Monday, December 24, 2012

Jogjakarta : Never Ending Asia - Candi Prambanan

Assalamualaikum!!! 

Actually, aku try nak type cepat-cepat supaya cerita Jogjakarta ni abes. Aku pun dah makin sangat busy dan mood untuk berblogging sangat takde. So, jom aku sambung cerita ke destinasi seterusnya iaitu Candi Prambanan. 

Lepas check-out dari Rumah Boedi, aku bersama Janggel dan supir kami meneruskan perjalanan menuju ke Gunung Merbabu, tapi bukan exactly kat situ sebab kami akan ke sebuah kawasan dimana kita boleh tengok view Gunung Merbabu dan Gunung Merapi di kanan dan kiri. Kiranya akan naik ke satu kawasan bukit yang agak tinggi untuk melihat kedua-dua gunung tersebut. Nama kawasan tersebut ialah, agak berbelit lidah skit kalo aku nak sebut sendiri maka, aku type jela : Wisata Katep Pass Kabupaten Magelang. Haaaa...ce sebut sendiri ala-ala tongue twister skit kan. Hahaha. Cuaca sejuk tapi rasanya tidak sesejuk di Dieng Plateau. Tapi apekan malang nasib kami... memang langsung tak nampak view gunungnya dek kerana kabus dan berawan tebal. Frust tu takde sangat tapi mengenangkan perjalanan jauh dan berliku terpaksa dirempuhi walaupun aku tau Janggel kat belakang membuta! Hahaha... Kat sekitar kawasan look-up point ni ade a few bas persiaran dan kereta-kereta supir. Kami tak spend lama kat sini sebab nak tengok ape lagi ye dak? Bayar parking 2,000 rupiah. Pastu terus kami bergerak menuju ke Candi Prambanan yang terletak kira-kira 20km dari Jogjakarta dan 120km dari Selatan Semarang. 


Kawasan sekitar.. gambar sebelah kiri diatas tu dia supir kami. Nama dia aku tak ingat. Not bad la orangnya.. 

Kalo sebelum ni aku dah pegi ke Candi Borobudur yang mana khusus untuk penganut agama Buddha, manakala Candi Prambanan pulak khusus untuk penganut agama Hindu dan merupakan salah sebuah candi hindu yang terbesar di dunia. Katanya laa... bukan aku kata ye. Kalo design atau rekabentuk Candi Borobudur ala-ala seperti sebuah 4segi yang berpiramid, tetapi kalo Candi Prambanan pulak berbentuk seperti menara yang mana yang paling tinggi mencecah 47 meter. Haaa... bayangkan sendiri betapa tingginya. Candi Prambanan ini telah dibangunkan sekitar tahun 850 Masehi.

Untuk menuju ke Candi Prambanan ni, sepanjang perjalanan ni bukan macam lalu jalan highway atau jalan bandar. Tapi lebih kepada lalu jalan-jalan kampung yang ada 1 lane je kiri dan kanan. So, memang boleh expect trafik agak sesak dan perjalanan tak smooth. Ada sesekali dorang buat contruction jalan, memang terbantut gakla. Perjalanan mengambil masa tak silap aku dalam lebih kurang 3 jam jugaklah sebabnya seingat aku, macam terlelap seketika time dalam kete tu. Yela, penat dan mengantok plus aku kan pendiam... jadiknya taktau nak tanya apa kat supir tu. Sesekali ada jugak tanya dia sejarah bla bla bla... dan dia memang tau sedikit sebanyak info mengenai Jogjakarta atau tempat-tempat pelancongan yang dilawati oleh kami. 

Time kami sampai di kawasan Candi Prambanan ni memang dah betol-betol lunch hour dan cuaca ketika tu memang panas terik yang ampunnnnn! Bekalan kami sepanjang perjalanan tadi hanyalah breafast pagi dan jugak biskut Oreo dan biskut Tigers. Katanya memberikan tenaga! Panas tu memang taktau nak kata apa dah.... rentung bhai! Redho jela... Dan sampai pun kan. Lunch kemudian kami bagitau kat supir tu. Pelancong kat kawasan tu memang ramai jugak, kawasan parking memang penuh! 

Tiket masuk adalah berbeza bagi rakyat tempatan dan rakyat Indonesia sendiri ya. Tiket masuk untuk pelancong asing adalah 170,000 rupiah seorang. Akan diberikan kain batik untuk pakai. Kat ruang lobby tempat beli tiket tu ada disediakan free flow drinks seperti tea, coffee dan jugak water dispenser kalo nak minum air kosong. Kami isi siap-siap botol air kami. Memang expect akan dihydrated nanti. Korang pun kalo pegi, sila berbuat demikian.. jenuh nak usung kalo pengsan kan! 



Dari pintu masuk kaunter tiket, kita masih kene berjalan menuju ke pintu masuk sebenar Candi Prambanan. Luas jugak kawasan candi ni lebih kurang seperti kawasan Candi Borobudur jugak. Dalam kawasan candi ni terdapat 3 buah candi yang paling agunglah bagi penganut agama Hindu ni yakni Candi Siwa, Candi Visnu dan Candi Brahman. Ni kan tuhan-tuhan mereka. 

Jom tengok gambar okeh! 





Candi yang masih berdiri teguh dan ada yang telah runtuh






Dalam kawasan Candi Prambanan ni terdapat satu candi yang paling besar iaitu Candi Siwa yang berada ditengah-tengah kawasan candi. Kalo tengok dorang letak pagar di sekeliling kawasan dan pelancong yang nak masuk kawasan itu kene pakai topi keselamatan. Bilangan orang di dalam kawasan jugak dihadkan kepada 50 orang sahaja pada satu-satu masa. Katanya demi menjaga keutuhan struktur candi dan jugak sebelum ni ada sedikit ketidakstabilan pada struktur candi. Since macam takde pape sangat, kami decided untuk tidak masuk. Tengok dari luar jela. Plus reka bentuk dan corak pun lebih kurang sama je. Panas okehhhh! Rasa nak pitam dah nih! 

Candi Siwa


Sedikit info aku cilok dari karangan Janggel yang mana dicopy paste dari Mr. Google: 

Candi Siwa sebagai candi utama adalah bangunan terbesar sekaligus tetinggi di kompleks candi Rara Jonggrang, berukuran tinggi 47 meter dan lebar 34 meter. Puncak mastaka atau kemuncak candi ini dimahkotai modifikasi bentuk wajra yang melambangkan intan atau halilintar. Bentuk wajra ini merupakan versi Hindu sandingan dari stupa yang ditemukan pada kemuncak candi Buddha. Candi Siwa dikelilingi lorong galeri yang dihiasi relief yang menceritakan kisah Ramayana; terukir di dinding dalam pada pagar langkan. Di atas pagar langkan ini dipagari jajaran kemuncak yang juga berbentuk wajra. Untuk mengikuti kisah sesuai urutannya, pengunjung harus masuk dari sisi timur, lalu melakukan pradakshina yakni berputar mengelilingi candi sesuai arah jarum jam. Kisah Ramayana ini dilanjutkan ke Candi Brahma.

Kami spend lebih kurang 2 jam jugaklah... pastu berteduh kejap kat bayangan candi untuk untuk lepaskan penat lelah. Rasa macam nak baring-baring atas katil empuk je time nih. Nak makan..... nak mandi.... nak minummmm... nak bogel je.. Oppps! Hahaha. Sesekali amek turn untuk posing. Amek gambar dari tempat teduh ye... kata takmo kene panas. Hahaha. Takleh blah. Nasib baik ada lens zoom. Boleh la zoom jauh skit. 




Jomlah balik wehhh... tak tahan dah ni, rasanya semua ceruk kawasan dah terjah dah ni. Kawasan Candi Prambanan ni masih lagi dalam proses renovasi untuk membina semula candi-candi yang telah roboh. Blok-blok batu yang telah terlerai telah dilongkok kat setiap petak kawasan yang telah dikenalpasti. Aku pun taktau bila masa akan siap sepenuhnya. Kalo gempa bumi masih melanda, kemungkinan untuk pulih kepada asal akan mengambil masa yang agak lama. Hellooo... we are talking about natural disaster and world heritage okeh. Cannot play-play... 


View dari pintu keluar....



Dari pintu keluar nak menuju ke tempat parking pun satu hal jugak...sebabnya jauh okeh nak menapak! Nasib baik berjalan dibawah pepohon nan rimbun. On the way tu, adalah muzium Candi Prambanan untuk tontonan umum. Free of charge katanya. Okla... masuk jela dah alang-alangkan. 

Info ni pun aku copypaste dari Janggel. Thanks for your info. Ala-ala balas email dari client pulak. Hahaha. 

Di dalam kompleks taman purbakala Candi Prambanan terdapat sebuah museum yang menyimpan berbagai temuan benda bersejarah purbakala. Museum ini terletak di sisi utara Candi Prambanan, antara candi Prambanan dan candi Lumbung. Museum ini dibangun dalam arsitektur tradisional Jawa, berupa rumah joglo. Koleksi yang tersimpan di museum ini adalah berbagai batu-batu candi dan berbagai arca yang ditemukan di sekitar lokasi candi Prambanan; misalnya arca lembu Nandi, resi Agastya, Siwa, Wishnu, Garuda, dan arca Durga Mahisasuramardini, termasuk pula batu Lingga Siwa, sebagai lambang kesuburan. Replika harta karun emas temuan Wonoboyo yang terkenal itu, berupa mangkuk berukir Ramayana, gayung, tas, uang, dan perhiasan emas, juga dipamekan di museum ini. Temuan Wonoboyo yang asli kini disimpan di Museum Nasional Indonesia di Jakarta. Replika model arsitektur beberapa candi seperti Prambanan, Borobudur, dan Plaosan juga dipamerkan di museum ini. Museum ini dapat dimasuki secara gratis oleh pengunjung taman purbakala Prambanan karena tiket masuk taman wisata sudah termasuk museum ini. Pertunjukan audio visual mengenai candi Prambanan juga ditampilkan disini.

Kat sini pun ada aircond, kami tidak melepaskan peluang untuk tumpang berteduh dibawah aircon tu. Rasanya sungguh nikmat tak terkata! 




Ni diaa....muka sesuatu sangat! Hahahha berteduh bawah aircon katanya! 

Gambar time sunset. Marvellous okeh! 

On the way ke pintu besar keluar pulak tu, ada market ler... menjual pelbagai jenis kraftangan dan barang-barang lain sewaktu dengannya. Gigih pegi jenguk setiap kedai kot-kot ada jual fridge magnet. Harammmm takde! Pasrah. 

Sepatutnya kalo ikut aturan kami, dari Candi Prambanan akan menuju ke Pantai Parangritis. Tapi dari firasat hati aku yang sangat kuat berkata takyah pegi nanti buang masa plus hari akan hujan ni. Maka, kami pasrah dan bagitau supir kami untuk langsung terus menuju ke Jogjakarta untuk lunch dan check-in. 

Supir kami ni kiranya agak tau akan tempat makan yang best. Dibawanya kami ke rumah makan yang menjual makanan nasik campur. Aku taktau alamatnya tapi dah dekat dengan Jalan Malioboro di Jogjakarta. Banyak sungguh lauk-pauk yang dijual. Kiranya ni makan tengahari dan petang skali. Syiokkk dah masuk restoran tu, hujan turun haiii...lebat toksah cakap! Nasib baik tak pegi ke Parangritis. Buang masa je. Alhamdulillah... Makanan untuk 3 orang hanya 55,000 rupiah. Semua minum air buah ye... taknak kalah! Hahaha. Murahhhh!



Ok dah...sampai takat tu je yang aku nak type. 

Till then..wasalam. 

11 comments:

  1. Salam Danny/John,
    Masa akak pergi baru-baru ni, sejuk...musim hujan, cuaca ok je.

    Fridge magnet akak jumpa berlambak jual di kedai-kedai cenderamata tu. Tapi akak beli gambar tulisan Jogja. Mereka banyak jual gambar candi. Tapi akak tak belilah gambar candi tu. Gambar candi tak boleh dijadikan hiasan, malaikat tak masuk rumah, kan?

    ReplyDelete
  2. Salam Danny

    Kalau melekit2 jenjalan cenggini menapak jauh2, huh...akak pun boleh hilang mood nak menghayati sejarahnye...rimas badan dan cepat penat otak dibuatnye...

    ReplyDelete
  3. gitewww.... Hahaha (komen takberfekdah)

    ReplyDelete
  4. Memang berbelit lidah nak nyebut.. kalah tongue twister... interesting! x penah tau kewujudan candi ni until i read yr post...yg aku tau borobodur aja...he..he... Panas eh waktu ko p? x apala...dugaan...;)panas2 pon tp esok lusa tngk2 ko dah ke desert mana plak...

    ReplyDelete
  5. hokey...baru aku tau candi tu maksud tuhan, aku ingatkan kuil sebab dah agama hindu and buddha. gambar-gambar semua superb henry fox! ai..nama ni pun berbelit jugak nak sebut, heheh...

    ReplyDelete
  6. gigihku baca semua post. Hahaha.. Nk ikot g melancong bleh? kiki

    ReplyDelete
  7. waaahhh...
    sangat gigih nak updet
    diselang seli dengan kije hakiki
    bertabahlah...



    errr
    i follow you?
    (hahahahah)

    ReplyDelete
  8. nice pictures on prambanan. i'm heading there soon next year so am scouting for info. glad to have found your blog.

    ReplyDelete
  9. salam, leh bg contact no supir? if simpan lagi laaaaa

    ReplyDelete
  10. @Baya,
    boleh refer kt entry pertama Jogjakarta. Ni perenggan yg ade kontek supir.

    "Untuk mengetahui list-list yang available kat sana korang boleh refer kat Jogjakarta Car Rental . Dari situ, korang boleh pilih dari senarai yang ada. Korang kene e-mail untuk mintak quotation dari dorang. Then, wait for them to reply. Aku ada hantar beberapa email mintak quotation dari supir-supir nih. Tapi yang berbalas hanyalah dari Lestari Car Rent. Klik Lestari Car Rent. Kat situ pun ada contact number dorang. Cut the story short, dorang quoted 900,000 rupiah untuk 2 hari full (car + driver + fuel). Kalo korang ramai lagi jimat kot. Since kami berdua, setiap seorang bayar half. For your info jugak, harga ni tidak termasuk parking dan jugak makanan untuk supir tau. So, kiranya apa yang kita makan, supir tu makan jugak. Aku taktau samada ni paling murah ke tak. Tapi antara sume supir-supir yang aku dah e-mailed, ternyata paling murah adalah dari Lestari Car Rental. Yang lain-lain sumenye quoted more than 1.5 juta rupiah!~ Cis! Tapi janganlah kata ni mahal sebabnya kalo nak lagi murah sila sewa kereta sahaja then drive sendiri kat sana which aku malas untuk berbuat demikian. Dengan sesat barat, keadaan trafik kat sana. Hanya tuhan sahaja yang tau. Better amek supir je senang"

    ReplyDelete