Friday, April 25, 2014

Tips | Swiss Pass | Use or Not to Use?

Helllo!

Salam ceria buat kepada semua pembaca Kaki Berangan yang setia ataupun newbies. Salam ukhuwah saya ucapkan kepada semua walau dimana jua anda berada. 

Ape macam? skema tak ucapan pembukaan aku? Sesekali nak jugaklah amek hati mereka yang menyokong blog Kaki Berangan dari jauh mahupun dekat. Yang suka ataupun yang benci. Takpe, kita ni manusia lemah tak sempurna. Takleh nak puaskan semua hati orangkan. 

Whatever it is... kita hidup kenela enjoy! Bak kata aku yang sedang menaip rancak nih! Ewahh!



Bila kita merangka trip ke Switzerland ataupun Swiss dalam bahasa ringkasnya, tentulah transportation yang menjadik perkara utama yang harus dititikberatkan sebabnya harga untuk setiap train ataupun lain-lain benda adalah super mahal. Maka, setiap wang pound (dah pakai pound ni, ringgit tak main dah hahaha) yang dilaburkan haruslah diambilkira walaupun 1 pound. Haaa... macam tu skali punya berkira. Yela, kene la jimat hidup as a student ni. Takleh nak main belasah je. 

Maka, ada yang bertanya dan aku jugak bertanya dalam diri sendiri samada berbaloi ke tak pakai Swiss Pass ni. Ada membuat rujukan kepada rakan-rakan rapat yang dah penah jejak kaki ke Swiss ni. Banyak ilmu dan tips yang aku serap dalam kepala otak aku dalam masa singkat dan rangka plan ni agar tidak terbabas bajet aku. 

Jadik.... cut the story short. Lepas balik dari Swiss semalam, aku terdetik nak buat perbandingan brape banyak duit yang boleh aku save dengan menggunakan Swiss Pass ni ataupun tidak. Lepas balik dari kelas tadi, terus la shalat dulu dan bukak laptop. Terus bukak Mic Excel dan kung kang kung kang menaip.. maka dah siap jugaklah perbandingan aku secara ringkas. 

Alangkah terkejutnya aku... alangkah tu. Nampak tak penggunaan bahasa ala-ala novel sastera dulu? Banyak jugaklah aku save untuk transportation aku sepanjang berada kat Swiss untuk 6 hari 5 malam ni. Aku agak rebah di kerusi tadi. 

Ayuh aku tayangkan sebelum aku ulas secara ringkas nanti. Okeh?



Note 1 dalam gambar diatas bermaksud percuma yakni kalo anda tiba di Geneva Airport, kita boleh claim 1 tiket pengangkutan secara percuma yang mana kita boleh naik public transportation di Geneva selama 80 minit. Haa... dah jimat duit skit kat situ. Nampak tak permainan dia? 


Kat mana nak kutip tiket free ni? 

Jawapan aku: mohon ke tempat baggage claim, kat situ akan ada satu mesin untuk amek tiket free ni. Sebelah dengan tourist information counter. Just tekan, maka keluarlah sekeping tiket. Simpan tiket tu nanti just in case diperlukan. Setiap seorang hanya dibenarkan untuk mengambil satu tiket sahaja. Faham? Lagipun airport  Geneva ke city centre tak jauh pun, dalam 4km je. dekat giler!

Untuk info lanjut ---> SINI 

Okeh, berbalik kepada Swiss Pass. Mesti yang akan bertanya soalan random seperti yang aku nak tunjuk kat bawah nanti. Harap anda dapat digest dan faham apa yang aku cuba sampaikan. InsyaALLAH. Demi kesenangan ummah sejagat untuk travel ke Switzerland nanti. 

Ayuhhh!


Apakah Swiss Pass?

Jawapan aku: Sejenis rail pass yang mana kita berpeluang untuk guna semua rangkaian keretapi yang terdapat dalam negara Switzerland ini. Kiranya, dengan hanya ada pass ni, tak perlu lagi beli tiket nak ke mana-mana bandar, pekan, atau kampung yang ada dalam negara Switzerland ini. 

Swiss Pass ini tidak terhad kepada penggunaan keretapi di seluruh Swiss je, bahkan bas, boat dan jugak kereta kabel (tertakluk kepada syarat lain) jugak boleh digunakan. Bila dah ade pass ni hanya perlu tunjuk je kepada pegawai yang bertugas bila dorang check tiket. 

Sebagai 1 route yang telah aku buat aritu dalam masa satu hari yang guna train, bas dan jugak cable car semuanya dah termasuk dalam Swiss Pass ni, hanya perlu tunjuk je, jangan hilangkan! 

Geneva --> Montreux --> Interlaken Ost --> Lauterbrunnen ---> Stechelberg Station --> Gimmelwald Station 

Swiss Pass ni boleh dibeli untuk tempoh penggunaan untuk 4 hari, 8 hari, 15 hari, 22 hari ataupun sebulan terus haa.. kalo banyak duit! Tapi bagi aku yang ciput ni, 4 hari pun dah memadai sebab travel pun 6h5m je. 

Hari pertama, tidak menggunakan sebarang Swiss Pass, sebabnya aku hanya stay kat Geneva city centre. Dan kebanyakkan tempat boleh sampai dengan hanya jalan kaki. Maka, aku decided untuk pakai Swiss Pass ni bermula hari yang ke-dua. 


Kat mana nak beli Swiss Pass? Perlu ke saya beli secara online?

Jawapan aku: Nak beli online pun boleh, taknak pun takpe. Boleh beli di pejabat SBB Office yang terdapat di train station secara over the counter. So far, harga takde beza pun kalo beli secara online. Bukannya dapat lagi murah pun sama je. 

Macam aku aritu sebab pegi secara berdua dengan kawan aku, maka entitled untuk dapat diskaun sebanyak 10% untuk harga total tiket Swiss Pass 4 days. Jadik kene bayar seorang hanyalah CHF245/pax. 

Let's say korang nak pegi beli Swiss Pass tu harini, tapi nak start pakai pass tu adalah lusa. Tu pun boleh dibuat. Nanti pegawai tiket tu akan tanya nak pakai bila Swiss Pass ni, korang kasiklah date sekian-sekian yang korang nak pakai Swiss Pass nanti bila Swiss Pass ni diprintkan, ianya akan tertera validity of the pass from sekian date ke sekian date. 

Macam aku, terus beli kat Geneva train station, tapi nak pakai esoknya. Boleh takde masalah!

Dokumen yang diperlukan adalah passport dan kita akan diberikan tiket kertas berserta tiket wallet macam tu. Tiket seperti gambar dibawah. 


Untuk harga rasmi Swiss Pass ni, boleh la kita semua rujuk di website SBB ---> SINI 


Berbaloi ke jikalau saya beli Swiss Pass ini?

Jawapan aku: AMAT BERBALOI!

Haaa... macam tu skali aku tekankan dengan penggunnan all capital letters. Dah tengok comparison yang dah buat kat atas tadi? Aku dapat jimat sebanyak CHF178 untuk train yang aku naik selama 6h5m ketika berada di Swiss walaupun Swiss Pass ni hanyalah valid selama 4 hari je, but still aku jimat banyak. Cuma hari ke-6 tu, aku terpaksa kuarkan duit secara tunai untuk beli tiket train dari Luzern ke Basel sebab Swiss Pass dah boleh campak tepi tak laku. 

Tapi takpe sebab berbaloi. Selain daripada tu, kalo nak gali-gali secara detail lagi kejimatan yang aku dah dapat dek kerana guna  Swiss Pass ni selama 4 hari ni, memang lagi banyak. Secara kasar, aku kira-kira kadar kejimatan yang boleh aku dapat adalah lebih daripada CHF300 sebabnya aku guna bas, boat, cable car dan jugak diskaun yang aku dapat untuk naik puncak Schiltorn sebanyak 50%. 

Klik sini untuk download rangkaian keretapi di Switzerland yang boleh pakai Swiss Pass ---> SINI 

Secara ringkasnya, advantages bila kita pakai Swiss Pass ni adalah seperti berikut:
  • Perjalanan tanpa batasan (unlimited ride) menggunakan keretapi, bas, tram dan jugak boat (cruises) di seluruh Switzerland. Tak silap aku, kalo dari negara lain masuk ke Switzerland, pass ni tak valid. Contoh dari Milan (Italy) ke Zermatt (Swiss). 
  • 50% diskaun untuk kebanyakkan train atau cable car yang menuju ke puncak gunung seperti puncak Schiltorn. Untuk puncak Jungfrau aku tak tau, tapi semestinya lagi mahal berbanding naik Schiltorn ni. Sila carik sendiri. Macam aku aritu, since dah ade Swiss Pass ni, dari Murren menuju ke puncak Schiltorn hanya perlu bayar CHF38.50/return berbanding CHF89/return untuk seorang. Banyakkan jimat tu?
  • Tiket masuk percuma ke 450 muzium yang ada kat Swiss bagi mereka yang berminat.


Perlu ke saya reserve seat kat pejabat train sebelum naik train, atau main duduk je kat mana-mana coach?

Jawapan aku: Tak perlu pun, sebab kalo beli tiket 2nd class memang boleh duduk mana-mana seat yang kita nak kat coach 2nd class. Jangan memandai pegi duduk lak kat 1st class coach, sebab bila konduktor check tiket dan tau kita patutnya 2nd class, dia akan suruh beralih ke coach yang sepatutnya. 

Tapi, kalo nak reserve pun takde masalah, just pegi ke train station office cakap nak reserve seat untuk journey anda, tapi perlu buat 2-3 hari sebelum berlepas. Haaa camtu lebih kurang. 

Honestly, tu yang aku nak buat pada mulanya, tapi lepas consult dengan Chawanna, dia kata tak perlu pun buat camtu. Maka, aku pun tak jadik buat seat reservations tu. Sebab most of the time, train tu tak penuh pun. InsyaALLAH memang ada tempat duduk untuk kita. 

Tetapi, kalo nasib kurang baik naik train time peak hour maybe kat 2nd class coach tu, kene berdiri. Benda ni terjadik kat aku untuk 2 kali camtu. Tapi okla sebab journey tak jauh mana pun dalam 15 mins je. Yang lain-lain route tu, memang boleh duduk dengan aman. Ada coach tu kosong! Hahahah 

Owh ya, ade toilet dalam train yang super bersih dan luas okeh! Tak berbau pun. 

Ok dah.. tu je pendapat aku. Kalo ada mereka yang penah guna Swiss Pass dan nak share pendapat boleh la drop komen nanti kat bawah tu ek. Amat dialu-alukan. Pendapat yang aku type kat atas ni adalah berdasarkan pemerhatian aku sepanjang berada kat Swiss aritu. Maybe mereka ada pendapat lain. 

Now, kita layan gambar dalam train pulak okeh! 

Sepanjang naik train kat Swiss, aku berpeluang naik 2 jenis panoramic scenic train. ianya dari

a) Montreux ---> Interlaken Ost (Golden Pass Panoramic train)

b) Interlaken Ost ---> Luzern (Interlaken - Luzern Panoramic Express)

Kalo berpeluang, naiklah dua route ni, memang anda akan agak kagum tak rugi dengan pemandangan yang disajikan. InsyaALLAH. 

Owh ya, one more thing, 


Patut duduk seat belah kanan atau kiri yang lebih baik?

Jawapan aku: Kedua-dua belah takde menjadikan masalah besar sebab nanti viewnya akan tetap sama. Ada kala belah kanan lagi lawa, ada kala belah kiri lagi lawa. Kalo seat tu kosong, boleh je main lompat-lompat nak duk mana-mana. 

Tetapi untuk dua panoramic route train tu, aku suggest 

Golden Pass Panoramic train untuk duduk belah kanan.

Interlaken - Luzern Panoramic Express train duduk belah kiri. 


Macam mana sistem jadual train kalau saya perlu bertukar-tukar train? 

Jawapan aku: Dari sepanjang pemerhatian aku naik train kat Swiss ni, memang timetable dia sangat teratur, tersusun dan punctual. Even aku kene bertukar-tukar train a few times, tapi aku tak perlu tunggu lama mana pun untuk naik train yang seterusnya. 

Aku kasik situasi macam ni dari Lauterbrunnen --> Interlaken Ost ---> Zermatt (untuk sampai ke Zermatt kene bertukar dua train yakni di station Spiez dan jugak station Visp). Kiranya mesti la agak cuak kalo kene tinggal dek train ke ataupun kene tunggu lama untuk the next train tiba. 

Ini kerana... by the time train tu tiba di sesuatu station, kita mempunyai masa dalam 10 - 15 minit untuk tunggu train ke destinasi seterusnya tiba. Tapi kita janganlah terlalu chill atau buat terlalu relax. Masa itu emas kalo dalam travel ni. Every minute counts you know. Jadik, sempatlah untuk tau platform mana pulak untuk naik train itu. Kadang-kadang, platform tu sebelah menyebelah je. Takde masalah. 

Yang aku kagum lagi, timetable ni tidak terhad kepada train je, even sistem dorang memang selari atau synchronize dengan bas dan jugak cable car. Jadik, turun train, tunggu kejap je terus naik bas dan bila sampai cable car station pulak tunggu kejap je pulak terus naik. Tak banyak buang masa. See? Baguskan.. 

coach untuk train menuju dari Geneva ke Montreux

2nd class coach dalam Golden Pass Panoramic Train 2nd class coach

dalam coach 2 tingkat dari Spiez menuju ke Visp untuk ke Zermatt, amat selesa 2nd class coach

view dari Interlaken menuju ke Luzern dalam panoramic express train, belah kiri 2nd class coach

view dalam train dari Geneva airport ke city centre

view dalam train dari  Interlaken Ost menuju ke Lauterbrunnen 2nd class coach

toilet

train untuk naik ke puncak Mt. Rigi di Luzern

maps yang ada dalam train setiap route, ni dalam Luzern menuju ke Appenzell melalui Herisau

2nd class coach menuju ke Appenzell

Ok dah...

Bye and enjoy Swiss!

23 comments:

  1. Bila laa...boleh sampai swiss nihhh!

    ReplyDelete
  2. Golden Pass Panoramic train ni mmg dari montreux ke Interlaken je yer? the other way around mmg takde ehh? coz aku nanti start dari zurich, so cadangnye lepas lepak 2-3 days kat interlaken , then pegi montreux before proceed to zermatt

    ReplyDelete
  3. Nice bro! Before this I just being your silent blog reader. Read almost ALL of your stories. Besides, entries from geng2 traveholicawesome yang lain pon I baca. Good job! Lots of tips and info. And I restarted writing my blog after got 'encouragement' from all of you. Bhaha! My new entry: http://weweynei.blogspot.com/2014/04/mabul-syurga-dunia-part-2.html

    ReplyDelete
  4. Info yg SANGAT BAGUS! next trip ke Europe still tak dpt nak jejak ke Swiss ni...lepas baca and tgk gambar ni terasa mcm nak reroute balik ke plan. Apapun thumbs-up!

    ReplyDelete
  5. Ingatkan ko buat comparison dalam kelas lagi. Kot2 mukadimah gitu, dapat ilham dari lecturer yang baru masuk hall. Bookmark siap2 page ni, haritu dah study entries Chawanna. Banyak nak dihadam ni. Nak lagi bila bukan RM jadi mainan kan. Huhu. Swiss tunggu aku datang insha Allah.

    ReplyDelete
  6. Jawapan JM : Ye..must to use..kalau tak mmg RUGI sgt2..so mmg tak ada soalan dah sbb semua dah terjawab..inilah jawapan sbg student..cikgu bagi full mark :-)

    Seat train yg colourfull dan selesa sbb luas..ohh Swiss..untungla owang tu dpt g belajar..dpt g travel lagik..Alhamdulillah REZEKI tul

    ReplyDelete
  7. Cantik sarung kusyen train dia berwarna-warni dan bersih je. Syoknya naik train takde orang leh lompat sana lompat sini... hehehehe ambik gambar yang cantik

    ReplyDelete
  8. Terima kasih atas info dari pengalaman sendiri dan bukan cut and paste dari website dan akhirnya menjadi wikipedia hew hew hew..syabas!

    Memang swiss mahal nak mampus serba serbi, esp tang transportation, jadi adalah amat cerdik jika rajin buat research tentang cost dan jadual perjalanan utk pastikan RM kite boleh pergi jauh kalau di negara mahal macam ni :).

    Dan terima kasih jugak kerana membuat aku cemburu membabi buta setelah tengok gambar2 ko yg meleleh air mata buatkan aku rindu nk datang ke Swiss buat kali kedua walaupun tabung ayam aku baru half je berisi.

    Terima kasih John..terima kasih..terima kasih ;p

    ReplyDelete
  9. Eh lupa satu lagi nk komen hahaha..
    air kencing sapa yg bersepah dalam toilet tu?? :)

    ReplyDelete
  10. Azra: Route Golden Pass train ni sebenarnye dari Montreux sampai Lucern. Tapi boleh je nk stop kt Interlaken Ost dulu, lepas tu if nk ke Lucern sambung la naik hari berikutnya.

    Direct dr Zurich memang nan hado. Makanya ko dari Zurich, kena turun ke Lucern dulu la, if nk buat terbalik dari cara aku dan John tu:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq tq for the pencerahan... Emmm kene plan balik route aku nih.. Kalau boleh semua panoramic train aku nak naek... Alang2 dah beli swiss pass kan

      Delete
  11. John... ni aku star tuk referen akan datang.. kompom google x jumpe nih.. Aku baru tau ko dapat belajar obecee weh. aku jeles tahap mega... aku nk blajar obecee gak T_T

    ReplyDelete
  12. Sapa tanya lagik pass nih aku lempang haha.. OMG view pg Luzern tuh James Bond sangat2!!!

    ReplyDelete
  13. @NiL,
    insyaALLAH NiL, one day! ;) keep on dreaming.



    @Azra,
    ade beberapa lagi scenic route azra, tp yang dr montreux ni tak silap yang paling pendek dalam 4 jam journey je. tak silap dr zurich mmg takde. tp chawanna dah jawap soalan ko. harap dpt membantu.



    @Nhazwani,
    heyy there! thank you for supporting us. will pay a visit soon. cheers!



    @Hidayah,
    takpe, jangan tamak. cover yang mana boleh dulu. dpt jejak mana2 bahagian europe pun rasanya cukup memadai dah kot. insyaALLAH one day dpt datang lagi. ;)



    @Bibie Karim,
    Hahahah haipp, yang ni kene buat proper depan laptop. baru la dapat hadam katanya. insyaALLAH. swiss Bibie datang! karpet rumput jadik hamparan.



    @Jari Manis,
    alhamdulillah... rezeki. ;)



    @Notie,
    yupp mmg bersihhh. selesa la kalo journey jauh2. ;)



    @Chawanna,
    kannnn memang mahal. nak nanges kalo tengok rege dari makanan, souvebirs dan tiket transport.

    tu air basuhan tangan la! hahahah



    @Eddie Aziz,
    no worries bro.



    @Iza,
    hahahah takdelah. aku buat ni pun nak tengok perbandingan sendiri. so, blh la share dgn org once dah terbukti sahih. hiks.

    ReplyDelete
  14. Swiss pass memang berbaloi!

    Saya pergi tahun 2012, masa tu swiss pass ada buat promo buy 1 free 1. Saya beli kat agent boustead kat jln raja chulan dengan harga rm 980 untuk 2 orang for flexi swiss pass 4 hari. Jadi klu ada promo lagi digalakkan masukkan route swiss ni dlm itinerary europe anda.

    ReplyDelete
  15. sy nak stay 2hr je kat swiss...agak2 berbaloi tak beli swiss pass?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hurmmm tak tau nak kata mcm mana sebab awak kene tau nak cover area mana je dlm masa 2 hari tu. kalau tak banyak mana, rasanya tak berbaloi sgt.

      Delete
  16. Sy newbie kat sini.. Hihikss.. Smg training sy ke uni of Geneva diluluskan.. Blh menyelam sambil minum air.. ☺️☺️☺️☺️ thanx for the very good info and very nice picture.. Dh Khatam hbs dh semua entry Switzerland trip.. ����������

    ReplyDelete
  17. Thanks hadek for the review. I'm going to Swiss next month. And this entry membantu lebih dari wikipedia. Tengs a zillion! May Allah bless you.

    ReplyDelete
  18. Salam Encik nak ty...org swiss ni friendly tak if we want to ask them something...planning to travel to swiss somewhere mid dec..tq

    ReplyDelete
  19. Salam.... nk tanye... kalau beli Swiss pass ni all train boleh naik ke?? mcm train SBB, Panorama train sume 2 bleh pakai ke??

    ReplyDelete
  20. terima kasih banyak2. info yg sangat berguna untuk saya setiap kali travel bersama keluarga.

    ReplyDelete