Showing posts with label India. Show all posts
Showing posts with label India. Show all posts

Friday, September 14, 2012

Photobook : India has arrived!

Assalamualaikum!!!

Salam hujung minggu buat semua rakyat Malaysia! Minggu ni long weekend...ape perancangan korang? Aku ni....masih dalam berbelah bahagi. Hati kata suruh relax-relax kat rumah ni, tapi body aku kata pi la mana-mana perabih duit! Hahaha giler jahat nafsu aku nih! Kalaulaaa duit datang main petik jari je...mau aku terbang malam ni pegi Hong Kong untuk shopping-shopping. Tapi....apekan daya, duit pun takde! Sob sob sob... 

Anyway, sebab terlalu excited giler babas! Balik keje tadi terus aku snap-snap gambar dari photobooks yang aku buat untuk trip India bulan 3 aritu. Aku buat 2 buku sebab aku rasa macam-macam gambar nak letak. Photobook ni aku beli kat kawan aku since dia beli lebih kat Groupon tempoh hari. Bila dah start buat tu, seronoklak kan...di samping boleh jadik kenangan dan modal untuk riak kat orang yang datang kat rumah nanti. Hahaha. Aku siapkan 1 hari 1 buku. Giler rajin tak aku??? Memang agak leceh, dari ribuan gambar...ko hanya boleh pilih skit je untuk masukkan dalam photobook yang bermuka surat 40 sahaja. So, pandai-pandailah korang nanti. 

Memang aku agak terlambat buat photobook ni, yela orang lain dah berzaman duk buat benda alah ni sume. Aku baru nak berjinak-jinak lagi. Kiranya...belum mumaiyiz orang kata. Hahah. So, yang dalam progress sekarang adalah New Zealand dan Krabi. Pastu aku beli lagi yang softprint kat LivingSocial 3 buku lak untuk compilekan trip bersama Travelholicawesome! Yang mana gambarnya pening sungguh nak pilih nanti! 

Korang boleh beli dengan harga murah yakni less dari harga sebenar kalo beli dari Groupon, LivingSocials, Milkadeals, Mydeals, Dealmates dan sewaktu denganya. Korang kene alert bila mana ade promo photobooks nih. Pastu, jangan lupa tengok size skali yang ada. Macam yang aku beli ni bersize kertas A4. Memang besar dan puas hati kalo tengok. Berbaloi-baloi aku cakap kat ko. Hahah. Bilangan gambar yang korang boleh letak....letaklah sebanyak mana korang suka. Kalo nak letak muka sendiri sampai penuh 1 page pun takde sape larang. Kannn...pedulikan ape orang kata! Duit aku, effort aku! #emo pulakkan... Papepun, since ni first time aku buat, bila tengok hasilnya memang puas hati cuma....ade certain gambar aku rase besar sangat dah boleh letak lagi banyak gambar. So, pikirkanlah... next buku aku cuba taruk lebih banyak gambar lagi. Tapi sebagai permulaan...aku puas hati dengan hasil buatan aku sendiri. Hehehe. poyo je aku ni. Memang poyo pun! Ko ado? Muahaha. 

APE LAGI? SILA BUAT UNTUK DIRI SENDIRI!!! HAHAH

Marilah kita tengok beberapa keping gambar yang aku dah snap untuk letak dalam blog nih...ayuh! 














Ok jela yang aku nak kongsikan dengan korang.... nak kene bersiap. Malam ni ade formal dinner bersama Prince William dan Kate Middleton. Katanya aku kan son of the king! Hahah.

Till then...wasalam. 


Thursday, June 21, 2012

Shopping : What did I bring back from India!

Hellloo again! 

Entry kali ni pulak pasal what did I bring back from India. Walaupun cite pasal India dah lama abes, tapi korang layankan jela ek. Sementelah nak tunggu aku balik dari percutian mega aku untuk tahun ni. Kiranya sebagai tanda ingatan aku kat korang. Semua ingat aku selalu dalam doamu. Wahhh! 

Jom tengok apa yang aku bawak balik. Aku pun dah ingat-ingat lupa apa yang aku beli tu pun ade yang takde gambar. Kene korek album carik. Ni adalah 90% ape yang aku bawak balik...here we go! 

Ni benda wajib beli la kan..hahah. Gelang kat tepi tu aku beli kat Amber Fort, Jaipur. Harga untuk 2 pieces ialah 70 Rupees. Pastu fridge magnet pun beli kat Amber Fort jugak, time nak turun dari sana banyak gerai-gerai duk jual souvenirs. Tips, beli kat kedai hujung-hujung sebab lagi murahhh!!! 1 ketul dalam 50 Rupees sahaja. Kat sini ada banyak pilihan yang menarik. Kat Agra, tak banyak sangat pilihan. Banyak yang design Taj Mahal sahaja. Kat Amber Fort ni memang ada macam-macam. Jangan lupa beli!

Ni pulak keychains. Beli kat Red Fort, New Delhi. 1 bijik harganya 10 Rupees sahaja. Aku beli 50 bijik share dengan Janggel dan MasMZ. Hehehe.

Ni pulak kain saree. Memang aku borong banyak jugaklah untuk jual kat Malaysia. Harga ada macam-macam bergantu kepada jenis dan kualiti. Ada macam-macam jenis corak. Almost dah nak abes dah saree ni. Special thanks to Janggel sebab tolong jualkan. Jasamu dikenang. Ada 1 lagi kiriman saree aku belom pos. Mintak maaf sangat-sangat sebab terlupa dan takde masa. InsyaALLAH, aku akan hantarkan jugak saree tu.

Ni pulak beg troli yang aku beli kat Sarojini Market semata-mata nak sumbat semua kain saree aku bawak balik Malaysia. Hahah...harganya 600 Rupees sebijik. Dah puas tawar dengan dorang ni. Kami beli dua bijik. 1 merah, 1 coklat. Nasib baik balik Malaysia still ok. Terpaksa simpan walaupun murah je. Heheh

Ni pulak beg jenis lipat ala-ala beg tangan LongChamp tu. Beli kat Sarojini Market jugak. Banyak bijik gak aku, Janggel dan MasMZ borong. Harga untuk sebijik ialah 150 Rupees sahaja. Murah bangatt! Plus, agak elok kualitinya.

Ni pulak seluar jerut. Beli kat Sarojini Market jugak. Ni pun beli time dah nak balik dah. Kedai pun ada yang nak tutup dah. Since sangat murahhh yakni 85 Rupees je sehelai plus kain pun elok. Aku pun angkut la 4 helai! Hahah. hijau gelap, cream, coklat dan merah. Boleh la pakai buat tido. Kain jenis sejuk. Heheh.

Ni pulak scarfs untuk perempuan. Mula-mulanya kawan aku kirim nak pakai untuk dia. Alih-alih dia kata material kain dia tak berkenan pulak. So, banyak yang lebih. Harganya memang sangat-sangat murah! Tak sanggup aku nak bagitau kat sini tau. Hahah.

Ni pulak baju kurta. Ni aku belikan untuk mama aku. Harganya agak murah yakni 90 Rupees untuk sehelai. MasmMZ pun gigih duk beli sampai terpakailah kat India tuh! Hahaha. Macam-macam design dan warna ada. Boleh pilih adik manis...

Haa...ni yang paling mahal kat India aku beli. Marble Plate kat Fatehpur Sikri. Harganya 700 Rupees untuk sekeping. Macam-macam duk pujuk pakcik tu suruh jual dengan harga tu. Dia letak mahal nak mampos ok! Nanges jap. Papepun, worth the bargain.

Tu jela kot yang aku beli. Owh ya, ada jugak beli sepasang cermin mata hitam yang baru. Gara-gara yang aku bawak dah patah la pulak. Cis sungguh... Yang lain beg manik, Janggel dan MasMZ yang beli. Hehehe. Tu jela kot. 

Till then...bye!!!

Saturday, May 19, 2012

India is Incredible? - Total Expenses

Assalamualaikum!!!

Dah abes cerita India aku selepas balik dari sana March yang lepas. Untuk baca cerita pada entry yang lepas-lepas boleh rujuk kat link kat bawah ni okay!

New Delhi

Day 0 (Part 1)
Day 0 (Part 2)
Day 1 (Part 1) - Qutb Minar
Day 1 (Part 2) - Lotus Temple, India Gate, and Sarojini Market
Day 2 (Part 1) - Red Fort
Day 2 (Part 2)
Day 7 (Last Day)

Jaipur

Day 3 (Part 1) - Amber Fort
Day 3 (Part 2) - Jal Mahal
Day 4 (Part 1) - Hawa Mahal, Jantar Mantar
Day 4 (Part 2) - Tiger Fort

Agra

Day 5 - Fatehpur Sikri
Day 6 (Part 1) - Taj Mahal
Day 6 (Part 2) - Baby Taj


Ok...mari pulak aku tulis semua total expenses incurred for this trip. Actually, some of it I forgotten already due to short term memory loss. So, kira plus minus jela ek..

Day 0
- Ticket flight, meals and pre-booked baggage (55kg) : RM550
- Teksi ke Smyle Inn, New Delhi : 400 rupees/taxi, IND133/pax
- Smyle Inn (1 night+breakfast) : IND400/pax
- 3 trains during the journey (Total) : RM137/pax

Day 1
- Ajanta Hotel (2 nights+internet) : IND1633/pax
- Metro to Qutb Minar : IND33/pax
- Tuk-tuk to Qutb Minar : IND10/pax
- Qutb Minar entrance fee : IND250/pax
- Tuk-tuk to Lotus Temple : IND100/pax
- Tuk-tuk to India Gate : IND133/pax
- Metro to Sarojini Market : IND36/pax
- Tuk-tuk to Sarojini Market : IND10/pax
- Shopping - IND350
- Tuk-tuk to Ajanta Hotel : IND50/pax
- Kotak : IND50/pax
- Dinner & Lunch at hotel : IND150/pax

Day 2
- Tuk-tuk to Red Fort : IND33/pax
- Red Fort entrance fee : IND250/pax
- Keychains : IND200 (20 pieces)
- Postcards : IND100/pax
- Tuk-tuk from Chandni Chowk : IND40/pax
- Mineral water : IND25
- Tuk-tuk - IND127/pax
- Expenses for courier and tips : IND167/pax
- Scarfs : IND500
- Trolly bag : IND600
- Bags : IND450 (IND150/buah)
- Pants : IND425 (IND85/helai)
- Tuk-tuk from Ajanta to Sarojini Market (return) : IND87/pax
- Ray ban shades : IND220
- Dinner (ayam tandoori) : IND150/pax

Day 3
- Cab from New Delhi to Jaipur : IND3500/pax
- Tips to cab driver : IND50/pax
- Check in at Maya Niwas (1 night) : IND867/pax
- Drinks : IND40
- Entrance fee (composite ticket) : IND300/pax
- Fridge magnets at Amber Fort : IND1190 (IND50-80/piece)
- Gelang : IND140
- Baju customade : IND500
- Dinner (ayam tandoori + capati) : IND125/pax
- Lunch at Maya Niwas : IND148/pax
- Tuk-tuk for 1 day tour : IND167/pax (IND500)

Day 4
- Tuk-tuk for 1 day tour : IND250/pax
- Half day in Moonlight Palace Hotel : IND267/pax
- Drinks and foods : IND100

Day 5
- Tuk-tuk from Agra Fort Station : IND20/pax
- Tuk-tuk to Idgah Bus station : IND10/pax
- Tourist Rest House (2 nights) : IND566/pax
- Bus to Fatehpur Sikri (return) : IND54/pax
- Letak kasut : IND10
- Marble plate : IND700
- Tour guide : IND67/pax (IND200/guide)
- Tuk-tuk to Tourist Rest House : IND15/pax

Day 6
- 1 day tour : IND167/pax
- Taj Mahal entrance fee : IND750/pax
- Souvenirs : IND123/pax
- Tuk-tuk to Agra Cantt Station : IND25/pax

Day 7
- Storage room : IND117/pax
- Check in at Ajanta Hotel : IND333/pax
- Airport transfer : IND200/pax
- Dinner, breakfast at guesthouse (2 days) : IND323/pax
- Other expenses : RM78

GRAND TOTAL : IND17,836 = RM1,142 + RM78 + RM550 + RM137 = RM1,907/pax

Ni adalah total expenses aku ketika kat India, actually aku ada swiped credit card jugak bila beli kain saree banyak nak mampos tu. Dalam 60 helai jugak la. Tapi, aku rasa tak perlu include dalam kiraan ni la ek.

Exchange rate :

IND 1 = RM0.064

Till then...wasalam!

Tuesday, May 15, 2012

India is Incredible? - Day 7 (Last Day)

Assalamualaikum semuaaa!!! 

Ok ni dah part yang terakhir kembara di bumi India. This gonna be a short entry. I think not so much drama as usual. Hahaha. Let's! 

Pagi tu train kami menuju ke New Delhi adalah jam 7 pagi kalo tak salah aku. Seperti biasa kami datang sedikit awal untuk pastikan nama kami ada atas notice board tu. Alhamdulillah ada.... Tunggu di platform yang betol. Tapi kadang-kadang rasa ragu-ragu sebab train yang ditunggu tak kunjung tiba. Kami duduk kat bangku yang berdekatan dengan local. Janggel approached dorang tanya dorang samada dorang naik train yang sama macam kami tak? Thank God, sama train but different class. We bought first class cabin. Aku pun dah lupa nama brand keretapi tu. Jadinya, tunggu jela train untuk tiba. 

Tak lama lepas tu, tibalah train tu rupanya kat platform sebelah. Nasib baik...kalo tidak, maunya kene berlari naik tangga ke platform yang lagi satu tu. Takke haru? Hahaha. Terus carik coach kami. Coach untuk first class cabin kecik je. Ada beberapa buah cabin. Cabin dia macam dalam cerita Harry Potter tu. Boleh muat 4 orang. Kerusi jadik katil. Hehehe. Yang bestnya, kami je dalam tu....hahah. Boleh tunggang langgang sume benda. Hahah. Kat dalam tu ada plug untuk cas handphone atau laptop ke. Okla takde cantik sangat but it's acceptable. Rupanya baru aku tau, train kami amek ni takde makanan.....so, ape yang kami buat sepanjang perjalanan 4 jam tu? Aku tido, MasMZ tengok cerita Hantu Kak Limah dan Janggel tido jugak kot. Hahah. Bestnyaaaaa tido! Hahah. 

Jom layan gambar...




Lebih kurang jam 12 tengah hari macam tu, kami selamat sampai kat New Delhi Railway Station. Cuaca arini sangat panas. Tak tau nak cakap macam mana, tapi yang penting memang panas. Tau tak ape kami buat? Check-in hotel!!!! Hahaha...kami check-in semula kat Home Sweet Home Hotel tu, ingat tak kat hari pertama kami kat India? Kami check-in balik kat situ. Lantakla kalo setengah hari pun, janji dapat rehat. Tengah-tengah hari yang panas membahang ni, ko nak bertenggek kat tepi jalan dengan beg berat bagai? Memang tak ok! Kami mintak 1 bilik double je, untuk lepaskan penat lelah, plus boleh mandi semua. Harga dia kasik 1000 rupees. Okla tu kan. Bilik tingkat atas memang cantikkk! Bau kedai lagi ok. hahah. Jomlah kita lepaskan penat dengan makan megi sambil ditiup angin aircon. Nikmatnyaaa!!!


Lepas dah setel lepaskan penat sume, ape kami buat? Shopping lagi! Kami pegi lagi Sarojini Market sebab nak beli la pape yang patut nak bawak balik Malaysia. Walaupun barang nak bawak balik dah almost 70kg! hahaha. Walaupun panas, kami gigih naik tuk-tuk untuk ke sana... Beli skit je kat sana sebab tak larat nak shopping lama-lama. Kami buat keputusan untuk pegi ke Hard Rock Cafe sebab kawan aku ade kirim nak tshirt. Terletak kat Sunwalk City Centre, Saket. Tempat ni agak jauh dari hotel kami. Sebab tempat ni ala-ala kasta tinggi skit. Di saat nampak shopping kompleks yang berhawa dingin. Hahah. Taktau nak cakap apa. Rasa bertamadun giler! 

Tapi yang lecehnya, nak masuk shopping complexes pun kene scan tubuh badan bagai. Kiranya kat sini kira abes maju laaa sebab aku dengar orang kasta tinggi je boleh masuk. Dorang dressing pun dah moden dah... Sebelum mencari Hard Rock Cafe New Delhi, kami singgah dulu kat Coffee Bean pekena kopi orang kaya. Wahhh!!!! Nikmatnyaaa!!!!!! Tak terkata. Senyum sorang-sorang. Hahah. 



Lepas dah dapat t-shirts Hard Rock tu, kami terus balik ke Hotel. Tak larat dah ni...nak tido boleh sejam. Tambang dalam 150 rupees kalo tak salah aku la. Malam nanti kami akan gerak ke airport sebab flight balik ke KL jam 950 malam. Sempat jumpa Alok, pekerja hotel yang banyak tolong kami tu. Kami just naik airport transfer yang berharga 600 rupees. Barang-barang kami sangat banyakkk! Actually, barang aku paling banyak. Kuikuikui... Bila check in, wahhh dah excess baggage ni. Aku beli 40kg, Janggel beli 40kg and MasMZ beli 25kg. Wahhhh tu pun tak cukup lagi ok! Tapi nasib baik boleh boleh hand carry yang beg kecik-kecik tu. Selamattt duit dari bayar extra lugagge.Time ni aku dah tak sedap badan. Rasa nak demam.... nak baring je kat mana-mana. So, since ade banyak benches kat departure hall, aku baring kat situ. Tapi bukan atas kerusi tu, tapi atas lantai yang ada karpet tu. Sebab takleh baring atas kerusi sebab ada arm-rest tu. Cis! Lantaklah time tu sebab dah betol-betol sakit. Aku cari tempat yang tersorok skit, tempat tu tepi Coffee Bean! Hahah. Whatever la sementara nak tunggu boarding time.




Overall, trip ni sangat best walaupun ada macam-macam perkara yang terjadi kat kami. Pengalaman yang kami kutip ketika travel bersama aku sangat hargai dan takkan lupa sampai bila-bila. Special thanks kepada Janggel and MasMZ sebab sudi melayan kerenah aku yang ntah pape. Kacau-kacau aku sume tu, aku halalkan. Hahah. Semoga dapat travel lagi di lain masa... Sape-sape yang nak pegi India, silakan experience yourself the Incredible of India. Indeed, India is Incredible in terms of many ways! You will see it! Aku belajar apa yang ada di Malaysia adalah patut bertuah sebab terdapat banyak kekurangan di India. Mengajar kita erti bersyukur dari segala segi. Nikmat yang Allah beri adalah tidak ternilai...

Alhamdulillah...jam 650 pagi kami selamat mendarat di LCCT, time ni sume dah sakit perut lagi ok. Sabor jela....aku lak pantang jumpe mana-mana tempat mesti nak baring sebab tak larat sangat dah ni. Oklah...that's all for now. Till we meet again! 

Sunrise di Sepang
 Wasalam...... 

Monday, May 14, 2012

India is Incredible? - Day 6, Part 2 (The Baby Taj & Sunset at Taj Mahal)

Assalamualaikum!!!
Jom aku sambung cerita aku kat Agra, India untuk hari ke-6 aku berada di India. Selepas kami pulang ke Tourist Rest House, terus terbungkang kepenatan. Cuaca panas hari ni sangat memenatkan kami. Perghh, balik je masuk bilik terus bukak kipas. Angin dari kipas tu sungguh nyaman dan membuatkan kami terus terlena….hahah. Kami dah janji dengan driver tuk-tuk kami untuk bawak kami ke Baby Taj jam 4.30 petang. So, adalah masa untuk kami berehat dalam 3 jam. Tak lunch dah tengahari tu sebab more to tido. LOL.
Dah selesai tido semua, kami bersiap-siap untuk ke destinasi yang seterusnya. Ke Baby Taj! Terletak tidak jauh dalam lebih kurang 15minit perjalanan. Keadaan trafik kat sini pun agak teruk. Hon sana, hon sini… non-stop. Tapi seperti biasa tuk-tuk ni pandai menyelit.


Selepas dah setel melawat kat Baby Taj, kami dibawa pula untuk melihat Taj Mahal dari seberang sungai Yamuna. Kiranya tengok the other side of Taj Mahal. Aku pun tak pasti area kampong mana dia masuk tapi tempat tu betol-betol disebelak Mehtab Bagh, katanya salah sebuah taman yang tercantik. Hahah so funny. Taman ni tak masuk pun takpe bak kata Chawanna. Tak cantik mana pun. Pokok-pokok pun most of it tak berdaun pun. Dah la kene bayar untuk tiket masuk. So, we skipped that place and berjalan menyusuri pagar Mehtab Bagh menujuk ke tebing sungai. Actually, tak sampai pun tebing sungai sebab disekat oleh pagar. So, kat situ jela kami duk amek gambar sambil melayan sunset yang tak brape nampak sangat matahari dek kerana jerebu.
Nampaknya kat situ bukan kami seorang saje yang ada, ade beberapa lagi pelancong yang ada. Terserempak pulak dengan sekumpulan warga India yang berboleh berbahasa melayu. Hahaha…rupanya warga Singapura. Nasib baik takde duk kutuk pape. Kekeke buat malu je nanti. Kami letak kat situ tak lama pun lebih kurang 30 minit je. Kat sini ade je beberapa orang budak duk mintak sedekah. Kami buat tak layan je, kang kalo kasik duit ke pape, makin ramai pulak yang datang. Buat bodo jela….

Akhirnya kami sampai di Baby Taj. Kecik je rupanya…tak macam saiz Taj Mahal. Bayaran masuk adalah sebanyak 100 rupees sahaja untuk seorang. Nasib baik murah, kalo mahal tadi..memang tak berbaloi sebabnya kawasan sekitar Baby Taj tu memang kecikk! Orang pun tak brape ramai. Less than 20 people.



For your information, Baby Taj juga merupakan sebuah makam untuk salah seorang ahli keluarga Shah Jahan. Boleh google sendiri. Di dalamnya terdapat beberapa buah makam yang dijaga rapi. Cuma hiasan di dinding agak lusuh akibat peredaran zaman. Yela, dah berusia beberapa ratus tahun. Tapi masih teguh berdiri.
Sedikit info dari Google:
The Tomb of Itimad-ud-Daulah follows a typical Mughal period mausoleum design. It is a square structure placed at the centre of a garden in a charbagh layout, i.e. a square garden divided into four landscaped quadrants separated by paved paths with water channels running through their centre. At the end of each path is a red sandstone monumental gate structure with a high central pointed arch flanked by stacked arches. The gates vary only slightly in design, but all four are of the same size and contain similar geometric and floral designs created using white marble inlaid into the red sandstone of the façade. The east gate is the actual entrance into the mausoleum grounds, but the other three simply provide symmetry. The west gate provides panoramic views over the River Yamuna.
Jomlah layan gambar....















Selepas dah setel melawat kat Baby Taj, kami dibawa pula untuk melihat Taj Mahal dari seberang sungai Yamuna. Kiranya tengok the other side of Taj Mahal. Aku pun tak pasti area kampong mana dia masuk tapi tempat tu betol-betol disebelak Mehtab Bagh, katanya salah sebuah taman yang tercantik. Hahah so funny. Taman ni tak masuk pun takpe bak kata Chawanna. Tak cantik mana pun. Pokok-pokok pun most of it tak berdaun pun. Dah la kene bayar untuk tiket masuk. So, we skipped that place and berjalan menyusuri pagar Mehtab Bagh menujuk ke tebing sungai. Actually, tak sampai pun tebing sungai sebab disekat oleh pagar. So, kat situ jela kami duk amek gambar sambil melayan sunset yang tak brape nampak sangat matahari dek kerana jerebu.
Nampaknya kat situ bukan kami seorang saje yang ada, ade beberapa lagi pelancong yang ada. Terserempak pulak dengan sekumpulan warga India yang berboleh berbahasa melayu. Hahaha…rupanya warga Singapura. Nasib baik takde duk kutuk pape. Kekeke buat malu je nanti. Kami letak kat situ tak lama pun lebih kurang 30 minit je. Kat sini ade je beberapa orang budak duk mintak sedekah. Kami buat tak layan je, kang kalo kasik duit ke pape, makin ramai pulak yang datang. Buat bodo jela….














Ok dah jomla balik… time tuk-tuk tu dah bergerak. Kami sempat kasik gula-gula kat budak-budak tu. Hahah Janggel sempat la kasik kat atas tangan budak-budak tu, kami since tuk-tuk kami dah laju, aku mai campak jela gula-gula tu. Hahah redha jela. Bukan terpaksa tau, tapi ikhlas…hehehe. Gelakkk kami dalam tuk-tuk dek kerana gelagat aku duk buat camtu. Hahah.
Time kami sampai ke Tourist Rest House, hari dah gelap. Driver tuk-tuk tu janji nak bawak kami pegi bazaar, tapi tak dibawanya. Aku mintak kurang jadik 400 rupees je since tak bawak kami pegi bazaar. Macam mengamuk jugaklah aku kat situ. Driver tuk-tuk tue pun macam bengang jugak. Bawaklah jugak kami….dengan terpaksa. Diberhentinya kami jauh dari pasar tu. Terpaksa berjalan kaki. Lahanat punye orang! Tertabah jela… tapi nasib baik jugak terjumpa tuk-tuk mainan untuk diberikan kepada Chawanna. Hehehe. Sudah satu kerja selesai...hehehe
Malam tu kami pack barang siap-siap sebabnya train kami seawal 7 pagi menuju ke New Delhi. Can't wait to be home! hehehe.
Till then...wasalam.