Sunday, April 26, 2015

#19 | High-speed Train "Sapsan" to Moscow

Here we go! Gonna be in Moscow in the couple of hours. 

Jujur memang tak penah terdetik nak sampai sini. Rasa jauh betul aku sampai nih. Dan Moscow merupakan destinasi aku yang terakhir sebelum terbang balik ke UK. Trip musim sejuk selama 2 minggu akan berakhir tak lama lagi. And that's it! Closure trip for 2014. Almost 5 bulan aku nak abeskan cerita-cerita ni. 

Anyway, untuk ke Moscow dari St. Petersburg. Pengangkutan yang paling popular adalah semestinya keretapi. Ada yang laju dan jugak ada yang slow. Kalau yang laju tu, makan masa kira-kira 4.5 jam perjalanan, kalau yang slow tu makan masa 7-8 jam untuk sampai. Kira overnight train la yang tu. Dan seperti sedia maklum, kalau yang laju tu mestilah mahal skit nak compare dengan yang slow. Takkan la yang slow pulak mahal kan. Ahaks. 

Aku pilih yang laju sebab lebih kepada nak merasa naik high-speed train "Sapsan" ni. Tiket train ni aku beli 1 day before berangkat ke Moscow. Beli over the kaunter je kat main train station. Kekerapan sangat tinggi, so tak yah beli in advance pun takde. 

Untuk negara yang kegunaan bahasa inggeris adalah sangat limited, amatlah penting untuk kita sendiri bercakap dalam broken english atau simple english supaya senang nak kasik dorang ni faham. Tak perlu la nak berbunga pakai dengan vocab vavavoom! At the end dorang tak faham satu benda yang korang sampaikan. Haru! 

Contoh macam aku nak beli tiket Sapsan ni, memang kaunter tiket terletak kat bangunan lain tapi masih dalam kawasan main train station kat St. Petersburg ni. Aku terus je approach pegawai polis yang bersepah kat train station tu. Just cakap "sapsan ticket?" loghat korean feeeeeeeling okay. Hahaha. Terus je dorang faham dan tunjukkan arah. Dan sampai kaunter lak, satu hal lagi. Terus cakap "Moscow, tomorrow evening, 1 person" owh ya, "2nd class" Kalau tidak, pitam nak bayar 1st class. Kene kasik passport untuk beli tu. 

Nanti pegawai tu akan bagitau la pukul brape dan brape tiket tu, dia akan tunjuk skrin pc dia. Walaupun aku sendiri payah nak hadam ape yang dia cuba sampaikan. Tapi instinct aku ni buat-buat faham jela. Alhamdulillah selamat. Takde gelabah ke apa. 

kepala Sapsan, takdelah macam shinkansen kat jepun
bangunan main train station St. Petersburg
bahagian utama
Train sapsan menuju ke Moscow yang aku beli tak silap dalam jam 2 petang. Semua coach aritu memang penuh. Aku ingat aku dah pilih window seat. Tapi yang paling hampeh sekali bila masuk, seat aku dah ada orang duduk. Kalau yang biasa-biasa boleh la aku cakap suruh pegi seat dia, dan tu adalah seat aku. Tapi orang yang duduk tu brader muka bengis berbadan sado! Muka ketat semacam je. Kang kalau aku suruh dia beredar, kene debik saje je kan aku ni. Cari pasal. So, duduk jela..

Tapi tak lama, lepas tu mamat tu turun kat next next next stop. Pastu adalah la aku duduk kat tepi. Baru la lega skit. Aku memang suka duk window seat. Tak kira la flight ke, bus ke, train ke. Janji duk tepi window. Lagipun bila naik transport camni, jarang rasa nak pegi toilet. Hiks. 


Bila bosan sepanjang perjalanan tu, mestilah belek-belek magazine yang ada terselit tu. Walaupun sepatah haram tak faham bahasa rusia, tapi atleast tengok gambar pun jadiklahkan. Tapi happy weeiiii sebab artikel pasal Malaysia sebanyak 4 muka surat ada dalam tuh. 

High-speed sangat ke Sapsan ni? Perasaan aku? Tak rasa macam laju mana pun. Rasanya lagi la laju train kat Jepun sana. Takleh lawan la kan. 





Aku guna satu apps ni yang direkomen oleh salah sorang kawan aku untuk translate bahasa rusia ke english. Tapi aku dah lupa dah apps apa tuh. Tapi hasilnya jadik macam kat bawah ni. Walaupun takdelah accurate sangat tapi dapat la tangkap sedikit sebanyakkan.


Lebih kurang 4.5 jam dalam train laju, akhirnya sampailah aku di kotaraya Moscow! Ibu negara Rusia. Home for the next 3 nights. Sekarang ni, kene gigih carik hostel lak. Aku dah booked satu hostel kat kawasan Arbatskaya, main street kat Moscow ni Harap tak sesat sebabnya tengok map metro dia agak berselerak jugaklah. 

view pertama nampak dari pintu masuk train station Moscow
sebahagian map metro, aku snap gambar ni nak refer station mana patut turun
Disebabkan aku tak tau lagi camni nak guna public transport a.k.a metro kat sini. Maka aku beli jela single trip ticket RUB40/trip. Sebab tak taukan.... janji sampai hostel dulu. Lepas tu baru pikir yang lain. 

Takde sesat barat berbekalkan dengan map metro dan kene faham skit-skit, akhirnya sampai jugak aku kat Arbatskaya nih. Sejukkkk! Tapi takde snow lagi. Snow baru je lepas cair. Sebab aku ada tengok instagram, a few days ago masih lagi ada snow light-light. 

Anyway, untuk info berkaitan accommodation aku di Moscow boleh la refer --> SINI 

seberang jalan tu adalah kawasan Arbatskaya ataupun Old Arbat Street
Nasib hostel aku tak jauh ke dalam, cumanya kene menapak naik tangga tingkat 4 uols! Pengsan! Tapi depan hostel skit ada kedai makan halal. Nampak esklusif. Takut nampak.... tapi takpe, check-in dulu. 

Oklah nanti sambung okeh!

Till then...

Bye!

8 comments:

  1. Hahhahah betul sgt. Tpt2 mcm ni tak perlu vocab yg bagus....ckp dlm broken english lg diorang paham...

    ReplyDelete
  2. untungler dapat naik high speed tren bagai

    ReplyDelete
  3. tgk map tu tingat kat map subway seoul...huuu rindu kampung iteww..

    ReplyDelete
  4. Motif nak beli tiket sapsan fefeelinggg korea?hehehe

    ReplyDelete
  5. Kereta api laju China nampak lebih canggih bandingkan dengan Sapsan...

    ReplyDelete
  6. Aku terkejut kenapa dekat Dinding St peterburg ada tulis KAKI BERANGAN kahkahkah. Amboi feeling korean terus ye. Kalau bercakap berbunga bahasa english , memang minta kena makan kaki lah kan. Bukan dia orang faham hehehe. Laju eh keretapi dia ?mesti berdesup pergi

    ReplyDelete
  7. walaupun ramai jg Malaysian yg study kt Moscow, persepsi tentang Rusia dan Moscow ni semcm menggerunkan, mungkin sbb negara komunis kot atau byk sangat tengok cerita Amerika..haha..well done...bangga jg ada artikel ttg negara kita dlm magazine mrka..

    ReplyDelete