Friday, May 8, 2015

#21 | Red Square & St. Basil Cathedral, Moscow

Selamat Hari Buruh kepada semua pekerja yang ada di Malaysia! Aku? Cuti gak nanti isnin tapi bank holiday la. Kira long weekend untuk aku gak. Korang lagi laaa long weekend dari aku kan. Ada tu siap naik kapal terbang pegi Korea la, roadtrip ke Krabi la. Aku? Nak ke London! Hahahah say hello to me ok kalau terserempak. Lols. 

Anyway, aku nak sambung lagi cerita Moscow aku ni. Tak sabar ni nak abeskan cepat-cepat, cuma masa je tak mengizinkan. Tambah pulak penyakit malas ni selalu datang. Aku memang salute la orang yang gigih karang entry tiap-tiap hari ni walaupun entry pendek sekalipun. Fuhhh~ effort tu memang kelas A lah! 

Hari baru aku di Moscow. Bangun macam biasalah takdelah awal mana pun. Lebih kurang jam 9 lebih, aku keluar la dari hostel. Actually, hari tu gak aku ada plan nak jumpa sorang student yang belajar kat Moscow ni. Kenal pun thru instagram gak. Dia ajak jumpa la sebab Malaysian kan jarang datang Moscow ni. Kira nak tolong la yang mana boleh. Alhamdulillah, jumpa orang yang baik-baikkan. 

Janji nak jumpa dia tengah hari lepas zohor camtu. So, aku ada masa untuk merayau-rayau sendiri dulu. Winter siang pendek. Kene gunakan masa yang ada sebaik mungkin. First place nak terjah adalah tak lain tak bukan tentu la nak pegi Red Square dan nak tengok St. Basil Cathedral yang warna-warni tuh. Tak lengkap rasanya trip ni kalau tak tengok sendiri depan mata. Tengok jela... bukan nak buat papekan. Sekadar memenuhi impian.... ;) 

Kawasan Red Square ni memang besar! Kat sinilah terletaknya The Kremlin, shooting location untuk Mission Impossible 4 tu. Siap kene letup lagi dalam filem tu. Nasib baik aku pegi aritu, masih utuh. Ngeh ngeh ngeh. Kiranya, main attractions kat sini ada beberapa yang boleh tengok. Kira, kalau korang takde banyak masa kat Moscow. Kat sini dapat tengok pun dah kira cukup bagus.

Antara landmark yang femes yang ada di Red Square adalah seperti St. Basil Cathedral, The Moscow  State Museum, Lenin Mausoleum dan jugak The Kremlin. So, kalau diperhatikan, memang kebanyakkan bangunan kat sini berwarna merah. Maybe sebab tulah dipanggil sebagai "Red Square". Tapi sebenarnya... no no! Berdasarkan dari pembacaan aku, Red Square bukanlah nama sebenar. Ianya terhasil dari perkataan Russian tu sendiri yakni "Krasnaya Ploschad" yang bermaksud "Beautiful Square". Selain daripada tu jugak perkataan "Krasnaya" tu sendiri bermaksud "Red" ataupun "Beautiful". So, kira berkaitrapat la jugak asal-usul nama  Red Square ni. Last-last panggil je Red Square. Senang nak sebutkan... 

Aku nak cepat abeskan entry ni, so layan gambar jela eh. Untuk sejarah ringkas pasal Red Square ni boleh la korang baca ---> SINI 

Red Square

The State Historical Museum - dari pandangan belakang

The Kremlin wall

menuju ke St. Basil Cathedral

The Lenin Mausoleum - tempat di mana jasad Vladimir Lenin di preserved dan dipamerkan untuk tontonan orang ramai. Dia ni mati pada tahun 1924. Dah lama kan? Ak tak dapat masuk sebab time tu memang ditutup. Tak tau kenapa. Kat bahagian belakang mausoleum ni pulak adalah kawasan perkuburan. Haaaa tempat dimana bekas pemimpin yang telah tiada. 

Glavnyi Universalnyi Magazin (GUM), sebutan bunyik "Goom" - huge modern shopping mall

time ni ada christmas carnival, belah kiri tu ada ice rink. syiokkk! 

Kazan Cathedral - merupakan replika cathedral yang original dari kurun ke-17

orang rusia ni memang bergaya terutamanya orang perempuan. pffft! 

landmark penting kalau datang ke Moscow
Kalau datang ke Moscow ni, benda wajib orang akan datang tengok adalah gereja yang berkubah berwarna-warni ni, St. Basil Cathedral. Dulu aku berangan je nak tengok benda ni depan mata. Tapi kali ni dapat tengok sendiri depan mata. Dapat jejak kaki ke Rusia pun aku sendiri tak percaya. Apatah lagi berada jauh ribuan batu dari tanahair kan. 

Kubah berbentuk bawang yang berwarna-warni ni memang sinonim dengan Rusia. Kiranya, landmark paling femes sekalila. Bangunan ni actually terletak di hujung Red Square, tapi dari jauhhhhh lagi aku dah nampak dah. Hati ni tak sabar nak tengok depan mata. Sejuk pun sejuklah! Hahaha. 

Aku rasa 3-4 kali aku datang kat sini. Gilerkan asyik nak tengok benda sama je. Tu tak tengok Kaabah lagi depan mata. Mau rindu tak abes. InsyaALLAH ada rezeki sampai jugak aku nanti. Aminnn.... 

Aku malas nak taip pasal sejarah St. Basil Cathedral ni. Nanti korang google sendiri la eh. Tapi aku perasan rekabentuk banguna ni lebih kurang sama dengan Church of the Savior on the Spill Blood kat St. Petersburg. Cuma yang ni warna dia lagi meriah! 

Statue to Minin and Pozharsky




Cathedral ni sekarang dijadikan muzium. Hanya pada Day of Intercession in October akan diadakan upacara dalam cathedral ni. Actually, aku tak masuk pun dalam ni. Ntah kenapa tak berminat nak masuk ataupun aku terlupa. Duh~ 

Okla tu je dulu. 

Till then.

Bye! 



6 comments:

  1. Niat nak pergi Russia memang ada. Tapi lepas tengok documentary pasal russian people yang tak suka immigrants tu, jadi serem pula. Hahaha. Gereja tu cantik ah!

    ReplyDelete
  2. Berkali2 jejak itu tempat ???.
    Bahagia nye la kalau akak dapat sekali jejak... Ntah ler...

    ReplyDelete
  3. Cantiknya gambar yang last

    ReplyDelete
  4. Assalam john,
    kalerpul betoi la bangunan deme yer

    ReplyDelete