arjuna, Dieng Plateau

Assalamualaikum!!!

Tanpa lengahkan masa, ayuh aku sambung kisah aku bercuti ke Jogjakarta tempoh hari. Aku pun dah takde nak ada mood nak update blog. Akan ku cuba sekali boleh untuk update. Takmo tertunggak entry-entry aku nih. Huhuhu.... 

Untuk membaca entry yang lepas-lepas boleh refer ke older posts yang sebelumnya. Selepas dah puas meronda di kawasan Kawah Sikidang, kami ada lagi satu tempat yang tinggal untuk dilawati yakni Candi Arjuna. Terletak tidak jauh dari lokasi Kawah Sikidang ni. Time ni dah lebih kurang jam 4 petang macam tu lah lebih kurang. Orang pun makin ramai beransur pulang. Supir kami park kereta dikawasan yang dibenarkan. Jom ronda-ronda la jawabnya. Since tiket dah termasuk time nak masuk Kawah Sikidang, ok part ni aku mintak maaf sebab betol-betol dah lupa time bila beli tiket. Tapi tak mahal, jangan risau. 

Turun je kereta tu, udara memang nyaman abeslah. Sejuk je petang-petang gini untuk bersiar-siar. Orang pun tak brape ramai yang kebanyakkannya adalah orang tempatan. 

Kawasan parking kereta

View dari kawasan parking kereta. Kabus pun ada. 

Bunga Morning Glory atau Seri Pagi sangat bersepah sepanjang perjalanan. Besar-besar pulak tu

Walkway menuju ke Candi Arjuna. Kira-kira 500 meter jugak. 

Sedikit sejarah mengenai Candi Arjuna:

Kompleks Candi Arjuna merupakan salah satu kuil Hindu pada zaman dahulu yang telah wujud kira-kira seribu tahun dahulu yang masih lagi berdiri megah di Dieng Plateau. Di kawasan kompleks ini terdapat beberapa lagi candi yang lain seperti Candi Srikandi, Candi Puntadewa dan Candi Sembadra yang terletak di bahagian timur dan barat Candi Arjuna. 

Kompleks Candi ini dijumpai buat pertama kalinya oleh seorang berbangsa Inggeris iaitu Van Kinsbergen pada tahun 1814. Berbeza dengan candi-candi yang lain yang mana dijumpai tertimbus dilapisan bawah tanah, tetapi candi-candi di Tanah Tinggi Dieng ni dijumpai teremdam di dalam kawasan air. Proses pengeringan kawasan dilakukan mulai 40 tahun kemudian. Tidak siapa yang tahu akan nama sebenar untuk candi-candi di kawasan kompleks ini yang mana kemudiannya penduduk setempat memberikan nama untuk candi-candi ini berdasarkan nama-nama tokoh yang terkenal oleh penduduk tempatan. 

Keindahan kompleks ini yang dihiasi oleh pepohonan cemara dan bunga-bunga disekitarnya telah menjadikan suasana amat damai dan tenang. Dari kawasan kompleks tu akan terlihat kepulan asap putih yang muncul dari gunung berapi yang berada di kawasan sekitar Dieng Plateau. 

Megikut sejarah, Kompleks Candi Arjuna merupakan candi hindu tertua di Pulau Jawa yang dibangunkan kira-kira tahun 809 Masihi dan tempat pemujaan Dewa Siwa. Hal ini terlihat dari adanya Lingga dan Yoni di dalam candi utama, serta arca Dewi Durga, Ganesha, dan Agastya di relung-relung bangunannya. Namun arca-arca ini sekarang ditempatkan di dalam Museum Kaliasa, tidak jauh dari bangunan candi. Secara arsitektur, Candi Arjuna masih dipengaruhi oleh budaya India yang sangat kental. Bentuknya mirip dengan candi di India selatan yang disebut Wimana. Sementara itu Candi Semar kemungkinan besar mengambil bentuk mandapa, yang menjadi bagian dari candi di India, sebagai tempat untuk para peziarah dan festival.

Tidak banyak relief yang ditemukan di kompleks candi ini. Hanya ada relief yang menggambarkan ketiga Dewa Trimurti yaitu Siwa, Wisnu dan Brahma, yang semakin memperkuat bukti bahwa candi ini adalah candi Hindu. Namun anehnya, relief ini tidak dipahatkan pada candi utama. Penggambaran ketiga dewa ini terdapat pada dinding-dinding Candi Srikandi. Sementara dinding candi-candi lainnya nampak polos. Tidak ada satupun dari 12 prasasti yang ditemukan menjelaskan mengenai hal ini. Hanya ada hiasan Kala di pintu masuk candi serta relung tempat arca-arca disemayamkan. 










Time tengah duk ronda-ronda kawasan sekitar yang tak brape nak besar tu, ada pulak maskot Teletubbies yang ramai orang duk bergilir-gilir untuk amek gambar. Hehehe. first time ni jumpa live! hahah mula-mula malu gak nak tanya. Tapi sebab gigil-gigil nak amek gambar jugak, kami tanya kat orang yang jaga tu. Brape bayaran yang dikenakan untuk amek gambar bersama Teletubbies. Bayarannya hanya 5,000 rupiah untuk 2 kali klik. Hurm... murahla kot. Kesian gak dalam maskot tu mesti panas duk dalam kostum tuh kan. So, kami amek untuk 4 shots. Hehehe. 



Untuk membuktikan kawasan Dieng Plateau ni memang sejuk... korang tengok gambar kat bawah ni. Taknak kalah beb! Hahaha... kalah aku yang pakai t-shirts bodo je nih. 

Jaket berbulu bagai haaaaa... ko mampoo?? Hahaha 

Bila dah abes ronda-ronda, jomlah kita balik kan... badan pun dah penat. Kat kawasan parking tu terdapat surau disediakan. So, kami solat dulu jama' dan qasar siap-siap. Jauh perjalanan kami ni nak menuju ke kawasan Borobudur. Destinasi kami yang terakhir untuk bermalam kat situ. 

Surau


Jom balikkkk!!!! Sepanjang perjalanan hujan turun renyai-renyai plus kabus pun agak tebal. 


Malam tu kami singgah makan bakso di kawasan Candi Borobudur sebelum check-in di Rumah Boedi, Borobudur. Aku sambung di entry seterusnya. 

Till then...wasalam. 


10 comments:

  1. Salam Danny,
    Akakpun baru balik dari Jogjakarta dua hari lepas. Tapi akak pergi ke Candi Prambanan dan Borobudur je..

    Oh bunga tu Danny panggil Seri Pagi/ Morning Glory? Akak panggil bunga kecubung. Akakpun banyak ambil gambar bunga ni masa di Bandung. Morning Glory tu akak rasa pokok bunga yang tumbuh menjalar tu.

    ReplyDelete
  2. chantek la tempat dia

    sebab dekat ngan kawah sikidang (which dah masuk list :-))
    InsyaAllah akan kesini jugak.

    tak sabar nak baca pasal borobudur lak

    ReplyDelete
  3. Ko tak tanya ke teletubbies tu jantan ke betina? kekekeke!

    Kalu dpn mata aku.. harus aku sekeh pale dia :P

    ReplyDelete
  4. bleh tahan gak candi ni, aku tak pegi walaupun dah dua kali pi jogja. tx for the entry, tak perlu aku pegi lagi hahaha!

    ReplyDelete
  5. Cantik tempat nih, tak sia2 aku suh pegi hahaha..weh gambar pn cantik.. jaket berbulu tu tak leh blah hahahaha

    ReplyDelete
  6. @Naramas Aman,
    laaa yeke akak baru balik. patut ler senyap je. eheh larik dari musim sejuk kt beijing. tula... byk bunga morning glory tu kecut2.



    @Dzuchan,
    agak cantik plus udara nyaman. best2. tggu~ heheh



    @Dekdaa,
    hahaha teletubbies tu jantan! hahaha



    @Biqque,
    giteww....#untungla ade sedara kat situ.



    @Chawanna,
    hahahah kannn jaket berbulu tu sgt takleh blah. ade gak yg pakai glove. pengsan~

    ReplyDelete
  7. sejuk sangat ke sampai kena pakai jacket bulu?kena beli satu nih, kalu tak, tak boleh singgah sini, hehe...

    ReplyDelete
  8. akak tak de jaket berbulu di tengkuk
    so
    tak sampai le akak di sini ...
    huhuh

    ReplyDelete
  9. Sahabat, bunga itu bukannya bunga Seri pagi....bunga itu bunga kecubung (Angel's trumpet). Deme panggil bunga trumpet.

    ReplyDelete
  10. Hai, saye Adhi, dari Jogja. Ceritenye menarik sangat. Bile next time cuti ke Jogja, sile kontak saye, saye siap bantu bawa melancong.
    Candi Ratu boko tak kalah elok, atau pantai kat wonosari (1,5 jam dari kota jogja).

    Nanti saye yang drive naik kerete.

    saye pun dah 2x ke KL, dan rencane tahun ni nak ke KL lagi.

    oke friend, salam backpacker.
    adhi.pradana.ar@gmail.com

    ReplyDelete