Bersambung dari SINI
Dah abes pusing WOW sebelum ni, actually aku dan Masmz sempat lagi terjah ke Louhu sebab nak temankan Masmz untuk shopping barang-barang terakhir beliau. Harap-harap sempat. Time ni sempatlah rembat bag luggage untuk bawak pulang. Banyak gaklah Masmz ni beli hasil hasutan aku dan jugak nafsu shopping dia sendiri. Hiks. Sabar jela... lama giler kitaorang duk bertapa kat sebuah kedai ni. Duk bargain lagi tu yang kadang-kadang amek masa. Kitaorang blah tu memang 70% kedai dah tutup.... dan salesgirls tu siap ikut aku dan Masmz balik ke hostel lagi. Apa yang terjadi? Aku malas nak type part tu. Biasalah rahsia. Hiks. Nak tergelak pun ada dek kegigihan salesgirls. Degil taknak dengar cakap aku, dan taknak tunggu esok! Nasib baik muka comel macam Seo Hyun ahli member Girl's Generation. Hahaha.
***************
Esoknya, actually kitaorang sempat lagi pegi ke Louhu untuk shopping-shopping kali terakhir.. Haaa brape banyak kali terakhir pun aku taktaulah. Memang kali ni sangat epic! Tapi semalam before gerak ke WOW, kitaorang berjaya dapatkan tiket sleeper bus menuju ke Guilin. Our next destinastion. Our first option ialah nak beli tiket train. Ingatkan nak beli 2 hari awal, masih lagi available. Tapi, nasib kitaorang agak malang, semua tiket untuk Guilin on the date that we want memang semuanya sold out! Macam mana kami tau dah sold out? Sebabnya owner kepada hostel kami tu tolong checkkan terus online samada tiket masih lagi available ke tak. Semua date dia check dari setiap stesen yang ada. The only option yang ada kalo gigih sangat nak naik train adalah the next day which for us was totally a no-no. Nak tak nak... kenela beli tiket bas. Kalo ikutkan owner hostel tu gak, tiket bus pun dah banyak sold out. Adoyaiiii.... macam mana ni??? Dahla tiket bas tu takleh beli kat Louhu Station. Kene pegi ke another station yang tak jauh dari hostel kami ni. Masing-masing dah gelabah anjing dah ni. Ok macam ni, kita pegi dulu ke Louhu Station. Tanya samada tiket train atau bas masih lagi ada ke tak. Huhuhu....
Mula-mula tu pegi ke train station, tanya macam ayam itik. Tapi nasi baik dorang faham. Tapi seperti yang dijangka, memang tiket dah totally sold out. Hurm.... hampa. Terus pegi ke stesen bas lak kat Louhu tu yang. Ada sorang minah cina tu approach kami nak pegi mana. Bagitau la dia nak beli tiket bas ke Guilin. Dia gigih tolong bawakkan ke tempat tiket. Bila-bila kaunter, nasib baik tiket masih lagi available. Alhamdulillah.... thanks to her. Tiket untuk ke Guilin yakni sleeper bus adalah berharga 240 yuan/pax untuk perjalanan more than 10 hours. Haaa.... macam mana nak cakap tu? Honestly, aku dah lupa brape lak harga tiket untuk train. Rasanya sedikit murah. Bergantung kepada class yang dipilih.
Untuk macam mana nak check harga tiket train dan jugak jadual boleh rujuk ke laman web di bawah: -
Bagi pelancong asing macam kami ni, kalo nak beli tiket train, make sure bawak passport masing-masing sebabnya di tiket nanti akan diletakkan details passport kita bersama. Pastu, kalo nak beli tiket ke sesuatu destinasi seperti kitaorang ni dari Shenzen ke Guilin. Kalo beli kene beli atleast 5 - 8 hari awal dari tarikh berlepas untuk mengelakkan kekecewaan seperti kami ni haaa... Aku ingatkan bukan musim peak season. Jangkaan aku salah. Yela, rakyat China ni more than 1 billion. Kene la compete dengan dorang. Kalo lambat, confirm terlepas peluang.
Ok bersambung pasal harga tiket sleeper bas tadi tu. Nak tak nak kitaorang kene amek gak. Tapi aku try bargain. Apa lagi gunala kehenseman aku yang tak seberapa ni untuk menggoda makcik tiket tu mintak diskaun. Gesel-gesel skit, dia pun kasiklah diskaun jadik harga tiket tu 220 yuan sorang. Jadikla kan... dari takde diskaun langsung. Hahahah happy jap bila memikirkan insiden tu. Terus dorang yang lain kata makcik tu mak ayam aku. Motif?? Hahahah sengals.
Esoknya... pagi tu kitaorang terjah semula ke Louhu Commercial Centre sebabnya nak shopping lagi korang hoiiii! Ada kawan kitaorang tu siap nak amek tempahan baju yang dah buat. Untuk raya katanya! Gigih tak kat situ. Lagipun bas kitaorang akan bertolak jam 6.30 petang nanti. So, ada banyak masa lagi la... Nak berjalan amek angin? Takde maknanya!!! Saat-saat ni memang diabeskan untuk shopping segala duit yang ada ni. Tak ingat diri nih! Walhal lama lagi nak bertapa kat China ni. Sabor jela... Dah abes dan penat shopping, kitaorang balik semula ke hostel. Dah check-out pagi-pagi lagi. Tinggal bag yang berat-berat kat situ je. Balik semula untuk solat dan makan lunch ringan-ringan sebelum bertolak ke stesen bas.
Ok... aku rasa panjang pulak aku membebel dalam entry kali ni. Haishhh!!! Bas tu actually beberapa kali delay tapi takdelah lama sangat dalam sejam lebih camtu. Akhirnya kami dibawa untuk naik sleeper bas. Tapi sebelum nak naik bas tu. Maszuber dah hilangkan tiket! Takke gelabah beruk time tu??? Dah la nak naik bas ni. Maunya dorang mintak, tak ke Guilin la kitaorang nanti. Muka sorang-sorang dah pucat lesi. Tapi aku try jugak bagitau orang tiket tu, yang tiket kitaorang dah misplaced. Haaaa.... nasib baik dia kasik naik. Alhamdulillah... Ni adalah first time naik sleeper bas. Agak terkujat gakla sebab sebelum naik bas tu kene tanggalkan kasut. Sempit hoii aku cakap! Overalla, masing-masing tido lena dalam bas tu walaupun sempit.
Selepas melalui perjalanan yang agak lama more than 10 hours, alhamdulillah kami selamat sampai ke Guilin. Lebih kurang jam 7 pagi. Aku dah print siap-siap direction menuju ke Wada Hostel, Guilin dan aku booked hostel ni via online lebih kurang more than 4 months before our trip ni. Dah baca review semuanya high rating. Plus, harganya amat-amat murah! Amek 4-bed dorms yang berharga 36 yuan/pax. Takke terkujat tu murah benor regenya?
Okeh, sebelum nak sampai ke hostel ni. Actually, kalo ikutkan the actual direction ni dari Guilin Bus Station. Aku ingatkan bas ni memang berhenti kat Guilin Bus Station. TETAPI! Rupanya tidak ye... aku pun taktau mana dorang humbankan kami. Berjalan ke sana ke mari tanpa hala tuju. Hanya orang lalu lalang semuanya taktau kat mana lokasi hostel tu. Duk berjalan ke kiri kanan tanpa arah tujuan. Nak amek teksi masing-masing macam taktau. Dahla masing-masing penatkan... taktau laaa nak kata apa dah. Ikut kata hati je seret kaki dengan bag masing-masing.
Tapi tiba-tiba ada sorang mamat bermotor ni, macam berniat baik nak tolong bawak kami ke hostel kami. Katanya dia tau. So, kitaorang just follow dia lebih kurang more than 1 more hour la duk berjalan sambil seret bag troli dengan bagpack lagi tu toksah cakap la. Duk lalu pasar basah lagi, anjing berkeliarang ni. Adoyaiiii dugaan betol kali ni. Hampir putus asa dah masing-masing. Time macam gini, boleh bawak gadoh antara satu sama lain. Ok semua kene sabar.....
Akhirnya.... kami sampailah ke tempat yang dituju! Alhamdulillah sangat-sangat! Rasa nak buat sujud syukur atas jalan yang berdebu time tu gak! Dan dan nak ucapkan terima kasih kepada mamat bermotor tu. Ingatkan dia tolong ikhlas. Rupanya TIDAK! Siap mintak tips lagi ok. Dia nak tak silap aku 100 yuan. Pegi mampos! Aku dah naik darah dah. Memikirkan di tempat orang ni, eloklah aku jaga diri. Aku just kasik 20 yuan je then blah dari situ. Muka dia macam tak puas hati. Tapi lantaklah! Ada siput babi disebalik mee wantan rupanya!
Ok... berlalu dengan penuh kecewa dek kene tipu, penat dan taktau nak kata apa dah.... Nasib baik boleh terus check-in walaupun time tu masih lagi awal dalam pukul 9.30 pagi camtu. Bolehla kitaorang berehat dulu sementelah menunggi ketibaan para ahli rombongan lain yakni Janggeltrekker, Kak Coco dan jugak Dan Arif dari Kuala Lumpur.
Jom layan gambar di sekitar Wada Hostel.
actually aku suka katil jenis bunkbed dia sebab di setiap katil ada langsir untuk privasi masing-masing |
reception |
eh, ada banyak bendera la... ni adalah loker |
ruangan lepak-lepak dan beramas-mesra |
boardgames kalo berminat nak main |
hallway menuju ke bilik masing-masing |
Kat sinilah akhirnya kitaorang berjaya access Facebook! Sebabnya pihak hostel ni dah guna proxy dan ip address berlainan. So, bolehla bukak FB dan jugak blogspot. Dapat gak berhubung dengan ahli-ahli Travelholicawesome yang lain-lain. Pekerja dorang pun memang fasih berbahasa Inggeris. Don't worry.
Akhirnya dapat gak berehat atas katil yang empuk! Tak lama selepas tu, ketibaan mereka yang lain di tiba dengan jayanya. Happy kot nampak dorang sampai! Dapat gak kongsi kesusahan bersama. Hiks.
Kasik dorang check-in dulu kasik hilang penat. Lebih kurang jam 1 petang, kitaorang keluar untuk jejalan ataupun meneroka Guilin. Takleh buang masa sangat sebab tak panjang jangkamasa berada di Guilin ni.
Untuk membaca kisah ketibaan mereka boleh klik link bawah ni:
a) Janggeltrekker ---> Kisah Mereka di Guilin
b) Kak Coco ---> Kisah Mereka jugak di Guilin
Tapi sebelum pape yang berlaku, kitaorang kene beli dulu tiket train menuju ke Nanning. Dah tanya kat receptionist tu macam mana nak pegi ke train station. Dia bekalkan 1 map yang lengkap dengan tourist attraction, bas route dan main points. Dari Wada Hostel ni, kitaorang hanya perlu lebih kurang 500 meter menuju ke train station. Kalo nak naik bas pun boleh takde masalah. Kekerapan adalah tinggi. So, no worries. Tambang hanyalah 1 yuan seorang. Murah kan?
suka dia dapat jumpa buah hati |
Perjalanan train dari Guilin ke Nanning akan mengambil masa kira-kira 6 jam. So, takdelah lama sangat. Since most of us takde banyak duit yuan mana yang tinggal, masing-masing agreed untuk amek normal seats yang berharga 65 yuan/pax. Ok.. this time aku ingatkan normal seat macam dalam train KTM kat Malaysia ni. Takde masalah la kot since 6 jam je.
Sambungannya nanti... aku cite.
Tapi sebelum nak beli tiket tu, macam mana nak beli tiket. Papan tanda semuanya dalam bahasa cina! Tapi jangan risau, just approach kat kaunter informasi dan bagitau destinasi kita. Nanti tuju jela ke nombor kaunter yang sepatutnya. Nasib baik semuanya berjalan lancar. Tiket sudah dibeli.... dan ke mana kita? By the way, jangan lupa kasik passport masing-masing ye untuk beli tiket tu.
Ok dah panjang ni.... nanti aku sambung la ye... yang penting kitaorang naik bas no.3 menuju ke 1 destinasi yang berharga 1 yuan...
Ok dah... nanti sambung!
Till then...bye!
wahhhhhh bas ada katil tingkat2? first time aku tgk weh! sempit gile! tapi katil nampak sedap la, ok la camtu kan...
ReplyDeletedah banyak entry guilin org lain yang aku baca, bila nak beli tiket train, majoriti tunjuk gambar papan tanda yang penuh tulisan ala-ala siput tu. hahaha. bila terkenang balik memang kelakar kan?
ReplyDelete@Biqque,
ReplyDeletehahaha aku pun first time tengok ade katil dlm bas. agak sempit gakla. kira mcm keranda cmtu.
@PM,
hahahah tau xpe. sabor jela. tapi overall still ok utk beli tiket. Janji dorang faham kita nak ke mana. ;)
Fuyooo.. Jauh perjalanan korang dari shenzen ke guilin... Tp lawak la ko guna taktik mengoda makcik jual tiktt bus utk dpt discout!!!cair jugak nyonya tu.. hahaha..sengal
ReplyDeleteahahaha..JM tergelak baca part nak dpt kan discount utk tiket bas tu..
ReplyDeleteJM boleh rasa keadaan time nak carik hostel tu kan..kalau dah ramai..pastu sesat pulak..paham2 je lah..
pagi di guilin bagi hari itu sgt indah...cewahhhhhhhhhhh
ReplyDelete@Nuna,
ReplyDeletemmg jauh pun. hahaha nasib baik boleh baring-baring atas bas tu. cuma since naik awal ptg agak bosan sepanjang perjalanan tu. yg part goda2 tu amat penting. hahaha. ;p
@Jari Manis,
tu la kan... nasib baik semuanya masih terkawal. ;)
@Maszuber,
haruslahkan ko happy! ahahah ada chinta hati dtg sama!
iya ker gembira nampak kami bertiga tiba masa tuh????
ReplyDeletehehehhe....
gembira lagi maszuber bila nampak dan...kannnnn???
iya..ada kalanya dlm percutian dgn kwn2 pun boleh bwk gaduh..
akak nih kan suka gaduh dgn korang..kan??hahahaha
Hahaha
ReplyDeleteTak payah nak berdrama sangat la kak Anash oiiii...
Tetibe.
paling suka & tergelak bila mamat motor tu minta tips then cuma kena bagi 20 yuan!ada2 jer manusia skrg ni..beri pertolongan tapi ada hidden agenda.huhuhu
ReplyDeleteHi would you mind letting me know which hosting company you're working with?
ReplyDeleteI've loaded your blog in 3 different browsers and I must say this
blog loads a lot quicker then most. Can you suggest a good web hosting provider at
a honest price? Cheers, I appreciate it!
Here is my homepage how to write a book review