Aku rasa sekarang ni blog aku dah macam bercampur-aduk dah dengan entry lama-lama. Sepatutnya aku suka buat ikut turutan, kira senang nak refer nanti. Takdelah loncat sana, loncat sini. Tapi disebabkan mood nak mengarang benda yang lama tu datang dulu. Maka, aku dahulukanlah. Takdela bersawang lama-lama sangat blog ni nanti.
Ada lagi ke yang bacanye? Hahaha aku kan ramai haters. Lols!
Anyway, ni adalah cerita tahun lepas. Takde kaitan dengan latest trip ke apa. Ntah kenapa mood nak update cerita trip ke Netherlands ni tak sampai-sampai lepas balik trip tu. Maybe tak brape best kot. Ahaks. Lagipun, ni bukan trip yang aku plan pun. Main join je trip orang sebab macam last minute decision.
Aku tak cerita ikut itinerary pun. Yang mana keluar dulu, tu lah dia ceritanya. Aku pun tak ingat dah ni cerita hari ke berapa. Aku menaip ni pun berpandukan gambar-gambar yang aku ada.
Okeh!
Kalau ke Amsterdam, rasanya tak mungkin orang akan tinggalkan "Zaanse Schans". Sebabnya ni adalah antara salah satu point of interest yang wajib singgah. Lagipun, jarak antara bandar Amsterdam ke Zaanse Schans yang terletak dalam wilayah Zaandam takdelah jauh mana pun. Lebih kurang 40 minit sahaja perjalanan dengan naik bas. Mudah bukan?
Cara-cara untuk ke Zaanse Schans ni ada banyak. Korang boleh pilih ikut kesesuaian masing-masing samada nak naik train, bas, kereta, basikal mahupun bot! Haaa camtu sekali punya banyak pilihan. Tapi terlupa kepada pilihan masing-masinglah. Ikut mana yang sesui dengan korang.
Pilihan aku? Naik bas je. Sedikit mahal berbanding naik train. Untuk ke Zaanse Schans ni, aku beli Amsterdam Regional Pass yang valid untuk 24 jam bermula dari jam kita check-in. Pass ni berharga EUR13.50/pax. Untuk segala info berkaitan Regional Pass ni, anda boleh la rujuk di ---> SINI
Plan asal untuk harini adalah nak pegi ke Zaanse Schans dan lagi satu nak pegi ke Volendam sebab nak tengok kawasan pelabuhan kat sana. Tapi biasalah, bila pegi dengan group yang agak ramai more than 10 persons. Masalah nak ikut masa dan kepala masing-masing adalah rumit ye. Aku sebagai minoriti dan baru jumpa dorang semua ni takkan la nak buat kepala sendirikan. Diamkan ajela. Bukan trip aku katanya.
Takpe, takyah cite pasal benda tu Tapi yang penting nak cerita pasal tempat ni. Kalau korang sendiri nak tengok macam mana asalnya rupa kampung orang Belanda ataupun Dutch ni, kene la datang sendiri. Suasana sekeliling amat damai dan tak crowded. Ibarat kalau kat tempat kita, kampung di tengah kawasan bendang lah! Haaaa cenggitu.
The iconic windmills of Zaanse Schans |
baca ler skit tambah pengetahuan sendiri |
kincir angin yang masih beroperasi hingga ke hari ini |
Info berkaitan Zaanse Schans yang aku copy paste dari Wikitravel. Gigihkan. Yang penting aku dah baca. Korang pun baca tau. Pendek je. Jangan duk komen, "bestnya travel" dah lah! Hahaha ;p
" a neighbourhood of Zaandam, near Zaandijk in the municipality of Zaanstad in the Netherlands, in the province of North Holland. It has a collection of well-preserved historic windmills and houses; the ca. 35 houses from all over the Zaanstreek were moved to the museum area starting in 1961. The windmills were built after 1574."
Nak baca lebih boleh la pegi ke ---> http://wikitravel.org/en/Zaanse_Schans
Actually, kawasan ni bukanlah pada asalnya macam ni. Ianya dibina berdasarkan rupa pada era tersebut. Dan kedudukan semua windmills tu bukanlah pada tempat asalnya. Tapi telah dialihkan dan masih lagi beroperasi walaupun dah berusia lebih daripada ratusan tahun. Kalau bernasib baik time korang datang tu, memang kincir angin tu berputar. Kuat bunyinya. Vooosshhhhh! Voooosssssh! Camtu la ibaratnya. Imagin sendiri bunyiknya dalam kepala okeh. Ahaks.
Ada 5 buah kincir angin yang korang boleh visit. Tapi berbayarla ye. Tak mahal pun dalam lebih kurang EUR3.50/pax untuk setiap satu kincir angin tu. Aku tak masuk semua pun, tapi aku masuk satu je, nama windmill tu adalah "Het Jonge Schaap (saw mill)". Haaa berbelit lidah aku nak menyebutnya.
disebalik lalang katanya~ |
zoom skit dari bawah kincir angin |
Het Jonge Schaap (saw mill) |
bot |
kayu yang digergagi dah oleh kuasa kincir angin tersebut |
proses menggergaji batang kayu |
Kat sini, aku panggil small green-painted village. Sebabnya, kalau korang perasan kebanyakkan warna binaan kat sini mostly kaler hijau. Tu adalah salah satu ciri penting rumah-rumah kat Netherlands ni. Tengok warna hijau selalu ni, kurang skit rabunnya. Ahaks.
rumah-rumah terdapat di pinggir Sungai Zaan. Boleh bot untuk bersiar-siar, tapi tak naik ler katanya setiap rumah ni ada keunikkan yang tersendiri |
kedai cenderamata - beli jela kat Amsterdam nanti sebab lagi murah berbanding kat sini |
jambatan kecil untuk lintas terusan |
how cute is this? |
view dari atas platform yang terletak tak jauh dari sini, boleh tengok view dari tempat tinggi |
cuaca hari tu tak brape nak cun, memang berawan tebal, lepas tu hujan! |
Selain daripada tu, ada jugak beberapa buah muzium lain yang boleh korang terjah. Kalau nak bergambar dengan clog gergasi, kat sinilah! Tapi aku takde lak gambar clog besar tu. Cuma ada separa besar je.
Masa yang abes kat sini adalah dalam 2-3 jam jugak. Kat sini, semuanya boleh jalan kaki. Memang seronok tambah-tambah kalau cuava elok dan berangin. Kalau penat, boleh la sewa basikal. Tapi lagi best jalan kaki kot.
Anyway, jangan lupa singgah kalau ada masa ke Amsterdam nanti.
Takde bayaran masuk yang dikenakan untuk masuk ke kawasan Zaanse Schans ni, kecuali untuk masuk ke muzium ataupun windmills.
Okeh dah tu je.
Till then..
Bye!
Aku rindu tempat ni... Rasa nak gi lagi...
ReplyDeletehaaaa ape lagi. bukak website airlines sekarang! ahaks.
DeleteBila tengok Zaanse Schans selalu akan rasa some sort of peace feeling gitu. Kat sinilah aku kejar kucing sebab geram; debab sangat!
ReplyDeleteamboihh menggamit memory sangat bie nih. tapi tempat ni memang peace pun. rasa macam takde gangguan.
DeleteFirst sekali aku nak cakap, aku tak tahu tempat ni yang cantik atau kau tangkap gambar cantik. Jadi kalau aku ada rezeki ke sini dan sebenarnya gambar yang cantik. Memang aku akan salahkan kau lah John
ReplyDeleteSecond, aku salah seorang heaters kau, eh haters KahKahKah
*ps: ada haters ni orang famous je... hahahha
hahahah ade! dua dua cantik! boleh tak? kau haters aku? nak kene block? hahaha ;p
DeleteNak cakap rindu, tak boleh pulak sebab tak pernah pergi. Hahaha. Cantik! Memang kena pergi.
ReplyDeletePs: aku pun prefer story ikut urutan. Tapi sometimes memang terlajak juga nak update topik lama or tak berkaitan dengan entri sebelumnya hhaa
yuppp kene pegi pojie!
Deleteaku ni dah kelaut dah susunan. try to keep up the phase. nak abeskan cepat2. ;)
me too. ;)
ReplyDeleteAda ramai orang baca your cerita ceriti hehehehhee
ReplyDeleteDua hari lepas, tak boleh bukak this article ... tak tau kenapa !
Seronok baca ... sebab memang dah ada dalam list nak lawat tempat nih !!!
Musim bunga adalah masa yg paling cantik kalau ke sini...orang kata lah...sempat gi musim sejuk jer.....
ReplyDeleteAssalamualaikum ....tersesat kat blog John . Akak sedang menghitung hari ni nk ke Amsterdam. Bunga tulips sedang melambai2 kt akak. ni tgh memikir nak pergi Zaanse Schans naik bas atau train. Naik train cepat sampai. Your recommendation?
ReplyDeleteAssalam john,
ReplyDeletelahaiii gedabak kasut uols he3
Perghhhh slalu gi luar negara. Lahai bestnyaaa
ReplyDelete