Wednesday, October 19, 2011

Pendapat : Jom Diskus! - 1

Assalamualaikum...

Just nak mintak pendapat korang. Aku ade terbaca status FB kawan aku dia tulis camni

"Trend zaman moden ialah 'euro trip', 'around the world trip', Disneyland la ke sana ke sini semua orang pergi, tapi Haji x pergi2 pun, pastu meninggal dunia... ape kite nk jwab bile Allah tnya nnti? renung2kan dan zikir2kan la ye...."

Pendapat aku : Agak sentap tapi itulah hakikatnya. Bila aku pikir balik memang ada betolnya apa yang dia cakap. Tapi aku TAK setuju 100%. Sebabnya...bumi ALLAH ni sangat-sangat luas. Nape kita nak terhadkan langkah kaki kita hanya kat Malaysia atau Mekah @ Madinah saje? Takkan tempat-tempat ni je yang kita perlu jejak seumur hidup?

Aku faham...mesti ada orang akan persoalkan. Kan lebih elok kalo ade duit pergi buat haji atau umrah dulu. Then, kemudiannya baru pegi jelajah tempat lain. Yang itu hak masing-masing. Tepuk dada tanya iman masing-masing. Ya aku akui yang aku rasa total expenses aku untuk travel tahun ni sahaja dah lebih 10k. Sudah cukup nak cover pegi umrah 2 kali @ sekali naik haji. Siapa cakap aku taknak pegi buat umrah @ haji? Sape yang taknak pegi ke rumah ALLAH. Tempat yang indah untuk pegi. Cuma masa yang akan menentukan dan rezeki datang. InsyaALLAH akan ku pegi jugak nanti. Doakan ye korang sume.

Bagi yang tak suka travel lak, mesti cakap macam ni "kan lagi bagus beli rumah ke, kereta ke..ada jugak harta". Jawapan untuk kenyataan macam ini aku tak bangkang. Tapi aku tak ready lagi. Aku nak travel dengan melihat dunia yang luas ni. Kalo ko minat nak kumpul segala bagai harta bagai nak pecah rumah tu dengan harta tu, please be my guest. Itu hak masing-masing. Minat aku dalam masa sekarang ni adalah untuk travel. Bila dah sampai masanya...aku akan slow down, sikit-sikit kumpul harta dan sebagainya. Plus, aku travel bukannye nak pegi buat benda-benda tak elok. Niat nak tengok betapa indah dan luasnya dunia ni. Takdelah terhad duk tengok negara sendiri je ibarat katak bawah baldi.

Jawapan kalo aku emo untuk status kat atas : Lame reason to blame someone who love to travel without thinking what's the purpose of travelling itself. Plus, do i use your money? Do u pay all expenses? Do i care? Watefak lak kan. Ala...yang dah pegi naik haji segala haji @ hajjah sekalipun, adakah berubah 360darjah? Kat kampung aku tue, bersepah makcik-makcik yang dah naik hajjah tapi perangai aku tengok sama je tapi tak semua ye. Hanya ALLAH yang tau apa yang tersirat...

Akhir kata, just my 2 cents opinion. Aku pun bukannye alim mana pun. Solat pun kadang-kadang terbabas jugak. Correct me if I'm wrong yang ade segelintir pun lebih kurang macam aku jugak. Mudah-mudahan kita sama-sama mengingatkan antara satu sama lain. InsyaALLAH....

Aku baca kat I Luv Islam. Semoga para teman-teman dan diri aku sendiri takkan jadik macam ni. InsyaALLAH...

- Golongan yang berkemampuan dari segi perbelanjaan dan seumpamanya tetapi belum lagi mengerjakan ibadat Haji dan tidak pernah terlintas untuk mengerjakannya walaupun ia telah berkesempatan ke tempat-tempat lain yang lebih jauh daripada itu.

Golongan yang keempat inilah yang dibimbangi akan mati sebagai seorang Yahudi atau Nasrani. Ini berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Al Hakim daripada Saidina Ali yang bermaksud :

" Sesiapa yang memiliki perbelanjaan yang melebihi dari keperluannya dan mencukupi untuk perbelanjaan menunaikan ibadah Haji serta mempunyai kenderaan yang boleh membawanya ke Baitullah dan tidak mengerjakan Haji, maka tidak ada apa yang menghalangnya dari mati sebagai seorang Yahudi atau Nasrani "


Till then...wasalam.

29 comments:

  1. hurm...aku rasa kwn ko tu tak betul caranya nak menegur. pada aku itu hak individu, dia main tuduh tu dia tau ke kot2 org tu tgh merancang ke hape ke. slalunya org yg loud itulah org yg paling tin kosong sekali...

    pd pendapat aku yg penting sekali niat. kalau kita ada niat nak pegi tu dah cukup baik dari org yg lgsung tak berniat. apapun, setiap niat itu mestilah disertakan dgn usaha & kemudian kita bertawakkal kpd Allah

    sbg seorg yg penah pegi Umrah, aku nk bgtau yg aku pun masih imperfect. certain part aku dah berubah dan certain lagi belum. tapi waktu muda ni aku mmg suggest pegila Umrah at least kita dah bina something dlm diri utk lebih dekat kpd-Nya

    nasihat aku usah dilayan org camni...dia mcm api dlm sekam..dia akan always provoke. kalau ko sirap, dia hepi sbb dia berjaya buat ko sentap. yg terbaik ialah ko buat dek aje. kalau niat dia nak sedarkan org ok dia dpt pahala, tp kalau cara dia pun tak kena, niat nak hentam org...sendiri mau ingt le.

    kalau ko tanya aku ni lagila aku tak beli apapun harta sbb aku rasa kalau aku dah kawin, ada anak, aku takkan simply wariskan apa yg aku ada sbb aku nak dia cari sendiri. mcm kejam bunyiknya tp aku nak ajar dorg hidup. entahla kan, aku ni pungpang je lebih...esok lusa tatau apa jadi...wallahualam

    ReplyDelete
  2. John,

    Ako setuju pendapat ko, "itu HAK masing-masing!!!" "DUIT masing-masing juga!"

    lain orang lain pendapat,
    lain orang lain citarasa,
    lain orang lain impian dan kehendak!!

    Insyallah, mungkin belum sampai masa dan peluang tuk jejak tanah suci ALLAH tu. Sape kata tak nak pegi, sumer orang pasti teringin nak rasa jejak kaki kat sana kan ;-)

    Rileks!
    Maybe orang yg buat status macam tu jeles kot kat orang2 yg slalu travel sana sini. heheh..

    ReplyDelete
  3. X perlu sentap..perjalanan hidup kita ne kan dah disusun cantik.setiap perkara yang berlaku ada reason nya bdk2.Duit bukan alasannya.

    Kita berpeluang ke sana ke mari mengapa tidak mekah? Mengapa hati kita tidak terbuka utk ke sana?

    Pada saya, biar kita p sekali seumur hidup; balik dengan seribu satu keinsafan dan cuba sedaya upaya utk ubah menjadi yang terbaik dari pergi berkali2 tapi habuk pun takde (maaf kalau agak kasar bunyinya).Ibadah bukan utk menunjuk2.Keikhlasan kita terhadap diri kita sendiri, terhadap Allah itu yang penting.kita berpeluang ke sana ke mari, mungkin dengan cara ini Allah ingin buka mata kita untuk melihat kehidupan agar kita dapat menginsafi diri.Setiap yang berlaku ada reasonnya.Secara zahirnya orang bukan beranggapan kita dah terlebih bersedia/berkemampuan tapi hakikatnya kita tak tahukan?

    Bab hidup, mati, ibadah, siapalah kita nak mempersoalkan. Sebelum mempersoalkan kemampuan orang lain, better cermin diri itu dulu..

    sekian, pendapat saya..

    ReplyDelete
  4. adoi takutnya baca entry ni...terasa kene kat diri sendiri...tp kan kalu tak silap saya, bukan ke travelling ni pun leh jadikan ibadat...berdasarkan niat kita.kalu kita niat nak traveling nak tgk ciptanNya.tak salah kan...bukan kita nak nunjuk2 pun.haissyy tah la

    ReplyDelete
  5. I guess itu orang jealous kot. Jadi, dia pun mengambil kesempatan post macam tue. Biarkan tue orang, yang penting apa yang kau buat tidak mengenai sama tue orang.

    Ada kawan juga menegur saya untuk simpan duit untuk masa depan seperti beli kereta dan rumah. Tapi, saya rasa masa belum sampai. Saya selalu kasih tau mommy saya, "Travel while still young!" Hahaha..

    So, just ignore that nonsense people.

    ReplyDelete
  6. OMG, sentap hatiku.. Tapi nasib baik dah pergi umrah, so tak sentap sangatlah..

    Sebenarnya ramai je relatives aku pun dok bising2 pasal family aku every year pergi travel. Tapi nak buat macam mana kan? Dah memang itu passion kitorang. Sebab mak aku lah, aku pun ikut jejak suka travel sana-sini.

    Bab Haji tu memang aku tak boleh lagi la, belum ada income sendiri. Takkan nak pinjam duit org kot, itu bukan dalam kemampuan namanya..

    Apa2 pun, keep on doing what u like. Ignore all the nonsense from the nonsense people.

    Cheers!

    =)

    ReplyDelete
  7. Bro, terus terang aku cakap aku tak kesah langsung dengan statement2 macam tu, sebab apa?

    Sebab yang bercakap tu pon dah pegi ke Mekah / Madinah /haji seperti yang dia cakap tu? kalau dah pergi alhamdulillah but itu bukan cara untuk menegur, sebab melalui percakapan tu melambangkan perangai yg sebenar.

    Tapi kalau dia belum pergi??? tak payah nak nasihatkan kite pergi sana sini kalau ko sendiri belom mampo nak pergi . *sambil letak tangan di dada dan menjeling ke langit* (Biqque betol tak penggunaan ayat aku tu dengan situasi meletak tangan tu??)

    So nasihat aku, memang banyak dan macam2 perangai manusia di muka bumi Allah yang LUAS ni, dan terpulang pada hak masing-masing nak mulakan penerokaan tu dari mana.

    Memang la kalau kita mampu, seboleh-bolehnya kita nak ke Tanah Suci dulu, tapi bukan mampu dari segi kewangan je ye, mampu dari segala aspek jugak, rohani dan jasmani!!!

    Hanya traveler tegar je yang memahami isi hati seorang traveler. bak kata fatt "Hanya Johari yang mengenal Maniam! (Padayappaaaaaa! sangat org yang buat statement2 kontroversi ni kan?)

    akhir kata...wassalam.

    :)

    ReplyDelete
  8. john

    selepas balik dari oversea, saya pun pernah kata kalau boleh lepas ni nak ke mekah dulu, umrah atau haji. tapi atas sebab2 tertentu termasuk kos yang tak meyakinkan untuk anak beranak, ada tambang murah ke kiwiland kami grab dulu. niat nak ke mekah tu tak pernah terpadam. makin dekat nak ke NZ masih ingat mekah. nak nak dekat musim haji ni. nak ke mekah ni tak plan pun boleh jadi zuppp dapat panggilan. kalau dah plan pun tup tup tak jadi. yang penting berdoalah moga dapat panggilan cepat. InsyaAllah akan sampai masanya kita jadi tetamu Allah. Dalam berbelanja ke negara lain, jom kita masukkan juga dalam tabung haji. moga lagi cepat kita sampai ke sana. InsyaAllah.

    saya rasa kawan yang cakap macam tu dengki kot.




    zany

    ReplyDelete
  9. beb. aku pon tersentap kalo org kabor gitu..

    pastu aku diam, tak tau nak balas ape kat org tu.,


    "dari gi india tu, baik gi mekah"

    rase menusuk je ayat tu...pedih !

    aku rase mase nya akan tiba nnti..cume x tau lg bila kan...


    my 20cents!

    ReplyDelete
  10. HAHAHAHAHA (hadeiii naper terpakai allcaps ni lakssss hahaha)...

    Aku gelak sikit2 sambil tutop2 mulut dan angkat2 kening... dengar je tapi malas nak layan... sebab semua orang ada pendapat yang berbeza sebab memasing punya interest yang tersendiri... walaopun keje aku dok pi berjalan je, Mekah tu lagi dekat dengan aku sebab memana aku pergi, tempat tu tetap tak ada tandingannya... InsyaAllah ada rezeki menjadi tetamu lagi, sampailah aku ke sana...

    *manikam, maniam weeeeeee lagi maniam lagi manikam ~ hanya yang gila berjalan tahu bestnya berjalan *lagi banyak berjalan, lagi banyak best *eh banyak pengalaman lagi tahu menghargai

    ReplyDelete
  11. Aiseh John! Tak payah nak sentap bab2 org dok sound pasal nak kena gi Mekah dulu barghu travel..atau travel cuma kerja2 buang masa buang duit...buang karan...sb tak buleh kumpul reta...cuma kumpul gambar..tunjuk2 kat orang.. nak show off...wat tambah dosa...riak!!!Semo kata2 tu...dah pernah gak kak zie terima..tapi..masuk telinga kanan keluo telinga kiri..tak kose nak simpan lelama!

    Kak Zie rase...kita patut buat apa yang kita suka...sementelah usia masih muda belia & sehat walafiat..hidup kat dunia ni cuma utk sementara ..explore ajelah keindahan alam yang Allah jadikan...Bersyukur kr kita berpeluang utk mengembara dan kesiankanlah kpd mereka yg hanya tahu mengata itu dan ini tanpa bermuhasabah diri mrk sendiri!

    Kita berkongsi pengalaman ..bukan mencari riak..bagi yang sesama suka mengemabara..cerita2 teman2 boleh dijadik pedoman..Dosa dan pahala bukan kerja kita yang menentukan!

    Dan...Ke Mekah samada wat umrah atau haji..kalau dah namanye traveller...tambah2 muslim la pulak..pasti ada terdetik...satu masa...akupun akan sampai ke bumi para anbia'! Insya Allah..nawaitu mesti betul..

    John...Terus xplore dunia..dan terus berkongsi..I Follow!

    ReplyDelete
  12. Salam..
    Before ni I'm ur silent reader.. Terpanggil utk bg komen.. Pendpat sy itu hak msg2..ada org sanggup berhabis duit utk brg2 branded,kete or gajet.. Sy mcm u jgk mmg suka travel.. Mmg x pikir nk saving n kumpul harta.. Otak ni pikir nk jln2 tgk bumi ALLAH je..pantang ade tiket mrh mst grab..tgk bumi dan kebesaran ALLAH pn dpt pahala.. bila kita tgk negara dan budaya lain, kita juga akn bermuhasabah diri.. Rs bersyukur tggl kat M'sia..

    So far, dlm byk2 tempat yg sy pegi mekah n madinah yg paling best.. Klu ade rezeki tiap2 thn nk pegi sana..Percaya la, SERU tu akan dtg secara tiba2.. Insyaallah, klu di izin kan ALLAH kita akn jd tetamuNYA.. * Klu lah AA ada route ke sana, time 0 fare harus grab tiket ke sana dulu..*


    #sy suka bc ur blog sbb gmbr2 awesome!!Cite sgt detail(plg suka bab total expenses+ole2).. X sbr nk tggu travelog Korea.. Nnt sy blh kopipes ur itinerary(hehehe..mintak izin awal2)..sbb sblm ni gi Korea ngan tour.. Xpuas jln.. 2nd time ni nk redah sendiri..


    -SSY-

    ReplyDelete
  13. Aku pun pernah juga kena 'sound' dengan segelintir manusia dengan dua perkara di atas.

    First. Alhamdulillah aku pernah jejak kaki ke sana. Tapi perbelanjaan dulu ditanggung oleh orang lain. Insya allah aku memang ada plan nak pergi lagi tapi this time around with my own hard earned cash. Cuma aku tak pernah la nak bagitau these people aku pernah pergi. Atas sebab sebab tertentu. Tapi kalau orang tanya aku 'sound' begitu. Aku cakap la yang aku pernah pergi. Dengan ayat penyudah. 'Ko ader???' hahaha...

    Second. When it comes to buying properties. It all comes down to how you can actually afford to maintain it. As well as thinking of the exact sum of money that you have to spend on it every month without fail. Which aku still bila buat calculation. Aku still can't afford it. Dan aku tau bila aku mampu. Aku akan go ahead beli rumah or what not.

    Sama gak cam ko. Aku always dreamt of traveling since i was young. Nak melihat bumi Allah. Dan semua orang pon ada top priority memasing when it comes to spending their hard earned cash. Ada yang suka keta besar. Ada yang suka barang branded. Tambah tolak. Still we all are spending on the things that we like without putting the burden to others.

    Therefore. Aku rasa la kan. Some people are just born with it la. They can't fight it. As they are the way they are regardless of how you are trying to explain things.

    But that won't stop me from doing the things that i want to do. Sebab aku tau. Aku bukan buat benda jahat pon. And we are entitled to choose how we are going to spend our money.

    Just my senseless ramblings. Hehehe.

    ReplyDelete
  14. Kalau AirAsia ada offer 0 fare pergi Mekah, gerenti dah berduyun-duyun orang nak pergi sana...hahaha..
    Aku rasa bukan isu tak nak pergi tapi kos yang agak tinggi RM4k++, timing (byr mahal takkan nak pergi 3-4 hari pulak) visa yang leceh dan belum sampai SERU..Kalau dah rezeki tu, takde duit pun boleh je sampai ke sana..
    Apa-apa pun duit sendiri, ikut sukalah nak pergi mana pun..Tapikan, kebanyakkan spesies yang cakap macam kawan ko tu belum sampai lagipun ke sana.Diorang jeles tengok kawan-kawan dah pergi merata tapi diorang masih lagik bawah tempurung..Ada hati nak jalan jugak tapi duit dah sangkut dkt ipad, kete import atau baru lepas lebur dengan swisscash..hehehe...

    ReplyDelete
  15. Aku pun penah ditanya soklan yang sama, dan org yg bertanya tu bukanlah TRAVELHOLIC. So aku budget dia sentap, sebab dia tak leh jalan/xmo berjalan kemana2, pastu jeles sengsorang, so cara nak sakitkan hati aku dia tanya la soklan napa tak mo pegi buat haji/umrah.

    Jawapan aku kat orang cam ni senang je, hati aku memang ada nak ke sana, tapi tak sampai seru lagi. Kalau aku nk pegi, aku nk ready la semua. Sebab nak pegi Umrah/haji bukan macam buat planning nk pegi NZ/India/Jepun ke apa ke. Hati nak ke sana pun kena bersih, kalau niat nk tunjuk kat org, memang takde makna la nk buat haji/umrah. Dan satu lagi kos nk buat umrah sekarang koman2 nak kena ada 5-6k gak. Haji apatah lagi..lagi la mahal, dekat 10-11k!

    Aku percaya mana2 travelholic/non-travelholic memang ada pasang niat nk ke tanah suci, cuma waktu setiap org berbeza la. Tapi kita kena gak usaha ke arah tu, mana tau, entah esok lusa, atau 2-3 tahun lagi kita dapat invitation dari DIA..memang rezeki la tu kan..

    Yang pasal kumpul harta plak, aku tgk org yg non-travelholic ni, xde la berharta sgt pn, takat ada kete la paling kuat, utang keliling pingang gak, kedit kad la apa la.Cam aku, ada beli umah, tapi aku masih travel, pepandai la adjust kan financial kita nk buat cam mana. Mulut org memang macam air longkang, sesedap rasa je tanya soklan bodoh2 cam tu. Kalu kumpul reta bagai nak rak pun, bila nya masa dia nk guna? nk tunggu hari tua baru nk merasa berjalan, tu kalau panjang umor, kalau esok luse kiok, harta ko bukan leh angkut masuk bawah tu pun, dah la tu, travel pn tak penah rase, lagi kesian, idup jadi hamba duit/harta je.

    Dan point penting aku nk ckp, travel ni ibadah jugak, TAPI mestilah dengan niat dan perbuatan yang baik. Bukan travel nk pegi buat maksiat, yg tu memang saja cari nahas la kan..sah2 la berdosa.

    So untuk semua pedengki/pembusuk ati/non travelholic, sudah2 la dengan soklan sentap korang tu, cer cermin diri tu dulu, tgk apa yg korang dah buat, accomplish before nk sentapkan org lain, menyakitkan hati org ni dosa gk, so diam2 sudah..

    Mudah-mudahan org yg bertanya soalan sentap tu pegi la ke tanah suci semoga bersih hatinya..amin..

    Sekian..

    ReplyDelete
  16. Orang yang bagi pendapat tu...kalau dia ikhlas, alhamdulillah, jadi peringatan kat kita. Tapi kalau dia tak ikhlas (jeles lebih kat awak), biar Allah je yang balas.

    ReplyDelete
  17. get that a lot too ! tapi my jawapan emo is "my money my pasal !" :D

    i yg dah ada rumah, kereta pun still org tanya kenapa asyik berjalan aje, kenapa tak beli rumah lagi, kenapa tak tukar kereta, they will never stop asking !!

    so, just keep on travelling ! janji kita happy :)

    ReplyDelete
  18. Aku tak sentap pun.. every time aku nak pegi jalan2, parents aku mesti la sound, dari jalan2 baik la pegi mekah buat haji... so in a way diorang selalu ingatkan aku la.. it's just that belum ade rezeki nak pegi buat haji lagi.. tapi nawaitu tu dah ade...simpanan dah ade la sikit2... sementara nak tunggu cukup , aku akan jalan2 tengok dunia dulu ... then when the time comes, akan aku pegi haji jugak.. insyaallah, b4 i hit the big 40... amin...

    ReplyDelete
  19. -yang baik itu dari Allah, yang buruk itu dari saya-

    kita mulakan dengan bismillah ya saudara saudari.

    konteks umrah dan haji ini memang hangat diperkatakan lebih2 lagi pada kaki travel yang ke serata dunia, tapi tidak ke rumah Allah. kenapa tidak umrah? kenapa tidak haji? bezakah kita jika sudah ber umrah? beza kah kita jika sudah berhaji?

    dimana perlunya menunaikan umrah itu saudara saudari sekalian? adakah kerana umrah itu jauh lebih murah? jauh lebih pendek jangkamasanya? jauh lebih seronok membeli belah? adakah kerana trend ikutan orang? mengapa tidak saja menyimpan duit utk umrah itu, untuk haji? kerna disini yang WAJIBNYA adalah haji tuan2 puan2. asik buat yang sunat, yang wajibnya mana?

    lalu, dimana jatuhnya WAJIB menunaikan haji itu saudara saudari sekalian? MAMPU. mampu dari segi apa? duit, kesihatan, merdeka, dan sebagainya tuan2 puan2. MAMPUKAH anda? pernahkah anda lihat, mengapa menunaikan haji itu ditangga kelima saudara saudari sekalian. pernahkah anda pikir, sudahkah anda menyelesaikan baki yang empat itu? ha jgn terkantoi disitu, renung2kan lah.

    ya tuan2 puan2, baginda sendri pernah berkata, tuntutlah ilmu sampai kenegeri china. mengapa? apa kaitannya travel disini? tidakkah travel ke china itu juga satu ilmu? tapi, negara china sajakah? negara lain bagaimana? apa jadi dengan umat islam dinegara luar? salahkan kita pegi masjid di moscow? salahkah kita pegi surau di afrika? ilmu datang dalam pelbagai bentuk dan rupa tuan2 puan2. masyaAllah, besar sungguh tajuk ilmu ini. tuan2 ada minda, GUNAkanlah sebaiknya.

    berbalik pada pembelian harta. wah, rakan saudara itu sudah mula memandangkan harta dunia ya? macam saya. pfftt! rumah, kereta, wang, henpon, jam, baju, perlukah semua ini saudara saudari sekalian? terpulang. mengapa kita perlu asingkan keperluan dan kemahuan. mengapa nak berhutang ya tuan2 dan puan2? korang ingat bleh abis hutang2 tu? sok dah tua takde utang? mati takde utang? tapi, takde keta, susah. takde rumah, susah. susah ke? INI DUNIA ILUMINATI tuan2 puan2. dunia ini yang menetapkan harga. dunia ini yang menetapkan benda. TERMASUKlah harga buat haji! kalaulah kos haji itu murah, nescaya, tanpa diragu, PASTI kita kesana, bukan?

    berbalik pada NAWAITU. bukan NAMEWEE ye. NIAT. sedetik niat, terpalit pahala. ko bina rumah, tapi tak solat, ko dapat apa? ko pegi amareka, ko pegi masjid, dengar ceramah dalam english, ko dapat apa? bezakanlah tuan2 dan puan2. Allah itu MAHA mengetahui akan niat kita, WALAUPUN manusia itu tidak mendengar.

    dan kenapa manusia yang perlu menetapkan ko pegi umrah lagi bagus, ko pegi haji lagi afdal? walhal seru itu datangnya dari Allah, pabila dia berkata pada nabi Ibrahim, ITU KERJA DIA (Allah) untuk menyeru hambanya ke sini. bersediakah anda? tahu tarikhnya kah? tahu akibatnya kah? insyaAllah tuan2 puan2, ADA rencananya untuk kita.

    saudara saudari sekalian, tidak salah menegur sesama islam. tapi, menegur itu ADA caranya. tgk ustaz don kat tv alhijrah, cara santai beliau mampu menarik minat muda mudi untuk belajar agama. masyaAllah tuan2 puan2, beliau sendri mintak maaf, kiranya dia membuat khilaf dlm mengajar. kawan2 kita ada yang begitu??? cakap main petikkkk je kan. pandang diri, cari salah sendri, sebelum mencari salah orang lain. perlukah membuat orang lain terasa? perlukah membuat orang lain marah? perlukah membuat orang lain menangis? perlulah membuat orang lain melawan?

    kalo tak bleh lawan, Allah itu maha mengetahui. dia tau niat kita. tak perlu explain pada orang lain. kalo tetap nak lawan, ada caranya. lawanlah dengan cara berilmu tuan2 puan2. (uih ni kalo kasi kat aku, abih space comment ni!)

    kita pendekkan saja disini:
    1) nak pegi, pegi la. nak jalan, jalan la.
    2) Allah ada utk timbang tara SEGALA yang hamba dia buat. BUKAN manusia.
    3) tak bermakna tak pegi tu, kita bodo agama. tak bermakna kita pegi tu, kita complete segalanya.
    4) cuba ko ajak dia travel skali dan tunjukkan hikmah dan nikmat disebaliknya. aku percaya, dia yang pack beg dulu :)

    sekian, assalamualaikum.

    ReplyDelete
  20. john, aku pun 1 of ur silent reader jgk..topic ni buat aku ketar2 jari xtahan nk reply...hehe

    actly kan korg sume, aku bukan travelholic cam korg...pnah skali je travel g phuket yr 2009..nowadays, br start nk membina balik minat tu..

    tp since aku dh ade rumah, kete, duit nk g haji bln2 aku simpan, emas pun aku beli, aku kene ayat2 sentap kot len plak...contoh, "hmm ko keje swasta..gaji besar..aku keje gomen jer..." "laki ko keje hebat..bonus 10 bulan..."..tu kire dh habis idea la nk bg kite sentap...hahaha..lawak sgt okay...

    so kesimpulannya, kt mane2 pun ko pegi, sure ade org2 negative camni xkire dr family,kwn2 or org2 yg xde kene mengene dgn kite.

    aku senyum jer kalau kene ayat2 cmtuh..tang g haji/umrah tuh, setuju sgt dgn sume kt atas, kalau dpt g skali dgn pnuh ikhlas & tawaduk lg afdal dr ko g byk kali pastu balik sini perangai sama or even worst..xmo la jd cam azwana ali..ecehh gosipp plak...

    ok pnjg sgt dahh...just chill jer bro! persetankan mereka sume ituh...x jadi kudis lsg kt aku..=P


    *jujujajajiji*

    ReplyDelete
  21. waduh.. akak pun sentap baca komen tu. yela sebagai muslim kita perlu ada niat utk menunaikan haji. itu rukun Islam kan..?

    takpe la dik, jgn le terguris or kesah dgn teguran tu. yg penting kita tau diri kita. yg paling penting akak dan yg lain2 suka baca blog or posting ko pasal jenjalan2 ni.. tak dpt pergi baca blog n tgk gambo pun jadi la..

    tata

    ReplyDelete
  22. bdk2@john...

    Aku dh baca post ko before aku pg keje td...tp xsempat nak replylah..lgpn sedap lg menaip depan pc...hehe
    lps tu dok baca pulak komen2 travellers2 kat sini...aku pn agak tersentap jugaklah membacanya...sbb aku pn kaki berjalan...n aku pn xjejak tanah suci lagi..insyaALLAH bila ada rezeki nnt aku mmg nak pergi ke sana...siapa yang tak nak jejak kaki kat tanah suci...rukun islam kelima tu...ongkos nak pergi ke sana bukan murah and perlukan persediaan mental dan fizikal.biarlah lps balik tu jd lbh baik...aku mntk maaf klu ade yg sentap dgn ayat aku..contoh ade sorg artis kt, sblm pg pung pang2 itu ini...skali balik, makin seksi aku tgk lg ade...duit xde mslh utk die pg haji ke, umrah ke...tp kenapa jd mcm tu?biarlah lps balik dr menunaikan tuntutan kelima tu kt benar2 bersedia utk berubah sbb pergi haji ibarat penyucian diri.

    kt berjalan utk tgk kejadian muka bumi allah supaya kt lbh menghargai diri kt, negara kita, agama kt especially...dulu kengkonon belajar solat musafir, belajar solat xkire tmpt...tp klu kt xpernah pg mane2, kt mane kt nak praktikkan benda tu? bile kt travel, mase tulah nak rasa solat atas rumput tepi tasik..solat dlm kenderaan. nak smpn ilmu tu mase travel pg umrah dan haji jer ke br nak apply or praktikkan.

    pergi umrah dan haji, ketahanan fizikal dan mental kene kuat..klu xbiasa berjalan kaki jauh,xtahan dugaan, susah kt nak menempuh dugaan semasa di tanah suci nnt...

    kdg2 org mcm ni mmg kt kene buat bodoh jer even dlm ht menyirap...byk knowledge yg kt belajar dr travel nih..byk sgt...compare dgn org yg dok malaysia yg xtau ape2...tau nak shopping2 jer..tu jerlah korjenye...

    lg satu aku nak sentuh pasal org yg suke show off...mgkn xkene dgn komen ni..tp jz nak share...aku ada sorg kwn yg slalu nak cr pasal dgn aku...pantang sggh klu tgk aku travel tp xajak die...perli dgn kata2 pedas n melukakan hati...sbb ape aku xnak ajak die? sbb die suke gebang lebih n cerita benda2 yg belum tentu jadi...die dgn bgganya cerita pasal trip2 yg akan pg thn depan(trip yg disponsor) - tp last2 aku dgr diam jer (xpergilah tu)..lps tu niat die pg travel tu nak bershopping...aku mmg xkan get long dgn org mcm tu...bg aku wasting my time n money!!!aku pg travel nak tgk bumi allah, bukan dok sibuk pilih beg tgn longchamp...gucci,LV, bla2...lps tu bile aku diam2 pg and die dpt tau aku pg travel, bukan main menyirap marah aku n perli semua bagai...

    hr tu telinga aku dh nak bernanah dgr cerita dia nak ke europe hjg thn ni...skali tup2 xjadi, sbb xde duit...bile aku tanye, kenape xjd pg? saje perangat...die kata nak pergi sana, kene kumpul duit, so xdptlah nak pg thn ni...lg satu parents die xdpt tiket free sbb die menipu status kata mak die xkeje (die keje airlines), ayah die saje yg bekerja..pdhal die mmg family kaya raya...menipu sbb nak dptkan tiket percuma utk parents die yg sememangnya xlayak...

    skrg ni aku mmg pg senyap2..dh pergi brlah aku bgtau org...sbb aku tkt trip aku xjd n aku malu...lgpun trip2 yg aku pergi aku do some research dr blog2 travellers mcm korang nilah...dulu2 aku pn igt nak pg oversea org2 kaya jer mampu...tp skrg ni, dgn budget yg kecil pn kt dh boleh pg oversea trip...n set mind pg sane bukan utk shopping (klu mampu xpe, aku xmampu)..janji dpt tgk tmpt org sudah..

    ReplyDelete
  23. Salam ziarah dari bumi Jordan...

    bila terbaca entry nih, tangan macam terasa nak beri sikit pencerahan pada semua.

    Bagi saya, aturan hidup kita semua dah ditetapkan. Orang memang la boleh nak kondem macam-macam, tapi yang penting hati kita sendiri.

    Macam saya, saya adalah seorang student perempuan yang dah dekat 5 tahun duduk Jordan. Bohong lah kalau kata saya tak teringin langsung pergi Mekah mAdinah yang jaraknya cuma sehari naik bas dari Amman Jordan dengan belanja cuma setakat area 2500ringgit je kalau dari tempat saya study. Dari saya 1st year lagi saya dah cuba banyak kali nak pergi, tapi tak lepas2. sebab kerajaan Jordan tak kasi perempuan tanpa keluarga atau husband masuk guna visa Jordan. Even berkumpulan ramai2 pun kami tak lepas visa lagi. So nak tak nak kena sabar je lah. Rezeki belum sampai..

    Disebabkan hal ni, saya decide biar saya travel tempat lain dulu. Bila saya dapat pergi mekah madinah, wallahualam. Saya serahkan pada Allah. Yang penting saya dah usaha. So siapa yang bising2 cakap macam nih, memang saya rasa dia tak cukup matang dan tak cukup pengalaman lagi untuk tahu keadaan sebenar. So, buat dono je. Yang penting, kita yakin apa yang kita buat betul.

    Sekian. =)

    ReplyDelete
  24. Ainul Arina...

    terharu baca post awak...mmg betul apa yg awak ckp tu...bukan sng nak masuk tanah suci ALLAH...sy pn perempuan...selagi takde mahram, saya tak boleh pergi sana sorang...InsyaALLAH kalau ada partner nanti memang berazam nak pergi sana bersama2..sbb kalau nak pergi skrg mmg tak diizinkan sebab bahaya...

    tiba2 teringat kisah pakcik saya...dia mmg slalu pergi umrah..tapi dari tahun sudah dia masih menunggu2 panggilan haji...sedangkan makcik (kakak pada pakcik saya) saya yang ditimpa berbagai2 masalah, alhamdulillah dia yang dipanggil utk menjadi tetamu allah...kuasa ALLAH, tak siapa boleh menyangkal...

    ReplyDelete
  25. Salam..

    Benda macam ni memang orang selalu pertikaikan. Jangan kata kawan-kawan, my mom pun asik duk cakap benda yang sama setiap kali kitorang g bercuti ke overseas.

    Ayat dia "Kamu ni dah berjalan sana sini tapi Mekah tak pergi2 pun lagi...Tengah dok sihat ni elok la pergi sana dulu.."

    Memang tak dinafikan apa yang dia cakap tu betul. Sebab dia punya cara, pergi buat haji dulu then baru la berjalan serata dunia. Sebab tu umur dia 36 tahun dah bergelar hajjah. Skg dah umur 53 tahun, dah banyak tempat dia pergi. So dia ada modal nak perli kami ni (anak-anak) and keep on saying "Mama dulu pergi Mekah dulu baru boleh berjalan sana sini. Tapi korang dah berjalan sana sini tp Mekah tak pergi2 pun lagi..."

    Berdesing jugak telinga. Lagi pun bukan taknak pergi, memang nak pergi sangat-sangat. Tapi nak ke sana bukan macam nak pergi makan angin enjoy2. Kena buat banyak persedian mental dan fizikal. Persiapkan diri dan bukan main terjah je tanpa ilmu di dada....Kan? Kan?

    Pape pun, benda ni terpulang pada individu tu sendiri. Yang penting kita tau menunaikan haji ni rukun islam kelima..wang wajib dibuat kalau dan berkemampuan. Bukan setakat berkemampuan dari wang ringgit tapi berkemampuan dari segala2nya..

    Wallahualam..;)

    ReplyDelete
  26. assalamualaikum. akak pertama kali nk komen. eceh

    aku tingat blk masa umur awal 20-an betol2 lps grad, keje kt hotel sbg front officer, hari2 memakai skirt pendek walaupon dgn skin sock gelap. optional attire selain memakai suar panjang. satu hari sorg budak housekeeping menegur

    'ely, aku tgk ko nih sembahyang tak tinggal tp masih pakai skirt pendek' aku nk mjawab tp dia bukan dlm league aku.

    satu hari antara delegasi yg check-in termasuk la ustad2 muda dari UIA, aku mengadu kt sorg ustad nih. aku ckp bengkek sbb aku pasti budak housekeeping tu xpenah semayang jumaat. aku malas nk ckp semayang waktu mana tau dia blk umah dia semayang tp mmg aku tau berbulan dia xpg semayang jumaat buat takat 3 kali jumaat tau. ade hati nk sound aku cengitu.

    ustad tu tersenyum ckp kat aku

    'tak semestinye org tu tak betol tp dia xboleh menegur, cuma kite yg menerima teguran nih saja tau org tu betol ke tak tp kalu dia tegur bende betol amik aje iktibar, kalu dia tegur bende yg mmg tak betol yg dia rasakan betol, sila lah kite betolkan dia balik'

    so kenkadang bila tgk ragam org 'tin kosong' nih aku selalu tingat kembali ustad tu ckp


    berbalik kepada entry diatas serta pengkomen2 dibawah entry AKU SETUJU! wahh dan dan. Dan aku setuju juga Status Fesbuk kawan ko tu CUMA hanya ko saja mengetahui NIAT & Perangai kawan ko tuh. kalu ikut aku punye spekulasi mungkin dia

    1. betol2 mau menegur
    2. jeles
    3. belagak cam bagus sgt

    aku suggest ko tag entry nih kat dia hehe.

    sejak kemunculan FB juga aku nmpak RAMAIIII kawan yg aku kenal hati perangai terus bertukar jadik ustad/ustazah kalu bab status FB. Jadik dr situ aku mmg MALAS nk layan status FB nih. sbb 95% org yg kuarkan status nasihat nih (yg aku kenal la kan) pon tak betol!!..

    cer korg check kengkawan FB korg, kire la bape yg takkan kuarkan status mcm tuh. aku xpenah pulak terbaca status Biqque (cth la sbb dia besfren aku) tulis - YEAH, AKU DH BELI RUMAH SANTEK DAN MAHAL, NAPA KORG SUME TAK KUMPUL BELI RUMAH?' haa tu cth ayat la.. nmpak cam cilakak kan kalu terbaca status cengitu sbb aku ramai kawan kuar status cmtuh ahhahah.. tu blum kuar status - JADILAH ISTERI YG TAAT SEKIAN2.. walhal awak baru aje kawin 2 bln. hehe kalu baca status FB nih mmg buat dosa aje kt aku sbb sure aku hangin semcm hehe.

    aku percaya selagik kite ade niat nk pegi kompom satu hari nnti Allah hantar jemputan.

    ReplyDelete
  27. kalau baca mesti banyak jumpa ayat ni ''seruan haji sudah tiba''panggilan haji, tiba masanya menjadi tetamu allah s.w.t.. jadi pada me, ke mekah ni bukan cam kita pi india ke london ke, ini tempat terpuji, niat kena betul, hati kena bersih dan paling penting, seruan tu dah sampai, jadi kalau tak sampai seruan, memang tak terpikir nak pegi, sebab allah s.w.t tak titipkan lagi untuk menjadi tetamu allah ni... jadi sok lusa, sampai seruan, sure sampai...

    ReplyDelete
  28. to a point aku agree, aku copy and paste dlm blog aku leh tak, few times dah aku nak tulis bende ni but cousin aku kengkadang baca, leh putus sedara so aku batal niat tak tulis entry sebegini.

    bagi aku, bende ni calling.... aku plan 2-3 kali nak buat umrah, ada je halangan so i figure tuhan lebih mengetahui. if god knows best, manusia pandai2 perli tuh apa hal... aku plan umrah mmg tak ckp kat orang SEBAB nye , UMRAH BUKAN HOLIDAY thus TAK RIAK ler... BENGONG org org nih.... tak kan nak canang, lari kang pulak niat nye. giler apa, tuhan murak wo...

    yg perli tuh, if dia betul ler
    "beriman", dia akan paham dan tak perli, cite nye skarang, org tuh ntah2 lagi buruk dari what they tot of us travelers.

    memang GERAM baca ni. sapa komen tuh, meh kite ramai g lecture dia.

    menikmati bumi allah adalah zikir gak, org tuh tau dak? nami kata menuntut ilmu ke negeri cina kan kan kan.... cis!

    ReplyDelete
  29. hem..mari kita komen~

    1. pasang Niat tuk pegi umrah perlu ada, tak kira la muda ke tua. dah ade niat tu dah dikira pahala insyallah

    2. nak pegi umrah ke haji ke bukan bleh paksa2 n main terjah je..kene ade preparation...bukan mcm nak pegi koya..akaka...kawan ko yg ckp tu dah pegi ke blum?

    4. Kalo pegi semata-mata nak bitau org kita dah pergi baik x payah or pegi semata-mata sbb org 'berkata belakang' pun baik x payah. tu menunjuk namanye..


    My 2 cent, perkara amal ibadah x perlu war warkan bile dah smpi 'seru' insyallah otomatik akan pegi...sementara itu bumi Allah ni luas ...sila jelajah seadanye di samping berniat ke tempat nan satu itu..

    tq

    ReplyDelete