Thursday, April 16, 2015

#14 | Menuju ke St. Petersburg, Rusia

Dah masuk musim bunga tapi cerita winter trip aku ni masih belum abes. Haaa camne tu? Aku harap satu hari nanti ada teknologi yang mana blog ni boleh menaip sendiri mengikut apa yang aku inginkan dalam kepala otak. Tinggal mata aku je nak baca dan review balik yang mana patut. Best kan? 

Bestnyaaaaaa bestnyaaaa bestnyaaaaaaa! *memetik kata-kata yang aku selalu terima* 

Ada kalanya bosaaannnnyaaaaaa bosannyaaaaaa boosaaaaannnyyyyyaaaa tau tak? 

Anyway, bersambung dari entry sebelum ni. Rujuk ---> SINI 

Train aku dari Helsinki menuju ke St. Petersburg adalah seawal jam 6 pagi. So, nak tak nak kene la bersiap seawal mungkin dan menuju ke train station. Tunggu tak brape nak lama tibalah train Allegro yang aku dah booked awal-awal sebelum berangkat menuju ke St. Petersburg yang mana masa perjalanan untuk sampai adalah lebih kurang 4 jam lebih camtu. 

Untuk info berkaitan dengan transportation bolehlah rujuk entry sebelum ini ---> Transportation 



Kira awal pagi punya perjalanan, tapi mata ni takdelah nak tido sangat pun sebabnya dalam coach tu terang-benderang dengan lampu. Tengok view luar jela... Masa aku kat Helsinki ni, memang takde snow langsung! Yela, suhu time tu pun takdelah nak cecah sub-zero, air hujan adelah. Tapi makin lama train meninggalkan ibu negara Finland ni, makin lain suasananya. Makin lama makin putih suasana. Mood happykan tengok salji. 

Perjalanan dari Helsinki menuju ke St. Petersburg akan berhenti di beberapa stesen utama sebelum sampai ke destinasi. Buku jadual perjalanan memang ada kat setiap seat, try la baca yang mana faham dalam english tu. Yang tak faham, buat-buat faham jela dengan tengok gambarajah yang tertera. Ahaks. 


hentian di sepanjang perjalanan antara Helsinki ke St. Petersburg
kotak merah yang tandakan tu adalah train aku, dijangka tiba di St. Petersburg pada jam 10:48 pagi waktu tempatan
seperti biasa kene isi borang ketibaan dan pelepasan yang diberikan oleh pegawai yang bertugas
suasana menuju ke St. Petersburg
Dalam perjalanan tu, aku macam terpikir gaklah bila dah sampai boarder nanti. 

Antara yang bermain di benak fikiran aku adalah, adakah aku perlu turun dari train pegi ke kaunter imigresen? Adakah perlu angkut beg skali? bla bla bla. Tapi semua tu tak perlu pun. Sebabnya akan ada dua kali pegawai imigresen yang akan naik ke setiap coach untuk membuat pemeriksaan. 

Yang pertama tentulah imigresen negara Finland. Just hulur je passport, nanti dia akan cop tang tang tu gak! Dia akan bawak scanner dia skali okeh. Jangan memain. Tapi bukanlah besar macam kat kaunter tu. Ala-ala macam konduktor bas slalu guna tu. Senang. Zap zap zap siap! 

Yang kedua bila dah masuk boarder Rusia. Pegawai rusia pulak masuk. Time ni agak cuaklah yela, first time ni masuk negara yang menjadi musuh kepada Amerika Syarikat. Kot-kot la kene tahan, terus kene balik Malaysia. Rugiiii wooo visa aku buat mahal-mahal. Tapi Alhamdulillah, everything went well. Takde kene tanya pape pun. 

Owh ya, in between tu ada money changer ye datang ke setiap coach. Dan time ni aku ada membuat satu tindakan yang agak bodoh la untuk diri aku yang selalu travel ni. Next time takleh buat dah. Aku takde duit Russia yakni matawang Rubles. Yang ada hanyalah saki baki duit Euro dan USD saje. So, aku nak tukarlah semua Euro dan sedikit USD  untuk bekalan bila sampai nanti. Tak perasan pulak bila nak tukar ke Rubles tu, yang Euro tu Ok takde masalah terus ke Rubles. Cuma yang USD tu dia akan tukar ke Euro dan dari Euro barulah ke Rubles. Takke aku rugi kat situ? 

Pffft! Faham ke korang sume? Fahamkan... kata selalu travelkan. ;)


Akhirnya lebih kurang 4 jam lebih dalam train, akhirnya aku sampai jugak ke Russia. Jauhhh benar aku berjalan ni. Tak penah terlintas dalam kepala otak aku ni pun nak sampai ke Russia. Paling koman pun UK jela. Alhamdulillah rezekikan. Dapat jugak jejak negara yang jauh dari tanahair sendiri. Hujan rintik-rintik menyambut aku di St. Petersburg and sadly there was no snow! No snow okayy! 

Tapi takpe. Bukan masanyalah. Takkan tak puas lagi main snow kat Abiskokan. Gedik. 

Tak terpikir time sampai tu, akan jadik satu isu bahasa yang agak besar bagi aku. Ya Allah memang rasa lain benar suasana kat sini. Terasa berada satu tempat yang amat asing sekali. Kira rasa berada di tempat yang tak familiar langsunglah. Paling besar sekali adalah masalah bahasa. Signboard semua adalah dalam bahasa Rusia yang mana alphabet dorang macam terbalik dari yang kita selalu lihat. 

Yang penting sekarang ni, macam mana aku nak ke hostel? Sengalkan sebab aku tak prepare pape pun yang ada cuma alamat hostel tu je. Ok takpe, masuk dulu ke bangunan utama stesen ketapi ni. Check-check kot-kot ada free wifi. Nasib baik ada wifi. Check in ler dulu kat foursquare kan. Ibarat tinggal jejak... ahaks. 

Yang penting lagi... upload gambar seround! Giler. Hahahah dah abes semua barulah terhegeh-hegeh carik info untuk ke hostel. Yang paling senang tentulah naik metro. Aku guna je direction yang dibekalkan oleh Google Maps. dah dapat direction terus saved untuk kegunaan nanti. Naik metro untuk menuju ke Nevsky Prospect. 

Ayuhlahhhh kita! 

Satu hal lagi! Tak tau nak beli tiket camne nih! Semua tak reti cakap english! Matilah aku.... dahlah semua macam papan tanda ke apa, dalam bahasa rusia. Ok ternampak mesin tiket. Mesti ada option "english". Ok boleh... ada, tekan sana tekan sini. Tersalah pulak! Duit kene telan ke apa ntah. Aku masukkan 500 rubles camtu. Banyakk wooo dalam GBP6 la jugak. Ada sorang pegawai datang nak tolong tapi dia pun tak faham. Panggil sorang pegawai perempuan yang agak berusia. Datang macam membebel pulak tu. Kene carut aku ni dek makcik ni. Confirm! 

Cut the story short, rupanya aku takleh masuk duit ber nota besar ke dalam mesin tu. Kene telan uols! Mana la aku tau. First time kot. Since taktau pape lagi. Aku beli jela kad metro yang berharga RUB55 dan credit sebanyak RUB50 dalam tu. Setiap trip hanya dikenakan sebanyak RUB28/trip. Korang nak tau brape lepas convert tu dalam pound. Ianya bersamaan dengan 38 pence je! Celah gigi je weh. Hahaha giler murah naik metro kat Rusia nih. 

Terasa kaya seketika di sini. Kita tengok nanti... 

Teruslah menuju ke hostel. Tak sabar nak landing atas katil ni. Eh eh eh... ni nak travel ke nak membuta??? Bila travel sorang-sorang ni, senang takde plan yang solid. Jalan ikut suka hati nak buat apa. Buat takpe, tak buat pun takpe. Maybe bagi sesetengah orang takleh sebab dah datang jauh-jauhkan. Aku pun setuju dengan pendapat tu. Tapi sejak dua menjak ni, aku dah malas. Nak relax-relax je. Nak tengok apa yang nak tengok. Maybe nampak macam takde belajar pape dari setiap trip. Tapi aku fikir, kalau dapat amek sedikit pengalaman dari trip-trip ni pun dah memadai. Yela, aku ni bukanlah pandai nak deep-deep sangat ibarat nak mencari diri yang hilang. Ianya lebih kepada i want to see what i want to see. Hmm... 

Omg! Panjannya aku dah menaip nih! Matilahhhhh semua taknak baca dahkan. 

Anyway, selamat sampai di stesen yang sepatutnya aku turun. Mula-mula sekali jumpa gereja ala masjid. Camne tu? Sapa nak jawab? Haaaa... pikirkan sendiri. 



Ok sesat lagi! 

Tak tau arah tuju dah sebab tak jumpa papan tanda jalan kat mana. Tapi ternampak Starbucks! Haaa mesti ade wifi kat dalam tu. Masuklah kejapkan check. Masih tak faham. last-last time nak keluar tu, aku terus je aku approach satu minah ni. Cun wooooo! Nasib baik dia terus tegur, nak cakap english ke? Hello~ yes i am miss! I'm looking for this place... ya da ya da ya da *slang jinjang* 

Rupanya dah tak jauh dah... jalan terus jela. 

Maka tibalah aku di Life Hostel untuk 2 malam di sini. 

Semuanya lepas tu getting better. And i did not believe what i have experienced in Russia. Something that I would not expect from the beginning. 

view dari dorm aku mengadap jalan utama Nevsky Prospect
Untuk hostel yang aku menginap di St. Petersburg, boleh la refer di entry ---> Accommodation 

Ok dah.. tu je buat masa sekarang. 

Till then...

Bye!

6 comments:

  1. Woi jauh nyer jalan Russia tue ;)
    kamik tgk kat peta jew lah

    ReplyDelete
  2. gereja tu memang nampak macam islamic style sikit. maybe sebab kubah dia kot

    ReplyDelete
  3. Wow bestnya John dah sampai St. Petersburg, Rusia. Untungnya rezeki dating bergolek-golek untuk John. Bila la dapat merasai pengalaman macam ni. hehehe... Anyway enjoy your trip!

    ReplyDelete
  4. Assalam john,
    alahaiiiiiiiiiii
    tak sabor nak baca next entry :)

    ReplyDelete
  5. Aku rasa 'kegiatan piawai' kalau dah xtau buat apa, lepak cari wifi...tinggal jejak & siap upload few gambar. Agak dah tenang fikiran, baru proceed cari diri yang hilang. Eh, cari direction yang betul. Untunglah minah cun tolong di akhir perjalanan kan maka terus terjumpa jalan ke hostel.

    ReplyDelete
  6. Boleh tanya tak, kalau dari MYR nak tukar ke Ruble, tukar di mana yer? Ok x kalau tukar di Bank rather than tukar di currency exchanger di Russia?

    ReplyDelete