Tuesday, March 10, 2015

Review : Dinner @ Burger & Lobster, London

Ni adalah cerita 2-3 bulan. To be exact 1 hari sebelum menyambut tahun baru 2015. 

Lepas aku balik dari Russia untuk winter trip aku. Lepas je boxing day di Manchester, aku balik dulu ke Birmingham. 2-3 hari lepas tu, aku terus shoot ke London untuk berjumpa dengan kawan aku Byya. Part of TravelholicAwesome. Dulu dia pun ada blog. Tapi sejak sudah sebati berblogging dalam hati ni, maka semuanya kene guna telepati untuk baca blog dia. Hahaha. 

Anyway, ni kunjungan aku kali-3 ke London. Walaupun takdela jauh mana pun dari Birmingham ni. Kalau naik train, boleh la sampai dalam sejam lebih camtu dengan tambang lebih kurang less than GBP15 untuk return journey kalau beli 2-3 minggu lebih awal. Aku pun takde plan awal untuk pegi London ni. Tapi alang-alang Byya dah ade kat London. Maka aku dah boleh save untuk accommodation. 

So, here we go! New year in London katanya! Ahaks. 

Selain dari nak sambut new year eve kat London ni. Plan aku jugak nak tunaikan hajat nak makan lobster kat Burger & Lobster ni. Yela, duk tengok instagram orang-orang yang duk blaja kat sini mesti ada sekali dua pegi pekena makan lobster kat sini. Dah kira macam hukum wajibla katanya. Aku pun nak merasa jugak. Sedap sangat ke makan udang galah ni. Yela, kalau kat Malaysia ni mau cecah ratusan ringgit jugaklah. Memang takdelah aku sesaja nak pegi makan kan. Rakyat marhaen je.

Tapi sebelum tu, aku malam sebelum makan dinner di sana. Sempatlah jejalan dulu di kawasan Oxford Circus nak tengok kemeriahan kawasan sana selepas hari krismas. Yela, jalan-jalan masih lagi dipenuhi dengan dekorasi krismas. Kenela tengok, pasni tak tau la bila pulak aku nak jejak kaki ke United Kingdom ni. 

London ni kira bandar tourist yang mainstream ni la orang kata. Fakta yang aku dengar, tourist adalah lagi ramai daripada penduduk London. Haaaa macam mana tu? So, janganlah terkejut kalau tengah berjalan takde dengar sangat pun orang duk speaking english tapi speaking french. How? Ahaks. 

Layan gambar dulu sekitar Oxford Circus, London...








Dah time tu musim sejuk, cepat gelap. Time ni tak silap dah dekat pukul 6 petang camtu. Tapi dia punya gelap dah rasa macam pukul 8 malam dah. Sejuk-sejuk gini memang cepat lapar. Jadik, lepas dah jalan-jalan kat kawasan Oxford Circus tu, teruslah shoot ke Burger & Lobster yang tak jauh dari situ. 

Untuk website rasmi Burger & Lobsbter ---> http://www.burgerandlobster.com/ 

Kat London ni, ada beberapa buah cawangan Burger & Lobster.  Jangan terkejut, kalau waiting time dan queue yang kene tunggu demi nak makan kat sini. Memang beratur panjangla orang kata. Untuk elakkan dari menunggu lama tu, Byya suggest pegi ke branch yang terletak di Oxford Circus ni sebabnya tak brape ramai orang dan waiting time pun kejap je. InsyaALLAH cepat. 

Alamat di Oxford Circus:
BURGER & LOBSTER
6 LITTLE PORTLAND STREET
FITZROVIA
LONDON
W1W 7 JE;

Actually, boleh buat reservation gak. Tapi limit kepada beberapa booking je sebabnya customers yang datang memang agak ramai. By the way, cawangan di Little Portland Street ni agak tersorok skit. Kalau sekali tengok dari luar, uishhh betul ke kedai makan ni. Tapi jangan risau itulah kedainya. Aku lupa nak snap gambar dari pintu masuk. 

By the time aku sampai tu, memang full house dan ade yang dah tengah menunggu giliran masing-masing. Okla, let's wait. 

time ni aku tengah menunggu giliran
Tak lama lepas tu, tak silap aku dalam 10-15 minit camtu tunggu, giliran aku dipanggil. Maybe sebab datang berdua je, so agak senang la nak dapat meja untuk dua orang instead of yang datang dengan big group. Maybe kene tunggu lebih lama kot. 

Lupa lagi nak snap menu! 

Tapi jangan risau. Kedai ni sememangnya tak halal dan takde halal Jakim tapi lobster tu seafood kan. Ianya hanyalah di masak secara grill sahaja. Burger tu sah sah la tak order sebab tak halalkan. Giler kau nak makan, kang gelap hati camtu je... Jangan ada perasaan was-was ye kawan-kawan. Kalau ada tu, mohon jangan masuk langsung. 

Harga untuk 1 set lobster termasuk fries dan salad adalah berharga GBP20/meal. Minuman? Minum air kosong jela sebab kat UK ni, mana-mana kedai tap water adalah percuma ye. Jangan segan silu untuk order air kosong je. Order dan minum sampai kembung perut tuh. Takde masalah. 



Tunggu tak lama, akhirnya sampai jugak lobster tuh! Fuhh~

Let's dig in! Bismillah...







Macam mana? Kenyang je tu~ Ahaks. 

Overall, aku rasa okla untuk merasa pertama kali lobster ni. Untuk orang yang jenis makan banyak, makan sekor lobster ni memang takkan cukup! Untuk aku, just nice dah kenyang untuk aku. Isi lobster tu memang rasa juicy cicah lak dengan garlic mayonnaise tu. Memang terangkat la rasanya. Tapi yang lecehnya, bila part kene korek-korek isi kat bahagian yang susah nak cungkil tu. Aku suka bahagian senang nak cungkil je. Ahaks. Tapi demi harga yang mahal, maka korek la sampai licin segala-mala rongga-rongga lobster tu. 


Craving fully satisfied! 

Mesti ada diantara kita yang penah makan kat sini kan bila datang ke London. What's your prediction? 

Aku rasa lagi sedap kot Fatty Crab kat Malaysia tu. Walaupun aku tak penah makan fatty crab tu, tapi nengokkan gambar tu dah kecur air liur aku. 

Okla untuk first time nak try. Next time? I don't know... tunggu orang belanja la kot. Ahaks. 

Till then..

Bye!

13 comments:

  1. Arghhhh! Ni yang aku malas nih... Tetiba nampak gambar lobster posing manja atas meja... Iskkssssss! Pepagi air liur basi aku dah berjurai! Menyesal! Ha Ha Ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah sorry sorryyyy! lap air liur tu *hulur napkin*

      Delete
  2. Amboi pepagi baca ni sambil mkn nasik lemak sambal kerang...terussss berangan nasi lemak sambal lobster...hahaha kecuq ayaq liuq!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu diaaaa! agak2 brapa hinggit la utk nasik lemak berlaukkan lobster nih! hiks.

      Delete
  3. assalamualaikum
    singgah pagi
    wow bestnya my fav nie

    ReplyDelete
  4. tengok gambar pun dah tau yummeh sangat

    ReplyDelete
  5. ini memang aku teringat sampai hari ni.... value for money for GBP20. Gigih cungkil setiap sudut haha

    Nice photos bro, clear2 walaupun dalam tu gelap kot

    ReplyDelete
  6. GBP20 per meal.. omooo.. aritu kat pasar, lobster GBP8 je.. haha

    ReplyDelete
  7. Assalam john,
    terima kasih belanja akak lobster :P

    ReplyDelete
  8. Buger plus dgn suasana mlm d luar megara. Perghh heavenn

    ReplyDelete
  9. Great post on "Review : Dinner @ Burger & Lobster, London". As a professional chef i have to appreciate your work. Keep Posting useful posts like this. Keep in touch with my websites- pizza colleges dubai | bread making school in dubai

    ReplyDelete