Showing posts with label Russia - St. Petersburg. Show all posts
Showing posts with label Russia - St. Petersburg. Show all posts

Thursday, July 30, 2015

Finland & Russia - Total Expenses!


Okeh! Akhirnya cerita winter trip aku dah berakhir dengan jayanya.  Maaf kalau terlambat update, ataupun cerita aku sememangnya membosankan sebab mood nak menaip panjang-panjang agak kelaut sejak 3-4 bulan ni. Rasa momentum dah takde untuk semua ni. Tapi benda dah ade, takkan nak buat sekerat jalankan. Tak elok. 

Anyway, ni adalah kira 2nd leg untuk winter trip aku. Untuk total expenses yang cover "Arctic Circle" boleh la refer ---> SINI untuk panduan. Tu kira expenses aku la, maybe lain orang lain caranya. 

Ayuhhh aku sambung tanpa buang masa!

FINLAND
Transportation

  • Bus to Tornio (border Sweden-Finland) :  EUR42/way
  • Bus to Rovaniemi from Tornio : EUR22.90/way
  • Bus to Santa Claus Village : EUR7.20/return
  • Bus to Rovaniemi Airport :  EUR3.60/way
  • Bus to Helsinki City : EUR5/way
  • Tram fare : EUR2.20/way
  • Flight Norwegian Air (Rovaniemi - Helsinki) : EUR71/way
Sub-total transportation costs : EUR153.90

Accommodation

  • Rovaniemi - Borealis Guesthouse : EUR130 for 2 nights
  • Helsinki - Errottajanpuisto Hostel : EUR28/night
Sub-total accommodation costs : EUR158

Meals

  • Rovaniemi : EUR17.50
  • Helsinki : EUR19
Total meal costs : EUR36.50

Activities and miscellaneous

  • Laundry : EUR5
  • Reindeer ride at Santa Village : EUR17
  • Souvenirs : EUR10
Total activities and miscellaneous : EUR32

GRAND TOTAL : EUR380.40 


******************************************
RUSSIA
General

  • Visa application : GBP30/single entry
  • Visa service fee : GBP32.40
  • Visa delivery charge : GBP9.90
  • Russia travel invitation : GBP12
  • Russia visa registration : RUB300 / GBP4
Total general costs : GBP88

Transportation

  • Train (Helsinki - St. Petersburg) : EUR39/way
  • Train Sapsan (St.Petersburg - Moscow) : RUB3,370/way 2nd class
  • St. Petersburg (Metro) : RUB233
  • Moscow (Metro) : RUB460
  • Airport express to Moscow Airport : RUB400/way
Total transportation costs :  EUR39 + RUB4,463

Accommodation

  • St. Petersburg - Life Hostels : RUB1,152 for 2 nights
  • Moscow - Da Hostels : RUB2,385 for 3 nights
Total accommodation costs : RUB3,537

Meals

  • St.Petersburg :  RUB1,804
  • Moscow : RUB2,314
Total meal costs : RUB4,118

Miscellaneous

  • Souvenirs (Moscow and St.Petersburg) : RUB1,950
  • Hermitage Photo Ticket : RUB200

Total miscellaneous costs : RUB2,150

GRAND TOTAL : RUB14,268 + GBP88 + EUR39
Untuk semua entries berkaitan dengan Finland dan Russia, boleh rujuk links dibawah ye....

*******************************************
Okeh. Aku try buat ulasan setakat yang aku mampu untuk korang lebih faham. Maybe a few things might be misleading sebab dah lama kan trip ni dan aku pun dah ingat-ingat lupa. Untuk Finland dan Russia ni takde banyak sangat belanja sebab nothing much pun aku buat kat 2 negara ni except for sightseeing je.

Untuk transportation - Untuk Finland, memang aku admit memang agak mahal untuk bergerak dari satu point ke point yang lain. Tiket bas tu memang harga standard dan takde beza pun kalau beli awal ataupun beli direct daripada driver bus. Cuma, untuk flight dari Rovaniemi ke Helsinki, aku advice beli awal untuk dapat harga lagi murah. 

Manakala untuk Russia, aku rasa agak murah dan takde banyak beza dengan currency Ringgit sejak Rubles ni tengah jatuh. Untuk metro samada di St. Petersburg ataupun Moscow adalah sama setiap journey adalah RUB28/trip. Regardless pegi stesen mana pun. Beli kad macam Touch & Go untuk smooth journey dan topup je credit. Macam di Moscow, kad dia bernama "Troika" dan di St.Petersburg bernama "Podorozhnik". Boleh baca lebih lanjut --> SINI . Untuk mereka yang nak try naik Sapsan, better beli thru online untuk kefahaman yang lebih. Boleh refer entry --> SINI 

Untuk accommodation - Untuk Finland jugak aku rasa sangat mahal berbanding Sweden. Yela, nama pun negara Scandi yang terkenal dengan highest cost of living. Kalau nak murah, boleh la try bercouchsurfing tapi agak susahla kalau kita sekadar untuk tido. It's unfair bagi pihak host untuk kasik kita tido tanpa ade timbal balik. So, baik duk hostel. Unless u have a few days to spend within the city/country. 

Untuk Russia, memang aku rasa agak murah. Kene pandai carik bersesuaian dengan lokasi dan tempat-tempat menarik agar dapat jimat dari banyak segi. Boleh refer --> SINI untuk entry berkaitan accommodation aku ketika winter trip ni. 

Untuk makan - Kat Finland aku ade masak dan sekali je makan luar sebab nak merasa Finnish foods ketika di Helsinki. Yang lain tu aku beli bahan mentah yang biasa seperti telur, tuna dan sedikit buah untuk dimasak di guesthouse. Nak jimat punya pasalkan. 

Manakala di Russia, memang aku banyak kali makan luar sebab agak murahlah berbanding di Finland. Harga lebih kurang sama macam kat UK gak. Makan berat hanya sekali sehari je. Yang lain-lain tu kira macam light meals jugak. 

Ok dah tu je... Nanti pape nak tau boleh la emel. InsyaALLAH aku cuba jawab. 

Till then. 

Bye! 

Friday, April 24, 2015

#18 | Snow Shower in St. Petersburg

Last day in St. Petersburg! Nothing much to do pun actually. Cuma aku plan nak keluar jejalan pegi kat area tepi Hermitage and tengok jambatan kat situ. Arini super extra sejuk! 

Dan rupanya pagi tu snow! Tercapai jugak hasrat aku nak jumpa snow kat Rusia ni. Ingatkan hujan je kan. Rupanya sejuk 1-2 hari lepas tanda nak snow turun ler.. Owh ya, jadual train aku menuju ke Moscow pada jam 2 petang. So, aku ada la masa skit untuk ronda-ronda sebelum check-out dan berjalan menuju ke train station. 

Untuk menuju ke sana aku naik trolleybus je. Fungsinya sama macam bas cuma guna tenaga elektrik. Saiz dia macam mini bus je. Boleh bayar kat konduktor bas ataupun touch card kat mesin. Tambang? RUB28/journey. Murahkan? 30 pence je uols! Trolleybus stops are marked with signs with blue letter "T", so senang la nak detect nanti. Contoh gambar trolleybus ni boleh refer ---> SINI 

taburan snow pagi tu, macam gula icing atas kek!
jinak-jinak merpati, tak sejuk ke wahai burung oiiii~
untouch area
biarkan ianya disitu...
kalau nak panaskan badan, boleh pekena kopi panas kat warung kecik ni. coffee on the go katanya!

Aku lintas drawbridge ni, kalau bagi sesiapa yang rajin boleh la tunggu waktu tengah malam sebab nanti dia akan angkat jambatan ni untuk kasik laluan untuk kapal lalu bawah tu. Info ni aku dapat dari blog Rara, Aku banyak amek info dari pengalaman dia di Russia. Boleh refer ---> Rara: Lalaland untuk gambar dan info berkaitan drawbridge. 

Daannnn aku? Lupa laaaa nak tengok sendiri kat mana titik putus jambatan tersebut. Sejuk wey! Tak tau nak pikir ape ntah, cuma dalam kepala otak ni nak jalan cepat-cepat, snap gambar dan ciao! Walaupun aku rasa dah berlapis baju aku pakai. Takde rasa panas pun, makin sejuk adalah..

sepasang couple sedang amek angin winter
salji yang jatuh tidak dibiarkan lama kat atas lantai, terus datang sapu untuk elakkan menjadi ais, nanti licin tergolek dog nanti
kanak-kanak di Rusia, berbungkus haiii~ 
comel~
kereta kuda cinderalla
salji tengah turun time ni.. lebat! 
salah sebuah arca yang ada di The Rostral Columns
di bahagian lain mengadap The Hermitage
The Rostral Columns
Memang tak lama aku lepak, terus blah dari situ sebab tak tahan dah. 

Tapi sebelum tu, sempat lagi singgah ke Nevsky Prospect amek gambar-gambar terakhir. 

Overall, aku suka datang St. Petersburg sebab lively. Kalau mereka yang minat muzium, kat sini memang banyak giler muzium yang boleh korang terjah Muzium coklat pun ada okay! Aku suka sini sebab lain skit berbanding yang aku selalu tengok kat Europe. Yela, orang kat europe kan jenis balik keje pukul 5 petang, kedai pun tutup awal. Sendu je memalam. Tapi kat sini memang happening. Tengah malam pun masih lagi meriah. Tinggal nak setup kedaoi mamak je. Tapi takpe, kat sini bersepah cafe-cafe yang bukak sampai lewat malam. Pastry dia pun mengancam wey! 







Arghhh! What a closure hari aku di St. Petersburg bila snow turun agak lebat. Aku kan suka snow! Hahaha...

Let's go to Moscow!

Till then...

Bye!

Thursday, April 23, 2015

#17 | Night Views in St. Petersburg

Lepas aku abes masuk Hermitage dalam entry sebelumnya, apa aku buat? Balik ke hostel ler. Tak tahan sejuk woiii! 2-3 hari ni memang windy, sejuk dan asyik hujan je. Takleh nak buat apa la kan. Datang pun time winter. Takkan nak expect terang-benderang pulakkan. Redah jela. Balik tu sempat la aku tido petang! 

Haaaaa... korang penah buat tak, balik hostel semata-mata nak tido petang? Sebabnya aku macam malas nak keluar, kalau berkuntum dalam duvet kasik warm skit memang syiok weh time sejuk-sejuk gini. Tapi bila dah malam skit, aku keluar balik sebab this time aku keluar malam bawak sekali dengan tripod. Konon-konon nak shoot proper la skit untuk night view untuk elak gegaran tangan dek parkinson. Ahaks. 

Aku masih lagi berkeliaran kat area Nevsky Prospect ni. Tak de pegi jauh-jauh pun sebab aku malas. Kang nak patah balik semula ke hostel, jenuh lak. Lagi satu, memang aku suka skit suasana kat sini sebab macam happening dan terasa macam kat bukit bintang pun ada. Walhallll~ bukit bintang pun boleh kira dengan jari brape kali jejak seumur hidup ni. 

Yaaanggg penting, sebelum aku amek gambar. Aku nak pekena ais-krim! Baskin Robbins yeee.  kat UK takde tak silap aku. Dan lama betul aku teringin nak makan baskin robbins ni. Jadik bila nampak kat sini ada cawangan dia. Teruslah aku masuk carik flavour favourite aku yakni "pralines and creams" yummeh! 

junior scoop berharga RUB90
Entry kali ni tak brape nak panjang pun. Layan gambar jela eh... 

salah sebuah canal yang ada
view salah sebuah jalan kecik
suasana biasa, tak kira tua atau muda masing-masing dengan gaya tersendiri
menuju ke Church of The Savior
di kawasan pintu masuk utama Church of the Savior, lepas tu hujan! 

dah gelap, datang sini lagi! 
non-edited version #1
non-edited version #2
non-edited version #3
non-edited version #4
non-edited version #5
tak silap aku ni sebuah muzium
suasana yang sibuk di Nevsky Prospect
suasana yang sibuk di Nevsky Prospect
suasana yang sibuk di Nevsky Prospect
Takde lama mana pun lepak kat luar, sebab sejuk dan hujan. Balik semula aku naik bas jela. 

dalam bas. ce teka tu rambut orang ataupun topi? ahaks. 
dinner di kedai makan semalam
this time, seafood pizza! 
I shall call it a night. Esok last day kat St. Petersburg, sebelum aku bergerak dengan high-speed train ke Moscow. 

Till then...

Bye!

Monday, April 20, 2015

#16 | The Hermitage Museum, St. Petersburg

Hari ke-2 di St. Petersburg dan arini cuaca masih lagi sendu dan sejuk. Plan aku arini kiranya highlight yang wajib kalau datang ke St. Petersburg ni yakni melawat The Hermitage Museum also known as The Winter Palace. Muzium ni merupakan antara muzium yang terbesar dan tertua sekali di dunia. 

I would say this place is huge! I mean really huge! 


Muzium ni menghimpunkan koleksi lukisan yang terbesar sekali yang mana lebih daripada 3 juta bahan pameran yang merangkumi koleksi beberapa buah negara, abad dan budaya. Kompleks bangunan bersejarah ni merangkumi 6 bahagian utama iaitu Winter Palace, Small Hermitage, Old Hermitage, New Hermitage, Hermitage Theatre and Palace of Embarkment. 

Info penting:
  • Visiting hours: 10:30 am - 6:00 pm, Wednesday : 10:30 am - 9:00 pm
  • Entry ticket: RUB600 & RUB400
  • Free admission: Students, School children, and other categories of visitors
  • Free admission on 1st Thursday of every month
  • Closed on Monday and 1 & 9 May
the main entrance
Muzium bukak jam 10:30 pagi, so takdelah aku rush keluar dari hostel pagi tu. Buat chill-chill jela. Sempat breakfast kat hostel sekadar apa yang ada. Hari ni masih lagi hujan renyai-renyai. Sejuk tu toksah cakaplah. Memang berlapis-lapis aku pakai baju sebagai persediaan kalau angin bertiup tu boleh la tahan. Bab angin bertiup muka mulusku ini yang tak tahan tu. Abes rasa numb segala mulut, hidung dan telinga. Mau kene berbungkus kasik hilang numb tuh. 

Dari hostel aku di Nevsky Prospect menuju ke Hermitage tak jauh pun. Kalau gigih nak menapak ada la makan masa kira-kira 20-30 minit camtu. Walaupun jalannya hanyalah straight je. Tapi aku pilih naik bas jela. Sebab cepat dan takdelah aku kesejukkan nanti. Bayar pun takdelah mahal. Sama macam naik metro jugak, tambangnya RUB28/trip. 

kalau jalan kaki dari kotak kecil menuju ke kotak besar terletaknya The Hermitage
Mungkin waktu aku pegi tu musim sejuk, jadik para tourists semua tak brape ramai yang datang kat sini. Ataupun jugak, aku sampai terlalu awal. Bagus gak datang awal pagi takdelah ramai sangat orangkan. 

By the way, aku masuk free je sebab masih lagi studentkan. Cuma tunjukkan kad pelajar and I'm good to go. Tak kisah jika anda pelajar di mana-mana sahaja. Make sure bawak student card tu okeh. Dah jimat duit kat situ. Cumanya kene bayar sedikit dalam RUB200 untuk permit amek gambar dalam tu. Okla takde masalah. 

main entrance
main square
pelancong
bendera Rusia berkibar megah
kawasan dalam Winter Palace
foyer sebelum masuk ke grand staircase
the cloak room
Korang boleh simpan beg dan jaket-jaket tebal kat cloak room ni. Memang banyak okeh cloak room dia. Sesuailah dengan ratusan pengunjung setiap hari. Aku simpan semua kasik ringan skit badan ni, cuma bawak kamera jela.

Nama lain bagi Hermitage ni adalah Winter Palace yang mana penah menjadi kediaman rasmi bagi Russian Tsars for more than 200 years. Kalau dah namanya winter palace, banyak masa yang digunakan oleh pemerintah ketika musim sejuk. Bangunan yang paling besar sekali adalah Winter Palace yang menempatkan koleksi kebudayaan Russian, European and French arts dan banyakkk lagi.  Aku bukanlah penggemar sangat art-art ni, so payah skit nak hadam. 

Bila mana dah masuk ke dalam winter palace ni sememangnya akan terpegun dengan interior dia yang aku rasa super duper cantik dan mewah untuk era itu. Sangat Grand okeh! Tengok staircase dia pun boleh rasa macam alam fantasi menghadiri majlis tari-menari. Haaaa boleh! hahaha. 

Ayuh! Layan gambar jela okeh. 




















 Aku rasa adalah dalam 3 jam aku kat dalam tu. Tapi bagi mereka yang suka sejarah dan art ni, memang rasanya satu hari takkan cukup kot. Maybe akan spend satu hari suntuk kat dalam tu. Memang besar tempat ni.

Aku lepas keluar tu, pegi amek gambar yang berkostum bangsawan. Kene la bayar skit RUB200 sekali amek. Okla kenangan. Lepas tu jejalan pegi carik souvenirs skit. Range souvenirs dalam lingkungan RUB100 untuk 3 bijik. Tu yang normal punyalah takde fancy mancy mana pun.


 Haaaa... lepas tu pegi mana?

Balik hostel la sejukkkkkk dan laparrr weh. Pekena megi dan mushroom soup panas-panas. Sedap dan nikmat! 

Till then...

Bye!