Wednesday, March 4, 2015

Review : Pengalaman bersama Lamido (Online Shopping)

Online shopping!

Sape kat sini yang penah buat online shopping? Aku rasa zaman sekarang ni semua orang penah kot. Macam-macam jenis platform atau website yang kita boleh gunakan untuk membeli-belah tanpa perlu pegi kedai. Hanya browse je benda yang kita nak, then klik untuk buat pembayaran. Pastu, tunggu jela barang sampai kat umah. 

Perasaan bila tengah tunggu barang nak sampai tu amatlah excited! 

Macam tunggu result exam kan? How's SPM adik-adik? ;p

Anyway, aku ni tak terkecuali. Memang such a huge fan of online shopping. Takdelah selalu sangat pun beli online tapi certain things macam benda yang takleh pakai kat tubuh badan memang aku prefer untuk beli online je. Senang dan cepat. Jimat pun ye gak pastu boleh pikir banyak kali sebelum membuat keputusan nak beli tuh. 

Haaaa aritu aku berkenalanlah dengan satu website online shopping kat Malaysia ni. Nama dia Lamido. Website dia ---> http://www.lamido.com.my/ . Bagi sesiapa yang tak tau, Lamido ni adalah anak-beranak kepada Lazada. So, mostly of us might know this website right? 


Kebetulan memang aku tengah carik something untuk pakai waktu travel. Owhhh yes! Powerbank! Zaman skang ni semua orang kene ade powerbank. Tak kira la berkuasa kuda ke, kancil ke, ataupun berkuasa semut. Janji boleh pakai untuk charge handphone. Ye dak? 

So, aku browse la website Lamido ni, apparently sangat user friendly dan tak susah nak navigate pun. Ada banyak kategori barang-barang yang ada. Dan jugak banyak seller yang terlibat. Kita boleh tau reviews berkaitan setiap seller tu samada trusted seller ataupun tidak. Semuanya Lamido yang akan jadik orang tengah untuk setiap transaksi. 

Bila aku dah jumpa barang yang aku nak tu, terus aku add ke dalam shopping cart dan proceed untuk membuat pembayaran. Kene masukkan butir-butir peribadi seperti nama, alamat, no telefon dan sebagainya. Bila dah isikan untuk yang wajib untuk seller membuat delivery, terusla kita buat payment. 

Kaedah pembayaran pulak ada 2 cara samada online banking transfer ataupun cash deposit terus ke akaun Lamido. Bukan terus ke akaun seller ye. Tapi masuk ke akaun Lamido dahulu untuk menjamin transaksi tersebut sah dan boleh pakai. Takdelah kalau seller tu buat jahat ke buat lari duit kita ke apakan. Semua dijamin oleh Lamido. 

As for now there are 3 banks who we can use to transfer the payment for example Maybank, Cimb and Citibank. Maybank and Cimb would be the best options as most of us do have an account with either one of these banks. Guna je samada Maybank2u ataupun Cimb Clicks. Cepat dan pantas! 



Lepas dah setel buat payment tu, tunggu jela email confirmation daripada Lamido yang hanya amek masa kejap je terus ke inbox kita. 


Then, lepas tu menanti dengan sabar jela delivery barang yang kita dah tempah tu. Bergantung kepada seller tersebut. Normally within 3-5 working days. As at today, I have received my powerbank! Tapi kat kampung la... ahaks. 

So, pengalaman menggunakan Lamido untuk membeli belah secara online ni memang sangat mudah. Plus! Kepelbagaian barang-barang yang dijual jugak turut menggamit aku nak beli lagi lepas ni especially barang-barang travel. 

Korang apa lagi? 

Jom! 

8 comments:

  1. tapi kawan aku bli jacket kat Lamido dah lebih 10 hari x smpai2 lagi... haha.. kesian kat die..

    ReplyDelete
  2. Tak pernah try lagi beli dari lamido. T update service delivery ok or x :-)

    ReplyDelete
  3. Akak pelanggan setia Lazada..
    Lazada minat betul dgn duit akak..hehehehe
    Dah banyak barang akak beli kat Lazada terutama peralatan dapur..
    Alhamdulillah..setakat ni belum berlaku sesuatu yg tak diingini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh. Ok.thank for the info. Nak start cuci mata d lazada :-)

      Delete
    2. buat yang minat shopping di lazada korang boleh dapatkan pulangan tunai setiap kali pembelian up to 12% dari nilai barang,daftar percuma di blog sy

      Delete
  4. Tq for sharingg!! Boleh lah shopping online d lazada hoho

    ReplyDelete
  5. kalau bukak website online mesti akan tergodaaa

    ReplyDelete