Saturday, December 29, 2012

Jogjakarta : Never Ending Asia - Jalan Malioboro, Kraton & Taman Sari

Assalamualaikum!!! 

Tanpa buang masa, aku sambung terus. Maybe entry ni banyak gambar dari perkataan sebab aku takde mood nak bercerita lanjut. Giteww... Hahaha. Hari ke-4 di Jogjakarta. Aku bangun memang lambat tak silap al-maklumlah tido lena. Tapi order breakfast sampai ke bilik pastu makan kat balkoni sambil menghirup udara segar. Pastu sambung duk golek-golek atas katil sambil layan cerita. Hahaha. 

Kami keluar untuk berjalan-jalan dah lewat time tu lebih kurang lepas Zohor. Amek kau... pergunakan masa di hotel sebaik-baiknya sebab bayar mahal dan cantek kan. Hari mendung tapi panas udaranya. Jalan-jalan di sekitar Jalan Malioboro. Kat sini shopping paling heaven! Ingat tu ye sume... Jalan Malioboro adalah tempatnya. Tapi kebanyakkan barang-barang yang dijual tidak menarik minat aku. Nasib baikkkkkk ler... Hehehe. Paling aku berkenan ialah t-shirts!!!!







Kami berjalan dulu sampai hujung ke Jalan Ahmad Yani sebab dah dekat menuju ke Kraton. Ape yang best kat Kraton ni? Kiranya Istana untuk Raja di sana. Tapi sekarang macam sudah tidak digunakan lagi. Untuk lebih info sila refer sini ----> Info Kraton .








Entrance fee untuk masuk ke Kraton ni adalah sebanyak 8,000 rupiah seorang. My personal opinion: Kraton biasa-biasa je. Bosan dan tak masuk pun takpe. Kawasan pun tak besar mana, plus takde pun macam signboard yang menceritakan description sesuatu kawasan. Maybe that's why ada tour guide untuk korang amek kalo nak tau lebih lanjut. Kawasan bangunan atau sekitar macam tidak dijaga rapi. Plus siap berdebu dan ada sarang labah-labah lagi okeh. Maybe ada mistik yang tersebut kalo orang kata. Tapi aku tak berminat unless benda tu menarik minat aku. 

Lepas dah keluar tu, kami spend rasanya tak sampai 30 minit kat dalam tu. Lepak kat luar kawasan untuk minum air kelapa. Panas weh! Kemudian bergerak menuju ke Taman Sari. Dalam 1 km macam tu dari Kraton. Kami amek beca jela since malas nak jalan kaki sendiri. Tambang dalam 15,000 rupiah. Okla tu kan. Tapi kesian jugaklah yela, bawak 2 ekor anak gajah ni. Kesian pakcik tu. Huhuh. 


Dah sampai kat depan pintu masuk Taman Sari. Nak tau ape ada kat Taman Sari ni? Baca sini ----> Info Taman Sari

Ramai haiiii orang dalam tu. Amek sume angle best-best ada orang. Bertabah jela... 






Lepas tu balik semula ke Hotel 1001 Malam untuk berehat. Giler banyak rehat! Hahaha... malas weh nak jalan-jalan ni. Penat pastu duit macam nak abes. Malam ni nak keluar lagi untuk beli souvenir and t-shirts untuk bawak balik. Malam ni gigih duk tulis poskad untuk kawan-kawan tersayang. 


Esoknya kami check-in pukul 12 tengahari untuk balik ke Kuala Lumpur. Kami guna servis yang disediakan oleh pihak hotel untuk hantarkan kami ke airport dengan harga 70,000 rupiah untuk 1 trip ke airport. Okla tu kan murah. Perjalanan amek masa dalam 30 minit jugak. Senang dah check-in bagai sume. Flight kami pukul 2petang nanti. 

Maka tamatlah cerita trip aku ke Jogjakarta, Indonesia. Trip penutup untuk tahun 2012. Semoga kita berjumpa lagi di trip yang akan datang di tahun 2013. InsyaALLAH.

Till then.. wasalam. 

9 comments:

  1. poskad untuk kawan-kawan tersayang...
    that's akak like!!!!
    hahahah
    hehehe

    ReplyDelete
  2. Akak lalu saja kat Jln Malioboro ni. Akak pun nampak arca pokok/kaki+akar tu tapi tak sempat ambil gambar. Orang kata Kraton tu best, tapi akak tak sempat pergi sebab tak ada masa. Tapi Danny kata bosan. Jadi kiranya akak tak rugilah kalau tak pergi ya?

    ReplyDelete
  3. sama macam aku jugak, kalau dah last day, taktau nape, malas jer nak keluar jejalan,banyak abis masa guling-guling atas katil, hehe...

    ReplyDelete
  4. Don't know why people still use manual hotel management software!
    Why not use a software like-
    www.hotelmanagementtutorial.com/

    ReplyDelete
  5. Jangan lupa mampir ke Mount merpai & Kaliurang gan ... keren + ngeri, desa bisa kyak terkubur debu gtu.

    ReplyDelete
  6. silakan kalau anda minat datang ke jogja, hubungi/call saya
    nomer : 081399198868,
    email : erryhirawan@gmail.com

    from : ery, YOGYAKARTA..
    salam sukses semua..

    ReplyDelete