Quick update! Nak tutup buku Russia ni cepat-cepat.
Untuk entry sebelumnya ---> SINI
Aritu, aku berjumpa dengan seorang student di Moscow nama dia Zamri. Dia yang approached aku kat instagram katanya kalau ade kat Moscow, boleh kontek dia. InsyaALLAH dia boleh la sedikit sebanyak bawak jejalan kat Moscow ni. Katanya, orang Malaysia jarang datang sini. Yela, jauh kot. Aku sambut pelawaan dia. Yela, bukan selalukan.
Maka, tengah hari tu berjumpalah aku dengan dia. Sempat kami lunch kat restoran halal "Taj Restaurant" depan hostel aku ni di Old Arbat Street ni. Kalau tengok dari luar, memang gerun nak masuk sebab ala-ala fine dining. Tapi ok je. Bila tengok harga mampu la nak makan sini. Harus ingat aku guna pound bukan ringgit. So, takdelah terasa sangat plus time ni Rubles dengan mengalami kejatuhan yang teruk. Order briyani ayam. Fuhhh~ sedapnya makan! Lepas beberapa lama makan nasik putih kosong je. Nikmat weh!
So, bila dah winter ni siang pendek! Takleh asyik duk melepak je. Jadik kami keluar la jejalan. Aku takde la solid itinerary nak tengok ape. Jadik Zamri ni bawak la aku pegi ke beberapa tempat yang ada. Jadik petang tu sempat pegi ke Gorky Park. Just tengok apa yang ada. Kat Moscow ni memang banyakkkk giler taman-taman. Pilih je nak pegi yang mana. Bukan kecik ye... tapi super besar dan luas! Dan, taman di memang ada aktiviti yang menarik untuk keluarga beriadah tak kira musim. Best tak? Kira boleh la hilang lelemak kat badan tu kalau menapak.
|
Memorial Museum of Cosmonautics |
|
Memorial Museum of Cosmonautics |
Sambil berjalan tu, sambil Zamri ni bercerita. Banyak betul pengetahuan dia pasal Russia dan aku kagum the way dia cerita kat aku tu. Penuh penghayatan yang aku rasa kenapa aku tak jadik macam dia. Walaupun dia muda dari aku, tapi rasanya ilmu dia lagi banyak dari aku. Aku jenis yang malas belajar. Payahkan. Nampak matang dari cara berfikir dari aku yang banyak nak main dari serius. Haih!
Anyway, gambar diatas merupakan memorial muzium berkaitan aeroangkasa di Moscow. Plan nak masuk tapi hari tu memang tutup kekdahnya. Jadik tak dapatlah masuk. Seperti mana yang kita sedia maklum, ilmu teknologi Rusia dalam bidang cosmonautics ni memang ke hadapan berbanding negara-negara lain di dunia ni. Kiranya pioneer la dalam bidang ni. Bagi mereka yang minat, patut masuk.
Tak jauh dari situ ada Gorky Park. Hari semakin gelap... tapi jalan jela. Kat sini katanya ada biggest ice rink time musim sejuk.
|
pintu masuk |
|
tu diaaa.... besar giler park ni weh! kene menapak ni sampai hujung. belakang bangunan tu nanti ade ice rink |
|
ice rink keliling park ni, time ni tak bukak lagi. masih lagi dalam proses menyiapkan |
|
boleh berpeluh time tengah ice skating kalau camni punya luas dan panjang |
|
rumah terbalik |
|
main building |
Kat belakang kawasan ice skating ni, ada lagi kawasan berkaitan aeroangkasa. Tapi aku tak pasti nama apa tempat ni. Lebih kurang macam exhibition centre. Siap ada spaceship dan kapal terbang. Tapi takleh masuklah sebab hari dah terlalu petang time tu. Just amek gambar jela.
Sebab terlalu sejukkk, memang tak lama la kami lepak situ. Makin berangin lak tu. Terusla bergerak meninggalkan kawasan walaupun time tu baru dalam jam 5 petang. Terus ke Red Square untuk night view picture! Ahaks. Tak puaskan...
Tu je dulu.
Till then..
Bye!
wah baca entrry ni boleh plak terbayang dr seikh muszaphar...kenapa tah...hehehehe!
ReplyDeleteRumah terbalik tu menarik!
ReplyDeleteAssalam john,
ReplyDeleteuols skate dak??? :)
Baca entry ni teringat lagu ni "I follow the Moskva down to Gorky Park, listening to the wind of change...." Baru tahu Gorky Park tu apa.
ReplyDelete