Wednesday, July 31, 2013

Hanoi, Vietnam - Dari Halong Bay ke Old Quarters, Hanoi!

Salam 10 Ramadhan yang terakhir!

Arini Abang Jib datang berbuka puasa kat kawasan rumah aku. Ada chance nak salam dengan PM malam ni. Hiks. 

Anyway, aku nak abeskan jugak cerita Hanoi ni tak kira sebelum esok menjengah la pulak bulan Ogos. 

Ni kira entry pendek la ye ataupun entry bergambar. 

Kalo nak entry panjang --- > JanggelTtrekker 


Lepas dah abes cruise tu, kitaorang kene la pegi balik hotel tempat kitaorang menginap untuk amek bag masing-masing untuk menuju ke Hanoi. Kira-kira 4 jam perjalanan katanya. Dari jeti menuju ke hotel, kenela balik sendiri naik taxi yang kene tahan tepi jalan tu.  Jangan risau sebab teksi dorang guna meter, tapi make sure dari teksi yang berwarna hijau putih tak silap aku. Takpun, tanya je guna meter ke tak. Tambang yang dikenakan adalah sebanyak VND51,000. Dalam blog Janggeltrekker, tulis VND200K! giler mahal. Ahaks! Teksi yang kitaorang naik tu adalah kete Toyota Avanza, so boleh la sumbat kitaorang 7 orang dalam 1 kete. Senang! 

Untuk pulang ke Hanoi, ada beberapa option samada naik bas henti-henti ke Hanoi takpun sewa je kete untuk ke sana. Since kitaorang ni ramai plus masing-masing banyak luggage yang berat-berat belaka terutamanya aku ler. Maka, semua bersetuju untuk amek mini van 16 seaters! Yang paling besar yang ada yang boleh muat kitaorang semua termasuklah luggage yang dah beranak-anak cucu dah! Tambang untuk mini van ni adalah VND3 juta/sebuah. Mula-mula agak terkejut gaklah. But we have no choice. Actually, time ni agak berdrama skit sebab pada mulanya receptionist tu arrangedkan 1 Avanza. Giler kau, mana muat nak sumbat semua! Pastu, cariklah mini van yang besar, Time ni dah hujan renyai-renyai... Haaaa... drama berakhir kat situ. Hiks. 

Drama la sangat! Pfft! 

Perjalanan tu bagi kitaorang semua ibarat menunggu buah yang tak gugur-gugur! Nak tau kenapa??? Jarak dari Halong City ke Hanoi  City hanyalah 147km. Tapi terasa amatlah jauh sebabnya driver kitaorang ni bawak van tu macam makan angin. 60km/jam! Dahla jalan tak brape nak sibuk. Resah weh duk dalam van tu taktau nak buat apa. Kak Anash tolong tanyakan kat driver tu nape bawak slow sangat. Dia kata ni adalah peraturan jalan raya! Kitaorang mula bergerak meninggalkan Halong Bay lebih kurang jam 3.30 petang. 

Sabar jela... tapi nasib baik ada handphone canggih Janggeltrekker, sebab dialah kitaorang tak bosan sangat sebab pasang lagu dan video! Jadiklah walaupun kecik skrinya! Kikiki... 


nasib baik ada powerbank dan video dipasang sepanjang perjalanan 4 -5 jam yang berkelajuan 60km/j!

slow.. slow... sloww macam kura-kura! 

jalan pun lengang je tapi tetap 60km/j..... 

sawah padi yang menghijau!

sunset yang malu-malu kucing disebalik awan
Alhamdulillah... kitaorang selamat sampai ke hostel yang dah dibooked oleh kitaorang yang terletak di Old Quarters. Kiranya kat sini tempat yang paling strategik untuk stay sebab dekat dengan segala benda yang nak carik. Havoc la orang kata. Pasal hostel, nanti aku ceritakan dalam entry yang lain ye. 

Kitaorang sampai lebih kurang 8 malam, malam tu just jejalan disekitar kawasan je tengok apa yang ada. Makan malam pun hanyalah sekadar roti dan megi. Alhamdulillah masih ada lagi bekalan yang tertinggal. 

Esoknya.... lepas sarapan, kitaorang plan nak pegila tempat-tempat yang kira macam tourist attraction. 

Tapi cerita tu, nantilah ek.. malas! 


Ok tu je... aku busy plus teramat malas! 



Bye! 

12 comments:

  1. la?
    tu je? akak baru nak start kunyah biskut raya...dah abis baca entry?

    haii..takkan tak dapat *tuttt* di klcc terus hancur mood bloging?

    hehehe...

    *we want more!!*

    ReplyDelete
  2. Hek elehhhhhhhh.... baru lepas sekentut dah habis!

    ReplyDelete
  3. tepanjat bila sekali roll ke bawah tgk2 dah abes..hehehe..

    ReplyDelete
  4. 60km/jam?..mak aih...ahahah...boleh bayangkan perasaan setiap orang..

    ReplyDelete
  5. salam.. just nak clarify... brp sebenarnye tambang taxi & sewa van pegi hanoi tu? harga yg u tulih, sgt berbeza dgn apa yg Janggel tulih... sori ye... ahkak kompuse... yg mana yg betul?

    ReplyDelete
  6. hahahahahaha macam tu la aku kena otw ke halong bay, van tu bwk mcm siput!! slow gile!! ada je van lain yg potong...bleh plak?!

    ReplyDelete
  7. @Kak Anash,
    hahaha asyik buat entry panjang je, kasik chance la buat entry pendek lak. lgpun busy yang teramat nih! sob sob sob.



    @Janggel,
    sekentut je??? ceh~ lol.



    @Yayanrahman,
    hahahahah sebab busy dan malas! pahtu, takde idea gak nak menaip panjang2. lol.



    @Jari Manis,
    hahahah kannnn tau xpe! slow mcm siput! geram je nak tolong drivekan.



    @Shaza,
    waalaikumussalam... tambang taxi dari jeti ke hotel kami seperti yang tertera di atas. kalo mini van ke hanoi dari halong bay mmg VND3 juta akak. Janggel salah tulis tu. sbb info saya mmg saya catit dalam handphone. ;) kiranya saya punya BETOL! hihii.



    @Biqque,
    kannnn!!!!! gerammm giler okayyy! nak je tolong drivekan. pastu, lori balak, bas pun ade potong kitaorang gak. mana tak geram?? arghhh!!!! hahahah

    ReplyDelete
  8. GITEW.. aku pon ada catit dalam hp la.
    bluek~

    ReplyDelete
  9. untungla masing-masing ada henpon.
    akak ade kalkulator aje

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. OMG I remember the driver drive sangat slowwww... kalau kat sini sejam lebih dah sampai kot! I'm kinda miss Hanoi :)

    ReplyDelete