Friday, March 20, 2015

Haarlem, Netherlands | Small City in Dutchland

Edisi single entry!

Actually, ni adalah cerita setahun yang lepas! Perghhh bapak punya lama peram. Ok tak peram pun, cuma aku tak tau kenapa aku takde mood sangat nak menaip pasal trip aku ke Amsterdam tahun lepas. Yang ada hanyalah entry berkaitan dengan Keukenhof. 

Yela, kalau pegi Amsterdam time musim bunga, orang kata tak sah kalau tak singgah sekali ke ladang tulips yang terbesar katanya di Keukenhof. It's an annual event for Holland. Waima sekalian ummah Malaya yang ada eurotrip time spring, mesti datang sini. Hanya segelintir jela yang tak pegi kot. Hiks. 

Untuk entry Keukenhof, boleh la refer ---> SINI 

Anyway, entry kali ni takde kaitan dengan Amsterdam ataupun Keukenhof dah. Cuma aku nak share tempat lain yang korang boleh plan untuk terjah kalau ada kelapangan masa time trip korang nanti. 

Aku pun tak tau sebenarnya kewujudan Haarlem ni. Sebuah bandar tak brape nak besar yang terletak kira-kira 20km dari Amsterdam. Kebetulan, time aku pegi Keukenhof garden tu dah on the way katanya. Aku dan kawan aku kat Keukenhof tu bukanlah sepanjang hari. Dalam pukul 2 petang camtu dah bosan dah tengok bunga-bunga semua tu. Yela, lelaki mana kisah lebih-lebih ni. Cukupla nak amek gambar je. Nak fefeeling lebih-lebih memang tak lah wey. Hahaha. 

Dah rasa nak blah tu, tanyala kat kaunter pertanyaan kat Keukenhof tu. Daaaan, kebetulan pulak kan aku beli tiket return journey dari Schipol Airport ke Keukenhof, instead of aku terus balik ke airport, aku boleh buat detour dengan menuju je Haarlem. Katanya kat Haarlem ni, agak cantik untuk dilawati kalau berminat. Aku dan kawan aku tu tak pikir panjang terus setuju. Baik pegi Haarlem jela lagipun hari masih lagi awalkan. Nak balik awal buat apakan. 

Yaaaangg penting, aku tak ingat nombor bas brape untuk pegi sana dari Keukenhof Garden tu. Tapi yang aku ingat memang kene menapak skit dalam 2km menuju ke bus stop untuk amek bas ke Haarlem. Haaaaa, gigih tak gigih weh. Tapi nasib baik angin sejuk-sejuk spring je time tu. Takdelah nak membabi buta nak marah kalau berpeluhkan. Ahaks. 

Bas akan betul-betul stop kat Haarlem Train Station. Kira main station dia la ni. Dari situ kitaorang jalan kaki je pusing-pusing city ni. Tak brape besar, insyaALLAH boleh cover dalam half day kalau abes cepat. Aku time tu takde banyak masa sangat. Okla tengok yang mana sempat je. 

Sempat lunch halal berdekatan dengan Haarlem Station tu, tak silap aku restoran indonesia. Sedap nasik kuning dia! Teringat aku sampai sekarang. Yyummm~ 

Maybe aku terlupa banyak benda sebab dah setahunkan. Aku sempat google a few places time makan tu, ada la mark nak pegi a few places tapi biasalah baru-baru lagi dengan europe ni. Macam blur-blur skit. Atlast semua ntah ke mana... belasah jela. 

Tapi korang boleh la refer ---> http://wikitravel.org/en/Haarlem untuk guide korang. Sangat berguna kalau travel. Aku pun selalu buat camni. Haaaaa ni tips tau! Ahaks. 

basikal dan motorsikal, tapi basikal lagi banyak kat Netherlands ni

bangunan yang ada

tak sah kalau datang Netherlands ni takde nampak terusan ataupun "canal"

gambar blur, i don't know tapi jalan ni menuju ke Haarlem Square

basikal-basikal

hiasan di bumbung, rasa macam scary pun ada kepala budak tu

cafe! salah satu cafe yang ada kat sini

The Great Church terletak di Haarlem Central Square, besar giler church nih!

musim bunga, musim yang semua orang suka sebab boleh lepak kat luar bar-bar sambil minum dan lepak

kebanyakkan kedai memang penuh dengan orang camni, semua duduk mengadap matahari

houseboat

salah satu jambatan kecik

basikal yang diikat di jambatan

tak silap aku, bangunan berkubah kat belakang tu satu muzium

dah nampak windmill! 

lepak-lepak camni pun syiokk gak, agak-agak kat Malaysia ade tak? *lupa diri*

lampu isyarat untuk penunggang basikal

river Spaarne

After burning down in 1932, windmill the Adriaan was rebuilt only in 2002 to reclaim it's prominent place among Haarlem's attractions - ayat copypaste saje ;p

Haarlem tetap ada

salah satu canal yang ada

jalan kecik, time ni dah banyak kedai tutup walhal baru pukul 5 lebih

vespa! klasik sangat

ada tram lalu tak silap sebab ade rail kat situ kalau perasan

gambar sabun pun boleh~ malam tu overnite kat salah satu hotel sebelah airport je, esoknya tunggu member lain sampai untuk tido Amsterdam

Ok dah, tu je nak share. Yang lelain tu Google jela eh. Tak susah mana pun. Dari Haarlem balik ke airport, aku naik bas je bayar EUR5/way untuk perjalanan kira-kira 30 minit camtu. Tertido haaa aku dalam bas tu. Penat giler katanya. 

Till then. 

Bye! 

20 comments:

  1. salam. seronoknye.hopefully sy pun akan ke sana juga satu hari nnti.. hopefully...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummusalam. insyaALLAH satu hari nanti akan sampai jugak ;)

      Delete
  2. Ala mcm best je Haarlem ni, aritu aku tak sempat pegi

    ReplyDelete
  3. Lampu isyarat utk penunggang basikal pun ada eh? nampak sangat la rakyat dekat sana memang suka berbasikal . huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yupp memang ada sbb negara dorang memang ramai guna basikal as main transportation. ;)

      Delete
  4. Replies
    1. alhamdulillah. en.mkl pn ape kurangnya. ;)

      Delete
  5. ha..ha...ha, suka gamba sabun tu "nice-smelling human being again...terbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnnn! lps dah banyak duk menapak, kene la mandi kasik wangi. hiks.

      Delete
  6. dasar malas kedai tutup pukul 5 memang konsisten across europe haha

    but then again thats life work balance kan... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnnnn! dasar sangat! janji ikut masa. kalau kt malaysia mampos kene marah dgn bos. ahaks.

      Delete
  7. macam best je tgk journey nye..hehehe..nanti nak cuba jelajah jugak lahh..hehehe..btw do follow back and jemput visit blog saya ya di www.mkhai.com :) thankss ~

    ReplyDelete