Wednesday, October 29, 2014

Bhg.12 (Finale) | Memorial to the Murdered Jews & The Reichstag Dome, Berlin

Assalamualaikum!

Akhirnya tiba ke entry yang terakhir untuk trip Germany ni. Fuh~ lega rasanya bila akhirnya nak abes dah. Pasni boleh la proceed ke trip lain lak.  Eh, ada ke? Ahaks... dah almost dua bulan tak naik kapal terbang ni. Hurm... rindu lak kat seat kapal terbang yang sempit itu~ hahaha. 

Ayuhh! Ni berlaku selepas aku dah balik ke hostel tengah hari tu untuk mandi dan shalat dan tukar baju yang lebih selesa skit. Cuaca pun macam agak panas skit arini. Okla dari gloomy hujan je kan. Takleh sesiakan cuaca yang elok camni. 

Aku naik semula metro menuju ke stesen Brandenburg Gate. Sebelah kiri gate yang besar ni terletak satu memorial yang aku rasa agak simbolik la dengan sejarah Jerman ni sendiri. Pembunuhan beramai-ramai orang yahudi yang berlaku antara tahun 1941 - 1945. 

Nama tempat ni adalah "The Memorial to the Murdered Jews of Europe @ Holocaust Memorial". Tempat ni bukan kubur ye... tapi hanyalah sekadar memorial yang mengundang sedikit kontroversi yang dikatakan tidak perlu sebenarnya buat benda ni. 

kawasan memorial yang seluas 19,000 meter persegi yang terdiri daripada 2,711 bongkah simen yang berlainan ketinggian

Free je nak datang sini sebab terletak di kawasan terbuka. Kalo teringin nak amek tour guide pun boleh takde masalah. Tapi aku tidaklah gigih benar nak amek. InsyaALLAH info yang tau tu, aku boleh baca. Walaupun maybe berlainan dari ummah lokal, tapi rasanya memadai la dulu buat masa sekarang ni. 


Kat area bawah tanah, ada ditempatkan tempat informasi berkaitan mereka yang telah dibunuh pada ketika itu. Bila tengok nampak macam scary lak nak turun bawah tu. So, aku tak turun. 

Bila duk dalam kawasan tu, actually aku rasa seronok sebab rasa macam duk dalam maze. Hahah walaupun tidaklah bersimpang-siur susunan dia tapi stil.... rasanya macam boleh sesat kot kalo main sorok-sorok dengan kawan-kawan nih. Ada tu aku nampak siap orang ni tido okeh! Maybe rasa tenang gamaknya. 

Entry ni kita layan banyak gambar jela okeh. 

ketinggian yang tidak sekata, memberi kelainan

zoom out skit

kalo view dari tempat tinggi maybe lagi menarik

actually takleh baring, berdiri, duduk atas ni nanti kene halau dengan guard, tapi aku buat tu je mula-mula tu sebelum kene halau, ahaks

laluan antara bongkah konkrit

lena mamat ni tido, siap bawak penutup mata tak tahan tu


budak ni main kejar-kejar dengan kawan dia



Aku rasa aku spent kat sini agak lama. Yela, nak kill time sementara nak tunggu waktu masuk ke Glass Dome tu. Tak jauh daripada sini gak. Lagipun dah malas nak jejalan jauh-jauh. Kat hati ni dah teringat kat katil dan bantal je kekdahnya. 

Dah agak lebih kurang nak sampai waktu, aku geraklah ke The Reichstag Building tu. Proses takde masalah. Tunjuk surat yang aku dapat semalam tu skali dengan passport dah boleh jalan menuju ke tempat scan badan dan beg. Ramai betol pegawal yang duk jaga kawasan ni. 

Bagaimana nak dapatkan surat kebenaran masuk? Boleh refer entry aku sebelum ni ---> SINI 

Dorang akan bawak masuk tourists yang dah ada surat ni batch by batch. Bukan main aci masuk je. Setiap batch nanti akan diiringi dengan seorang pegawai untuk dibawak masuk. Fuhh~ macam tu skali haaaaaaa.... nak masuk bangunan Parlimen katanya. Ruangan dewan Parlimen bukan tempat untuk public masuk dan tengok. Hanya ruangan Glass Dome sahaja yang boleh masuk. Okla daripada takde langsung. Ni pun aku tengok kat Googles Images sebab macam impressed dengan reka bentuknya dari dalam. 

Glass Dome dibina di atas bangunan Reichstag yang baru dibina semula pada ketika itu. .Dulu dome dia bentuk lain. Bukan bulat macam sekarang. Kalo tengok ke bawah, actually boleh nampak chamber tempat parlimen bersidang. Tapi aku pegi aritu tak brape nak nampak sebab gelap. 

Dome ni dikatakan simbol perpaduan di German. Katanyalah....

Orait jom layan gambar okeh! Nak baca lanjut boleh la klik ---> SINI 













The Reichstag Building

Lepas tu, aku ke mana? Layan senja kat starbucks kat dataran Brandenburg Gate tu. Ramai orang tengah layan senja-senja ni. 

Petang yang indah untuk akhiri trip aku ni...



Lepas tu, perut dah lapar... cuma carik kedai thai nak makan tomyam sangat malam tu. Dapat hirup seafood tomyam dengan nasik putih. Pperghhhh! adalah amat lazat okehhhh! Tapi tengok harga macam mahal lak.. duit pun nak abes dah ni. Ended up aku makan tuna pizza sorang-sorang kat satu kedai dekat dengan hostel aku. Sambil layan wifi. Ahaks...

Esoknya flight aku pagi jamm 9:30 pagi. Tak jauh pun kalo naik metro dalam 30-45 minit dah boleh sampai. Nasib book hostel gak untuk malam tu, kecik je rupanya epot untuk balik ni. Aku dah lupa nama tapi untuk low-cost carrier la... 

Owh ya... tambang metro menuju ke airport adalah EUR3.20/pax yang cover zone A, B dan C. 

Ok dah tu je... insyaALLAH aku share total expenses sepanjang trip aku ni. 

Till then...

Bye! 

20 comments:

  1. bestnya insyaallah pasang impian nak sampai sini

    ReplyDelete
  2. Memang macam maze..
    Wpun sekadar bongkah konkrit..tapi tetap nampak cantik..(kalau benda kat tempat org..cantik aje..hehehe)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yuppp, bila berada kat tengah-tengah tu mmg rasa kat dalam maze pun. ;) biasalah kalo kat tempat orang sume lawaaaaa je. ahaks. walhal, kat negara sendiri pun ade je yg lawa kan.

      Delete
  3. nampak menarik...jauh perjalanan besar pemandangan kan.. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup mmg agak menarik. alhamdulillah ade rezeki utk tgkk tempat orang. ;)

      Delete
  4. gambar-gambar semua ohsem, Berlin memang best, antara tempat idaman kalbu jugak lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih... ;) insyaALLAH one day ko sampai gak bro.

      Delete
  5. tak sabar nak tunggu total expenses...

    ReplyDelete
  6. luasnya kawasan memorial tu..cuma ada bongkah2 simen je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yuppp mmg agak luas kawasan tu consider ianya terletak di tgh2 bandar utk bongkah simen tu je.

      Delete
  7. Bjalan je ngko ye jon. Keje skolah dah siap blum?

    ReplyDelete
  8. huiyooooo gambo motif line je tuhhhhhhh...
    John, sbb ko selalu pakai seluar kaler tu, mati2 ingat ko berlakon tido! Hahahhaahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahah takde dah zaman seluar kaler2. semua kembali kepada yang asal.

      Delete
  9. hurmmm.. bongkah2 tu kan.. kalau kita boleh main alih2 mesti best kan hahahah :D

    ReplyDelete