Tuesday, July 2, 2013

Review : QuaySide Hotel Melaka

First time! 

Haaa... first time aku dapat emel dari pihak sebuah hotel kat Melaka suruh buat review pasal hotel mereka yang baru je bukak. Katanya sebuah boutique hotel. Special thanks to Mr. Stuart Dalrymple sebab sudi menjemput aku ke sana selepas beberapa tarikh aku tunda dek kerana kerja dan komitmen lain. So, last weekend aku berjaya ke sana sambil heret sama Janggeltrekker. 

Ni pun first time aku nak pegi atau menginap kat hotel jenis butik ni. Yela, sebelum ni penah duk hotel yang tak brape nak membutik sangat pun. Why not sambut invitation untuk buat review hotel ni dengan tangan terbuka. Alhamdulillah rejeki... 

Istimewanya QuaySide Hotel Melaka ni ialah kerana pada asalnya bangunannya adalah sebuah gudang ataupun warehouse yang dah diolah menjadi sebuah 3-stars boutique hotel. Untuk melihat websitenya boleh rujuk ---> QuaySide Hotel Melaka

This is my first time, i hope i will give my best to review this hotel even though I think I may not good as others. 

1. Mengenai QuaySide Hotel Melaka
~Merupakan sebuah hotel butik yang diubahsuai daripada sebuah gudang menjadi sebuah hotel yang bertaraf 3-bintang yang terletak di tengah-tengah Melaka Bandaraya Bersejarah dan jugak di tebing sungai  Melaka. Jujurnya, hotel ni memang betol-betol dekat dengan pelbagai tourist attraction seperti Bangunan Stadhuys, Jonker Walk, A'Famosa, the newly opened Hard Rock Cafe Melaka dan lain-lain lagi~





  
2. Ruang pendaftaran, lobi dan kawasan parking (The Receptionist, Lobby and Parking)
~Time aku sampai di kawasan hotel lebih kurang jam 11 pagi, time ni boleh dikatakan peak hour untuk kawasan Melaka ni tambahan pulak ni weekend. So, must expect the crowd will be huge. Been informed by Mr. Stuart that the parking might not be available if we reach there in the afternoon. Ada kawasan parking bersebelahan dengan balai polis Melaka dengan bayaran untuk per entry adalah RM2 ataupun RM10/night~

~Tiba masanya untuk check-in, aku honestly agak terkejut bagaimana sebuah gudang lama diolah menjadi sebuah hotel butik yang bagi aku agak menarik. Hiasan dalaman yang tidak begitu menyemakkan dan nampak cozy. Ruangan lobi yang agak luas dan selesa. The receptionist on that day was a young guy who was really nice and friendly~


baru sahaja dirasmikan pada 24 Jun 2013 yang lepas

lobi

pandangan dari bahagian atas


3. Bilik yang disediakan (The Rooms)
Terdapat 4 jenis bilik yang disediakan antaranya ialah Superior, Premium, Suite dan jugak Family Suite.         Klik ---> ROOMS for more info. Terdapat dua jenis view yang boleh dipilih samada river view ataupun street view. Personally, the best option is river view with balcony. 

I was lucky enough to be given a Mawar Suite located on the top floor facing the Melaka River. Honestly, I would say this room is quite big complete with all the basic furnitures that we always saw in a normal hotel rooms such as bedside tables, work-table, wardrobe. Tak lupa wifi di setiap bilik dan lobby. Agak laju ye... itu adalah amat penting bagi zaman sekarang untuk setiap hotel mempunyai free wifi yang laju. 

Mawar Suite mempunyai: 


  • River View
  • Air Conditioning
  • Ergonomic Desk Chair
  • Custom Edison Vintage Lamps
  • Lounge Chair
  • Samsung LCD TV with local & 5 cable channels
  • Non-Smoking
  • King Bed with both soft & firm pillows.
  • Coffee, Tea & Jug
  • Hairdryer upon request
  • Iron/board upon request
  • Bathroom Slippers
  • Bathroom Robe
  • Mini fridge
  • Avalon & Gray bathroom amenities
  • Touch-on door access security card
  • FREE WiFi Internet (in-room & lobby)
  • 24-hour reception
  • 24-hour security patrol & CCTV
  • Safety Box
Oh mai... bila duk terlentang atas katil, tilam dan bantal dia sangat lembut! Haishh... takmau keluar pegi mana-mana gamaknya. Bilik air dia pulak memang jenis yang suka. Luas dan modern style. Ada see-thru ruangan untuk shower. Seksi gitew. Hahaha. 








view dari bilik Mawar Suite


lampu ni sangat unik!

4. Sarapan pagi (Breakfast)
~Sarapan pagi diberi secara percuma atau complimentary to all hotel guests. Sarapan disediakan di Halia Inc. sebuah coffee house yang terletak bersebelahan hotel ini. Rekaan dalaman Halia  Inc ni boleh dikatakan seakan-akan Plan B Cafe bagi sesiapa yang penah pegi. Pendapat aku sendiri, aku suka konsep macam ni sebab tak serabut dan nampak relax. Keluasan cafe ini sendiri boleh memuatkan kira-kira 150 - 200 orang pada satu-satu masa~

~Seleksi sarapan pagi adalah ok bagi aku. Terdiri daripada nasi dan mihun goreng, scrabble egg with variety of breads, bubur nasi, roti canai, baked beans, dan jugak buah-buahan dan kuih muih.~











5. Tempat-tempat menarik di sekitar The QuaySide Hotel Melaka
Dari hotel ni, aku boleh katakan antara hotel yang betol-betol dekat dengan jam besar kaler merah kat Melaka tu. Hanya terletak lebih kurang 150 meter untuk ke jam besar, The Hard Rock Cafe Melaka, Jonker Walk dan jugak Melaka River Cruise tak lupa Cendol Jam Besar yang terkenal tuh.  Jom pekena dulu 2 mangkuk! 








6. Maklumat lanjut:
Alamat: No.1 Jalan Merdeka
QuaySide Heritage Centre
Bandar Hilir, 75000 Melaka

Tel: +06 284 1001 

Fax: +06 284 1002
Emel: hello@quaysidehotel.com.my

Untuk penutup, aku nak ucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada Mr. Stuart dan jugak kakitangan The QuaySide Hotel Melaka atas layanan yang diberikan and i hope the best of luck to you guys in your business. Sebarang kekurangan diatas review ini harap dimaafkan. 

Till then...bye! 

15 comments:

  1. Wooowww terpegun sekejap..menapak ke satu tahap lagi..bukan calang2 orang tu leh di panggil utk buat review hotel dan masukkan dalam blog..satu strategi promosi..HF is the choosen one..rezeki tu.. :-)JM tumpang gumbira

    Betul lah..bila baca info ni dan gambar yg cantik..makin ramai lah yang akan check in kat sini..

    ReplyDelete
  2. lobby dia mmg awesome r....
    luar nmpak biase je tapi dlm nampak "fuhh, biar betul otel nie....gempak kot....."

    ReplyDelete
  3. wow...advertorial write-up! syabbas betey syabbas!

    ReplyDelete
  4. amboiiii kemain entry! cantik gak hotel nih! aku suka tang lobby dia! awesomeeeee

    ReplyDelete
  5. @Beb,
    aku suka! ;)



    @JariManis,
    aisehh.. takdelah. ade je org lain yg lg hebat dlm memberi review nih. sy ni bese2 je. ;) alhamdulillah...



    @Takky,
    kannn... aku paling suka lobby dia. luar nmpk mmg mcm gudang. masuk dalam. wooaahhh! hahaha



    @Biqque,
    alhamdulillah... rejeki. ;)



    @Chawanna,
    hahahah gitteeww... org kasik tanggungjawab. kenela galas sebaik mungkin.

    ReplyDelete
  6. Wow betuah betol si Janggel tu dapat tompang tido kat situ.

    ReplyDelete
  7. Good review...

    Pic mmg best..

    ReplyDelete
  8. untungla si janggel tuh
    sukeletuuu

    one step to another

    kudos john

    ReplyDelete
  9. HF,

    sorry lmbt komen no...

    aku suke bilik die...simple...byk ruang kosong..verangan nak bubuh econ kt rumah sendiri la gamaknya...hehe...

    luar gudang, tp dlm...bak cerita senario...luar rumah setinggan, tp dalam mcm kondo...hehe...

    ReplyDelete
  10. Rate per night berapa ek kalau dekat quayside?

    ReplyDelete
  11. Hai...kalo bleh tau u menginap semalam brp yaa :)

    ReplyDelete
  12. Hay saye dari indonesia hari jum'at 23/12/2016 saye nak ke malaka... Kalau boleh saye tau hotel ni dekat strategis tak untuk tempat2 wisata malaka, brapa permalam di hotel ne.

    ReplyDelete
  13. Hai, menarik review hotel Quayside di riverside Melaka ya. Saya tambah di sini senarai hotel menarik dan cantik berdekatan Melaka Riverside https://www.letsgoholiday.my/p/hotel-berdekatan-melaka-river-cruise

    ReplyDelete