Hari ke-2 di St. Petersburg dan arini cuaca masih lagi sendu dan sejuk. Plan aku arini kiranya highlight yang wajib kalau datang ke St. Petersburg ni yakni melawat The Hermitage Museum also known as The Winter Palace. Muzium ni merupakan antara muzium yang terbesar dan tertua sekali di dunia.
I would say this place is huge! I mean really huge!
Muzium ni menghimpunkan koleksi lukisan yang terbesar sekali yang mana lebih daripada 3 juta bahan pameran yang merangkumi koleksi beberapa buah negara, abad dan budaya. Kompleks bangunan bersejarah ni merangkumi 6 bahagian utama iaitu Winter Palace, Small Hermitage, Old Hermitage, New Hermitage, Hermitage Theatre and Palace of Embarkment.
Info penting:
- Visiting hours: 10:30 am - 6:00 pm, Wednesday : 10:30 am - 9:00 pm
- Entry ticket: RUB600 & RUB400
- Free admission: Students, School children, and other categories of visitors
- Free admission on 1st Thursday of every month
- Closed on Monday and 1 & 9 May
|
the main entrance |
Muzium bukak jam 10:30 pagi, so takdelah aku rush keluar dari hostel pagi tu. Buat chill-chill jela. Sempat breakfast kat hostel sekadar apa yang ada. Hari ni masih lagi hujan renyai-renyai. Sejuk tu toksah cakaplah. Memang berlapis-lapis aku pakai baju sebagai persediaan kalau angin bertiup tu boleh la tahan. Bab angin bertiup muka mulusku ini yang tak tahan tu. Abes rasa numb segala mulut, hidung dan telinga. Mau kene berbungkus kasik hilang numb tuh.
Dari hostel aku di Nevsky Prospect menuju ke Hermitage tak jauh pun. Kalau gigih nak menapak ada la makan masa kira-kira 20-30 minit camtu. Walaupun jalannya hanyalah straight je. Tapi aku pilih naik bas jela. Sebab cepat dan takdelah aku kesejukkan nanti. Bayar pun takdelah mahal. Sama macam naik metro jugak, tambangnya RUB28/trip.
|
kalau jalan kaki dari kotak kecil menuju ke kotak besar terletaknya The Hermitage |
Mungkin waktu aku pegi tu musim sejuk, jadik para tourists semua tak brape ramai yang datang kat sini. Ataupun jugak, aku sampai terlalu awal. Bagus gak datang awal pagi takdelah ramai sangat orangkan.
By the way, aku masuk free je sebab masih lagi studentkan. Cuma tunjukkan kad pelajar and I'm good to go. Tak kisah jika anda pelajar di mana-mana sahaja. Make sure bawak student card tu okeh. Dah jimat duit kat situ. Cumanya kene bayar sedikit dalam RUB200 untuk permit amek gambar dalam tu. Okla takde masalah.
|
main entrance |
|
main square |
|
pelancong |
|
bendera Rusia berkibar megah |
|
kawasan dalam Winter Palace |
|
foyer sebelum masuk ke grand staircase |
|
the cloak room |
Korang boleh simpan beg dan jaket-jaket tebal kat cloak room ni. Memang banyak okeh cloak room dia. Sesuailah dengan ratusan pengunjung setiap hari. Aku simpan semua kasik ringan skit badan ni, cuma bawak kamera jela.
Nama lain bagi Hermitage ni adalah Winter Palace yang mana penah menjadi kediaman rasmi bagi Russian Tsars for more than 200 years. Kalau dah namanya winter palace, banyak masa yang digunakan oleh pemerintah ketika musim sejuk. Bangunan yang paling besar sekali adalah Winter Palace yang menempatkan koleksi kebudayaan Russian, European and French arts dan banyakkk lagi. Aku bukanlah penggemar sangat art-art ni, so payah skit nak hadam.
Bila mana dah masuk ke dalam winter palace ni sememangnya akan terpegun dengan interior dia yang aku rasa super duper cantik dan mewah untuk era itu. Sangat Grand okeh! Tengok staircase dia pun boleh rasa macam alam fantasi menghadiri majlis tari-menari. Haaaa boleh! hahaha.
Ayuh! Layan gambar jela okeh.
Aku rasa adalah dalam 3 jam aku kat dalam tu. Tapi bagi mereka yang suka sejarah dan art ni, memang rasanya satu hari takkan cukup kot. Maybe akan spend satu hari suntuk kat dalam tu. Memang besar tempat ni.
Aku lepas keluar tu, pegi amek gambar yang berkostum bangsawan. Kene la bayar skit RUB200 sekali amek. Okla kenangan. Lepas tu jejalan pegi carik souvenirs skit. Range souvenirs dalam lingkungan RUB100 untuk 3 bijik. Tu yang normal punyalah takde fancy mancy mana pun.
Haaaa... lepas tu pegi mana?
Balik hostel la sejukkkkkk dan laparrr weh. Pekena megi dan mushroom soup panas-panas. Sedap dan nikmat!
Till then...
Bye!
europe nye museum neh..kalau architecture dia memang superb..sgt detail. hehe.
ReplyDeletebtw..topi tu lawa..
Yuppp mmg grand giler bila masuk tuh. Teringin nk masuk versailles lak. Hahaha topi kt h&m je ;p
Deletefuh!!dah sampai sini
ReplyDelete*lap peluh
my wishlist ni nak pergi ke St.Petersburg
btw, tahniah dah sampai..:clap:
Tengs! Dia tu dh smpai xian. Wishlist gak tuh. Semoga sampai ke rusia jugak nnnt ;)
DeleteCantik gmbar...
ReplyDeleteTerima kasih ;)
DeletePakai kamera apa ye?Kualiti gambar cantik..
ReplyDeleteCampur2. Ada pakai gopro, ade gak pakai dslr ;)
DeleteMemang super duper cantik bangunan-bangunan di negara ni...
ReplyDeleteYuppp mmg cantik dan penuh sejarah semuanya ;)
DeleteMaaaakkkk aaaiiiii besarnya museum !!! Sure siap boleh lena lena dan sambung semula gitu !!!
ReplyDeleteKenapa you pun tak sarung costume bangsawan dia orang sama?
Kannnnn! Sgt besar! Takde nk sarung pn. Dorang tu mmg berkeliaran depan hermitage offer utk bergambar.
DeleteWei gila grand! Seriously ni bukan takat mewah, ni mewah kaya raya! Suka gila tengok palace2 ni lah. Aku kalau dalam ni mau habis sehari suntuk ah. Bila ko mention tari menari terus aku imagine Titanic. Rose tunggu Jack kat staircase.
ReplyDeleteHahaha mmg grand bie. Kalau yg jenis minat art atau sejarah mmg sehari suntuk gaklah duk dalam ni hahaha. Tangga tu aku mmg nampak je terbayang nk mask grand ballroom. Ahaks
Deletebtw congrats cuz dah smpi sane..in jealousy mood rite now..T-T
ReplyDeleteAssalam john,
ReplyDeleteoohooiii
berkilat2 lantai dia noooo
best betoila dapat masuk daalm muzium tu kan3
macam2 dok ada