Jom jom jom!
Aku sambung lagi untuk aktiviti seterusnya selepas tiba di pekan Yangshuo. Kitaorang dah suruh pihak hotel Bamboo House untuk arrangekan water rafting di Yulong River disebabkan kalo nak water rafting di Li River memang tak dapatlah sebab kenaikan paras air sungai yang tinggi yang agak merbahaya. Plus, ada 1 pelancong dah meninggal dibawah arus deras. The other option kalo nak merentas Li River adalah naik cruise seperti yang dilakukan oleh blogger Jari Manis . Tapi untuk cruise tu agak mahal, so kitaorang pilih jela Yulong River punye water rafting. Janji naik jugak rakitkan... Harga adalah 90 yuan/pax untuk 1.5 jam punye journey kalo tak silap aku. Oklakan...
Untuk naik rakit tu, kitaorang dibawa ke pinggir Yulong River menaiki sebuah van bersama pelancong luar yang lain. Perjalanan menuju ke sungai tu mengambil masa kira-kira dalam 20 minit jugak. Keluar terus dari pekan Yangshuo tu. Time ni tak silap aku dalam pukul 4 petang camtu. Okla cuaca tak panas tak sejuk. Pemandu van tu suruh kitaorang ingat no plate van ni bila dah setel naik rakit ni. Sebab dia akan pick-up kitaorang di hujung perjalanan rakit tu nanti.
kagum kak anash melihat keindahan bumi Yangshuo, jaga-jaga kang masuk lalat lak! hahaha |
perjalanan menuju ke pinggir Yulong River |
turun je van, ramai penjual cenderamata datang kerumun, ada yang jual pistol air, katanya untuk main tembak-tembak manja |
sporting mat salleh belakang tu siap kasik "peace" lagi |
Dah sampai pinggir sungai tu, perghh banyak sungguh rakit-rakit tersusun kat pinggir Yulong River tu. Ada yang tak bergerak, ada yang bergerak. Ada gak pemandu rakit duk pasangkan kerusi kat setiap rakit untuk bawak pelancong nanti. Setiap rakit boleh naik 2 orang. Dan jugak ada life jacket just in case takut lemas. Tapi memang tak pakai pun. Buat hiasan kat belakang kerusi. Kitaorang hanya tunggu arahan dari ejen untuk suruh kitaorang naik rakit masing-masing...
Jom layan gambar sekitar tebing sungai...
So, tibalah masa nak naik rakit. Aku naik dengan Janggeltrekker, Kak Anash & Masmz, Ana & Nazura dan pasangan bahagia (MasZuber & Dan Arif). Rakit aku yang bergerak dulu, laju sungguh mamat tu mendayung. Sampaikan... rakit aku dah terkedepan dari rakit dorang lain. Yela, tak syiokkkla kalo tertinggal dengan geng lain. Puas aku dan Janggel suruh mamat tu slowkan skit mendayung. Tunggu dorang yang lain. Haishh... memang tak faham bahasa sungguh! Arghhhh!
Di sepanjang laluan rakit Yulong River ni, ada beberapa jeram yang kiranya macam kasik adventure la skit untuk rakit ni. Nanti kat hujung tu akan ada 1 pulau dimana ada khemah orang tolong tangkapkan gambar. Nanti dorang akan jualkan gambar tu kat kita. Nak beli atau tidak, bergantung kepada ketebalan poket masing-masing. Pada jeram pertama, aku dan janggel buat bodoh jela kat jurugambar tu. Kiranya takdela nak buat gaya yang pelik ataupun buat excited dek rakit menyusuri jeram tu. Tapi pendayung rakit kitaorang tu stop kat khemah tu suruh kitaorang turun tengok gambar. Kalo berkenan boleh beli... ok... ok... kitaorang turun dan tengok. Hasilnya agak mengecewakan. Sebab hasilnya biasa je plus kitaorang tak pandang kamera pun! Ok jom gerak lagi...Oh ya... harga 1 keping gambar adalah 25 yuan. Kalo beli dua keping, jadik 20 yuan sekeping.
Actually, setiap kali rakit tu akan melalui jeram memang akan rasa excited skit sebab macam adventure dan jugak akan terkena tempias air tu. Tapi tak brape nak basah lenjun pun. Skit, skit jela... Kalo tengokkan dengan teliti, jeram tu adalah man-made punye jeram. Bukan yang terhasil secara semulajadi. Memang nak kasik thrill skitla. Pastu bila tengokkan orang yang duk mendayung rakit tu guna sebatang buluh, kedengaran setiap kali kayu tu mencecah dasar sungai, bunyi macam terkena simen. Adakah sungai ni dah diubahsuai? Hurm... Tengok orang duk mendayung macam tadelah susah sangat. Kalo dasar sungai tu macam berpasir tentu agak payah skit.
Ok, jumpa jeram yang kedua lak... kali ni memang aku dan Janggel memang standby nak posing bila turun jeram tuh. Ahaks! We gave our best shot! Gitew... hahaha. Bila tengok hasilnya... lawa! Beli la sekeping. Tapi macam mana nak bahagi dua orang? Jawapannya... scan gambar tu nanti emel jela. Yang original kita bakar je. Fair and square. Ye dak? ahaks. Gambar tu ada dengan aku lagi.
pemandangan gunung batu kapur dari sungai Yulong, indahnya ciptaan Allah |
ayuh, berakit-rakit ke hulu, berenang ke tepian... haaa sila sambung! |
Kalo diperhatikan... ada jugak beberapa khemah lain yang dibuka sebagai restoran terapung dan jugak studio photography terapung. Kiranya buat bisnes atas air la katanya. Tapi kalo tengokkan takde sangat pun orang duk turun beli. Maybe mahal kalo kat sini. Disepanjang menyusuri Sungai Yulong tu, kita dapat lihat keindahan kawasan kampung dan jugak gunung batu kapur yang begitu terkenal di Yangshuo ni. Tenang je tengok.
Rakit aku dan janggel masih lagi didayung laju.. kadang-kala sempat la tunggu dorang yang lain. Saling amek gambar satu sama lain. Kalo badan sendiri agak ringan, boleh la posing sambil berdiri ketika rakit sedang bergerak. Tapi kalo macam aku dan Janggel nak berdiri, alamatnya memang tenggelam terusla rakit tuh! Dasar anak gajah masing-masing. Hiks!
rakit dimasukki air!!! arrrrghhhhh!!! berat berat berattt! duk diam-diam! |
amboihh... apalah yang lawak sangat tuh! |
Jumpa jeram lagi.. posing lagi. Tapi kali ni, dua rakit bersambung! Kiranya amek gambar berempat (aku, Janggel, Ana and Nazura) semua pakai baju merah weh! Hahaha hasilnya memang lawa! Terus beli. Walaupun aku tau tengok gambar dorang amek ni takdelah semengah mana pun. Lawa lagi kitaorang amek. Tapi sebab takde gambar kenangan sendiri, beli jela.
Kalo perhatikan lepas dah beli dua kali gambar, pendayung rakit ni dah tak berhenti dah kat khemah gambar ni. Terus mendayung je. Kalo ikut tafsiran Janggel, dorang akan terus berhenti kat khemah ni sampailah pelancong beli gambar tu dari dorang. Sebab disepanjang sungai ni memang ada beberapa khemah photography. Haaa... pick the best guys!
Bila dah nak sampai penghujung tu, para pendayung rakit kitaorang stop kat 1 kedai terapung. Katanya dorang haus nak minum air katanya. Minuman dorang ni sape kene bayar? Kami laaa!!! Dahla 1 air tin berharga 20 yuan/tin. Giler kejam nak pau orang lagi. Pffttt!
sebuah resort |
Aku rasa lama betol kitaorang ni duk atas rakit, adalah dalam sejam lebih camtu. Adala sesekali pendayung tu tanya kitaorang datang dari mana. Malaysia kata kami, terus dorang kata "money, money, money" semasa pendayung rakit tuh. Choyy sangat ingat kami ni kaya sangat! Kayap adalah! Hahaha.
riang sungguh wajah dorang, gambar aku dan janggel takde gambar dari kamera sendiri sebab rakit kitaorang selalunya paling depan! Pffttt! |
taknak kalah nak jugak buat gaya macam ni, walaupun bukanlah view yang sebenar. kekekek |
Nampaknya... perakitan kami dah sampai ke penghujung, overall memang puas hati walaupun sekadar di Yulong River. Apa lagi group picture la! Hahahah
Ok dah... malas nak type panjang-panjang!
Bye!
1 gambar = 25 yuan,
ReplyDelete2 gambar = 20 yuan
bad marketing lor org yg jual gamba 2....
kalau 2 gambar = 40 yuan logik la jugak...
tapi bile pk2 balik...
mesti dorg jual mcm 2 coz nk customer beli jugak nanti....
even gambar 2 mcm biase2 je kan???
just teka je...
wahhhhhhh.......bez nyerrrrr.....nak g guilin jugak.
ReplyDeletebestnya naik rakit!!! rasa nak berenang pon ada.
ReplyDeleteWahh...nama JM ada di sebut kat sini...terasa glamour sekejap hahahah..terima kasih dear Henry heeee senyum sampai ke telinga dh nih
ReplyDeleteKepada sesiapa yg belum sampai Yangshou lepas baca entry ni ngan gambar yg awesome mesti ramai yg akan beli tiket :-)
alo...
ReplyDeleteakak tatau plak rakit korang paling banyak masuk air..
adakah????
padan le masing2 tak berdiri atas rakit...dok aje...
(nape..muka akak paling banyak tepek disini?... akak pemalu diperlakukan begitu...(padahal sukeletuuu??)
hehe
btw, thanks..gambo sume memang cantik..termasuk diri akak...
(perasannnnnnnn)
wahhhhh watermark ada gambo kapai terobang!
ReplyDeletetu la cam heran gak tgk korang naik tak tenggelam patu senang kayuh patu masa turun jeram tu cam tak terbalik, gile hebat!
mana gambar yg diorang tangkap tu? scan la tempek siniiii!
Wah bestnya trip ni :) Sejuk tak masa ni?
ReplyDeleteSungai tu mungkin diubah suai. Di China batu-batu di taman, gua-gua, sungai-sungai banyak yang man-made.
Tukar watermark nampak :D
@Takky,
ReplyDeleteeh betol la bro. 20yuan utk sekeping. kira kalo beli 2keping jadik 40 yuan. ;) salah baca ni. hehehe. yup.. kalo kebetolan gmbr lawa wlpn bukan professional level, mesti terasa nak beli gakkan. buat kenangan. ;)
@Nanie,
best best best! sila pegi! ;)
@Janggel,
hahahah motif nak berkuak lentang bagai? ;p
@Jari Manis,
giteww JM. hahah kembang kempis ler tew. hahaha.
@Kak Anash,
eleh akak ni perli ke. keekek nak buat cmnekan. sorang2 berat mcm gajah. cis! hahaha. yela, kasik akak menyerlah skit! asyik belakang tabir je kan.. ;))
@Biqque,
hahaha thanks to janggel weh! ;))) rakit mmg terapung biq, mula2 tu ingatkan akan terbalik bila lalu jeram tu, rupanya mmg tak sebabnya rakit tu panjang. kira sempat nak balance. hehehe. nnt aku scan!
@Naramas Aman,
tak brape nak sejuk akak. kira sejuk angin petang cmtu. tp air sungai tu sejukkkkkk !;)
cantikknye gambo!!!!
ReplyDeletenways, hi jari manis. eh ;)
ahaha...seronok je korang, yang tak tahan, siap kena beli air untuk tukang kayuh rakit lagi, memang betul-betul kena pau ni...
ReplyDeletebestttnyaaaaaaa...
ReplyDeleteGuilin memang hebat! Berbagi artikel tentang Sungai Li di http://stenote-berkata.blogspot.com/2017/12/perjalanan-sepanjang-sungai-li.html
ReplyDeleteLiat juga video di Youtube di : https://youtu.be/XSWPEBUfdHY