Friday, March 27, 2015

#13 | Transit semalaman di Helsinki, Finland

Apakah ibu negara Finland? 

Helsinkiiii! *angkat tangan rebut nak jawab dulu*

Tu antara dialog iklan aku rasa berbelas tahun yang lalu. Tu pun kalau korang masih ingatla. Kalau tak salah aku, iklan tu berkaitan dengan susu tepungkan? Ntah, aku takleh bayangkan tapi dialog tu yang aku ingat sampai sekarang. 

Dan, aku sampai jugak ke Helsinki walaupun hanyalah untuk transit je. Pada mulanya, aku takde plan pun nak tido satu malam. Tapi disebabkan takde midnight train menuju ke St. Petersburg malam tu dan the earliest train pun hanyalah awal pagi esoknya. Maka, aku book siap-siap satu hostel malam tu. Agak mahal la bagi aku tak silap almost EUR30/night untuk 6-beds dorm. Yela, nama pun Scandinavian country kan. Hadap jela bayar mahal.

Nak tido kat train station? Takpelah, sejuk-sejuk gini aku nak selimut yang warm. Gituh! 

Helsinki Central Station
Flight aku dari Rovaniemi menuju ke Helsinki menaiki pesawat Norwegian Air takde masalah. Sampai tepat pada waktunya. Disebabkan aku check-in luggage, satu keje pulak duk melangut tunggu beg. Aku paling tak suka kalau beg aku keluar paling last! Ada sesiapa sependapat dengan aku tak? Hahaha. 

Keluar je arrival hall, melilau mata aku tengok keadaan sekeliling. Tak silap aku, petang tu macam berlalu dengan begitu pantas. Walaupun time tu tak silap jam 5 petang, tapi suasana kat luar tu dah ibarat jam 8 malam dah. Yela, winterkan. Siang pendek je. Mula-mula sekali, aku carik money changer. Tukar jela dalam EUR100 camtu dari USD. Cukup la kot nak makan, hostel sume. Yang balance boleh tukar ke Rubles lak nanti. Aku tukar siap-siap kat airport, takut nanti tak jumpa money changer dah kat city. Aku dah kehabisan duit Euro dah time ni. 

Dah setel semua, mata melilau lagi carik signage bus stop. Sempat la google jap camne nak pegi ke Helsinki city centre ni dari airport. Nasib ada free wifi. Tup tup tup.. aku dah berada dalam perut bas! Hahaha Bas terus nak gerak. Tak silap aku bayar dalam EUR5/way untuk perjalanan kira-kira 30 minit camtu. 

Sampai-sampai je kat Helsinki Central Station. Hujan! Dan aku masih blur. Tak tau kat mana actually pada mulanya. Tak tau nak tuju ke arah mana. Nak check direction ke hostel pulak takde wifi! Damn it! Terpaksa aku roaming kejap untuk google maps. Patutnya hostel aku tu boleh je jalan kaki dalam 15 minit camtu. Tapi disebabkan aku masih blur dan hujan, aku naik tram. Buat rugi je duit aku bayar EUR2 camtu untuk sehala. Pffft! Tak sampai 5 minit dah sampai! 

Tapi tak terus jumpa hostel tu lagi. Masih kene menapak. Ada screenshot maps kat handphone aku ni, tapi blur lagi nak pegi ke arah mana sebabnya tak nampak nama jalan kat mana  Last-last aku approached je satu anak muda ni tengah main phone. Boleh berbahasa inggeris dengan elok sekali. Tanpa banyak soal, terus dia bukak google maps dia. Tak jauh dah rupanya, dia tunjukkan jalan camne nak pegi. 

Maka, sampailah aku ke hostel yang aku sendiri tak reti nak sebut dengan betul! 

Nama dia adalah Hostel Erottajanpuisto. Tergeliat lidah haih! 

suasana depan central station
hallway hostel
dorm aku
dapur | view 1
dapur | view 2
Proses check-in takde masalah. Suasana hostel pun bagi aku sangat cosy. Masuk bilik ada dua orang. Sorang pakcik yang aku sekali imbas macam Jackie Chan pun ada dari lenggok gaya dan cara percakapan dia. Dan lagi sorang adalah sorang mamat Japanese yang bernama Kohei duk sebelah katil aku.

Takkan taknak tegurkan? Kita ni orang melayukan penuh dengan ciri keramahan yang bertempat. Sesi perkenalan yada yada yada.... muda dari aku walaupun kelihatan tua dari aku. Haaaa camne tuh? Lol. Pakcik Jackie Chan tu keluar ada keje katanya. So, aku borak jela dengan Kohei. Belajar kat UK gak kat York untuk setahun. Dah merata mamat ni pegi okeh! Trip kali ni fokus kat Scandinavian countries. Banyak duit dia. Aku tanya dia nak buat apa malam ni, katanya dia nak pegi try local cuisine. 

Aku lak? Plan asal nak jejalan sendiri je nak tengok apa yang ada kat Helsinki ni. Tapi aku ditched plan aku tu and joined Kohei pegi carik kedai makan yang jual makanan Finnish. Walaupun satu malam je kat sini, takpelah atleast aku try sesuatu yang lain dari yang biasa aku buat. 

Tak lama lepas tu. Masuk lak sorang lagi mat salleh. American duk kat New York nama Daniel. Baru balik dari melawat exhibition. Budak-budak art ni. Lain skit apa yang dorang buat. Borak lagi kejap. Ice-breaking session went really well. Even aku sendiri suprised dengan diri aku nih. Mula-mula Daniel tak join nak pegi makan, last-last mamat tu datang balik dia nak join kitaorang makan. Bukan selalu dapat macam ni katanya. 

Tanyalah receptionist kat mana boleh makan Finnish foods memalam gini. Ada beberapa pilihan yang dia kasik. Then, jumpa la satu tak jauh dari hostel kami tu. Pegi la sana jalan kaki meredah hujan renyai-renyai. Gigih katanya! 

Apparently, kedai yang kitaorang datang ni memang femes. Makan jenis buffet berharga EUR19/head. Okla lagipun aku takde nak spend apa sangat pun kat sini. Dah lama tak makan sedap weh! Selalu makan nasik putih dengan sardin je. So, malam tu aku splurge la skit demi nak merasa makanan orang Finland ni. Janji merasa! 

Maafla aku tak ingat dah nama apa restoran tu. Lupa nak amek gambar. 





Alhamdulillah... walaupun seleksi makanan tak brape nak banyak tapi ada beberapa jenis dish yang berasaskan seafood dan vegetarian yang boleh aku makan. Ada meatballs okeh! Tapi sah-sahlah aku tak makan benda tu sebab takde halal jakim. Telan air liur jela. 

Tunggu la aku balik Malaysia. Akan aku terjah Ikea tu demi meatballs sepinggan. Ahaks!

Sambil makan, sambil borak pasal diri masing-masing. Macam-macam duk borak dari bab travel, hidup, girlfriends, belajar apa dulu, duk mana, lepas ni apa plan hidup. Seronok aku malam tu ada teman untuk berborak sakan. Last time borak sakan dengan stranger bila pegi ke Kyoto dulu. Jumpa dengan 2 orang mamat jepun yang sampai sekarang masih keep in touch. This time pun, aku still keep in touch dengan dorang. Hopefully, aku dapat jumpa lagi. Kohei di Osaka manakala Daniel di New York. 

New York! Akan ku datang! 

Osaka! Akan ku kembali!

Haaaaa semangat nih! 

selfie laaa apa lagi! 
selfie lagi! dasar asian! hahahah 
ikan salmon dan potato. sedap gak walaupun rupa huduh
roti, mashed potato dan kuih ape ntah tu amatlah tak sedap! 
sup ikan berserta potato, bagi aku yang suka watery based punya lauk memang masuk dengan tekak aku siap cicah roti lagi! hahah 
Lama gak kitaorang lepak sambil makan. Nama pun buffetkan! Dah la dalam bilik tu kitaorang je so takde orang nak kacau ke apa. Minum air apa? Air kosong jela! Free! Hahahah 

Malam tu Daniel ada macam opening part untuk satu club ni. Ada la makan kecil-kecilan. Dia nak tengok je katanya. Dia ajak aku dan Kohei sekali join. Aku ok je tapi masalahnya esok aku kene bangun super awal pagi sebab train aku jam 6 pagi nya. So, aku passed jela. Kohei jela join. 

Tapi sebelum tu sempatlah aku singgah Hard Rock Helsinki dan Starbucks. Pergh! Mahal siot EUR15 untuk satu tumbler. 



Dah abes jalan semua, kami balik ke hostel dan dorang akan bergerak ke tempat party tuh. Aku balik hostel tu, mandi semua nak tido dah. Tapiiii main handphone lagi! Giler. Tak sampai 2 jam camtu, dorang dah balik dahhhh. Katanya bosan! 

Esoknya dorang plan nak keluar jejalan sama-sama. Too bad la kan untuk aku sebab tak dapat join. Kalau aku takde plan, memang aku extend lagi 1 malam kat Helsinki ni. Takde rezeki. 

We bid farewell to each other esok paginya. Kohei bangun awal time aku duk pack barang esoknya. Same goes with Daniel walaupun masih di katil. Aaahhh walaupun baru kenal, macam dah lama kenal. Feel so close. Hope we meet again. InsyaALLAH. 



Hop on a train to a country where I couldn't believe that I will be there so soon. 

Till then. 

Bye!  

7 comments:

  1. semua benda mahal kat scandinavian countries nih ... bilenye aku boleh kumpul duit pi sane??? T___T

    ReplyDelete
  2. Aku ingat iklan tu & sampai sekarang bangga sebab tau ibu negara Finland. Aku rasa hostel tu walaupun a bit pricey bak kata ko Scandinavian country; tapi berbaloi dengan apa diorang offer. Siap tambah kenalan. Si John gigih beramah mesra. Btw, si Daniel tu sekali imbas dah rupa Johnny Depp dalam Edward Scissorhand. Gitu kan aku imagine.

    ReplyDelete
  3. bestnye baca story org2 travel ni

    ReplyDelete
  4. John ;

    Dua hari sudah, bila I bukak your BLOG, macam kena virus .. my pop up terus popping up windows ...

    I rasa nih kali kedua kena !

    Eh ... lupa ...

    Thanks for sharing .....

    Seronok baca

    ReplyDelete
  5. Assalam john,
    berani betol la uols ni dik oiiii
    sengsorang jenajalan merata
    jejauh pulop tu
    memang akak sapect eh3 respect gilos :)

    ReplyDelete