Tuesday, June 9, 2015

Stonehenge | Do You Wanna Go?

Hello! Lama tak update blog dek kerana takde idea, kekangan masa dan jugak penat. Ni bila dah selesai satu perkara penting boleh la jenguk-jenguk blog ni. Zaman nak update blog laju-laju dah berlalu. Tunggu ada mood baru update. Cerita basi pun lantaklah. 

Tapi sebelum tu, takziah untuk keluarga mangsa gempa bumi di Ranau, Sabah. Sekarang ni bencana ni tak mustahil akan berlaku kat Malaysia. Kita sendiri di akhir zaman. Ayuhlah sesama mengingati antara satu sama lain. InsyaALLAH. 

************************
Anyway, ni adalah cerita bulan Oktober tahun lepas! Kah kah kah baru ada masa belek-belek gambar tengok ada lagi cerita lama tak sempat nak update. Okla, aku update secara ringkas untuk korang. 

Stonehenge.. satu tempat warisan UNESCO yang aku rasa kebanyakan daripada mereka yang datang travel ke UK  takkan melepaskan peluang untuk datang dan tengok sendiri lokasi Stonehenge ni. Kalau ikut google, Stonehenge ialah "Legendary neolithic monument made using stones transported from Wales and built for unknown purpose" Haaa camtulah lebih kurang maksudnya pasal tempat ni. 

Aku sendiri? Takrifan aku "datang hanya tengok itu batu yang tersusun di tengah-tengah padang hijau" Kah kah kah keji kan tak faham sejarah. Honestly, aku tau wujudnya Stonehenge ni tapi cerita sebenar tidaklah aku sendiri tau. Cuma sedikit sebanyak yang aku tau ianya digunapakai oleh orang zaman dahulu untuk mengkaji pergerakan matahari dalam menentukan musim dan pengetahuan berkaitan alam yang lain. Selain daripada tu, ada jugak yang kata kawasan tu sebenarnya adalah kubur! Haaaa kira keras punya kawasanalah kan. *genggam tasbih bila jejak kawasan tu*

Malas nak cerita nanti pandai-pandailah korang carik sendiri. Aku pasti 50% daripada kita semua macam aku jugak. Hanya pegi untuk sekadar... owhhhh "been there, done that". Ahaks!


Nak sampai ke Stonehenge dari Birmingham ni bukan dekat ye.. jauh giler okeh! Adela kene drive dalam 2.5 jam camtu ataupun 146 miles. Jauhkan? Kalau dari London, dalam 2 jam camtu. Ianya terletak di Wiltshire, England. 

Korang jangan ingat, sampai-sampai je terus parking nampak batu berdiri ni tau. Hahaha tidakkk ye. Dulu mungkin ya dekat je. Tapi sekarang tidak lagi. Kene parking agak jauh dari kawasan Stonehenge ni. Ada tourist information centre dia sendiri terletak kira-kira 2.5km dari tapak Stonehenge ni. Kat situlah nanti ada kawasan parking yang luas, kaunter beli tiket, gift shop dan jugak cafe kalau lapar. Dari sini, boleh pilih samada nak menapak sendiri ke sana dalam 20 minit camtu lalu kawasan rumput hijau yang cun ataupun boleh pilih untuk naik free shuttle ke sama dalam masa 10 minit camtu. Pilihan di tangan anda. 

Entrance fee? Mahal nak arwah bagi aku. Untuk dewasa dikenakan bayaran sebanyak GBP14.90/pax. Pffft! Nak tengok batu je pun ni. Nasib parking free. Hahaha. 


By the time aku sampai sini tak silap dalam jam 2 petang dah. Nasib cuaca biru, tak sejuk dan tak panas. Just nice lah orang kata. 

Jom layan gambar!

view dari dalam shuttle bus

dalam proses pemindahan untuk kecantikan kawasan sekeliling Stonehenge

keluarga

dari tempat parking bas

kelihatan sayup-sayup je dari jauh

haaaa nampak dah

tiada benda lain selain dari batu yang disusun berdiri, sekelilingnya padang rumput yang menghijau!
Bila dah sampai dekat, jangan ingat boleh main sorok-sorok di celah-celah batu tu. Nehi nehiiiiii! Hahahah ada pagar ye yang mengelilingi Stonehenge ni. Seakan-akan bulatan, ada spot yang yang dekat, ada spot yang paling cantik tapi ianya paling jauh sekali. Hahaha. Sabar jela. Yela, kene la memelihara batu-batu ni semua. Kang datang mereka yang jenis jakun, terus panjat batu-batu ni semua terus roboh susunatur. Sapa yang susah? Kita tersengih jela. Benda ribuan tahun ni, kene jaga. warisan sejarah yang masih lagi di kaji oleh pakar sejarah. Kita sendiri pun tak tau kan. 

So, redho jela dengan jalan yang dibuat untuk keliling Stonehenge ni. 

Kalau ikut susunan asal, memang penuh batu yang membuat bulatan. Tapi sekarang tak semua berdiri, Ada yang dah roboh, ada jugak yang masih gah berdiri. Bayangkan batu yang mana paling berat ialah seberat 240 tan disusun camni. Ntah mana datang batu ni pun tak tau tiba-tiba ada di tengah padang rumput yang luas ni. Mesti ada sesuatu yang mistikkan. Hmmm... Terbentuk kira-kira 3000 tahun sebelum masihi lagi. Perghh lama. 

kawasan yang bersih

zoom skit

macam mana tu dorang angkat susun kat atas tu zaman dulu

dah berlumut skit batu-batu ni, kene sental

ade malaysian! lols

cuaca cun, so bergambarlah kita

shot dari bawah lak

makin jauh pulak pathway dia

sedikit info

view yang angle yang cantik bagi aku,. ni actually dah zoom dah. 

view sebenar kalau tak zoom, jauh! 

anak kecik bermain pagar. eh! hahah 

nampak kecik je haaa manusia kat situ

platform untuk pemerhati

tak lama lepas tu, awan mendung mula datang menyerang.... huawaaaa larikkk! 

cukup tawaf satu pusingan
So, adakah lama aku lepak sini? Ade la 2 jam camtu. Ke less than that? Huhuhu adela lepak atas rumput kat situ sambil layan tengok orang. Kebetulan terjumpa satu auntie ni yang anak sedara dia keje satu ofis dengan aku! Kah kah kah! Fasih lagi auntie ni cakap melayu. Gembira dia jumpa kitaorang. 

Anyway, hari makin petang dan ade tanda nak hujan. Patutnya nak kene drive pegi ke Bath pulak aritu tapi sebab dah macam terlalu lewat je, maka tak jadik ler. Yela, nak ke Bath jauh lagi tu. Maybe next time jela nampaknya. 

Anyway, berbaloi ke? Hurm... aku cakap cukuplah sekali je. Aku jenis tak brape nak appreciate ilmu heritage ni payah la skit. Jujur ni cakapkan. Hahaha. 

Tu je. Fuhh~ lama tak menaip panjang camni. 

Till then. Bye! 

5 comments:

  1. Info menarikk...baru ingat nak main cak cak kat batu tuuu..kikiki ^_____^

    ReplyDelete
  2. Hmm.. walaupon batu jer tp 2 jam jugak ko kat situ..ha..ha.. tu dah masuk menapak dari parking ke apa tu...? tp aku setuju dngn ko, mahal betol entrance fee la ni...huhuhu....

    ReplyDelete
  3. Dulu masih belajar di UK, ada trip pergi Stonehenge tapi banyak kawan saya cakap boring lah. Lagipun dari tempat saya pergi Stonehenge agak jauh, so tak jadi pergi lah. Quite regret lah!

    ReplyDelete
  4. Assalam john,
    he3
    ilmu batu sebenornye :P

    ReplyDelete