Thursday, July 2, 2015

#26 | Izmailovo Market & Moscow Mosque

Quick update!

Yeahhh nak abes dah entry winter trip aku ni. Walhal dah masuk summerkan. Giler pemalas nak update. Kah kah kah. Al-maklumlah banyak keje lain nak kene buat. Aku pun dah tunggu nak balik Malaysia dah ni. 

Anyway, bagi mereka yang datang ke Moscow dan berniat nak mencari souvenirs pada harga berpatutan boleh la terjah ke Izmailovo Market yang aku rasa tak brape jauh mana pun dari city centre dan tidak crowded dengan tourist lain. Plus, boleh bargain! hiks. 

Cara ke sana: Amek metro dan turun di Partizanskaya station, pastu kene jalan skit. 

Izmailovo Market
Time aku sampai kat sini, salji baru je stop turun. Jadik memang nampak jalan raya semua memutih je. Takdelah tebal mana pun, tapi cukup untuk kasik efek memutih tuh. Cuaca tu memang gloomy toksah cakaplah. 

Dari metro station tak jauh mana, cuma aku tak tau nak tuju ke arah mana. Jadik aku terusla approach police yang ada tak jauh dari situ. Bagitau je "Izmailovo Market" short and precise insyaALLAH dorang faham. Terusla aku menapak seorang diri menuju ke market. 

Mula-mula sampai kat depan pintu masuk tu aku sendiri agak skeptikal, yela betul ke ni market asal sunyi sangat-sangat dan macam takde orang pun! Ke tutup sebab snow? Hurm... Tapi aku gigih jugaklah masuk ke kawasan market tengok ade kedai bukak ke tak. Kawasan dia takdelah besar mana tapi aku perasan banyak kedai yang tutup. Ada la dalam less than 20 kedai yang bukak. Ade yang jual lukisan, jual topi berbulu dan jugak souvenirs buatan tempatan yang lain. 

Aku just jejalan dulu la survey-survey benda apa yang aku nak beli bawak balik ni kan. Tak berani lagi nak tanya betul-betul kang kene cepuk dek peniaga tu baru tau. Jeling dari jauh ataupun buat scanning jela dulu barang apa yang ada. 

view keluar dari metro station
view perjalanan menuju ke market
salji yang memutih je... cantik sangat!

dalam Izmailovo Market, banyak yang tutup
Bila dah sampai kat area kedai jual topi berbulu ni, memang aku ada niat macam nak bawak balik satu ke Malaysia. Yela, dah datang jauh-jauhkan. Takkan taknak beli yang original punyakan. Rusia terkenal dengan pembuatan topi berbulu yang berkualiti yela, dorangkan negara yang bercuaca extreme, jadik bulu adalah salah satu bahan penebat yang elok untuk tahan haba. 

Ada banyak gaklah jenis topi yang aku try. Peniaga tu yang approach aku. Sebab aku ni Muslim, lagi la dia suka sebab dorang pun muslim gak datang dari negara Kazakhstan. Satu-persatu topi aku try. Ternyata memang sedap pakailah time musim sejuk gini. Harga ada yang lebih dari RUB2000 dan kalau pandai tawar boleh la dapat dalam  RUB1,200. Aku dah hampir-hampir nak beli dah tapi bila kira-kira duit dah nak abes dah. So, aku terpaksa let go jela tak beli. 

Peniaga tu mula-mula agak pushy la jugak tapi aku berjaya jugak elak dari dorang. Maybe sebab suasana market aritu memang sunyi dan takde customers yang datang. That's why la kot terpaksa jugak kene buat sales. Sorry la brader, i have no money. If I have, definitely gonna buy it from you. 

Aku ended up beli sedikit fridge magnets untuk bawak balik. Harga pun murah berbanding beli di Old Arbat Street. 

topi yang berbulu yang pelbagai jenis, harga boleh tawar-menawar

koleksi souvenirs yang boleh dibeli

lukisan pun ada

mula-mula ingat dah sampai Disneyland dah aku ni. kah kah kah
Dah setel skit beli souvenirs, aku terus la menuju ke Moscow Mosque untuk solat. Saje je nak tengok suasana masjid kat sini. Agak jauh jugaklah aku naik metro dan kene menapak skit. 

Masjid ni dalam proses renovation secara besar-besaran jugak. Keseluruhan dewan solat dibuat di luar bangunan utama. Kira temporary building kat luar tu. 





Ok dah tu je dulu...

Nak balikkk dahhh! 

Till then. 

Bye!

13 comments:

  1. first?
    tak kot...

    nak balik dah ke?
    (mixed feeling memang ada...to the max..kan?)

    tenang je suasana situ ..tak de orang ramai berpusu2 mcm TAR..eh..

    ReplyDelete
  2. Mulanya ingat market ni tempat bertutup...rupanya open air...

    Nampak cantik dan besar masjid tu bila siap nanti...

    ReplyDelete
  3. Adik..dpt topi bulu tu bestnya....besar dlm masjid tu yer...cantik2 pemandangannya...

    ReplyDelete
  4. rindu kat senow... tetibe... cantik topi bulus tu wehhh

    ReplyDelete
  5. cantiknya even jln putih jek.
    selamat berpuasa john!

    ReplyDelete
  6. Luas dan cantik masjid tu. Apa namanya? Tak tahu baca signboard tu.

    ReplyDelete
  7. Mekasih kongsi pengalaman stori mori moscow dan pic.selamat berpuasa dari ciku

    ReplyDelete
  8. Cantik effect salji memutih tu ke kau yang paandai tangkap gambor salji? sian brader tu haaa, beria nak suruh beli tu. NI jalan bersalji kena hati hati, nanti tergelincir , terduduk kau hahaha

    ReplyDelete
  9. Eh...dah nak balik malaysia dah??

    ReplyDelete
  10. cantiknya masjid tu...boleh masuk dalam wishlist n submit pada hubby nih :-)

    ReplyDelete
  11. Cantiknya.. destinasi impian.. rumit ker urusan kalau travel solo?

    ReplyDelete
  12. salam bro, tolong check email bro. i sent u something. tq.

    ReplyDelete