Monday, October 13, 2014

Bhg.4 | Schlossplatz & Killesbergturm, Stuttgart, Germany

Bersambung dari entries yang lepas-lepas:


InsyALLAH akan try abeskan entry Germany as soon as possible sebab aku eager nak cerita pasal tempat yang aku nak sangat pegi. Tapi bukan dalam entry ni la. Maybe next next entry la kot kalo rajin datang menerpa. Sejuk-sejuk skang ni malas betol nak menaip sebab jari terasa sejuk beku je manjang. Huk huk. 

Okeh!

Lepas mentelaah di public library of Stuttgart.  Chewaaaah! Propa sangat! Aku terus la jejalan pulak menuju ke Schlossplatz kat Stuttgart ni. Kiranya kalo kat sini macam main square lah sebab kat sinilah terletaknya Neuss Schloss ("New Castle"). Tak susah nak jumpa tempat ni sebabnya walking distance je dari entrance Stuttgart Main Station. Jalan terus je. 

Since aritu weekend, memang meriah betol kawasan tu dengan ummah lokal yang datang jejalan atau bersiar-siar. Tambahan pulak, cuaca aritu memang sangatlah awesome! 

Neuss Schloss di Schlossplatz

Aku kat sini just jejalan je sambil tengok orang. Bila lapar skit tu, pegi beli pretzel yang bersepah ade jual kat segenap jalan. Tapi takdela pretzel jenis macam kat auntie anne kat  KL tu. Tapi pretzel yang jenis keras kalo cicah teh panas memang terangkat rasanya. Harga tak mahal dalam EUR1/piece. Besar gak saiznya. 

Aku jalan... jalan.. jalan lagi. Bila penat duduk la kejap sambil layan perasaan. Cuma yang tak best nak amek gambar sebabnya ada satu tugu kat situ dalam proses renovation. Agak sedikit mencacatkan pemandangan. Other than that. Okla. 

Kita layan gambar jela eh... 

bangunan besar di Schlossplatz, dalam ni ade Starbucks dan beberapa kedai souvenirs. payah nak jumpa kedai souvenirs kat sini. ended up aku tak beli pape kenangan dari Stuttgart

penghibur jalanan


bagel with sesame seed, kat tengah-tengah tu ade butter cream. sedap!

tu la tugu yang tengah under renovation

pasangan lokal

front view of Neuss Shloss

time ni ade perarakan kejap tapi dah lupa sebab apa tapi dalam keadaan aman damai

Agak-agak dah puas tu, aku bergerak meninggalkan kawasan Schlossplatz ni sebabnya aku ada lagi satu tempat nak terjah yang aku dah tengok kat dalam maps pagi tadi. Nak pegi ke Killesbergturm. Bunyi macam daun ketum je kan? Ahaks! 

Tempat ni agak jauh skit dari city centre. Maka, kene naik bas untuk menuju ke sana. Since aku dah beli daypass, maka tak risau nak kuarkan duit dah. Daypass tu valid untuk naik subway dan jugak bas sepanjang hari. 

Untuk ke Killsbergturm, aku just naik bas depan Stuttgart Haupbahnhof (Main Station) yang bernombor 44 ataupun last stop dia adalah Killesburg. Tak susah pun. 

Perjalanan tak lama. Amek masa dalam lebih kurang 15 minit untuk sampai. Atas bukit letaknya. 

nampak tak Killesburg Tower tu? situla aku nak pegi

Basically kalo datang sini lebih kepada taman awam yang jauh skit dari kehidupan bandar. Tak bising kat sini kecuali kicauan burung-burung. Ewaaaah! Senyap sunyi je kat sini. Orang pun tak ramai mana. Kiranya, boleh lepaskan stress kat sini. Taman dia pun agak besar gak. 

Dari hentian bas tu, aku dah nampak Killesburg Tower tempat yang aku nak terjah. Macam spiral tower je bentuknya. Saje nak tengok view dari atas tu. Mana la menarik. 

Kat sini gak banyak kawasan residensi. Bentuk rumah-rumah moden yang aku impikan. 





Nak naik Killesburg Tower tu pun kene bayar dalam 50 sen je. Takde orang jaga pun cuma disediakan tabung untuk isi duit kat situ. Bayar jela. Bukan mahal mana pun. 

Ayuh layan gambar lagi... takde ape nak diceritakan...









Agak-agak dah puas duk atas tu. Aku turun bawah untuk berehat seketika atas kerusi dibawah pokok sambil duk tengok satu family ni main game yang aku pun tak penah tengokk. 




Next? Aku patah balik semula ke city centre sebab perut macam dah lapar mintak diisi lagipun tak sempat nak makan lunch pun sepanjang hari tu. 

Kebetulan, ada pulak demostrasi secara aman berkaitan palestin dan gaza. Nampaknya kat sini pun membantah peperangan di Gaza. Demostrasi ni dilakukan secara aman tanpa kacau bilau pun. Polis ada merata tapi tak menggangu proses pun. Bagus betol. 






Lepas tu? Niat asal nak pegi Mercedes Muzium, tapi aku tak sempat masuk sebabnya kaunter tiket dah pun tutup. Ni adalah gara-gara aku salah naik line train. Dah buang masa kat situ dalam sejam jugaklah. What to do takde rezeki. Maybe next time la kot. 

Amek gambar kat luar jela...

Info: Mercedes Museum Ticketing



Petang tu, badan pun dah penat aku terus la balik ke hostel semula untuk berkemas sebelum pegi semula ke Haupbahnhof nak pegi ke Munich malam ni. 

Tu je..

Till then...

Bye!

17 comments:

  1. selamat pagi dan assalamualaikum
    singgah pagi

    ReplyDelete
  2. John.. akak dah tahu mana tempat idaman tu. Maybe kita share idaman yang sama :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha takde suprise la nanti akak kalo dah tau. ahaks. insyaALLAH akan saya siapkan.

      Delete
  3. John suka tengok orang..saya pun suka tengok orang bila jalan-jalan...awesome gambar semua.

    ReplyDelete
  4. Hi! Saya sekarang tgh study kat Jerman. Dua jam je dari Stuttgart. Hope you have a wonderful stay here :)

    Btw pergi Stuttgart mmg lah bandar, kalau nak nature sikit, pergi la Schwarzwald (Black Forest). :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi! yup i do have wonderful time in germany. best! kalo ade rezeki nk explore bahagian lain lak. insyaALLAH. thanks for dropping by! ;)

      Delete
  5. tak sabar akak nak baca pasal tempat idaman tuh..

    ReplyDelete
  6. cantiknya semua gambar gambar tu john...
    bila la ahkak boleh sampai ke sana ????

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih akak. insyaALLAH one day akak dan keluarga sampai jugak nnt. amin.. ;)

      Delete
  7. Salam John, aku rasa aku nmpk ko masa kursus kawin kt manchester sabtu lepas...oopps!
    Segan plak nk tegur ko.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah memang betol. laaaa nape tak tegur. aku ni ok-ok je orangnya. hiks. no wonder sbb ade kwn aku bg gmbr kt whatapps kata ade org tau aku ade kat situ. haipp! adakah ko orangnya ;p

      Delete
  8. Betul la andaian ko tu john.tak sangka plak org tu bg gambar kt ko. nakal sungguh dia..hahaha. Insha-allah aku turun birm jumpa dia, kita jumpa la skali.

    ReplyDelete