Tuesday, July 9, 2013

Guilin, China : Part 2 - Reed Flute Cave

Holla! 

Selamat kembali. Baru je balik dari Pulau Langkawi bersama Travelholicawesome untuk percutian tahunan (insyaALLAH berkekalan ke kiamat hendaknya) selama 3h2m. Overall, it was always the best trip with your closest friends in traveling world. Walaupun hujan menjadi halangan utama tapi tu tak jadik masalah. Bak kata Biqque, walaupun gambar tak banyak amek, but the moments and memories menjadi kenangan berharga. Thanks to all. God bless you guys! 

********************************************

Bersambung dari Part 1

Dari stesen bas depan Guilin Train station tu, kitaorang naik bas yang bernombor 3 untuk menuju ke Reed Flute Cave. Salah sebuah tempat yang menarik untuk dilawati kalo kita datang ke Guilin ni. Kiranya, kalo google je memang bersepah orang dah penah sampai sini. Aku je yang terlambat skit. Skit jela... Tambang bas brape? Haaaa tak mahal pun hanya 1 yuan/pax. Korang naiklah mana-mana nak ke mana-mana sekali pun, tambang bas tetap 1 yuan. Murah dok? Kekerapan bas sangat tinggi so jangan risau. 

Jarak perjalanan dari stesen bas menuju ke Reed Flute Cave tak jauh mana pun. Dalam 15 minit perjalanan bergantung kepada trafik. Tak silap aku stesen yang patut turun kat Reed Flute Cave ni adalah yang terakhir. Kiranya bas ni memang akan keluar dari pusat bandar Guilin. Aku time ni tertido dalam bas. Bangun-bangun dah kene turun. Mamai ler katakan. Time ni macam baru lepas hujan. Kiranya keadaan sekeliling basah je. 

Amek gambar kawasan sekitar dulu... 


COMEY TAK KAK TON???? 



 
Time ni tak silap aku dah dekat pukul 4 lebih kot. Hari nampaknya macam nak gelap je. Tanpa buang masa, terus kitaorang menuju ke kaunter tiket untuk masuk ke Reed Flute Cave ni. Tengok keadaan sekeliling macam tak ramai orang je. Maybe sebab hujan kot. 

Nak sampai ke kaunter tu tiket tu, macam kene mendaki anak tangga menuju ke bahagian atas. 





Tiket masuk ke Reed Flute Cave ni berharga 90 yuan/pax (RM45), perghhh mahalkan? Bagi aku harga tiket ni macam overpriced skit. Yela, tak expect ape yang ada kat dalam tu selain gua yang dinyalakan lampu yang berwarna warni. Nak taknak, beli jela masuk. Yela, datang jauh dari Malaysia ok. Takkan taknak masuk. Walaupun orang kata terlalu touristy, ada aku kisah? Hahaha. 

Selain Reed Flute Cave ni, ada beberapa lagi tempat menarik untuk dilawati di kawasan sekitar Elephant Hill, Fubo Hill, Seven Star Scenic Cave dan jugak Diecai Hill. Semua tempat-tempat ni memang dikenakan bayaran masuk. Kalo nak jimat, aku rasa patut beli tiket yang jenis combo seperti yang tertera pada gambar kat bawah ni haa... Walaupun harganya memang boleh kita pitam, tapi better dari beli tiket satu-satu. Tapi bagi kitaorang yang tak punya banyak masa nak explore semua tempat-tempat menarik yang aku sebut kat sana, aku sendiri dah rasa memadai untuk pegi ke Reed Flute Cave. Maybe boleh ke tempat lain bergantung kepada minat masing-masing nak tengok apa. 

harga tiket kombo kalo berminat


Apa yang ada kat Reed Flute Cave ni? 

the Reed Flute Cave is a brilliant cave marked on almost all travel itineraries. The cave got its name from the verdant reeds growing outside it, with which people make flutes. Inside this water-eroded cave is a spectacular world of various stalactites, stone pillars and rock formations created by carbonate deposition. Illuminated by colored lighting, the fantastic spectacle is found in many variations along this 240-meter-long cave. Walking through the serried stone pillars, tourists feast their eyes on changing spots, feeling they are in a paradise where the Gods live.

Tourists enter the cave and then take a U-shaped sight-seeing route to see different spots, whereupon they exit it from another cave quite near the entrance one. One trip lasts about one hour. It is a Chinese habit to give each formation a legendary or poetic name such as Crystal Palace, Dragon Pagoda, Virgin Forest, Flower and Fruit Mountain and other interesting names. For some of these names, you need to use your imagination, but the story behind each is quite fun. It's a pleasure to listen to romantic or fairy tales whilst appreciating the fantastic stone formations. Both the stories and the lighting add mystery to the scene. Although there are different kinds of lighting inside, you are not supposed to take photos unless you are a professional photographer, because the light inside is not sufficient for exposure. At some spots, such as the Crystal Palace or Flower and Fruit Mountain, special photography is offered at 20 yuan for one picture. (They use special equipment to provide enough illumination.) Some 70 inscriptions on the cave wall are said to be travelogues and poems derived from the Tang Dynasty, which made the cave a popular tourist site at that time.


Jom layan gambar bahagian dalam gua berwarna nih! Jom muntah ramai-ramai... Kalo ikutkan informasi yang diberikan, setiap ruang dalam gua ni ada macam-macam bentuk. Kalo imaginasi yang tinggi memang boleh nampak bentuk-bentuk seperti yang diperkatakan. 


yang macam bentuk singa. ada nampak tak? tengok kat lampu kaler oren tu ada 2 ekor singa



tak silap yang berbentuk air terjun


yang ni pulak berbentuk Bukit Cendawan







imbasan pada air takungan

otak manusia??? 

the best view for me! reflection!










dasar laut ke ni? 




Kitaorang dalam tu ada dalam sejam macam tu. Lama-lama stay dalam tu rasa seram la pulak kot-kot ternampak pape yang tergantung ke bergayut ke. Yela, hari dah makin gelap plus tak ramai pun orang dalam tu. Rasanya kitaorang orang-orang yang terakhir keluar dari gua tu. Aku rasa Reed Flute Cave boleh jadik satu tempat yang boleh dilawati. Keadaan dalam tu memang cantik yela, dah ada macam-macam warna lampu yang dipasang yang menyebabkan keadaan kat dalam tu lebih dramatik dan nampak spectacular! Wahh.. macam tu skali aku bagitau. Walaupun harganya agak mahal provided that we were in China! 

Jalan keluar adalah menuju ke gift shop. Hahaha apa lagi kan.. tengok pape yang penting. Carik fridge magnets adalah yang amat penting. Ada beberapa jenis yang aku dan yang lain-lain berkenan. Ada yang mahal dan yang murah. Jangan lupa, boleh tawar-menawar tau. Jangan ingat kat sini fixed price. 

aku rasa fridge magnets jenis akrilik atau kristal (aku tak pasti betol ke tak) ada jual kat sini je. memang nampak eksklusif berbanding yang lain tak silap aku berharga 30 yuan seketul. lawa yang ni memang aku suka!

Tapi kalo boleh jangan beli kat sini semua souvenirs walaupun kedengaran harganya agak murah. Kita jalan keluar dulu... nanti ada lagi kedai-kedai souvenirs yang lagi murah! Kira macam gerai-gerai. Kitaorang banyak borong FMs kat sini ler. Kira beli sekali harung terus takut nanti tak jumpa dah plus tengokkan harga tu memang dah murah dah. 


banyak borong yang jenis ni berharga 5 yuan untuk sekeping! 




Dah abes semua FMs kitaorang borong, jomlah gerak weh. Lapar nih. Tapi on the way menuju ke stesen bas tempat kami turun tadi tu, asyik duk diapproach oleh makcik-makcik yang menjual souvenirs macam photobook album, poskad dan lain-lain. Non-stop dorang duk kaco pelancong suruh beli barang yang dorang jual. Dari harga yang tinggi sampailah harga yang begitu murah yang aku rasa tak munasabah langsung. Macam contoh photobook album pemandangan Guilin tu, dari harga 40 yuan tak silap boleh turun jadik macam 5 yuan je. Tak ke giler??? Buku tu memang cantik, aku tak nafikan. Tapi nak beli rasa takmo la pulak. Tapi kesian tengok dorang-dorang ni semua. Semuanya macam berusia tak silap more than 50 years old tapi kehidupan mereka masih lagi gigih mencari rezeki samada untuk diri sendiri mahupun keluarga. Patutnya pada usia macam ni, dorang perlu duk umah tengok cucu je. Dek kerana kesusahan hidup, tu jela cara nak menampung kelangsungan hidup. Maszuber ada beli 3 buku poskad tak silap aku hanya 5 yuan je! Ada 30 keping semuanya. Murahkan??? 

mereka-mereka yang masih lagi muda, ada yang bongkok 3 pun ada

Sambil duk tunggu bas datang balik menuju ke Guilin city, masih lagi dorang ni duk approach, tapi takmo beli. Tolak dengan baik pelawaan dorang. Ada yang jual sumpit warna-warni harga 1 yuan satu. Tak salah kalo kita beli hanya untuk tolong dorang. Setakat 50 sen duit kita apelah sangatkan. 

Ada jugak yang jual batu macam batu kristal tu. Maszuber sebagai pengumpul batu sejati, gigih duk tawar nak beli batu ni. Harga awal tu memang tak munasabah lah. Dek kegigihan duk tawar tu, dapat gakla harga murah. 


nenek ni la yang jual sumpit warna-warni tu. senyum je manjang dia ni. May God bless her

Dari stesen bas tu, kitaorang menuju ke Guilin balik. Tapi tak terus balik ke hostel, nak singgah kat 1 kedai halal yang kitaorang nampak tadi dalam perjalanan menuju ke Reed Flute Cave ni. Hari semakin gelap...

Till then. Bye! 

8 comments:

  1. hoyeee travelholicawesome dah kembali..mesti lambat lagi nak keluar citer pasal langkawi nih :-)

    Ye yee JM nampak kepala singa tu

    FM 5 yuan?...murah tu..

    ReplyDelete
  2. imaginasi agak kurang lor...
    take time nk tgk mana kepala singa 2...
    but still x nmpak gak.....

    ReplyDelete
  3. john, sampai kiamat ke kalo tahun dpn ko takde?? *wah marah siap2* hahaha! yes, the MOMENTO tu yg berharga...heart uols!

    weh, lawa la cave ni, better dari yg aku gi kat vietnam tu kot. cumanya, semua cave tak leh lawan gua tempurung sbb ada bentuk monyet drive four wheel drive! HAHAHAHA!

    ReplyDelete
  4. ntahnyer...
    kan biqque..
    but again..
    moments are priceless...
    no matter pictures tell 1000 words
    but memories...more than that..
    eceh..hambek!! akak speaking bahasa uganda haa..
    tak pasal aje
    pesal gambo cave jon lagi cantik dari akak?
    kbai!

    ReplyDelete
  5. Gitew. Lawanya Reed Flute Cave tu,... teringin nak pegi.

    ReplyDelete
  6. i punnnnn..... teringin nak g reed flute ehhhh tamaolahhh dah g...... hahahhahahaaa..... tukar ayat skettt..... tingin nak main flute kat dalam reed flute....

    ReplyDelete
  7. Bila baca ni noticed that some information dlm blog awak & janggeltrekker ade konflik sket la. cth: Bas ke Red Flute Cave tu Janggel ckp No. 2 tp awak ckp No. 3. So ade sikit confuse. Apa pun blog awak & kawan2 sgt membantu.

    ReplyDelete
  8. @Noorul,
    hi.. kalo seingat saya tgk gmbr2 blk based on entry
    http://kakiberangan.blogspot.com/2013/07/guilin-china-part-1-perjalanan-ke.html mmg bas ke reed flute cave ni no.3. tp takpe, nnt bila dah smpai sana nnt mintak map dr hostel/hotel utk ke sana. nnt boleh tau the exact number utk bas nnt. tak payah gusar.

    ReplyDelete