Friday, March 6, 2015

Arctic Circle Trip - Total Expenses!

Okeh! Part cerita untuk negara Sweden kira dah abes dah la. 

Sekarang ni, aku nak cerita brape semua total perbelanjaan yang hangus sepanjang trip aku di Stockholm, Kiruna dan Abisko untuk 5 hari 4 malam ni. Aku sendiri pun tak tau brape jumlah sebenar yang dah hangus. Ni kira aku buat entry ni, aku baru taulah. Hopefully, takdelah terkejut beruk bila dah campur tolak semua. Ahaks. 

Anyway, tanpa membuang masa. Ayuh! 


Transportation

  • Flight ticket Ryanair (London Stansted - Stockholm) : GBP24.99/way
  • National Express (Airport Shuttle) : GBP16/way
  • Taxi to Birmingham Coach Station : GBP6/way
  • Airport shuttle to Stockholm City : SEK159/pax
  • Metro pass : SEK44/pax
  • Transport pass : SEK145 for 5 trips
  • Night train to Kiruna (Sleepers coach) : SEK682/way
  • Train to Abisko : SEK186/return
  • Taxi to Ice Hotel : SEK300/return
Sub-total transportation costs : GBP46.99 & SEK1,516

Accommodation

  • Stockholm - Lodge 32 : SEK180/night
  • Abisko - Abisko.net Youth Hostel : SEK400 for 2 nights
Sub-total accommodation costs : SEK580

Meals

  • Stockholm : SEK216
  • Abisko : SEK143
Sub-total meal costs : SEK359

Activities & Miscellaneous

  • Ice Hotel entrance fee : SEK200/pax
  • Winterday Package (Dogsledding) : SEK1,200/pax
  • Miellejokk Mystery Tour (Aurora Borealis) : SEK900/pax
  • Ice-fishing : SEK600/pax
  • Souvenirs : SEK150
Sub-total activities and miscellaneous costs : SEK3,050

GRAND TOTAL : GBP46.99 & SEK5,505 

Untuk semua entries berkaitan dengan Sweden, boleh rujuk links dibawah ye....

*********************************

Overall, untuk 1st leg winter trip aku ni memang aku dah allocate siap-siap budget untuk semua benda yang aku nak buat. Memang plan nak stay lama skit kata area Abisko tu. Yela, datang jauh-jauh kalau sekadar touch and go memang rasa ralat nanti kalau banyak benda terlepas nak buat. Ni pun ada benda yang aku nak tengok lagi tapi memandangkan bajet pun tak mengizinkan untuk aku stay lebih lama. Tapi papepun, more than enough as at now. 

Untuk transportation - Untuk starting memang aku fly direct dari London ke Stockholm sebab tiket flight agak murah time aku beli tu. Then, untuk ke Abisko dari Kiruna aku guna night train sebab teringin nak naik sleeper coach. Walhal penah naik kat India kan! Gedik! Hahaha Lagipun aku nak jimat satu malam accommodation. Actually, kalau naik direct flight terus ke Kiruna memang lagi murah kalau beli tiket lagi awal dan masa perjalanan pun singkat je compare dari naik train. Boleh rujuk link diatas berkaitan dengan transportation. 

Untuk accommodation - Mula-mula aku ingat macam mahal sangat accommodation kat Scandinavian country ni. Tapi kalau carik betul-betul ada yang rate pernite yang berpatutan. Even untuk accommodation di Abisko tu pun, aku rasa murah dah. Tak tau la bagi orang lain sebab aku guna pound sterling. Kalau guna Ringgit akan rasa la kot sedikit mahal berbanding tempat lain. Maybe ada lagi murah, ke aku yang tak jumpa. Hiks. Untuk range rate hostel better letak range antara EUR25-EUR30/night. 

Untuk makan - Sepanjang di Sweden ni, memang aku banyak makan makanan yang aku bawak dan jugak groceries yang aku beli. Kira makan aci kenyang dan kasik tenaga je. Aku beli beras, pisang, sardin kat convenient store kat sana. Cuma dari Birm, aku bawak macam megi dan serunding je. Tak lupa bawak tupperware yang boleh masuk microwave tau senang nanti nak masak nasik dalam tu guna microwave. Ahaks. 

Untuk aktiviti - Ni semua bergantung kat diri masing-masing. Macam aku, jenis nak try jugak macam mana pun. Yela, bukan selalu sampai dan alang-alang tu why not spend skit untuk merasa. Kalau kemut, nanti balik kang menyesal tak abes. Nak sampai lagi maybe tak tau bila kan. So, yang ni i have no comment. It's all up to you. Tapi boleh la survey harga aktiviti yang mana murah. Tapi range harga maybe lebih kurang sama. 

Other than that, I guess that's all. Maybe aku ada missed a few things tapi tak material pun la kan. Ok dah tu je. 

Till then..

Bye!

9 comments:

  1. boleh tahan gak mahal.. tapi berbaloi2, aurora salwa ni ada sepanjang tahun ke heh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. aku sendiri x brani nak convert nak tau brape total in MYR. kalo kat kawasan arctic circle ni, putara nk tgk aurora salwa ni ade dalam 200 hari dalamm setahun. so peluang tu memang ada. tp the best season adalah winter.

      Delete
  2. Gigih aku convert Pound & Swedish Krona ke RM. Tapi memang berbaloi! Kalau dari KL, budget might be higher than urs tapi! Yang penting hati happy. Wishlist ticked.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok aku kasik thumbs up sebab gigih! ahaks. yup berbaloi bagi aku sebab redah sejuk camtu skali. janji puas hati! ;))

      Delete
  3. Time tu currency nya berapa eh? Ke dah tulis....aku yg x perasan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tulis syieda memang takde. tp tak silap aku time tu macam 5.4 untuk GBP ke MYR. tp untuk SEK aku kurang pasti lak.

      Delete
  4. Tq post info info nih. Sgt membantu

    ReplyDelete
  5. hi John,
    post u always menarik. keep on sharing.

    ReplyDelete