Friday, October 3, 2014

3D2N Roadtrip to Cornwall, England

Hello peeps! 

Lama gak aku tak menulis di ruangan blog aku ni. Biasalah duk busy buat kerja lain dari duk mengadap laptop ni. Walhal, ade je duk mengadap laptop ni tapi mood malas tu tetap ada. Kadang-kadang inspirasi nak menaip tu ke laut jadiknya. 

Maka, cerita Germany aku gantung dulu la ye. Maybe next week kalo rajin aku try karang skit-skit. Atleast aku abeskan part Germany dulu. Yang Spain tu malas aku nak sambung. Biarkan tergantung camtu dulu. Tunggu datang seru suruh buat. InsyaALLAH. 

Anyway, ni satu entry je aku nak buat berkaitan dengan roadtrip yang aku buat bersama-sama teman-teman rapat di Birmingham, UK nih. Plan ni memang dah lama dirancang untuk buat roadtrip ke Cornwall, England yang terletak di bahagian selatan United Kingdom. Kiranya the most southern part of this tanah ratu kata orang. Housemate aku sorang ni dah penah sampai sini dah tahun lepas. Katanya sini memang lawa abes! Kalo peminat nature, kira sinilah tempatnya selain dari ke Scotland.


Cornwall ni kalo tengok map kat atas ni memang kawasan yang besar. So, tidaklah kami nak jejak ke semua kawasan. Hanya pilih 3-4 tempat yang wajib je untuk mengisi masa sepanjang 3h2m kat sana. Plus, ahli jemaah agak ramai iaitu 11 orang. So, try to do it leisurely without time pressure. Barulah enjoy. 

Aku panggil trip as family holiday sebabnya dalam group ni ada bujang, yang dah berkahwin, orang pregnant dan jugak budak kecik. Kirany cukup quota la orang kata. Ni first time kitaorang jejalan ramai camni. Selalunya masing-masing dah ade trip masing-masing. Tapi we tried to make it happened sebab semua nak pegi Cornwall ni. 

When is the best time to visit Cornwall? 

I would say... summer! Yeah summer is the best time to visit Cornwall. Sebabnya, time tu cuaca time tu kurang hujan, langit biru memanjang dan jugak musim panas la sesuai nak mandi laut! Tapi disebabkan kitaorang dah lepas musim panas, pegi la jugak time skang ni dah sedikit sejuk sebelum betol-betol sejuk nanti. 

Our itinerary for 3D2N in Cornwall...

  • Looe (tempat singgah untuk lunch, tapi kalo summer boleh sewa bot untuk pegi memancing bak kata kawan aku. Berbaloi-baloi katanya)
  • Bermalam di YHA Land's End (amek dorm 6-beds dan 4-beds berharga GBP30 for 2 nights per pax)
  • Jejalan di kawasan Land's End
  • Jejalan di St. Michael's Mount
  • Jejalan di Lizard Point
  • Mandi-manda di Kynance Cove
  • Balik semula ke Birmingham

Transportation?

Nama pun roadtrip, haruslah drive kereta untuk ke sana. That's the best way and the cheapest option that we can get. Aku menyewa 2 buah kereta Ford Focus untuk 3 hari yang setiap satunya berharga GBP45 untuk 3 hari. Murah la tu bila kira jatuh dalam GBP12 untuk setiap seorang untuk 3 hari. Dan total petrol yang digunakan untuk 3 hari adalah berjumlah GBP100/car. 

Bergerak secara konvoi 3 buah kete. Satu kete tak sewa sebab kawan aku tu memang dah ade kete kat sini. Senang.

Makan-makan macam mana pulak?

Ada makan luar dalam 2-3 kali camtu dan yang lain-lain kitaorang masak sendiri kat YHA Hostel tu sebab ramai kan. Pegi beli groceries kat Sainsbury cukup sekadar telur, sardin, nasik putih, salad dan roti untuk bekalan. Tu pun masing-masing makan bertambah-tambah. Ntah la nak kata kebulur tu macam mustahil. Ahaks. Seronok gamaknya travel ramai-ramai. 

Nak carik makanan halal kat sini rasanya macam mustahil sebab langsung tak nampak warga pakistan ke ape. Memang semua orang putih je kat sini. So, harapan nak berhalalan toyibban tu adalah mustahil. Yang jelas, masak sendiri lagi bagus. InsyaALLAH. 

Ape lagi eh? Takde dah kot. 

Owh ya... yang bagusnya kat Cornwall ni. Payah betol nak dapat line telefon. Nak dapat 3G apetah lagi! So, masa yang takde internet tu barulah masing-masing bercakap sesama sendiri. Kitaorang siap main UNO lagi setiap malam kat sana. Ahaks. 

Malam pertama dapat tengok milkyway kat hostel tapi musnah harapan nak shoot milkyway sebab salah bawak lens pulak. Layan jela dengan mata sendiri. Huk huk..

Ok dah tu. Jom layan gambar sekitar Cornwall yang sempat kitaorang terjah! 

Ayuh!

pekan kecil Looe. Time ni air surut

view nak sampai ke Land's End

acah-acah deep katanya

view dari tingkap dorm aku pagi tu

YHA Hostel Land's End

batu di Land's End

view di Land's End

the first and the last house in Land's End

tanda tanah ni dah hujung UK katanya

Emir Fahad

wide view skit hiks

masih lagi di Land's  End

kita bergambar skit

Land's End

menuju ke St. Michael's Mount, kalo time air pasang memang takleh lalu kat laluan ni sebab ditenggelami air laut pasang

ni pulak pantai di Minack Theater

Minack Theater : admission fee GBP4.50/pax

masih lagi di Minack Theater

melompat di pantai kat St. Michael's Mount

Kynance Cove, menjanjikan pemandangan Lizard yang awesome!

view dari atas sebelum sampai ke bawah cove

jom mandi lautttt! aku? tak lerrr... hahah sejuk woiii airnya!

Ok dah. Tu je. 

Till then...

Bye!

14 comments:

  1. Sign board Land End tu siap ade date tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. date aritu katanya. blh letak nama sendiri kalo nak tapi kene bayar ler. huk,

      Delete
  2. Pergh.. lawa tempat ni John. Berbaloi-baloi

    ReplyDelete
    Replies
    1. yuppp mmg rekomen pegi kalo dtg uk. mmg lawa!

      Delete
  3. fuhhh tahan napas aku menengok gambarnyerr....penghujung tanah ratu, ok fine nanti aku pi penghujung tanah asia plak laaa....tah bila nak sampai tanah ratu tah...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haipppp jgn tahan nafas. hiks. aku penghujung tanah asia pun tak sempat sampai lagi. ahaks.

      Delete
  4. Wow nampak kurus dari jauh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. dari jauhhhh jela. kalo dekat. sedih~ hahah

      Delete
  5. John.. aku pnh amik gmbr yg sama batu lands end tu.. gmbr ko yg ke-6... still sama batu tu..haha.. walhal aku amik thn 2000 ke 2001 gitu..haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah yeke? batu tu tak terhakis lagi la nampaknya. more years to come.

      Delete
  6. AWAS! ko kena ripit skali lagi bila kitorg sampai sini nanti..jgn lupa kek coklat ditabur crunchies jgk..kekeke

    ReplyDelete
  7. akak tengok je dari jauh nih...
    mmmmm....
    (mujur dah pernah sampai..so..tak de la nak sentap bagai..hahahaahahaha)

    ReplyDelete
  8. gambar melompat tu paling CANTIK!!!

    ReplyDelete