Monday, October 31, 2011

Countdown to 11.11.11

Assalamualaikum....

Wahhh...rasa macam dah lama tak update blog. Keadaan keje yang sangat-sangat tak mengizinkan aku nak type @ update blog ni. Pfftt....keje yang sangat-sangat busy. Sore throat mula mengancam anak tekak, bila bercakap atau melalak terasa sakit yang amat. 

Anyway, ape kabar korang sume? Aku nampak ramai blogger jarang update blog especially Fatt (katanya suprise trip, which is i dont think it's a suprise visit. tak gitu fatt? ;p), Zilla (suprise jugak katanya...tapi dah balik!), Mr.Kemang (non-stop keje katanya...tp kat fb boleh tahan duk mgs ;p), MasZuber (busy agaknya...senyap je ;p), Shah_rule (nak exam katanya...tapi sempat lagi berjalan! hahah), Biqque (Ustazah pilihan...katanya pegi family day kat Penang. Rindu pulak bebelan dia. Hahaha), Chawanna (kawan kepada ustazah pilihan, senyap jugak 2 3 hari ni, busy mengasuh agaknya ;p), Janggel (senyap jugak di blog, tp baru je baca status tengah duk layan MasterChef!), Lily Riani (i'm waiting for your next entry in Greece! Awesome trip!)

Aku tak sempat lagi nak balas komen-komen untuk entry sebelom ni. Aku rasa macam nak copy paste sume komen, then letak kat dalam 1 post. From there, aku komen satu-satu. Boleh x? Hihihi.... Arini dah free skit, so just lepak kat umah, qada' tido yang tertangguh selama 2 weeks, masak nasik sendiri, malam tadi sempat setelkan bajet untuk trip ke korea nanti. Pasni, dapatlaaa tido lena.

Bajet ni hanya anggaran...segala perubahan tertakluk kepada the real situation nanti. Seperti biasa, bajet untuk shopping terpaksa lebih skit, nak beli baju-baju korean style nanti. Baru leh jadik K-POP! *wink*


Till then....wasalam

Tuesday, October 25, 2011

Too busy.... *sigh*

Assalamualaikum....

Lama dah tak update blog sebab aku tersangatlah busyyy....tiap-tiap hari balik tengah malam. Anyway, aku baca sume korang punye komen kat 100th post dan jugak diskusi tu. Thank you sangat-sangat. Macam-macam sokongan dan pendapat dari korang sume. Nanti bila aku dah tak busy skit, aku try reply tiap2 satu komen. InsyaALLAH... 

Sekeping gambar sebab aku ade komen kat entry Fatt. Hihihi...

Gaya di New Zealand. Ape macam? Hahah


Till then...wasalam...

Wednesday, October 19, 2011

Pendapat : Jom Diskus! - 1

Assalamualaikum...

Just nak mintak pendapat korang. Aku ade terbaca status FB kawan aku dia tulis camni

"Trend zaman moden ialah 'euro trip', 'around the world trip', Disneyland la ke sana ke sini semua orang pergi, tapi Haji x pergi2 pun, pastu meninggal dunia... ape kite nk jwab bile Allah tnya nnti? renung2kan dan zikir2kan la ye...."

Pendapat aku : Agak sentap tapi itulah hakikatnya. Bila aku pikir balik memang ada betolnya apa yang dia cakap. Tapi aku TAK setuju 100%. Sebabnya...bumi ALLAH ni sangat-sangat luas. Nape kita nak terhadkan langkah kaki kita hanya kat Malaysia atau Mekah @ Madinah saje? Takkan tempat-tempat ni je yang kita perlu jejak seumur hidup?

Aku faham...mesti ada orang akan persoalkan. Kan lebih elok kalo ade duit pergi buat haji atau umrah dulu. Then, kemudiannya baru pegi jelajah tempat lain. Yang itu hak masing-masing. Tepuk dada tanya iman masing-masing. Ya aku akui yang aku rasa total expenses aku untuk travel tahun ni sahaja dah lebih 10k. Sudah cukup nak cover pegi umrah 2 kali @ sekali naik haji. Siapa cakap aku taknak pegi buat umrah @ haji? Sape yang taknak pegi ke rumah ALLAH. Tempat yang indah untuk pegi. Cuma masa yang akan menentukan dan rezeki datang. InsyaALLAH akan ku pegi jugak nanti. Doakan ye korang sume.

Bagi yang tak suka travel lak, mesti cakap macam ni "kan lagi bagus beli rumah ke, kereta ke..ada jugak harta". Jawapan untuk kenyataan macam ini aku tak bangkang. Tapi aku tak ready lagi. Aku nak travel dengan melihat dunia yang luas ni. Kalo ko minat nak kumpul segala bagai harta bagai nak pecah rumah tu dengan harta tu, please be my guest. Itu hak masing-masing. Minat aku dalam masa sekarang ni adalah untuk travel. Bila dah sampai masanya...aku akan slow down, sikit-sikit kumpul harta dan sebagainya. Plus, aku travel bukannye nak pegi buat benda-benda tak elok. Niat nak tengok betapa indah dan luasnya dunia ni. Takdelah terhad duk tengok negara sendiri je ibarat katak bawah baldi.

Jawapan kalo aku emo untuk status kat atas : Lame reason to blame someone who love to travel without thinking what's the purpose of travelling itself. Plus, do i use your money? Do u pay all expenses? Do i care? Watefak lak kan. Ala...yang dah pegi naik haji segala haji @ hajjah sekalipun, adakah berubah 360darjah? Kat kampung aku tue, bersepah makcik-makcik yang dah naik hajjah tapi perangai aku tengok sama je tapi tak semua ye. Hanya ALLAH yang tau apa yang tersirat...

Akhir kata, just my 2 cents opinion. Aku pun bukannye alim mana pun. Solat pun kadang-kadang terbabas jugak. Correct me if I'm wrong yang ade segelintir pun lebih kurang macam aku jugak. Mudah-mudahan kita sama-sama mengingatkan antara satu sama lain. InsyaALLAH....

Aku baca kat I Luv Islam. Semoga para teman-teman dan diri aku sendiri takkan jadik macam ni. InsyaALLAH...

- Golongan yang berkemampuan dari segi perbelanjaan dan seumpamanya tetapi belum lagi mengerjakan ibadat Haji dan tidak pernah terlintas untuk mengerjakannya walaupun ia telah berkesempatan ke tempat-tempat lain yang lebih jauh daripada itu.

Golongan yang keempat inilah yang dibimbangi akan mati sebagai seorang Yahudi atau Nasrani. Ini berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Al Hakim daripada Saidina Ali yang bermaksud :

" Sesiapa yang memiliki perbelanjaan yang melebihi dari keperluannya dan mencukupi untuk perbelanjaan menunaikan ibadah Haji serta mempunyai kenderaan yang boleh membawanya ke Baitullah dan tidak mengerjakan Haji, maka tidak ada apa yang menghalangnya dari mati sebagai seorang Yahudi atau Nasrani "


Till then...wasalam.

100th Post - An Achievement for Me!

Assalamualaikum.....

credit to Google

Pejam celik, pejam celik pastu dah tak bukak-bukak dah sebab dah lena ngantok sangat...dah sampai post aku yang ke seratus @ 100! Wahhhh....sumpah aku tak sangka dan banyak dah aku tulis pasal benda-benda yang aku nak share dengan korang sume. Tujuan asal hanyalah untuk sebagai jurnal mengenai negara mana yang aku dah pegi. Benda macam ni akan jadik memori kita sampai bila-bila. Plus, nak share dengan readers mengenai ape yang aku lalui dan sebagainya. Ade jugak tips-tips aku selitkan walaupun tak banyak mana pun.



Mengenai ape yang aku tulis kat blog adalah memang sepenuhnya dari pengalaman aku sendiri. Takde tambah-tambah garam gula ke ape. Memang pure ok! Kalo sempat sebelom tido tiap-tiap malam bila aku travel, aku akan taip ape yang berlaku pada hari itu. Sebabnya..otak masih fresh dan ingat segala benda. Kadang-kadang taktau cara macam mana nak ringkaskan cerita aku. Banyak nak share dengan korang sume nih tau! Panjang aku tulis....korang BACA tak??? Hahaha...kalo baca...terima kasih banyak-banyak! Bukan ape, kawan aku cakap...cara penulisan aku memang sebijik cara aku bercerita bila depan-depan. So, kalo korang tak jumpa aku pun, just imagine yang cerita-cerita aku bila aku sendiri bercerita kat korang tau!


Anyway, taknak cerita panjang-panjang. Harapan aku, semoga aku terus menulis kat blog ni dan dapat share macam-macam dengan korang sume dengan pelbagai cerita yang menarik. InsyaALLAH. Mudah-mudahan impian aku nak travel seberapa banyak negara yang boleh tercapai dan impian korang untuk travel jugak tercapai. Masin mulut korang sume nanti. Doakan yang terbaik ok. Para bloggers yang aku baca blog korang especially Fatt (follower pertama @ kedua @ ketiga aku), HazwanSamian, Chawanna, Biqque, Kemang, Janggel, MasZuber, AKO, Diana Diane, Cik Kodok, Shahrule, Zilla, LilyRiani dan yang lain-lain...tak sangka dapat kenal dengan korang sume. Korang banyak menyumbang inspirasi dan pelbagai cerita yang sangat-sangat menarik!  Hanya travellers yang mengenal travellers kan? Tak lupa jugak kepada kawan-kawan forum yang dah penah jumpa dgn yang tak penah jumpa just jumpa kat forum je....fadhil, azradiza, haz, whiteberry (tiap-tiap hari jumpa!), chimei, divasweets, aishahahmad, nana, kak alyn  dan yang lain-lain sebab share baanyyyakkkkk tips yang berguna bila aku nak travel. Hihihihi....Mudahan dapat laa jumpa korang satu hari nanti. 


Sesungguhnya...aku sangat-sangat bersyukur atas kurniaan-Nya ini. Memang tak sangka, Alhamdulillah...dalam masa almost setahun dah banyak negara aku dapat cover. Banyak lagi impian aku yang masih belum tercapai. Semoga aku dan korang semua selalu diredhai-Nya dan doa kita akan selalu dimakbulkan oleh-Nya. InsyaALLAH...

Till then...wasalam.

Tuesday, October 18, 2011

Jai Ho - May There Be Victory

Assalamualaikum....

Tak nak tulis panjang-panjang....anggaplah aku dah gila. Hanya berharap akan dapat cuti walaupun time tu sangat-sangat busy bagi aku. Aku tak rasa bos aku nak kasik aku cuti time tu.

Special shout-out kepada yang berkenaan iaitu Kemang (Host), Janggel, Fatt, MasZuber, Zilla, Biqque, Chawanna, AKO, CiK Kodok (gepren) dan yang lain-lain...sila berdoa untuk aku supaya dapat cuti. InsyaALLAH...

By the way, sape yang tukang plan ni? Kemang, Janggel, Kaki Jalan or Aku?

Nanti bagitau aku bajet dan tempat korang nak pegi ye...ade 4 bulan nak tanam daun ketum belakang umah. Harap2 sempat laa makan hasil. Boleh buat blanje kat sana.




p/s: Korang yang berkenaan. Kalo aku tak dapat cuti...korang sampaikan salam aku kat Taj Mahal tau. Sob sob sob...

Till then...wasalam..

Saturday, October 15, 2011

The Secret Life of Nora not Nowa!

Helllooo peeps! Happy Weekend ya! 

Malam semalam aku sempat laa menonton teater kat Istana Budaya yang tengah hangat berlangsung iaitu The Secret Life of Nora. Yela, tengah hangat tentula aku nak tengok. Bukan selalu kaki ni nak jejak kat Istana Budaya. Kalo duit ada, cite best...layan. Teater ni adalah terbitan orang yang sama pernah terbitkan musical kegilaan ramai termasuk aku iaitu Puteri Gunung Ledang the Musical iaitu Datin Seri Tiara Jacquelina. 


Aku plan nk tengok teater ni since waktu dia lancarkan dulu before bulan puasa lagi. Tapi tak confirm lagi camne review dari penonton yang awal. Tapi memang aku dah agak dah kalo Tiara buat teater mesti meletop! Macam PGLm dulu. Aku memang puas hatila. Bila dah ramai duk kasik review yang best-best termasuklah Janggel. Maka, tanpa rasa bersalah terus aku book tiket. Mostly seat yang murah-murah tentulah abes cepat. Nak amek yang mahal memang tak dapatla. Kang tak pasal-pasal makan megi je. Aku amek yang berharga RM113, tapi....ada diskaun 50% sebab ada code rahsia iaitu MAXIS. Bila beli online tu, nanti dorang akan suruh letak discount code, then korang just type MAXIS. 

Lepas je abes keje semalam, terus rempit ke sana. Takut jalan sesak lak kalo gerak lambat-lambat. Pick-up kawan dulu then terus pegi IB. Masih awal lagi, boleh laa amek gambar kat mana yang sesuai. Tapi aku tak amek gambar ler sebab tak bawak kamera. Plus, muka stress balik keje, malu.....hihihi. 

Tepat jam 8.30 semua penonton telah memenuhi Panggung Sari Istana Budaya. Owh ya, turun hadir jugak malam tu ialah DYMM Sultan Pahang dan jugak DYMM Sultanah Pahang. Kalo tak silap aku, DYMM Agong dan Permaisuri Agong pun datang tengok beberapa hari sebelum itu. Memang ramai ler yang datang tengok. Dari yang kecik sampai yang dah tua-tua datang tengok. Dari kulit gelap ke kulit cerah. Dari yang kurus ke gemuk sume ada. Macam-macam bangsa yang datang. 1MALAYSIA laaa katakan. ;p 

Sinopsis cerita ni aku rasa ramai yang dah tau kot. Malas aku nak type panjang-panjang. Korang just pegi google jela. Takpun pegi tengok sendiri. Dorang dah extend the shows until 22nd of October ni. Cepat dapatkan tiket-tiket anda seblom sold-out! 

Overall, bagi aku teater Nora best! Sumenye cukup dari segi props, lakonan, lawak jenaka, lagu-lagu, para pelakon memang cukup segala rempah-ratus. Memang teater yang berbajet besar. Untuk Datin Seri Tiara a.k.a Nora @ Nowa (hihihi), kudos for you. Another great theater. Vokal semakin baik, gerak tari pun makin mantap. Keep it up! Ryan Silverman a.k.a Roger Foss, actor from West End. Seorang yang sangat hebat dipentas. Tinggi dan kacak...suara yang sangat best! Adibah Noor a.k.a Kak Tijah. No words that can describe you. Awesome and superb! Tak boleh lupa part Kak Dib terbang...it's a WOAHHH!!! Tony Eusoff a.k.a Agent Farok. Superb...suara best plus good english command. Kawen jugak dengan Kak Tijah ye. Stephanie a.k.a Betty. New talent with great and complete package! Aku ingatkan dia Aishah Sinclair dah. Aaron Khaled a.k.a Shariff, as  with Stephanie. Aznil Nawawi a.k.a Mr J. Hebat dan memukau! Memang terbaikk laa dari Pak Nil. Bila dia sebut perkataan yang ada huruf R tetapi beliau tidak boleh menyebutnya dengan betol yakni pelat. Tak penah tersasul pun. Even time menyanyi atau bercakap laju. Nora jadik Nowa, Roger jadik Woger, Remember jadik Wemember. Hahahah....sume orang gelakkkk ok dalam dewan tu!

Tapi bagi aku teater The Secret Life of Nora memang tak boleh lawan Puteri Gunung Ledang the Musical dari beberapa faktor. Tapi aku malas yang tulis. Hihihi.... Time teater Nora, susah nak tengok orang kasik standing ovation. Tapi bila aku tengok PGLm, time last part tu...sume orang kasik standing ovation. Even dari segi props PGLm, aku memang suke habes laaa...kagum giler dengan macam-macam props like stupa, istana Melaka, kapal layar sume. Tapi yang untuk teater Nora props yang digunakan tak banyak tapi still memukau. Tapi still best. 

Jom layan gambar, kredit untuk Fanpage The Secret Life of Nora.









Segmen kedua, bila part Mr. J muncul......






Muka-muka penonton yang berpuas hati....




Till then....bye~


Friday, October 14, 2011

Real Steel : Awesome!

Helllooo guys! 

Wahhh....been busy lately. Nak study pasal korea pun tak sempat. Balik keje terus.....lena! Tapi malam tadi, dapat tiket free dari firm untuk sape cepat dia dapat kat dalam e-mail ofis. Untuk tengok cerita REAL STEEL. Actually...aku xtau pun movie ni pasal ape. Main klik je...janji dapat tiket free, pastu layan.... 


Malam tadi before gerak pi Tropicana City Mall, sempat la skit buat research pasal cite ni. Sape pelakon dia, cerita pasal ape sume... 

Ni sinopsis aku yang aku dapat huraikan dari ape yang aku tengok tadi.

Filem ni mengisahkan mengenai seorang lelaki yang begitu taksub dengan sukan tinju robot. Sampaikan sanggup berhutang dengan ramai orang semata-mata nak beli robot untuk bertinju. By the way, cerita ni keadaan zamannya bukan zaman kita ye. Kalo tak silap aku....dalam tahun 2016 camtu. So, korang sume..sila expect nanti dalam tahun 2016 akan ada sukan robot tinju yang gantikan manusia. Kita just tengok je. Biar robot yang lawan sampai lebam! Owh ya...pelakon utama dalam cite ni ialah Hugh Jackman dan seorang budak namanya Dakota Goyo. 


Ok...dalam Hugh Jackman dalam cerita ni memegang watak sebagai Charlie Keaton. Seorang bekas boxer yang tak penah kenal erti kalah dalam erti kata lain...DEGIL! Asyik kalah je dalam perlawanan robot tinju ni. Plus suka poyo dan berlagak bagus. Tetapi sumenye berubah bila.....dia dapat tau, bekas GF dia..ntah ape nama dah meninggal dunia and dorang ada seorang anak lelaki. Tapi si Charlie ni memang dah gave up custody anak dia. Dan serahkan hak itu kepada mak cik kepada anaknya itu, iaitu Max Keaton. Tetepi sebelum itu, Charlie perlu menjaga anaknya itu sampai makciknya kembali dari bercuti dari Italy. 

Pada awalnya...hubungan dua beranak ni agak dingin. Masing-masing jenis keras kepala. Well...like father like son. There's no suprise about it! Btw, Charlie actually dah jual anaknya kepada makciknya dengan harga 100k tapi dia bru dapat 50k untuk beli new robot iaitu Noisy Boy. Awesome wooo robot tu macam ninja dari Jepun. Tapi robot ni kalah dalam perlawanan. Kemudian....ketika mereka berada kat kawasan besi buangan. Max discovered 1 robot buangan yang masih elok. Dia bawak balik tapi dengan sindiran bapak dia la dengan cakap "this is useless..bla bla blaa...." Tapi budak ni, still degil nak bagi lawan dengan robot lain. So, Charlie bawak laaa budak ni untuk lawan dengan robot lain. By the way sekali lagi, nama robot yang dijumpai oleh Max bernama Atom. Bila tiba di tempat perlawanan.....Atom telah berjaya menewaskan lawannya! Sejak dari itu, Charlie mengetahui yang anaknya itu berbakat. 



Noisy Boy lawan Midas
Bila Atom dah berjaya bertinju dengan lawannya...mereka semakin yakin dengan langkah mereka. Perlawanan demi perlawanan telah diharungi oleh mereka. Akhirnya mereka berjaya...mendapat tempat untuk bertinju di arena yang terkenal iaitu WBR (World Robot Battleship ke ape...dah lupa lak) untuk melawan robot yang tak pernah kalah dalam semua perlawanan...dan sangat gagah iaitu Zeus. 

Adakah mereka akan berjaya mengalahkan Zeus? Sila tengok sendiri ye.........


Ni owner kepada Zeus....cantik tak?

Bagi aku cerita ni layan.....dan memberikan moral kepada kita, walaupun kita tak rapat dengan anak sendiri, tapi naluri kebapaan untuk berkorban demi seorang anak adalah sesuatu yang sangat2 menyentuh perasaan. Like what Max has said in this movie... "I want you to fight for me!" 

Kalo korang ada masa....pegi tengok ok. 

Till then...bye!


Tuesday, October 11, 2011

Accommodations in South Korea : Hotel vs Hostel & Guesthouse

Sebelom itu...annyeong haseyo yorobun! my name is Hyun Ki Joon @ John! 내 이름은 현기준 @ 존... Be inspired ok guys!

Haa....korang boleh panggil aku dengan nama tu. Valid until 20th November 2011 sahaja. Pastu back to John balik. Hahahah...

Ok..bercakap mengenai tajuk kat atas tu. Kalo dah tau nak pegi travel negara maju, janganlaaa duk berangan nak duk hotel. Duk kat hostel atau guesthouse sudah memadai. Infact, aku rasa lagi best dan value for money invested. Aku lama jugak duk buat research dan survey hostel atau guesthouse yang mana satu untuk aku stay sepanjang trip aku ke sana. Kriteria yang aku pilih berdasarkan lokasi, murah, facilities, free breakfast dan design hostel @ guesthouse itu sendiri. Tidak lupa jugak...baca reviews yang diberikan oleh orang yang dah penah duk kat situ. Boleh baca kat Hostelbooker atau TripAdvisor. Betol-betol berguna! Jangan tak baca...you will know the real situation. Kadang-kadang yang tukang kasik review ni, banyak cekadak jugak. So, try to read from the positive perspective. Mostly, kalo hostel atau guesthouse tu betol-betol bagus, jarang akan dapat bad reviews. 

So, let's cekidaut hostel atau guesthouses yang aku dah shortlisted. Tapi yang first three adalah guesthouse yang dah aku booked untuk trip ke South Korea. Aku pilih DORM sahaja...sebab nk jimat punye pasal.


Location : Chungmuro Station, 1 stop from Myeongdong Station. 
What's included : Breakfast, bed linen, towel, and storage rooms
Facilities : Free internet, air-conditioning, free city tour, 24hour hot showers, tour/travel desk, credit-card accepted. 

Some reviews: 
1. "The hostel was in a traditional Korean area, very close to the metro station and a short walk to a shopping areas. The guy running it spoke limited english but was effective and friendly."

2. "everything is very clean, owner is really good character, and location is so good. i could go to myondong on foot just about 10min !!! i wanna stay here if i had chance to go korea again."

3. "Very friendly staff and the location is also very good. Suitable for travelers who dose not have high standards of living and want to save a little."





Location : Anguk Station, 5 minutes walking from Insadong
What's included : Bed linen, towel, and storage rooms
Facilities : Free internet, air-conditioning, free city tour, 24hour hot showers, tour/travel desk, free coffee and tea, and etc. 

Facebook : Doo Guesthouse

Aku pilih yang ni sebabnya still baru...so, antara rumah hanok style yang termurah. So, okla kot. Just stay sini untuk 1 malam sahaja. Untuk rasa pengalaman aje. Other than that...bila lagi kan? Hihihi 

 Bedrooms • Single room is 50,000 KRW (1 person)
• Semi double room 60,000 KRW (2 person)
• Double room is 70,000 KRW (2 person)
• Family room is 110,000 KRW (4 person)

Some reviews: 

1. "Doo Guesthouse is in a hanok or traditional house with rooms set around a courtyard. There are no private baths. But there are three bathrooms for, I think, eight guest rooms, so the place is pretty well-served with bathrooms. The rooms are tiny, but they have air conditioning and tv. Small rooms seem to be the norm in Asia unless you are prepared to ante up a lot more money than Doo charges. More important than space to me is whether a place is clean, and Doo is clean. This is all the more impressive, because right now, Doo is a one-man operation. Donny, the owner, mans the phones, cleans the rooms, and checks in guests all by himself, and he still finds time to make you a cup of jasmine tea and talk with you about your day. Doo is near the Changdeok Palace and Bukchon Village, on a street with shops that seem more local than tourist serving, which is strange given the number of guesthouses in the area. But that's good for local flavor and there are plenty of cafes and restaurants just a street over."






Location : Hyehwa Station Line 4, Take Exit no.4
What's included : Breakfast, bed linen, towel, and storage rooms
Facilities : Free internet, air-conditioning, 24hour hot showers, tour/travel desk, free coffee and tea, washing machines, self-catering facilities and etc 

Some reviews: 

1. "Mr.cho and his friends are too kind and ready to help- and also very generous! Had a great time - definitely my hostel for future Seoul visits!!"

2. "The rooms are really nice and complete. It has in floor heating system. Shampoo, conditioner and body wash are provided. I liked the fact that Mr Cho takes the time to prepare our breakfast. They go out of the way to help. The common area is pretty and complete with all the facilities we need. They also offer free use of washing machine. We will come back to stay here when we return to Seoul next year."

3. "The place is very accessible by subway and buses. The staff are very friendly, helpful and Mr. Cho, the owner even went out of his way to bring me to the shuttle station in Insadong where I had to join the tour by 0900 hrs. He also brought me to the airport bus stop without any additional pay. One night he gave me dinner when I was so tired from my day's tour."





Kat bawah ni pulak...link untuk hostel atau guesthouse yang aku dah short-listed kan untuk panduan kita bersama....aku pilih untuk dorm sajork sebab dah sangat-sangat ok plus nak tido je pun. Btw, every guesthouse ade free internet which is sangat-sangat laju mengikut kata orang yang dah penah ke sana...awesome!  








Till then.....bye! 

 

Monday, October 10, 2011

Tips | South Korea - Draft Itinerary

Assalamualaikum....Happy Monday Blues everyone! 

Alhamdulillah...setelah kerja keras selama beberapa hari ni, aku berjaya jugak siapkan itenerary aku untuk ke Korea Selatan pada bulan November nanti. Pada plan asal, just nak pegi dari 11 November 2011 (11.11.11 cantekkan date aku? ;p) hingga 18 November 2011. Tapi memandangkan aku ni ada sikap tamak dan tidak puas, aku tukar date balik aku ke Malaysia kepada 20 November 2011. Kalo boss aku tau ni, mati aku! Kiranya aku extend lagi 2 hari. Harap-harap dapatla aku pegi tempat lain dengan sendiri. 

Secara kasarnya, dengan bantuan forummers, internet dan buku-buku yang aku duk bwt research maka, aku telah berjaya hasilkan rangka lawatan aku ke Korea untuk seminggu. Aku tak tau samada aku dapat cover ke tak berdasarkan ape yang aku plan. Mesti rushing jugak. Hoepfully ianya berjaya dengan sukses. Aku rasa aku dah kene start besenam, supaya stamina aku meningkat. Ye la kan, nak banyak berjalan ni. Mau tak kurus aku nanti. Kekek...

Tanpa lengahkan masa, ayuh kita tengok! Kalo sapa-sapa yang tau, boleh komen. Aku sangat alu-alukan. 

Day 0 (11th November 2011, Friday)
>> Depart from LCCT at 11.50pm to Seoul 
>> Expected to arrive at Incheon International Airport at 6.20am

Day 1 (12th November 2011, Saturday) 

>> From airport, take a cab @ van to jetty to visit "Full House"
>> Around 11am, go back to the airport and take bus no. 6015 to go to Seoul City. 
>> Check in at Jin Guest House for 3 nights (Lunch and rest)
>> Visit and try korean sauna and meet up friends
>> Visit Namsan Tower around 5pm.
>> Dinner somewhere near Myeongdong (Seafood)
>> Walk around Myeongdong
>> Rest

Namsan Tower

Wanna wear like this! How cute is this? Hahaha
Day 2 (13th November 2011, Sunday)

>> Wake up early and breakfast at Guesthouse
>> Visit Sunday Market @ Insadong (Opens at 10am)
>> Visit Deoksugung Palace, Gyeongbukgung Palace and Gwanghamun Gate
>> Visit Buckhon Hanok Village
>> Visit Cheongyecheon Stream
>> City Hall
>> Dinner at Guesthouse, on our own
>> Free and easy. Maybe visit Myeongdong again




Day 3 (14th November 2011, Monday) 

>> Wake up early and breakfast at Guesthouse
>> Visit Nami Island (Winter Sonata's shooting location)
>> Lunch at Nami Island (Halal Cafe)
>> Itaewon - visit mosque and buy some quality t-shirts
>> Dinner at Itaewon. Halal restaurant. 
>> Banpo Bridge Water Show. If possible to do so. Need to check the schedule
>> Free and easy. Maybe visit Dongdaemun Market (Closes at 4 am!)
>> Rest




Day 4 (15th November 2011, Tuesday)

>> Wake up early and breakfast at Guesthouse
>> Check-out and leave the luggage at the storage room
>> Visit Yeouido Park and ride a bicycle around
>> Visit MBC + KBS + SBS
>> Visit 63 City Building (My Girl's shooting location)
>> Hangang River Cruise 
>> Star Avenue @ Lotte World
>> COEX Mall and Kimchi Museum
>> Check-in at Doo Guesthouse (Hanok Style)
>> Rest and free and easy activity




Day 5 (16th November 2011, Wednesday) 

>> Wake up early and breakfast at Guesthouse
>> Check-out from Doo Guesthouse. Only one night coz it is expensive! 
>> Proceed to English Village Paju Camp or Yangpyeong Camp. (1-2 hours journey)
>> Nanta Show at Myeongdong
>> Check-in at Fully House 
>> Namdaemun / Dongdaemun Market
>> Rest and free and easy



Day 6 (17th November 2011, Thursday) 

>> Wake up early and breakfast at Guesthouse
>> Visit MBC Studio at Ilsan
>> Coffee break at Coffee Prince at Hongik (Coffee Prince's shooting location)
>> Visit Four Seasons House
>> Visit SungKyunKwan University
>> Visit Apgujeong - high-end street in Seoul
>> Rest and free and easy




Day 7 (18th November 2011, Friday)

>> Wake up early and breakfast at Guesthouse
>> Go to Mount Sorak ( 1 whole day)
>> Free and easy
>> Rest


Day 8 (19th November 2011, Saturday)

>> Wake up early and breakfast at Guesthouse
>> Check-out and leave the luggage at the storage room
>> Join DMZ Tour for half day tour
>> Visit Myeongdong / Namdaemun / Dongdaemun for the last time
>> Get ready to go to airport
>> Flight to Malaysia at 12.20am (20th November 2011)


Notice: All pictures are courtesy from Google.com. Thank you.

Hopefully, I will be able to fulfill my long over-due dream to visit South Korea. InsyaALLAH. Anyone who spoil my mood before, during and after the trip will receive the revenge and no souvenirs!  Hahaha...

Till then.....wasalam.