Saturday, July 27, 2013

Halong Bay, Vietnam : Part 2 - 6 Hours Halong Bay Cruise!

Jom jom! 

Gigil-gigil nak sambung cerita yang dah agak basi ni. Pfft! 

Malam kitaorang sampai kat Halong City ni, after dah check-in kat Asian Hai Ngoc Hotel ni. Aku, Janggel dan Kak Coco turun balik ke receptionist. Since hari pun dah agak malam, why not kita try tanya kat orang hotel ni kot-kot dia tau atau boleh tolong arrangekan aktiviti kitaorang esoknya. Kalo datang ke Halong Bay ni, memang taksah kalo tak naik Halong Bay Cruise kan. 

Kalo ikut plan awal, kalo boleh kitaorang nak macam overnite 1 malam kat atas cruise tu. Tapi sebab takde masa, maybe just naik a normal cruise je. So, receptionist tu kata dia boleh tolong arrangekan. Kitaorang mintak yang paling murah! Dia kata lagi ada 6 hours and 8 hours punya cruise. Since tak banyak masa, we opted for 6 hours cruise. 

Tunggu dia calling-calling kaki-kaki agent dia... 

Krik krik krik kat lobby... 

Alrite! Dah setel dia calling orang dia. Optionnya macam ni: 

1) Normal cruise (with other tourists) : VND2.5 juta untuk 7 orang. (VND357,000/pax)

2) Private cruise : VND3.2 juta untuk 7 orang. (VND457,000/pax)

Kitaorang termenung... tak banyak beza pun antara normal cruise ataupun private cruise. Kitaorang bertiga takleh nak buat decision sebabnya ni melibatkan duit members yang lain gak. Kitaorang tanya lagi, kalo yang macam normal cruise tu, brape orang 1 bot. Katanya lebih kurang 40 orang 1 bot. Ramai tu kan. 

Krik... krikk... krikkkkkk... bunyi buatan sendiri. 

Tambah pulak receptionist tu kata, since esoknya macam mid-week dan skang adalah low-season kat Halong Bay. Maybe orang tak ramai, plus cruise tu takkan bergerak melainkan cukup semua penumpang. Chances untuk cruise tu cancel pun adalah tinggi. Baik amek private tour. Katanyalaa... bukan aku kata. Ada pro and cons jugak benda ni. Jom naik ke bilik dulu untuk diskas. 

Kalo ikutkan kira-kira beza dalam Ringgit Malaysia antara private cruise vs normal cruise pun tak banyak (RM68 vs RM53). Kalo macam tu, baiklah amek private cruise je. Senang tak bercampur dengan orang lain plus boleh buat kepala group sendiri je. Takke? Walaupun orang akan kata... eleh tak syiokk la tak bergaul dengan foreigners lain. Pfft! Typical abes. Hahaha. Opps! So, kitaorang confirmkan amek private cruise untuk esoknya. Kene ada kat lobby jam 8 pagi. 


************************************************

Esoknya, bangun awal ler. Tapi sempat breakfast dulu kat rooftop hotel ni. Tingkat paling atas skali. Breakfast yang disediakan ada roti, telur goreng, buah-buahan dan orange juice termasuk coffee and tea. Okla tu. For us, it was more than enough. Telur goreng dia, datang berduyun-duyun. Aku rasa, sorang boleh dapat dalam 3 hingga 4 bijik sorang. Pemurah betol taukey hotel ni. Plus, time breakfast ni kitaorang je yang ada. Ntah-ntah kitaorang je kot penghuni untuk hari tu? Hurm... Kenyang dengan sarapan ringkas, kitaorang siap tapau telur goreng yang tak abes tuh! Kikiki... buat bekal atas cruise nanti. Al-maklumlah.. masing-masing dah nak pokai terutamannya aku! Nasib baik ada bank bergerak seperti TanSree Coco. Untunglaaaa! Hahaha. 


view dari cafe rooftop Asian Hai Ngoc Hotel. tingkat 9



antara makanan yang disediakan



Actually, cuaca di Halong Bay amat tidak menyebelahi kitaorang. Hujan turun renyai-renyai pagi tu. Gloomy je manjang. Alahaiii... salah musimkah? Tapi cruise harus diteruskan sebab dah booked kan. 

Sebelum bergerak ke jeti, kitaorang dah siap check-out dari hotel tu. Luggage semua tinggalkan kat storage room yang disediakan oleh pihak hotel. 



Hujan mengiringi kitaorang menuju ke jeti cruise yang terletak lebih kurang 3 km je dari hotel kitaorang. Tak jauh pun! 

Jejak kaki je kat jeti, ada sorang pekerja datang tanya dah buat booking ke blom. Ternyata dialah orang yang akan bawak kitaorang naik cruise pagi tu. Keadaan sekeliling kawasan jeti tu tak ramai mana pun orang. Bot-bot cruise pun banyak tersadai kat jeti tu. So, memang betol time ni agak low-season di Halong Bay. Sebelum naik ke cruise, kene isi macam 1 borang. Kene isi nama penuh dan jugak passport number. Just in case kita semua ni hilang di lautan. 




Ayuhhh naik bot! 

Masing-masing punya perasaan macam "whoaaaa....whoaaa" ni betol ke bot kita ni? Agak besar dan selesa. Lagak seperti orang kaya tapi kayap. Kekekek. Dah masuk semua, bot tu terus bergerak. Atas bot tu ada driver, 2 orang pekerja lain dan 1 orang wanita penjual cenderamata. Nak jugakkan ikut sama. Haishh.. macam la nak beli. 


Bot tu perlahan-lahan meninggalkan jeti, maka bermula 6 hours cruise kitaorang ni. 

Kekwat punya pasal, masing-masing duk tempat berlainan. Mewah punya pasal kan. Nak berniarap, menari, tunggang terbalik pun boleh. Takde sape kisah! Kat jeti ni banyak jenis bot atau cruise yang berbeza dari segi saiz dan jugak bentuk. Ada yang siap ada bilik untuk bermalam atas bot, ada yang normal macam kitaorang ni. Ada lagi yang macam rumah pun ada siap ada beranda nak breakfast! Ahaks. Best kan? Yang tu tunggu duit banyak baru boleh kot. 

Untuk 6 hours punya cruise ni, terdapat beberapa check-out yang mana cruise ni akan stop, dan kami semua diberikan peluang untuk explore tempat tersebut. Tapi check-point tu bergantung kepada tiket yang diberikan kepada kami. Takleh pegi semua sebab kekangan masa. Boleh klik --> More Info 

Jom layan gambar!

ada orang tinggal dalam bot ni kot, siap buat jemur2 kain lain kat luar


tiket yang diberikan

antara bot yang tidak bergerak

bendera negara Vietnam berkibar megah di setiap bot yang ada

gugusan pulau-pulau di Halong Bay, one of the wonder of nature

batu yang berbentuk anjing

batu yang berbentuk serigala. sayup-sayup kelihatan kat atas bukit sana


batu terapung di tengah lautan


tula dia aksi masing-masing, tangan tak lepas dari pegang handphones takpun merenung nasib di negara orang!

ini dia... kissing chicken!

Lepas beberapa ketika cruise tu berlayar, hujan pun dah berhenti. Alhamdulillah... boleh la explore tempat kalo dia stop. Tak lama tu, bot ni singgah kejap kat sangkar ikan di tengah Halong Bay tu. Kelihatan banyak bot-bot lain jugak yang singgah bawak pelancong. Kat sini boleh la pilih seafoods segar dari laut untuk dimasak di atas bot masing-masing. Haaa cerdik tak punya business minded. Sengaja singgah sini tau. Hiks. Ada belangkas, ketam, sotong, ikan yang aku rasa macam jenis yang tak penah aku nampak sebelum ni. Harganya? Hurm... boleh la tahan. Nak kata murah tu taklah! 





Dek kerana termakan hasutan dan pujukan rayu dari driver bot kami, kami makan beli 1 ekor ikan untuk dimakan bersama atas bot nanti. Yela, ada gak lauk yang sedap nak makan jap lagi. Kalo tidak hanyalah telur rebus dengan nasik putih. Sedih dan syahdu tak??? Hahaha. Harga ikan sekilo USD26/kilo. Perghh mahal mahal! *pejam mata*

Okla.. nanti sambung lagi.

Till then.. bye!

9 comments:

  1. bahagian seafood tu memang best.. kalau murah berbaloi kot nak ratah hahaa.. yg warna kuning isi dalam belang2 tu ape? tapi nampak sedap la pulak hahaha :D

    by the way low season dari bulan apa ek sampai bulan berapa?

    ReplyDelete
  2. Akhirnya sampai jugak ke negara kelahiran saya...

    Dah lama baca blog John, tp baru first time tinggalkan jejak...

    ReplyDelete
  3. bank bergerak le sangat akak nih?
    motif tau!!!

    akak pun senget..eh..sengkekk!!!!

    hahahaah

    (sambung sengeh lagi)

    ReplyDelete
  4. @Time Traveller,
    hiks. kalo murah mmg akan ratah abes bro. kekek tp sbb mahal. makan pun kene catu. yg isi kuning tu tak silap aku mcm siput je. ntahla, tidaklah kitaorang beli sbb mcm geli je nak makan. ahaks!.

    low season aku pun kurang pasti. tp time kitaorang pegi ni dalam awal bulan mei. takde org ramai pun.



    @Nizhama,
    owhh yeke. jauhnya dilahirkan... terima kasih sbb sudi tinggalkan jejak. ;)



    @Kak Anash,
    ahaks! hahaha yela, akaklah bank bergerak kami!

    ReplyDelete
  5. Henry... Mmg seronok xperience...berada di sekeliling air....sesekali rasa mcm adnan khaskogiii!!!

    ReplyDelete
  6. Nak naik cruise harga berjuta tu..sib baik bila convert duit msia..murah je sebenarnya..kalau tak fensan..tapi still murah coz JM naik bot nelayan pun dh kena pau RM1000..hangin je..sian kat JM kan..eheheeh

    Kalau camni nk pegi time low season jgk lah..*verangan :-)

    ReplyDelete
  7. Berapa harga satu kepala... Nak beli pakej kat mana?

    ReplyDelete
  8. @Afend,
    kat bahagian atas2 entry ni saya dh tulis siap2 brape harga kene bayar per kepala. takkan awak tak perasan? sila baca sebelom tanya soklan yg dah sedia ada jawapan kat atas tuh.

    ReplyDelete
  9. I have seen this blog. nice blog with beautiful pictures.

    Places to visit in Halong Bay

    ReplyDelete