Friday, April 24, 2015

#18 | Snow Shower in St. Petersburg

Last day in St. Petersburg! Nothing much to do pun actually. Cuma aku plan nak keluar jejalan pegi kat area tepi Hermitage and tengok jambatan kat situ. Arini super extra sejuk! 

Dan rupanya pagi tu snow! Tercapai jugak hasrat aku nak jumpa snow kat Rusia ni. Ingatkan hujan je kan. Rupanya sejuk 1-2 hari lepas tanda nak snow turun ler.. Owh ya, jadual train aku menuju ke Moscow pada jam 2 petang. So, aku ada la masa skit untuk ronda-ronda sebelum check-out dan berjalan menuju ke train station. 

Untuk menuju ke sana aku naik trolleybus je. Fungsinya sama macam bas cuma guna tenaga elektrik. Saiz dia macam mini bus je. Boleh bayar kat konduktor bas ataupun touch card kat mesin. Tambang? RUB28/journey. Murahkan? 30 pence je uols! Trolleybus stops are marked with signs with blue letter "T", so senang la nak detect nanti. Contoh gambar trolleybus ni boleh refer ---> SINI 

taburan snow pagi tu, macam gula icing atas kek!
jinak-jinak merpati, tak sejuk ke wahai burung oiiii~
untouch area
biarkan ianya disitu...
kalau nak panaskan badan, boleh pekena kopi panas kat warung kecik ni. coffee on the go katanya!

Aku lintas drawbridge ni, kalau bagi sesiapa yang rajin boleh la tunggu waktu tengah malam sebab nanti dia akan angkat jambatan ni untuk kasik laluan untuk kapal lalu bawah tu. Info ni aku dapat dari blog Rara, Aku banyak amek info dari pengalaman dia di Russia. Boleh refer ---> Rara: Lalaland untuk gambar dan info berkaitan drawbridge. 

Daannnn aku? Lupa laaaa nak tengok sendiri kat mana titik putus jambatan tersebut. Sejuk wey! Tak tau nak pikir ape ntah, cuma dalam kepala otak ni nak jalan cepat-cepat, snap gambar dan ciao! Walaupun aku rasa dah berlapis baju aku pakai. Takde rasa panas pun, makin sejuk adalah..

sepasang couple sedang amek angin winter
salji yang jatuh tidak dibiarkan lama kat atas lantai, terus datang sapu untuk elakkan menjadi ais, nanti licin tergolek dog nanti
kanak-kanak di Rusia, berbungkus haiii~ 
comel~
kereta kuda cinderalla
salji tengah turun time ni.. lebat! 
salah sebuah arca yang ada di The Rostral Columns
di bahagian lain mengadap The Hermitage
The Rostral Columns
Memang tak lama aku lepak, terus blah dari situ sebab tak tahan dah. 

Tapi sebelum tu, sempat lagi singgah ke Nevsky Prospect amek gambar-gambar terakhir. 

Overall, aku suka datang St. Petersburg sebab lively. Kalau mereka yang minat muzium, kat sini memang banyak giler muzium yang boleh korang terjah Muzium coklat pun ada okay! Aku suka sini sebab lain skit berbanding yang aku selalu tengok kat Europe. Yela, orang kat europe kan jenis balik keje pukul 5 petang, kedai pun tutup awal. Sendu je memalam. Tapi kat sini memang happening. Tengah malam pun masih lagi meriah. Tinggal nak setup kedaoi mamak je. Tapi takpe, kat sini bersepah cafe-cafe yang bukak sampai lewat malam. Pastry dia pun mengancam wey! 







Arghhh! What a closure hari aku di St. Petersburg bila snow turun agak lebat. Aku kan suka snow! Hahaha...

Let's go to Moscow!

Till then...

Bye!

9 comments:

  1. beruntungnya dan sangat bertuah muda-muda dah menjelajah banyak tempat kat dunia nie ;)

    ReplyDelete
  2. John ....

    Arrgghhhh memang teringin sangat nak ke sini hahahahahhaa ....

    Insya Allah ... one fine day gitu ...

    (Dan nak rasa pastry dia jugak !!! Hahahaha)

    ReplyDelete
  3. Haihhh rasa nak pegi Russia lagi sekali bila baca all ur entries ni.

    Anyway, sharing is caring kan uols! I pon banyak amik info dari blog u hehe..

    ReplyDelete
  4. Aaaaaah tidak! Gloomy je kan. Sejuk mesti kaw kaw punya.

    ReplyDelete
  5. Haishhh bila tah dapat main snow hahaha

    ReplyDelete
  6. Aiseh.. banyak tertinggal ni. Akan ambik masa untuk baca semua. Awesome John. Memang awesome

    ReplyDelete
  7. Snow suka kat ko! So kira macam mutual relationship gitu.

    ReplyDelete
  8. Assalam john,
    he3
    sonok dapat ghaser pegang snow yer :)
    seriously huntung badan uols memuda jalan merata :)

    ReplyDelete